Share

Joana sudah sampai!

Dear joana,

Awak tahu tak yang hati saya cukup berdebar menunggu ketibaan awak di bumi Malaysia ni. Saya tahu yang awak tak pernah lagi sampai di tanah Malaysia ini, ya lah, awak kan asal dari German dan umur awak awal lagi sudah berpindah ke UK. Mesti awak terujakan sampai di Malaysia ni!

Awak ingat tak dulu yang saya cakap, kita akan date kat Malaysia? hehe, kat UK susah tau nak date, kat Malaysia ni saya dah plan elok-elok dah kat mana dan bila kita akan date. Putrajaya, Port Dickson, Kuantan, Melaka dan banyak lagi la tempatnya. ahaaa, semua tempat kita akan date ok. kita date sama dengan blogger, amacam? ;)

Jauh perjalanan

Ohh, sudah tentu mengharungi sebulan di atas kapal untuk datang ke sini pelbagai rintangan awak dapat kan. so sorry.... sebab saya takde bersama dengan awak ketika tu. saya tahu mesti awak runsing dan pening-pening bila berada di dalam kapal tu dan saya dalam masa sebulan ni, termimpi-mimpi awak panggil nama saya. oohh joana, minta maaf ok...

Nanti dah sampai, saya akan urut awak ok =)

Kat Malaysia nanti, awak kena ingat yang kat sini panas. Tak macam tempat awak tu. sejuk! Tapi takpe, kita akan mandi sama-sama supaya panas itu kita akan kongsi kesejukan disirimai dengan air ok. Kat sana awak selalu mandi dengan orang lain je, nanti sampai sini, kita mandi sama-sama ok

Berdebar esok

Ada orang telefon saya yang awak dah sampai. Yahuuu!!! tahukah betapa gembiranya saya bila tahu awak dah sampai. Nasib baik semua selamat dan esok saya akan cuba seawal mungkin untuk jumpa dengan awak!

Punggung awak saya selalu ingat ok =)

Joana.... Tunggu saya!!


pss : bukan sewel atau gila tapi teruja. kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ketuanan Melayu - Tidak releven!

Salam sejahtera,

Sila baca dengan berhati-hati, setiap ayat perlu dibaca dan jangan 'main' klik komen dan terus hentam saya. Saya penulis bebas dan ini berdasarkan pemerhatian saya, seorang rakyat Malaysia yang sudah hidup di muka bumi Malaysia ini selama 22 tahun. Cacat cela, itu lumrah manusia dan saya berharap agar ada input yang boleh saya kongsikan dengan pembaca di blog saya


saya ahli pkr? oh no no. saya orang pembangkang, oh no no. cuma suka menulis blog sahaja =)


Agak menyampah sebenarnya menonton tv3 dan rancangan arus perdana lain yang tidak henti-henti mempersoalkan isu ketuanan melayu. Abang saya sehingga melabelkan PKR patut dibuang negeri kerana menolak menjadi melayu, tak bangga jadi melayu dan akan merosakkan melayu di bumi Malaysia ini. Ohh, saya bukan apa, sebab tiada internet di rumah, saya terus ke kedai mamak untuk membaca soal 'ketuanan melayu' ini

Saya rasa sangat elok untuk tuan puan baca di link ini daripada kita sombrono bercakap tanpa pengetahuan. Ini antara petikan awal


Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance) is the claim that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia.


Saya mahu cerita sedikit mengenai bangsa saya iaitu Melayu. Sekarang saya berada di kedai mamak presint 8, menghirup teh tarik yang dihidangkan oleh 'machaaa' yang berkulit gelap. Di tepi saya ada 4 orang lelaki yang saya yakin adalah melayu tengah hisap rokok sambil menunjukkan handphone masing-masing. Tak jauh depan saya, ada lagi 3 lelaki melayu dan seorang perempuan yang... saya tak pasti warga indon atau orang melayu kita tapi memang seronok tengok mereka rancak berbual sambil usap-usap tangan. Beranggapan baik, mungkin mereka adalah adik beradik....

Ini senario kecil, yang mata saya perhati. saya cuba google 'Melayu' di google dan... aduss, saya print screen dan letak disini walaupun gambar kesemuanya 'memalukan'


Belum search di Youtube lagi

Jadi macam mana, inikah Melayu yang kita agungkan?

ohh, walau apa orang kata perihal melayu, saya berbangga berbangsa Melayu dan akan cuba perbaiki bangsa saya semampu yang boleh. harap anda bersama dengan saya


Ketuanan Melayu

Sekarang ini, heboh pula dengan ketuanan melayu. Sejarah awal, ketuanan melayu ini mula dicanang sejak tahun 1940 lagi semasa zaman Malayan Union. Mahu memberitahu kepada rakyat bahawasanya Malaysia ini mempunyai tuan dan tuan itu adalah orang Melayu. Zaman Pak Lah pula, timbul satu lagi tambahan kepada Ketuanan Melayu yang membawa kepada masalah besar negara iaitu Ketuanan Melayu ini bertujuan untuk menyatu padukan orang Melayu supaya lebih berjaya di tanah sendiri. Katanya yang dipetik dari sini, tidak ada guna menjadi tuan tanah melayu jika kita sendiri mundur di negara sendiri.

“So when we talk about that (Malay supremacy), we mean we must be successful in many fields. It is never about ruling over others, or forcing our power upon them,”

Menyatupadukan orang Melayu dengan menggunakan istilah Ketuanan Melayu

Niat baik untuk satupadukan orang Melayu ini tidak disahut oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri. Jika dapat sahutan, sudah pasti ekonomi orang Melayu akan bertambah maju, sudah pasti ahli politik yang berbangsa Melayu akan saling menolong dan kesannya, kita sebagai rakyat yang akan dapat limpahan ruahannya. Kesan ketuanan Melayu ini tidak menjadi? tengoklah pilihan raya 2008, berapa negeri mereka kalah!

