Expo Cheng Ho yang diadakan pada 21-26 November 2010 di Stadium Sultam Muhammad ke4 merupakan pameran yang sungguh besar. Pameran ini melingkupi pelbagai aspek dan kumpulan yang menyertai pameran ini dari pelbagai latar belakang. Aku yang baru balik dari sana tadi sungguh teruja dengan melihat pelbagai booth yang disediakan, ada dari china, peniaga tempatan, thailand, iran pun ada dan pelbagai negara lagilah. Penat nak terjah satu persatu tadi!
macam-macam ada!
Apa yang menarik mengenai expo Cheng Ho ini adalah ia merupakan satu peluang yang dijana oleh kerajaan negeri kelantan untuk menarik minat peniaga di china dan juga rakyat kelantan untuk melihat peluang-peluang perniagaan yang masih terbuka luas. Susunan forum yang diadakan yang dibarisi oleh ahli panel yang pakar dalam bidang masing-masing sudah pasti segala ilmu mengenai pelaburan dan juga perniagaan dicurahkan dengan sepenuhnya.
Sedikit fakta menarik mengenai expo cheng ho ini
- Cheng Ho dipilih sebagai menyambut ulang tahun ke 600 dia datang ke Malaysia
- Disertai lebih 300 syarikat dari pelbagai latar sektor
- Diadakan 6 hari berturut-turut
Friendship - amoi cantik : Prosperity - dinar emas!
Perkara best : kesatuan
Ok lah, nak tahu best ke tak, pergilah sendiri. Tapi aku nak kongsi sedikit mengenai pemerhatian yang aku dapat lihat sepanjang berada di expo itu tadi. Kesatuan! Ya, sungguh ramai yang berbangsa cina datang. Menariknya cina kelantan ni berbanding dengan dinegeri lain, dia punya dialek atau loghatnya sebijik sama dengan orang melayu kelantan. Tadi sungguh riuh satu booth tu orang cina (malaysia) yang duk tawar menawar dengan orang yang menjaga booth. Aku rasa penganjur patut diberi kredit kerana misinya untuk 'kesatuan' itu boleh dilihat. Kebiasaannya sesuatu acara, memang susah nak imbangi populasi bangsa ni, mesti ada yang lebih, tapi expo cheng ho kali ini, boleh melihat semangat kesatuan tu! erkk, jumpa amoi sukarelawan yang comel tadi =)
Perkara tak best : JALAN JAMMMM!!!
Aku bertolak tadi pukul 11 pagi dan sampai untuk dapatkan parking pada pukul 1! 2 jam!! fuhh, memang jam teruk tadi. Mungkin polis traffic boleh jalankan tugas dengan lebih efektif supaya jam sampai kereta tak boleh nak gerak seperti tadi boleh dielakkan. Kita sebagai pelawat, pandai-pandailah menjadi pemandu yang berhemah dengan tidak parking 'ikut dan' je, tadi jam pun sebab orang parking merata-rata tempat. ishhh!
Apa-apa pun, aku pasti pergi lagi sekali nanti. tadi tak puas sebab sekejap sangat masa pusing-pusing. Nanti nak luangkan masa lama sikit tengok-tengok booth pameran. Mana tahu jumpa barang baik kat china kan? hehe. ada blogger dari kelantan nak pergi? jom pergi sama-sama =)
pss : nak buat kelantan blogger meet up la. jom! rabu ni ke, ok?
26 ulasan:
abang aku buat pameran buku.. galeri buku syabab :)
@molmolla
lol, sama dengan twitter
jom2..esok nk g neh..hee
@aisneezy
nak g rabu plak. huhu
g tiap2 ari la..hehe..
dkt je kot tm ngn stadium..hee
jom rmai2..
alorh... ingat buat kat pwtc td.. nak gi jugak..
teringin giler nk g..
tp xsempat, balik kb seminggu je..
dah kene dtg bangi balik..
melepas cheng ho expo.. huhu
patut lah aku balik kb aritu pegi stadium ade byk khemah..
expo nie rupenye..
menyesal nye x pegi!!!
wah da ada respon yag baek ni, kena pegi la...
ingtkan restoren amy search td
Terkini : Bukan untuk wanita sahaja
@suffer8zine
erk?
@Cik Bee
SANGAT baik
jom2
@zOuL.MzMn
smlm baru start
uhu
@cikmawar
hehe, xpe, lain kali ada lagi
@misz beauty
kb je
bestnyer...
dier xwat kat kl ker???
camner sy nak pg kb???
huwaa...
nak pegi! tapi kna tunggu ayah balik dari kursus. wuuu. eh nak buat gathering lagi ke?
ak pun pegi pagi td..ngehngehngeh
alaaa..jauh tuh..
sob2..
aik,aku g jugop ptg td..xjumpo pulop..hahah gi kat karyalensa kelantan? haha lepok situ meta td
menarik ekspo ni
kalau buat kat KL kan boleh pergi
;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
fuhh...terasa cam nak pegi tapi jauhlaks... ari tu ada terdengar pasal member wat bunting n banner utk ekspo ni....
Ada Persoalan Tentang Masalah Berkenaan Mata dan Penglihatan? Anda Bertanya, Optometrist Menjawab
walawe...asal ada program, function best je kat kelantan mesti time tu dayun balik lambat la, tak balik kg la..
~ sengaja je kan...huhu.btw, nnt buat review lg yea joe pasal pameran ni...snap la pic sikit! tak dapat p tengok gamba pun jadi la..huhu
nampak kamu di expo tadi..
hrap2 sempt pergi jumaat nnti...agk2 ptg jumaat tu ada lg tk?hu
bro jo bile nk wat kelatea blogger meet up...ehehe...brminat gak ni..
Catat Ulasan