Akhirnya, kesan itu dapat dilihat sekarang dengan isu Ketuanan Melayu ini sendiri menjadi duri dalam daging mereka dengan PKR yang merupakan parti pembangkang mempolitikkan isu ini seterusnya mereka (kerajaan) mula goyah dan terus goyah!



Kenapa Ketuanan Melayu tidak releven?

Adakah MELAYU akan terus terkubur jika ketuanan melayu dihapuskan? TIDAK!!! Malahan dengan senario ekonomi dan politik negara sekarang pun, cuba lihat melayu di mana? ekonomi melayu no berapa? sosial melayu raja di penjara! jadi, masihkah kita mahu agongkan ketuanan melayu ini?


Keris dan melayu

Konsep Islam adalah sama rata. Ya kita adalah tuan, tapi apabila kita selalu menyebut kita adalah tuan, dan itu hak kita dan ini hak kita, adakah yang bukan tuan ini akan selesa? Cuba letak kita di kaki mereka, selesakah kita? keberuntungan inilah yang membuatkan ramai orang kita (Melayu) leka dan seterusnya jadilah seperti situasi sekarang ini

Melihat kepada kekalahan di kebanyakan tempat pada PRU 2008, UMNO seharusnya lebih bijak dan tangani isu ini dengan lebih matang. Rakyat semakin lama semakin bijak, arus perdana bukan lagi sumber utama untuk rakyat menilai mana baik mana yang buruk, dan jika masih lagi bermain sentimen bangsa ini, terimalah padahnya pada PRU 2012 nanti!


pss : jangan ketat sangat muka tu baca. senyum sikit ok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ibu bapa terlalu memilih menantu

Salam,

Sembang malam ahad. Akhirnya berjaya juga aku tak update blog semala 72 jam!!! ok, sebenarnya gagal. sigh.... Memang tangan dah gatal bila tak update blog ni. Macam ada kurap je kat tangan gatalnya. Last-last, update jugak. haha. Tapi takpe, kita update topik yang senang dan mesra gitu serta dekat dengan masyarakat kita


Soalan : Pernah jumpa dengan pasangan suami isteri yang terlalu memilih soal menantu?


Ini soalan rambang, kalau ada, maka entry ini lebih dekat dengan anda. Kalau takde, boleh baca sebagai persediaan untuk jumpa kelompok manusia seperti ini. ahaa, jom kita pergi dengan lebih perinci


Ibu bapa yang memilih

Ibu bapa merupakan orang pertama untuk dirujuk bila sudah ada peneman hati. Eh, aku tak cakap pasal gf bf ok, sebab apa kelas bf gf ni, takkan kekal lama punya! ceit, biarlah pernah jugak dulu kan? hehe. Ok, apa yang aku rujuk adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang berkasih sayang dan mahu menuju secepat mungkin ke alam rumah tangga. ahaa, itu dia! Apabila dah berkenan dengan pasangan masing-masing, bukan sahaja ibu bapa sendiri yang kena rujuk, tapi juga ibu bapa pasangan anda!

Ibu bapa mana tak sayangkan anak

Taktik memahami ibu bapa mertua ni juga boleh di google dan macam-macam tips dan skill yang ada disenaraikan. erkk, dunia dah canggih sekarang ni, google saja =) Memang agak teruk kan bila kita dah berkenan gila dengan seseorang tu, dan setuju nak kahwin dalam masam terdekat, tiba-tiba ibu bapa pasangan kita tak suka. perghhh, hancur berkecai. nak nak pasangan kita tu jenis yang ikut kata ibu bapa dia, senang-senang saja clash!


Ok, kita kena faham yang ibu bapa kat dunia mana pun, walaupun planet pluto sekalipun, sudah pasti dia mahukan yang terbaik untuk anak dia. tak kira lah lelaki ataupun perempuan, mesti nakkan yang terbaik untuk anak dia. Alah, cuba kita duduk dalam situasi mereka, mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Cuba yang mintak nak kawen dengan anak kita tu pakai motor kapchai, datang mintak nak kawen dan bayar hantaran duit rm 2000 tu pun berhutang, mahu dibagi? aigo kata orang korea


Jadi macam ni, untuk kita masukkan diri kita dalam golongan disukai oleh bakal mertua, nak tak nak kena ada sekurang-kurangnya 1 dari di bawah ni. Ada semua, lagilahhh disayangi!


  • Keturunan - Ahli keluarga kita dari yang 'baik-baik'
  • Beriman - Boleh jadi imam pun dah cukup
  • Berduit - Dah ada pekerjaan sendiri, pun dah cukup
  • Umur - Ada yang taknak jurang banyak sangat... yang penting menantu xleh lebih tua dari dieorang!
  • Rupa - tak hensem atau tak cantik? dah start kena beli pencuci muka dah. kekeke


Ok, list kat atas ni disusun tak ikut turutan. Maklumlah, hati manusia ni pelbagai, ada yang suka duit dari agama, ada yang tengok keturunan darah dari muka tak hensem pun takpe. macam-macam lah. Tapi tengok ni 4 tu, RUPA, haha, ada ke yang nak menantu hensem je? Hehe, kalau ada, ok lah sebab hensem atau cantik tu kan subjektif, kenalah kita jaga penampilan kita dah sekarang, banyak pencuci muka di pasaran ni. erkk, pencuci muka menambahkan hensem ke? tatau tatau =)


Kepada ibu bapa pula

Janganlah terlalu mengongkong anak kita untuk mencari pasangan. Dah 20 tahun lebih jaga anak, takkan tak yakin dengan pilihan anak sendiri. Lainlah kita jaga anak pun ala kadar, anak tak sembahyang kita tak pukul, anak tak kerja kita bagi duit, anak tak hensem kita buat pembedahan plastik (erkk???) tu memang agak cuak untuk anak buat keputusan sendiri kan. Yang penting, orang paling utama atau pelakon utama dalam teater ini adalah anak kita, bagilah can kat mereka untuk buat pilihan

Jangan tunggu lama-lama, kawen terus =)

Pengaruh drama melayu tu nak cari menantu yang hebat-hebat tu, kita letak kat tepi je lah. Pendapat akulah kan, nak tengok pasangan anak kita tu serius atau tidak, dia akan usahakan aturkan perjumpaan antara famili masing-masing. keluarga dia jumpa dengan keluarga kita. Haa, bila dah awal-awal lagi dah buat tu, memang boleh nampak pasangan anak kita tu serius.

erkk, 'kita' macam aku pulak dah ada anak =)


Oklah, sampai itu sahaja perbincangan kita. Kalau nak tambah, pengalaman ke, pendapat ke, sila-sila jangan segan. Maklumlah, mesti ramai blogger yang macam aku ni, yang dah nak ke alam perkahwinan perlukan tips-tips dari blogger yang dah kahwin. kekeke. 


pss : lepas entry ni nak buat tajuk susulan 'gempak' sikit. hehehehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 Video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau Menyampah?

Tahu siapa dia Cikgu Shida? Kalau tak tahu, klik sini untuk baca


Sebab cuti sekolah, semakin aktif cikgu shida ni buat video. Hehe, cuti sekolah 'dimanfaat'kan sepenuhnya ya cikgu? Ok ok, mungkin ramai yang belum tengok lagi 2 video terbaru cikgu shida ni, aku paparkan di dalam blog ni. Kalau pergi ke page youtube dia, video tu macam chipsmore, kejap ada kejap takde. tapi sebab dunia internet, yang menarik akan didownload orang, careful la ek =)


Jangan berpacaran (dari ohmedia)













For the rest of my life/maher zain (dari andyhowt)












So, aku nak tanya pendapat korang

  • Terhibur?
  • Menyampah?

Jawab jangan tak jawab, komen yang paling baik aku akan buat letak free link blog korang kat entry seterusnya. Traffic percuma tuuu. Komenlah dengan mata hati, disitu wujudnya keikhlasan. aceceeeh =)

Jangan komen teruk tau, PEACE PEACE


pss : orang kelantan, jom MeetUp

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cerita penuh Kelantan Blogger MeetUp

Sebenarnya, perancangan awal aku nak jumpa dengan jomphp untuk sembang-sembang pasal blog. Ditetapkan untuk buat hari rabu. Sebab terlalu sibuk pada hari rabu, dianjak untuk ke hari khamis. Alang-alang dah hari khamis, aku cadangkan untuk buat gathering kecil-kecilan dengan blogger kelantan memandangkan tempoh untuk promote ada 2 hari. last-last, semalam baru post pasal gathering dan promosi pun hanya dibuat kurang dari tempoh 24 jam!!

Tapi alhamdulillah, ramai juga yang bagi respon. Ada yang nak datang bawak kawan, ada yang nak datang lewat sikit, ada yang nak jumpa kat expo je, ada yang nak main bowling je lepas tu terus blah dan macam-macam lagilah. Akhirnya, hanya ini sahaja yang datang

Nama
Url blog
Twitter


joe 
@joegrimjow


Bulan (ifa)
@nazifaMzali


dak eina
@dakeina


Nadia


Evagurl Izma
@evagurl88


ogy

sue


EiNS
@einztrigger


apiih
@ap11h


imran
@imranshawal


Azah Amin
@azahamin


Fina
@finasanif


Nizam
@babyrosli


Semua kat atas tu memang tak pernah jumpa pun. Tapi entah kenapa, bila dah jumpa tu, dah macam kenal 50 tahun dah. sangat rapat. wahhhaaa, 50 tahun taraf atuk-atuk dah tu. hehe. Bestlah, semua sporting-sporting. Aku akan ringkaskan sahaja, sebab bab-bab detail ni tunggulah mereka lain update. yang dah update ni link dia




Main bowling

Kualiti iphone 3g, faham2 je la

Bergambar selepas main bowling (gambar curi)

Agak lewat mula, dalam pukul 11 lebih. main bowling ala kadar je, sebab tu markah aku tak banyak. kekeke. alasan kena baik gitu. lagipun aku dengan eins je laki main, kenalah aku cover markah perempuan ni dengan merendahkan markah aku. haha, cover baik lagi =)




Makan-makan

Menunggu makanan

Tekun dan sabar menunggu
Yahuuu, makanan dah sampai - gambar terus berwarna!


Mana lagi kalau bukan kat chicken rice shop. Nampak gayanya, dah 2 kali ni chicken rice shop jadi tempat makan ni. mereka dah kena sponsor dah lepas ni kalau blogger kumpul lagi. hehe. Menu tadi oklah, ambik set dan semua makan dengan gembiranya. erkk, nak makan pun siap gaduh-gaduh manja nak pilih menu sesuai dan selaku lelaki, kenalah mengalah dengan pilihan perempuan. kekeke, cover lagi disitu




Gambar-gambar

Gembira bergambar

4 jejaka... erk, 5 termasuk mat saleh tu

Bergambar beramai-ramai

Sebab tak jadi nak ke expo cheng ho sebab akak kesayangan suruh balik awal hantar dia ke airport, aku terpaksa mintak diri awal. Lepas makan, terus bergambar. wahaaa, semua nak posing maut je ye. nasib baik cik azah bawak slr, kualiti gambar pon terbaik lah =)


Tamat

Minta maaf sekali lagi sebab meetup ni memang singkat sangatlah. maklumlah, promosi pon sehari je. yang terkecik hati tadi masa cakap-cakap, maaflah ya banyak-banyak, joegrimjow ni pemalu sikit. kekeke. kepada yang tak dapat datang msg (3 4 orang jugak) tiada maaf bagimu sehingga next gathering join. hehe. Plan seterusnya nak buat bbq kat pantai cinta berahi. wahaaa. jom jom =)


pss : tak sangka ramai blogger yang lahir 88 kan? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Misi 9 emas melalui 3 acara - Mampukah?

Update :
1) Malaysia sudah 9 pingat emas melalui squash berpasukan wanita. yahuu!!!
2) Malaysia tewas dengan pakistan dalam squash berpasukan lelaki. hoki pukul 5 ni!!



Squash perempuan berkumpulan lonjakkan Malaysia tangga ke 6!! (sehingga 4.51 petang)


************

3 Acara yang bakal menyumbang emas kepada MALAYSIA


Squash

Nicol yang menjadi sandaran untuk menolong skuad squash wanita negara

Akhir Wanita Berkumpulan
Malaysia lawan Hong Kong
Jam 10.00 pagi 


Akhir Lelaki Berkumpulan
Malaysia lawan Pakistan
Jam 2.00 petang


Memang squash adalah penyumbang terbesar pingat emas negara sekarang dengan sudah memenangi 2 emas dari sukan ini. Harapan untuk menang lagi 2 emas pada hari ini amat besar. Semoga pemain negara dapat bermain dengan bersemangat dan kalahkan lawan dengan semangat yang kental!




Hoki 

Malaysia tidak pernah menang emas dalam acara hoki sukan asia lagi!


Malaysia lawan Pakistan
Jam 5.00 petang


Kemenangan yang dramatis semalam pasukan negara kepada India patut dilupakan kejayaannya untuk memberi fokus yang lebih melawan Pakistan hari ini. Misi emas skuad hoki Malaysia sangat bermakna jika dikecapi kerana ia merupakan pingat emas pertama dalam sejarah hoki malaysia pada sukan asia dan menang emas juga menandakan kelayakan automatik untuk ke sukan Olimpik 2012 nanti. Majulah Malaysia!!!



Mintak tolong

erkk, pagi ni hingga petang aku ada Kelantan Blogger MeetUp, jadi memang tak berpeluang nak tengok semua ni. Bagi yang tengok-tengok tu, jangan lupa update kat twitter ya, boleh la aku baca nanti. Jangan lupa mention @joegrimjow ok =)



pss : pagi tadi dah ke jertih, pukul 4 pagi dah ke sana hantar nenek saudara. Masa perjalanan pulang, hampir terlanggar pakcik yang baru balik sembahyang kat masjid (sebab ada kopiah). Pak cik tu bawak motor takde lampu belakang depan! Typical Malay Muslim ek?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kelantan Blogger MeetUP



Bunyi macam nak gempak je kan? hehe. Ok, ini meet up kecil-kecilan yang akan dibuat esok! ESOK??? Baru nak umum hari ni??? haha, biasalah, plan last minute. esok ni just nak kumpul blogger yang duduk kat klantan dan kita kenal-kenal di dunia betul skit. Main bowling sama-sama, makan sama-sama dan jalan sama-sama. aceceeehhh. Detailnya



Tarikh : 25/11/2010 (Khamis - ESOK!!!)
Tempat : KB Mall
Masa : 10.00am - 4.00pm
Aktiviti : Bowling + Makan + Cheng Ho


Nak buat aktivit simple-simple je, lepas main bowling, makan-makan, boleh gerak ke Cheng Ho expo untuk usha-usha booth kat sana. Jadi sesiapa yang nak join jugak, boleh join sekali. Setakat ni dah ada 2 yang konfem.


yang akan datang




Jadi sesiapa yang berkelapangan esok, boleh bagi nama dan url blog kat bahagian komen bawah ni, nanti ku update nama. nak contact ku, terus msg sini 0169640972. Jom jumpa-jumpa! bukan blogger pon dijemput sama datang, mana tahu lepas jumpa terus bersemangat nak buat blog =)


pss : maghi sek sek kito jupo deh. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Doktor Rozmey - Kejap ada kejap tiada dan ketelusan maklumat

Macam chipsmore

Kejap ada





Kejap takde
=)




Hehe, tadi ada usik-usik fan page doktor rozmey dan ada print screen kat atas. Tak lama lepas tu, terus kena remove. Fuhh, aku pun tak tahu kenapa kena remove sebabnya entry yang aku tulis tu adalah untuk back up dia. Semua point adalah untuk back up dia. usik-usik tu biasalah. Tapi nak buat macam mana, kena remove jugak daaaa


Bahaya untuk kesan jangka panjang!


Aku yakin dan percaya, bukan doktor rozmey yang seliakan fan page tu. Cesdel la kan seorang usahawan duk control facebook 24 jam. Post je, terus kena delete. Mesti orang yang diupah oleh beliau. Benda ini sebenarnya sangat bahaya, sangat bahaya kerana custemer tidak akan yakin dengan produk dia! Memang sangat rendah mentaliti bagi orang yang cuba menipu pembeli ini. Jadi aku harap doktor rozmey kot2 malam ni terbaca post ini, cuba jadikan facebook anda tempat yang adil. Biasalah tu ada pelanggan tak puas hati, saja nak sindir2, 2 alam tak best, itu adalah pendapat yang kena pertingkatkan lagi hasilnya. Bukan delete dan orang yang tahu akan semakin menyampah!!



Cuba tengok fan page Anwar Ibrahim
Dia biarkan saja orang yang kutuk/sindir
Itulah dipanggil professional


baca singh is kinng tulis





Ini print screen dari digi pulak (jangan lupa vote malam ni ok, klik2)
sangat banyak komplen dari pengguna
erkk, tak tengok maxis lagi pelbagai sumpah seranah yang dapat
slumber je tak delete


Salah satu dari berpuluh yang lain komplen



Memang setiap produk atau perkhidmatan, tiada yang sempurna. Itu lumrah. Jadi dengan menjadikan facebook tempat untuk yang puji-puji saja, akhir sekali akan timbul was was dari pelanggan dan bisnes pun boleh lingkup bai. Panggil pamela anderson mungkin boleh ubah balik kot. hehe. 




Ok lah, itu sahaja. Kita blogger pun, biarlah annonnymous nak komen apa pun. kadang2 cik anon ni lebih nampak apa yang kita tak nampak. kalau terover tu, maafkanlah mereka. anggap je cik anon ni baru clash dengan bf die. kekeke


pss : esok nak ke jertih, ada orang jertih sini?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Stop Child Abuse - Merawat sebelum terlambat

Penderaan kanak-kanak merupakan isu dunia yang tidak pernah selesai. Masing-masing negara mempunyai masalah mereka tersendiri terhadap golongan yang menggunakan kanak-kanak kearah kepentingan mereka. Di negara kita, masih belum teruk seperti negara lain yang mana kanak-kanak ada yang dijadikan hamba seks, dijadikan askar muda dan keganasan terhadap kanak-kanak. Apa yang sering kita dengari adalah - kes penderaan

Ada beza memukul dengan mendidik!


Walaupun ia nampak tidak seteruk negara lain, tetapi statistik menunjukkan peningkatan kes penderaan di negara kita kian meningkat. Dari saban tahun, ada saja kes penderaan kanak-kanak yang kita baca dan tonton di arus perdana. Sakit mata melihat kesan deraan ini, sakit lagi si kanak-kanak yang menanggung deritanya


UNICEF Malaysia baru-baru ini ada melancarkan satu kampen yang dipanggil 'Get on Board, Stop Child Abuse' dengan misi mereka untuk mengumpul 100 000 'tangan' sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap kampen ini nampaknya sangat jauh dari sasaran yang ditetapkan. Sehingga sekarang, kurang dari 11 % yang sudah menyatakan sokongan. Dengan nisbah rakyat Malaysia yang mempunyai access terhadap internet ini begitu meluas, sebenarnya cukup mudah untuk mengumpul 100 000 tangan ini, tetapi mungkin sikap kita ada yang tahu tapi tak ingin bertindak membuatkan misi ini tidak tercapai


Nombor yang menakutkan, sumber UNICEF


Keprihatinan masyarakat kita masih rendah. Jika lisa surihani nak kahwin esok, mungkin minggu lepas lagi kita sudah tahu. Tapi jika ada jiran kita yang mendera anak mereka, mungkin sesudah masuk surat khabar baru kita tahu. Lucu tapi itulah hakikat yang pahit


Cerita di UK

Bukan mahu mengagungkan budaya sana, tetapi keprihatinan masyarakat eropah terhadap isu ini patut kita contohi. Ada cerita seorang akak yang sambung dalam phd di sheffield kena panggil dengan pihak sekolah kerana ada kesan lebam di tangan anaknya. Kisah sebenarnya, biasalah si ibu, bila anak yang sudah berusia 7 tahun nakal, sudah pasti dipukulnya. Pukulan itu biasalah, tiadalah teruk mana, setakat mahu mengajar. Tetapi disebabkan cikgu disekolah anak itu nampak ada kesan lebam dan si anak memberitahu 'my mom hit me' terus si ibu kena panggil dengan pihak sekolah kerana takut ada kes penderaan. Nasib baik setelah dijelaskan segalanya, semua kembali ok




Itu cerita tanggungjawab masyarakat, mungkin susah untuk kita membaikinya. Apa yang boleh kita sebagai individu dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak ini ada banyak dan antaranya adalah sebarkan kesedaran penderaan kanak-kanak ini. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu yang mereka memukul anak-anak dengan besi adalah satu penderaan. Mendidik anak dengan pukulan ada caranya dan setiap pukulan atau denda yang dibuat adalah untuk mendidik, bukan menghukum.

unicef
Klik untuk ke laman UNICEF



Antara lain tanggungjawab individu yang boleh dilakukan adalah


  • Belajar tanda kes-kes penderaan
  • Telefon 15999 jika syakki ada penderaan yang dilakukan oleh mana-mana pihak
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat dengan pelbagai medium yang disediakan (seperti kampen ini)



Agak kekok sebenarnya untuk bercerita di meja makan tentang penderaan kanak-kanak. Ketika satu keluarga sedang menikmati makanan malam, kita lebih senang bercerita plan untuk shopping esok nak beli apa daripada bercerita tentang isu-isu semasa. Janggal ini jika dibuang, dan cerita penderaan kanak-kanak ini dimulai dirumah, tidak mustahil untuk melihat Malaysia bebas dari kes penderaan kanak-kanak


Kesimpulan

Gunalah apa-apa medium sekali pun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat perihal pentingnya menghentikan penderaan kanak-kanak ini. Sebelum kesedaran itu diberi, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup mengenai kes penderaan kanak-kanak ini. Sebagai tanda kita sokong dengan usaha UNICEF ini, sama-samalah kita mengumpul 100 000 tangan sebagai tanda STOP Child Abuse




pss : sayang anak tangan-tangankan. Tangan untuk membelai, bukan memukul! err, guna nama lisa sebab fan die dah nak ckup sjuta dah. mantap2. klu lisa pomot, kejap je cukup 100 ribu tu. kan lisa kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Free Your Ideas Minggu Terakhir

Cabaran minggu TERAKHIR Free Your Ideas dari DiGi Youth sudah bermula!!! Jadi, mintak semua untuk vote entry kita untuk memperoleh RM 10 000 dari DiGi bagi menjayakan Gathering terbesar kita nanti. Untuk update gathering, boleh terus ke website www.sngathering.com


Cabaran bertambah

Sekarang dah ada banyak entry yang bertanding dan sudah hampir 4000 sudah diposkan! DiGi Youth fanpage juga sudah mencecah 70 ribu lebih!! Jadi sememangnya begitu banyak cabaran dari peserta lain.  Inilah percubaan terakhir kita, minggu terakhir. kalau dah takde yang ni, melepaslah peluang nak dapatkan sponsor



Cara untuk menang!

  • Pastikan entry kita berada di kelompok leaderboard
  • Promote besar-besaran untuk setiap kawan kita vote seawal mungkin (bermula pada 12.00 malam ini)
  • Buat entry di blog (sekurang-kurangnya sekali sepanjang minggu ini)
  • Post di wall facebook masing-masing (sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari)
  • Twit di twitter masing-masing (sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari)



Langkah untuk vote


1) klik like di page digi youth (klik sini



2) Allow access 

3) Lepas tu klik link ini

4) Klik VOTE untuk entry paling atas




5) Kalau boleh, klik post to my wall untuk promote kapada kawan anda pula




TEMPOH UNTUK VOTE

SEKARANG SUDAH BERMULA!!
23 hb 11 hingga 30 hb 11
satu vote untuk setiap orang!








Klik http://t.co/p2UNc2U dan VOTE


pss : sangat-sangat berharap dapat sokongan semua!!!



huuuu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Expo Cheng Ho : Menguatkan kesatuan Islam

Expo Cheng Ho yang diadakan pada 21-26 November 2010 di Stadium Sultam Muhammad ke4 merupakan pameran yang sungguh besar. Pameran ini melingkupi pelbagai aspek dan kumpulan yang menyertai pameran ini dari pelbagai latar belakang. Aku yang baru balik dari sana tadi sungguh teruja dengan melihat pelbagai booth yang disediakan, ada dari china, peniaga tempatan, thailand, iran pun ada dan pelbagai negara lagilah. Penat nak terjah satu persatu tadi!

macam-macam ada!


Apa yang menarik mengenai expo Cheng Ho ini adalah ia merupakan satu peluang yang dijana oleh kerajaan negeri kelantan untuk menarik minat peniaga di china dan juga rakyat kelantan untuk melihat peluang-peluang perniagaan yang masih terbuka luas. Susunan forum yang diadakan yang dibarisi oleh ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing sudah pasti segala ilmu mengenai pelaburan dan juga perniagaan dicurahkan dengan sepenuhnya. 


Sedikit fakta menarik mengenai expo cheng ho ini

  • Cheng Ho dipilih sebagai menyambut ulang tahun ke 600 dia datang ke Malaysia
  • Disertai lebih 300 syarikat dari pelbagai latar sektor
  • Diadakan 6 hari berturut-turut


Friendship - amoi cantik : Prosperity - dinar emas!



Perkara best : kesatuan


Ok lah, nak tahu best ke tak, pergilah sendiri. Tapi aku nak kongsi sedikit mengenai pemerhatian yang aku dapat lihat sepanjang berada di expo itu tadi. Kesatuan! Ya, sungguh ramai yang berbangsa cina datang. Menariknya cina kelantan ni berbanding dengan dinegeri lain, dia punya dialek atau loghatnya sebijik sama dengan orang melayu kelantan. Tadi sungguh riuh satu booth tu orang cina (malaysia) yang duk tawar menawar dengan orang yang menjaga booth. Aku rasa penganjur patut diberi kredit kerana misinya untuk 'kesatuan' itu boleh dilihat. Kebiasaannya sesuatu acara, memang susah nak imbangi populasi bangsa ni, mesti ada yang lebih, tapi expo cheng ho kali ini, boleh melihat semangat kesatuan tu! erkk, jumpa amoi sukarelawan yang comel tadi =)


Perkara tak best : JALAN JAMMMM!!!

Aku bertolak tadi pukul 11 pagi dan sampai untuk dapatkan parking pada pukul 1! 2 jam!! fuhh, memang jam teruk tadi. Mungkin polis traffic boleh jalankan tugas dengan lebih efektif supaya jam sampai kereta tak boleh nak gerak seperti tadi boleh dielakkan. Kita sebagai pelawat, pandai-pandailah menjadi pemandu yang berhemah dengan tidak parking 'ikut dan' je, tadi jam pun sebab orang parking merata-rata tempat. ishhh!


Apa-apa pun, aku pasti pergi lagi sekali nanti. tadi tak puas sebab sekejap sangat masa pusing-pusing. Nanti nak luangkan masa lama sikit tengok-tengok booth pameran. Mana tahu jumpa barang baik kat china kan? hehe. ada blogger dari kelantan nak pergi? jom pergi sama-sama =)


pss : nak buat kelantan blogger meet up la. jom! rabu ni ke, ok?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Part 1 : Setelah 31 hari bergelar Bisnesman Herbalife

17 hb 10 2010, tarikh keramat yang membawa aku pulang ke Malaysia dari kota london dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines. Perjalanan 13 jam tanpa henti, memang banyak perkara yang berlegar di dalam otak fikiran dan perkara paling besar yang difikirkan adalah soal kerja, soal cari duit, soal untuk hidup.


nak hidup perlukan duit
nak duit perlukan kerja


Alam pekerjaan adalah perkara yang paling ditakuti oleh sesiapa sahaja. Dah habis zaman belajar, maknanya zaman untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari itu untuk mencari duit adalah peringkat yang dinanti. Bagi aku yang memiliki ijazah dalam kejuruteraan elektrik, memilih untuk menceburi perniagaan MLM adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi majoriti rakyat kita. Tapi bagi aku, selagi ia sejenis pekerjaan dan aku sukakan pekerjaan yang aku buat itu, aku yakin tiada penyelesalan di kemudian hari


Bisnes adalah jiwa aku, tidak suka untuk bekerja dibawah selian BOS, aku memilih untuk jadi BOS SENDIRI



Mendarat di KLIA pada 18hb 10 2010, lebih kurang 2 hari aku siapkan diri untuk bekerja dalam industri ini. 20hb 10 2010, bermulalah aku sebagai Full Time Herbalife Distributor. Pahit jerih memang ada tapi itu adalah perkara biasa dalam berbisnes. Tapi, apa yang aku ingin kongsikan, apabila kita sudah buat satu keputusan yang besar dalam kehidupan kita (seperti alam pekerjaan) dan fokus kita untuk mencapai misinya itu tercapai, akan ada kuasa luar yang akan menolong kita!


pernah dengar pepatah, do your best, god do the rest?


Benda ini sebenarnya dah lama islam ajar, konsep tawakkal. Ramai orang yang bersalah anggap tawakkal itu berserah 100% kepadaNya. Bukan bukan, konsep itu salah. Konsep sebenar tawakal adalah berserah sepenuhnya kepada kuasaNya setelah mencuba sehabis baik. Mencuba sehabis baik ramai yang gagal lakukan, sebab itu kebanyakan misi tidak tercapai. Dan aku yakin, jika misi itu tidak tercapai, ada sebab lain Dia mahu bagi dan sudah pasti benda lain yang Dia ingin beri itu jauh lebih baik apa yang kita minta


Setelah 31 hari bekerja


Hari ini genap 31 bekerja, selain duit yang diperoleh hasil dari jualan produk, benda yang aku suka dalam herbalife ini adalah recognition. Kita buat kerja gila-gila dan herbalife bayar apa yang kita buat. Fuhhh, 31 hari ni memang penat, tapi berbaloi!!!


1-Herbalife Grand Celebrity Night 2010



Tahun ini aku qualify!!! walaupun hanya 11 hari bekerja di bulan 10, alhamdulillah bekerja dengan orang tersayang ni ( auuww =) ) kerja lebih senang! Tahun ini herbalife bawa siti nurhaliza sebagai penyanyi untuk menghiburkan distributor yang layak. haha, stylo jugak makan puas-puas sambil dengar siti nyanyi. kekeke. dengar khabar hampir rm 100 000 dibayar untuk malam ni. perghh, memang terharu dengan usaha company menghargai 'pekerja' mereka kan. thank you herbalife!!




2 - Bergambar bersama pemenang nobel prize



Kat Malaysia belum ada lagi pemenang nobel prize. Nobel prize ni memang satu anugerah yang sangat susah nak peroleh. Dan antara bahagian yang paling susah nak dapat sebab terlalu banyak persaingan adalah dari segi perubatan. Sebab tu kalau ada pemenang nobel prize perubatan, orang tu memang sangat berkaliber. Herbalife beruntung sebab salah seorang pemenang nobel prize adalah doktor dalam herbalife sendiri. Lagi untung sebab doktor tu akan datang ke Malaysia! Lagi untung sebab aku qualify untuk bergambar dengan dia!!! wahhh, sangat bangga ok. Dr Louis Ignaro ni datang untuk memberi sendiri penerangan kepada jabatan kesihatan dan doktor-doktor di Malaysia tentang researchnya mengenai jantung. Produk yang banyak mengembalikan kesihatan jantung manusia ini masih gagal tembus pasaran Malaysia. Aku rasa bila produk ni dah tembus, konfem macam pisang goreng panas sebab kat Malaysia ni sangat ramai yang bermasalah jantung. Terima kasih herbalife kerana bawak dr ni ke Malaysia!!!




3 - VIP Spectacular



Spectacular merupakan event yang sangat besar dan akan diadaka di Putrajaya pada awal januari nanti sempena ulang tahun kelima herbalife di Malaysia. Kalau kat dunia dah 30 tahun ok. Dan kali ini, aku juga layak untuk dapat VIP dalam spectacular ini. Tahu sebab utama aku nak kejar VIP? Layanan!! Memang jeles tengok orang dilayan VIP ni masa kat event-event besar, kali ni, aku pulak yang akan di layan. wahaaa. berbaloi kan?


Ok lah, itu sahaja hasil setelah 31 hari aku bekerja sebagai full time herbalife. Untuk kelayakan semua ini, memang bukan senang dan kalau tiada pengorbanan, memang kelayakan di atas kita takkan dapat. Tapi dalam Herbalife, segala pengorbanan itu dibayar dengan sangat luar biasa. tu yang sayang lebih herbalife tu =)



pss : klu jarang update blog tu atau entry ringkas2, paham2 je la ek

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Keputusan Badminton Akhir Single lelaki - Tahniah Chong Wei



Datuk Lee Chong Wei kalah. Kempunan lagi nampaknya skuad badminton untuk dapat emas. Akhirnya pulang dengan tiada emas dari skuad badminton. Harapan terakhir yang digalas oleh LCW tadi terpaksa berpuas hati dengan hanya perak. Kalah dengan Lin Dan


Set pertama 
Lee Chong Wei (13) - (21) Lin Dan


Set kedua
Lee Chong Wei (21) - (15) Lin Dan


Set ketiga
Lee Chong Wei (10) - (21) Lin Dan



Sebab kenapa Lin Dan menang?

Masa iklan tadi, lin dan ada bagi satu gambar yang ternyata boleh lemahkan semangat mana-mana lelaki macho seperti chong wei. Nak tahu apa gambar tu? pastikan korang kuat semangat untuk melihat gambar ini, kerana.... ia pasti menghantui malam anda!!




pss : tahniah chong wei sebab sumbangkan perak dan mengheret lin dan ke 3 games =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kumpulan penjenayah terbesar dunia - ISLAM?

Kita berhenti sekejap cerita doktor rozmey, semakin parah nampaknya dia kena perli, kutuk, hina dek bangsa sendiri. Ada pelbagai faktor yang menyumbang, dari gaya rambut yang memang takde kaitan pun dengan kita kepada delete semua komen yang 'tak membina' di facebook. Biasalah, Malaysia perlukan hiburan dan perkara seperti ini merupakan hiburan bagi sesetengah golongan. 


Isu yang lebih besar

Alhamdulillah, diberi peluang untuk belajar ke negara orang, 13 ribu kilometer dari kampung halaman, aku boleh mengalami sendiri suasana 'islam' yang cukup berbeza. Persekitaran yang mana islam adalah golongan minoriti, yang hanya kesepakatan antara golongan muslim boleh meneruskan golongan minoriti ini hidup di kalangan golongan majoriti yang lain. Antara isu yang sering diperjuangkan adalah 'islamophobia'




phobia kepada islam inilah yang membuatkan di airport sendiri, ada yang berjanggut berjambang, kena check dengan lebih teliti. phobia kepada islam ini jugalah membuatkan orang bertudung dipandang serong oleh orang tempatan. Dan melihat kepada isu yang lebih besar, jika ada nama 'mohammad' di depan atau juga 'bin' pasti urusan pejabat sangat susah. Phobia kepada islam - yang akhirnya muslim itu sendiri turut berasa tertekan dilahirkan didalam keluarga islam. Nauzubillah


Penjenayah 9/11

Bagaimana WTC diruntuhkan oleh sekumpulan manusia yang dikaitkan dengan golongan pelampau islam, phobia kepada islam terus berada di tahap maksimumnya. My name is khan antara filem yang boleh kita lihat bagaimana kebencian orang terhadap islam ini terus meluas dan tersebar begitu cepat. Walaupun siapa dalangnya sudah dibongkarkan, tapi perkara ini terus berleluasa.


Untuk memahami tahap mana orang islam itu dikaitan dengan terorist, hanya fakta yang boleh bercerita. Europol Report telah kemukakan senarai penjenayah di dunia dan hasilnya sungguh mengejutkan!


Tahun 2006 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


2007 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


2008 : Kumpulan penjenayah mengikut jenis


Fakta yang diambil sendiri dari FBI ini tidak didedahkan oleh media-media besar memandangkan ini hanya cerita 'kecil' berbanding justin bieber dan juga lady gaga yang kalau dibuat liputan lagi ramai yang baca. heh, macamlah kita jugak kan? Mintak jauh....




Tidak walaupun 1 peratus!!!!

Persoalan bagaimana fobia terhadap islam ini terus tercetus walaupun hakikatnya orang islam yang dicop pengganas tidak sampai 1 peratus pun (hanya 0.4%) adalah melalui peranan media. Bagaimana media mengawal pemikiran kita boleh buat satu thesis dan hasilnya pasti mengejutkan. Jadi, pandai-pandailah kita menapis media mana yang betul, media mana yang tak betul. Media kita? oohhh, isu artis lebih bagus untuk dipersembahkan kepada orang ramai


artikel penuh mengenai laporan ini disini


psss : sekarang orang barat lagi hebat islamnya berbanding dengan orang timur. tak percaya, pergilah beli tiket air asia ke london dan alamilah sendiri =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 Sebab kenapa orang tak suka Dr Rozmy (Filem 2 Alam)

2 Alam yang sudah mula ditayangkan semalam katanya sudah cecah 2 juta. wahaa. 2 juta? Melalui kawan yang dah tengok, cerita tu 'ok' tapi terlalu pendek. Ada pengajaran tapi tak lupa ada adegan stim. Kekeke, entah apa yang boleh buat dia stim pun tak tahu, tapi itulah realiti kehidupan sekarang, susu dengan minyak selalu sangat dicampur aduk.


Aku memang tiada masalah dengan Dr Rozmey ni, jadi entry ni bukan nak kutuk dia teruk-teruk punya atau puji dia kasi melambung sampai ke gunung, tapi hanya pendapat dari orang kebanyakan yang mempunyai blog. Kali ini aku akan buat senarai, 4 sebab kenapa kebanyakan orang tak suka Dr Rozmy ni


1) Cerita wartawan



Mungkin ramai yang tak tahu, wartawan memang tak berapa sukakan dia. Kenapa? salah satu sebabnya kurang 'hubungan' dia dengan wartawan. Aku pun pelik, kenapa dr romzy ni tak gunakan wartawan untuk jaja cerita elok cerita 2 alam ni, bukan susah, bayo je lah. nampak bayo tu rasuah, bawak wartawan ni makan kat hotel 5 bintang, lepas tu bawak pergi tengok cerita 2 alam, konpem semua cerita besttt je dieorang tulis. *wink2*




2) Gaya Rambut



Sebab gaya rambut macam..... haha, entah, aku pon tak tahu. Tapi rambut dia ni, sekali pandang memang annoying kot. kekeke. korang camne? ada sampai tak suka sebab rambut tak? akulah orangnya. haha. tapi nak buat macam mana, sebab dia nak ada 'personaliti' yang lain dari yang lain, mungkin gaya tu agak menyampah, biarlah dia. 





3) Filem 2 alam dan target RM 40 Juta



Target kebabow rm 40 juta ni memang buat orang tak sukakan dia. katanya ini hanya imaginasi kosong dari orang kaya. hehe, awat nak benci dia sebab target dia yang melampau ni aku pun tak tahu. sikap phd orang kita? perasaan hasad dengki? hermm, entahlah. Tapi aku rasa tak mustahil untuk dia capai, dan kalau tak capai pun, dia seorang yang berani buat perubahan. biarlah orang kata gila ke apa, yang penting dia bahagia dengan dunia dia sendiri. alah, masa nak buat kapal terbang yang pertama dulu pun, adik beradik wright tu pun dituduh gila kan? biasalah tu nak buat satu diluar imaginasi orang, macam tu lah respon masyarakat





4) Bini lawa



Lol, aku termasuk golongan ni jugak.Jeles ooohhhh bini dia lawa sungguh! hantaran kawin CLS 350, wahaaa! orang kelantan rasanya. mek mek klate ni comel2 blako ek? hehe



pss : Ramai yang butthurt dengan dia sebab dia banyak sangat mencapap, lol, dah duit dia, nak butthurt ape nye jang? get a life dude. Terima kash jugak kat dia sebab ramai custemer aku dari yang try JDM5 yang tak jadi, kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW