Share

Astro B.yond PVR Review (2) : Top 3 Drama bersiri penyiasatan di Astro

Sejak ada Astro PVR (dapat free) ni, nak tengok cerita di Astro lebih senang. Mana tak senangnya, korang boleh nak tengok rancangan kegemaran korang pada bila-bila masa yang korang suka. Ya, pada bila-bila masa! Sekarang ni memang aku kerja balik hingga 11-12 ke rumah, jadi sebelum tidur mesti aku akan layan cerita kegemaran aku dulu. Malangnya cerita-cerita yang best biasanya ditontonkan pada waktu perdana - 8-10 malam. Nasib baik ada Astro PVR, aku boleh tonton rancangan kegemaran pada waktu yang aku suka =)

Siri penyiasatan

Kali ni nak kongsi beberapa drama bersiri kat Astro yang best untuk dilayan. Mungkin aku ni jenis yang sukakan pembunuhan (ooh, aku takut darah ok) sebab tu suka tengok cerita 'action' sebengini. Yang bestnya, sebelum cerita tu habis, kita mahu teka siapakah pembunuh sebenarnya dan selalunya aku gagal bab ni. Heh, nampaknya pengarah cdrama tu jauh lebih bijak dari aku la tu (sudah pasti)

Ok, meh nak kongsi Top 3 Drama bersiri penyiasatan di Astro. Yang uniknya, setiap drama bersiri ni menggunakan teknik berlainan dalam mencari siapakah pembunuh - sebab tu tak boring!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dah semakin ramai perempuan bertudung

Morning Girlsss!!!

Duk perhatikan, dah semakin ramai kawan perempuan aku yang dah start pakai tudung. Kawan online, ataupun kawan kat luar, semua yang dulunya tak bertudung kini dah slow-slow menjinakkan diri start pakai tudung. Bagus, sangat bagus

Aceceeh, bergambar nak tunjuk mata je


Luck or Karma

Entahlah, aku nak komen kenapa perempuan tak bertudung - sedangkan terang tang tang - hukum bertudung tu wajib (aurat) - tak kena jugak sebab aku tak pernah menjadi perempuan. Daripada tak bertudung kepada bertudung ni merupakan satu hijrah yang sangat besar dan takde sesiapa yang bukak hati tu untuk bertudung melainkan DIA - Allah s.w.t. teruskan bersyukur ya

Sebut pasal hidayah ni, kita tak mampu nak bagi hidayah kat orang. kalau ada anak nama Nurul Hidayah, bolehlah bagi kan? Tapi ni bukannya Nurul Hidayah (nama orang bagi yang lambat) tapi ni adalah petunjuk dari Dia untuk berubah. Jadi, adakah ini nasib baik atau hukum karma?


Luck - Nasib baik

Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit ni, kenapa agak-agaknya Dia pilih kamu dari kebanyakan perempuan di luar sana untuk berubah dari tidak pakai tudung, kepada terus bertudung. Kenapa agaknya? Patut fikir benda ni dan kalau fikir mendalam, betapa bertuahnya kamu yang dipilih untuk menerima hidayah dari dia


Karma - what u give u get back

Ni yang baru je start bertudung ni, abang joe nak tanya sikit, kenapa kamu memilih untuk bertudung dari tidak bertudung? What u give u get back. Apa yang kita buat, kita dapat balik. Mungkin masa korang tak bertudung dulu, selalu tolong orang, tak kira orang susah ke, orang tak susah ke, semua nak tolong dan orang yang menolong kamu tu yang selalu mendoakan supaya kamu menjadi insan yang baik. who knows? korang jelah yang tahu

Tak kiralah sama ada hukum karma ke, ataupun bernasib baik, bersyukurlah sebab kamu sekarang dah bertudung =)



What the next step?

Aurat tu bukan terletak di rambut, tapi seluruh tubuh kamu. Aku rasa bagi perempuan, cabaran nak pakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya berbanding nak bertudung je atas kepala, cabaran pertama tu jauuuuh lagi susah. So kepada yang baru start bertudung, jangan tunggu lama-lama untuk menutup aurat sepenuhnya. dah boleh start beli baju baru untuk beli pakaian yang bukan bersaiz adik, tapi saiz korang, dah boleh start beli seluar yang tak ketat yang menampakkan punggung dan peha, pendek kata yang menutup aurat sepenuhnyalah

Rilek la abang joe, slow and steady. nak berubah kena slow2


Slow and steady vs Fast and consistent

Bagi yang ada pemikiran macam tu, aku syor baca komik arnab and kura2 versi panjang ni (link) Dah terbukti, bukan dari cerita dongeng sahaja, yang cepat dan konsisten akan menang dengan yang slow and steady ni. Nak berubah pun, kena cepat2. baru boleh menang. Wokeh? Apa-apa pun, joegrimjow akan mendoakan terbaik untuk korang. woho!


Okeh, sampai situ saja dulu. Hipotesis hari ini 'Semakin ramai bertudung, semakin gembira hati joegrimjow' wohoo

pss : baca seterusnya Busana Muslimah Vs Busana Melayu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Gambar isteri kedua Sultan Ismail Petra : Elia Suhana



Kes cerai isteri kedua Sultan Ismail Petra hari ini satel dengan Elia Suhana masih sah sebagai isteri kedua Sultan Ismail Petra. Ditanya pemberita reaksi Elia Suhana ni mengenai kes ini, dia kata sangat happy dan ini boleh dinggap sebagai hadiah sempena hari keputraan suaminya itu esok. Sebagai rakyat Kelantan, aku sebenarnya malu kat diri sendiri sebab sebelum ni tak tahu pun yang Sultan Ismail Petra berbini dua. uhu, adakah aku je yang tak tahu kat sini?




Biasanya 30-31hb adalah hari yang ditunggu-tunggu masa aku kecik dulu. sebabnya? nak tengok lampu berhias! Ya, birthday sultan ismail petra. Bukan saja lampu, dulu siap ada perarakan kereta berhias. Memang meriahlah! Dah bertukar Sultan ni, bulan november pulak cuti sempena birthday Sultan. Elok juga sebabnya kat Kelantan sekarang ni hujan dari pagi sampai ke petang. huh, nak banjir ke?


Gambat kedua-dua ni aku amek dari Google. Tak sangka google ni power, boleh cari gambar sesiapa sahaja! 





Tapi yang aku tak puas hati - Bila aku google 'Gambar Faridzul Asyraf'





Ape kebendanya keluar gambar perempuan tu??? aigooo!!!


pss : Semoga Kelantan terus dirahmati. Baca sini mengenai Kehebatan Sultan Kelantan yang baru

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

From Aunty to Beauty

Aunty tubuh besar - penyakit pun banyak....

Statistik 2010 rakyat Malaysia yang overweight adalah 65%. Maksud 65% adalah, kita jalan-jalan kat pasaraya, kita tengok seorang, body ok (berat ideal lah tu) dan bila tengok seorang lagi, erkk, BESAR (overweight) Lebih separuh rakyat Malaysia adalah Overweight. Benda ni memang WHO dah jangka lama dah, 2005 akan ada 1.6 Billion yang overweight worldwide dan angka ni akan meningkat 2.3 Billion menjelang 2015. Malaysia tak terkecuali

Cerita kali ni aku nak share pasal aunty. aunty ataupun makcik yang orang kata dah lanjut usia - 40 dan keatas. erk, lanjut ke? hehe. Ok, macam entry lepas, aku share pasal satu keluarga ni, kesemua ahli keluarga ni korang boleh jumpa masa Kelantan HOM dan aunty yang aku nak cerita ni pun korang boleh jumpa sendiri kat Kelantan HOM kat Hotel Firdaus setiap hari Selasa. Ramai lagi, nanti aku akan tulis satu persatu =)


Susahnya orang berumur nak turun berat badan

Sebenarnya ayat 'susah' tu tak kena. Sebabnya semua tu bergantung pada diri kita sendiri. Contohla, nak lari 100 meter, masa garis permulaan tu, kita tak pernah berhajat pun nak mulakan langkah pertama, sebab tu walaupun 100 meter kita takkan sampai. Compare kalau ada orang bermaraton - 30km, walaupun ambil 2-3 jam, masih boleh sampai dan berjaya habiskan. So kat sini, berbalik pada diri sendiri. takdenya susah-susah. diri tu yang sengaja buat susah!

Kalau korang datang ke Kota Bharu ni, boleh tengok begitu ramai mak cik-mak cik kat pasar khadijah ni yang menjual. memang orang Kelantan ni suka sangat menjual. dari jual tudunglah, makananlah, sayur2lah, buah2lah, semua nak jual. sebab tu ramai orang Kelantan yang tak kerja makan gaji. kan kan? kalau korang perhati, sorry to say mereka ni kebanyakkannya berbadan besar


Bukan mereka saja

Aku percaya, kat mana-mana pun sama je. dah statistik cakap 65% rakyat Malaysia overweight, memang ramai sangatlah tu. Aku pernah berbual dengan mereka, tanya, tak nak kurus ke mak cik, jawapan normal yang dapat, takpelah, dah tua2 ni kalau slim laki jeles pulak, xboleh keluar rumah takot org tackle isteri die. kekeke. boleh pulak macam tu

Ramai yang sekarang ni nak jaga bentuk tubuh badan semata-mata nak pakai baju kebaya nyonya splendour, nak pakai baju yang cantik2 sendat2, tapi tak ramai yang nak jaga bentuk tubuh semata-mata untuk kesihatan, nak elak penyakit. Aku tak kata kalau bentuk tubuh ideal penyakit tak datang, tak tak, bukan bukan, tapi kalau dah overweight, risiko untuk penyakit datang tu banyak. 70% lawatan doktor ke hospital adalah semuanya sebab pesakit berlebihan berat badan. tu fakta



Cabaran mak cik - mak cik untuk turun berat badan



Okeh, aunty kat atas ni namanya angie. Orang Cine Kelantan. kalau nak tengok sejarah dia, lagi teruk. sebabnya sejak kecik lagi dia dah start makan ubat. umur 12 tahun lagi dah start amek ubat untuk jaga kesihatan. Migrain semua sekali tak payah nak cakaplah.

Yang paling tak best, apabila tubuh macam ni, walaupun sengeh je senyum memanjang, dalam hati siapa tahu? acececeh. dia ada share dengan aku, dulu period dia datang 6 bulan sekali. Familiar? Bagi pompuan, aku tahulah period tu nak cuci semula badan tu, darah kotor keluar ye tak, tapi bila period datang pun tak stabil, 6 bulan sekali - What the Fishmonger - memang satu yang membebankan pada tubuh badan!

Sebab tu dia kata, rasa sangat berdosa kat mak dia sebab tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik. ehh, mak pulak yang jaga anak dan dia sebab period pun tak stabil, memang mood tu tak payah cakap, asyik nak marah je. Sampailah dah kritikal, dia dah buat keputusan untuk ubah gaya hidup dengan Herbalife


Sekarang ni macam mana?



Total lost 36 KG


Sekarang ni memang doktor dah suruh dia berhenti amek ubat yang sejak kecik lagi dia makan tu sebab dah tak perlu. Amazingkan? Walaupun herbalife ni bukan ubat, tapi logiklah kalau kita ubah gaya hidup kita, amek nutrisi yang paling sedap + berkhasiat, lakukan senaman 2-3 kali seminggu, konfem penyakit pun akan lari. Yang aku nak highlight - NI MAK CIK!!!

So kepada anak-anak dara tu yang berbadan besar, aku sangat faham situasi korang. acececeh. ye lah sebab aku pernah gemuk kan? hehe. Memang sangat tak best. Cuba nak kurus pelbagai cara dah tapi semua tak jadi. nasib baik jodoh dengan herbalife datang, berkat doa tu supaya Allah temukan aku cara nak turun berat yang betul, sekarang dah normal balik.

wahaaa!!



Dan dia sekarang - From Aunty to Beauty. Saiz seluar dulu 46 sekarag 35.5 Acececeh


Jom jadi sihat dan kuat bersama joegrimjow Herbalife. Macam biasalah, nak tahu lebih, jangan lupa calling-calling joegrimjow ya - 0169640972


pss : eh, anak teruna pun boleh jugak call okeh. agagaga. Entry dah diubah untuk menjadi lebih best. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Musim Durian : Aksi bahaya jangan ditiru!!

Pergi ke Pulau Chondong ke rumah nenek tadi pasti kena lalu jalan Peringat - Melor. Sepanjang melalui jalan tu, terkejut pulak dengan beraneka gerai di tepi jalan yang sibuk menjalani proses jual beli raja buah-buahan - DURIAN. Musim duriankah?

Sebab memang hobi aku makan durian - oh sangat sedap - singgah jugak untuk pergi beli. Kata jurujual tu, ni durian Perak, sambil mengagungkan kesedapan durian Perak sampai tak sedar yang sekarang ni berada di Kelantan. Haiish, nak meniaga tak teragak promote ye? 

Tapi sebab dah nak, beli jugak!

Balik rumah apa lagi - makan sampai kenyang. Mula-mula sebijik



Tak cukuplah sebijik!
Durian kecik!

Kalau durian besar ok jugak boleh makan sebijik je. Jadi terus 'kopek' lagi 4. Baru kekenyangan sejati namanya




Dan berhati-hati diluar sana, jangan makan gelojoh sangat. Kot ye pun, kulit tu jangan makan!




pss : tengah mabuk durian....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 Blog yang pasti dilawati

Respon dari Kak Jie mengenai 5 Blog yang dia selalu lewati pada tahun 2011, aku pun nak buat jugak lah. Blog yang selalu kita baca ni sudah pasti banyak akan mempengaruhi penulisan kita. Secara betulnya, ia terjadi pada aku. Hehe, walaupun tak 100% tapi peratusan tu ada.


******



-Amalina and abqari : Ni blog orang Herbalife. berada di ranking top 5 sebab memang banyak pengaruh bisnes aku. kekeke. walaupun line yang lain-peduli-hapa aku. dia antara contoh terbaik dalam Herbalife yang buat kerja. Tengok gaji bulan februari dia 27 ribu, macam nak cekik2 je diri sendiri kenapa tak boleh buat. haha. misi 2012, jadi pres team dulu dari pasangan ni. muahaha 

-Cik Khairul : sejak bile ntah aku suka baca blog dia ni pun tak pasti. mungkin sejak dia konsisten asyik duk cerita pasal cinta cinta perempuan perempuan je kot. mungkin? penulisan dia dulu tak matang, sebab tu dulu tak layan (slumber badak cerita) tapi sejak dah start bercinta dengan orang McD ni (gosip2) terus penulisan jadi matang. keep it up mat saleh kata

-Tubelawak : Blog ni penuh dengan hiburan dan setiap kali aku masuk, mesti aku tergelak. kalau ada entry serius pun, aku akan cari kat ruangan archive dan baca entry lucu dulu. dah baca 2 3 kali masih tergelak. kurang kasih sayangkah aku ni?

-Obefiend : blog ni aku layan komen dengan entry dia tu sama best. entry nak berat2 tapi aku suka-tak-tahu-kenapa. Jiwa tak kental jangan masuk, bahaya

-Keretamayat : Berunsur agama yang tak macam agama. Tapi sangat best dilayan. dia ada jawapan yang buat kita ketawa dan kemudian berfikir seterusnya terus nak amek wuduk buat solat sunat. haa, tu orang kata lawak kelas genius, tak macam lawak bodoh berita harian hari tu 



5 blog lain yg korang pasti tahu linknya

-zackzukhairi - dah lama xupdate. benci
-cikepal - nak menternak lemak je
-kak jie - blog ibu terbaik
-beautifulnara - blog artis terbaik
-hanis zalikha - dia reply tweet i, sebab tu i baca tu. hihik



Ok, tu saje dari aku, korang punya?

Cite lah sikit, dah cite tinggal link kat komen okeh. nak usha. dah lama tak blogwalking semua ni, nak jugak tahu kalau ada blog yang best dibaca kan. sharing is caring gitu. wah wah


pss : Eh, blog cik tanah sudah pasti selalu di lawat. kena cakap ke? kah kah kah. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video SEX : @joegrimjow mungkin boleh menjadi saksi twitter?

Lucu pun ada dengar kes terbaru video sex yang melibatkan DSAI ni. Terbaru laman twitter dan facebook boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang berkesan? Haa? Boleh ke? Mestilah boleh sebab dunia kan dah bertambah maju. Benda2 tu semua boleh dijadikan bukti. Woho!


Kes Utusan VS Malaysiakini

Utusan pada keluaran semalam (link) ada menjelaskan taktik DSAI meletakkan alibi menggunakan twitter adalah  makan diri. Sebab apa makan diri, boleh baca kat link atas. Rumusan akhir boleh dikatakan tiada pada waktu video sex itu dirakamkan DSAI tidak update pun twitternya. Heh, menarik!

Jadi, Malaysiakini petang tadi (link) menjawab balik dengan Pengarah strategi PKR menerangkan panjang lebar yang pihak utusan sudah salah faham. Artikel tu boleh baca kat link atas. Rumusan akhir, kata wakil PKR ni, pihak utusan tak paham dari segi masa dan proses daylight saving yang membuktkan DSAI ada update statusnya semasa video tu dirakam dan ini mustahil untuk DSAI terlibat sama

Jeng jeng jeng


Heh, memang sangat menarik kalau nak berbahas dari segi twitter dan facebook ni. Nampak Jack Dorsey dan Mark Zuckerberge boleh tersenyum puas hasil ciptaan dieorang digunakan sebagai bahan bukti dalam kes yang menarik ni. Aku tak mahu komen apa-apa, cuma nak share satu benda


abaikan tatabahasa


Ini status aku pada 21 february (pada hari video dirakam) kalaulah DSAI follow aku masa tu, dan jadi follower yang ke 1900, konfem aku boleh jadi saksi penting dalam kes ni.'DSAI follow saya masa video dirakam, takkan sambil follow sambil buat aksi terkutuk, hebat tu!' kah kah kah


Moral of the story - followlah @joegrimjow di twitter =)


pss : yang benar akan menang, tak disini di akhirat sana kelak

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Episod 2 Nurul Mohd Najib

Untuk mengelakkan blur, boleh baca sini untuk episod 1 kisah Nurul Mohd Najib ni. 

Selepas cubaan untuk menalefon dia gagal, maklumlah nombor dah diberi, nak jugak tahu dia ni wujud atau tidak. Malangnya tidak dapat telefon! Terus hantar email bagitau yang aku tak dapat call dia dan dibawah ini adalah reply dari dia






Aku pun macam dah tak berapa berminat dah.

Asyik ulang benda sama je. Ni betul ke tidak ni dah ragu-ragu. Penat2 call tak dapat dia siap bagi no telefon lagi. Siap cakap nak buat investment itu ini. Sah ni seperti minah afrika yang pernah menipu dulu ni. Tapi takpe, layan joe jangan tak layan!




Cuba memancing ingin tahu sama ada dia ni betul2 scam atau tidak. Nampaknya dia lagi bijak!






Cubaan berdalih tu menjadi. dia berpura2 nampak keseriusan dirinya dengan menyuruh aku menangkap gambar rumah yang berkenaan. haiishhh, nampaknya dah tak boleh nak layan dah. malas nak tangkap gambar-gambar ni semua!






Tu diaaa, ayat i love u dah datang dahhhh!!!






Heh, sampai situ saja cik Nurul Mohd Najib. Akhirnya kisah aku dengan dia sampai disitu sahaja. Balasan aku kepada dia yang paling akhir nak tahu apa dia? hehe, jangan terkejut






Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pencapaian Tahun Pertama GTP




268 MUKA SURAT!!!

Memang sangat bosan baca benda-benda macam tapi nak tak nak kita kena baca sebagai rakyat. Sebab entry ni akan jadi boring sebab terlalu banyak fakta dan nombor, aku suggest korang tekan play kat youtube tu. Budak umur 13 tahun lagi nyanyi tapi kali ni bukan Rebecca Black la, orang lain pulak. hehe, credit pada cik fatin somban. Amacam suara dia?


GTP dan pencapaiannya

Memang aku takkan cerita panjang lebar sebabnya nak baca yang panjang lebar baik korang baca kat link download di entry ni. Rajin bacalah. Tak rajin malas sikit, baca rumusan yang aku buat kat entry ni. Tak rajin lagi baik tak payah jadi rakyat malaysialah, tak payah amek peduli hal negara. keh keh keh. Aku akan pergi satu-satu pencapian yang sudah dicapai oleh GTP ni dibawah 6 NKRA yang sedia ada. Rujuk entry ni okeh




1) Mengurangkan jenayah








2) Menurunkan kadar rasuah







3) Meningkatkan pencapaian pelajar






4) Meningkatkan taraf hidup penduduk bergaji rendah








5) Meningkatkan infrastruktur di luar bandar





6) Menaik taraf sistem pengankutan awam di bandar





Angka mana korang tertarik?


GTP ni memiliki 3 fasa - fasa prtama 2010-2012 manakala fasa kedua 2013-2015 dan fasa terakhir 2015-2020. Peningkatan dari 6 juta yang berada di Lembah Klang kepada 9 juta menjelang 2020 ni memang satu benda je yang bermain dalam kepala 'traffic jam' ye tak? Dalam NKRA ni pun ada bidang yang difokuskan untuk kemajuan infrastruktur. Aku rasa kejayaan terbesar untuk mengukur kemajuan kemudahan awam ni adalah kita sebagai rakyat lebih rela menaiki pengankutan awam berbanding dengan bawak kereta sendiri. sekarang ni dah jadi ke? kalau aku lebih rela naik kereta walaupun jam daripada duduk dalam lrt yang kena tunggu 2-3 kali baru boleh masuk. korang?


Komen keseluruhan GTP?

Memang terlalu awal lagilah nak ukur kejayaan GTP ni, baru tahun pertama kot. Tapi kalau tengok angka tu, pujian harus diberilah kepada kerajaan. Rasuah je tak turun-turun CPI nya, bilalah agaknya nak turun kan? hehe. Kita tunggulah beberapa tahun lagi, GTP ni mampu ke tak mencapai misinya untuk memacu pembangunan negara disamping kepentingan rakyat tidak dilupakan


Kejap kejap kejap - kalau pilihanraya ni bertukar kerajaan macam mana?

Dalam al-quran dah cakap, takdenya sesuatu kerajaan akan kekal selama-lamanya. Sebab tu zaman islam mantap gila dulu pun akhirnya roboh jugak. Malaysia pun takkan terkecuali.BN dah 53 tahun dah memerintah kat Malaysia, lama sangat dah. Ikut satu survey aku baca, memang akan bertukar kerajaan PRU ni, GTP ni akan diteruskan atau tidak - yang pasti Malaysia akan bertambah maju.


pss : kalau korang terdetik nak komen tanya siapa budak kat youtube tu berbanding komen isi dalam entry ni boleh fikir balik kerakyatan tu. kah kah kah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video dan Lirik Rebecca Black - Friday

Amacam sambut earth hour semalam? best? heh, semalam aku sambut dengan tidur awal. Nak jimat elektrik katakan. Biasanya aku tidur lampu tak tutup - takut ok - tapi sebab semalam earth hour, terus tutup lampu. ahaa, kenapalah orang tak buat kampen tutup lampu masa tidur kan? lagi lama berbanding sejam pukul 8.30-9.30 tu. ke aku sorang je tidur tak tutup lampu? heh!


Rebecca Black - Friday

Hujung minggu ni biasanya aku layan mashable.com dan digg.com. banyak berita terbaru aku dapat disana. Kat mashable, ada satu tajuk yang menarik perhatian aku - Rebecca Black. Kebetulan jumaat lepas aku tengok video dia di youtube sebab ada orang bagi link. Dah tengok tu aku kata - aiyoyo, lagu macam ni boleh dapat jutaan view? Masa tu 20 juta lebih view rasanya. Kat bawah ni video dan lirik lagu tu




(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

Seven a.m., waking up in the morning
Gotta be fresh, gotta go downstairs
Gotta have my bowl, gotta have cereal
Seein' everything, the time is goin'
Tickin' on and on, everybody's rushin'
Gotta get down to the bus stop
Gotta catch my bus, I see my friends (My friends)

Kickin' in the front seat
Sittin' in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

7:45, we're drivin' on the highway
Cruisin' so fast, I want time to fly
Fun, fun, think about fun
You know what it is
I got this, you got this
My friend is by my right, ay
I got this, you got this
Now you know it

Kickin' in the front seat
Sittin' in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin')
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after ... wards
I don't want this weekend to end

R-B, Rebecca Black
So chillin' in the front seat (In the front seat)
In the back seat (In the back seat)
I'm drivin', cruisin' (Yeah, yeah)
Fast lanes, switchin' lanes
Wit' a car up on my side (Woo!)
(C'mon) Passin' by is a school bus in front of me
Makes tick tock, tick tock, wanna scream
Check my time, it's Friday, it's a weekend
We gonna have fun, c'mon, c'mon, y'all

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend

It's Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin' down on Friday
Everybody's lookin' forward to the weekend

Partyin', partyin' (Yeah)
Partyin', partyin' (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin' forward to the weekend




Dah tengok video dia? dah baca lirik dia tu? amacam? komen?

Tapi korang jangan terkejut, video dia ni sekarang dah cecah 53 juta view (masih meningkat) dan kat ruangan komen tu - mak oi kalah orang tengah berchatting. Aku pun tak paham kenapa lagu macam ni boleh meletup kebabow gitu, nampak sangat dah lama aku ni tak update music kot. Mana lagu broery marantika - widuri tu, jauh lagi best kot. keh keh keh


Rahsia youtube - how much she got from youtube?

Setakat ni dah 37 ribu terjual di itunes lagu dia tu. Lebih kurang dia dah dapat 26 000 USD dari situ saje. ok, pasal itune tak berapa minat sebab sepanjang hayat aku tak pernah beli melalui itunes. beli angry birds pernah la. heh. Cakap pasal youtube. berapa dia dapat melalui video dia sebenarnya? Youtube akan dapat $1 untuk setiap 1000 view sesuatu video. pergh, aku baru tau kot! jadi, rebecca black ni dah dapat berapa? campo tolak campo tolak - 36 000 USD. perghh! Yang best, dia akan bagi semua duit yang dia dapat tu kepada penduduk jepun sebab gempa bumi aritu. waahhhaaa, gud job

Hampes kan youtube ni, aku tak pernah tahu yang setiap 1000 view depa dapat $1 usd. ces, sekarang ni dah ada produk keluaran kita sendiri 1tube.my, pakat p upload kat situ pulak lah. heh, kayakan orang kita lebih baik ye tak?


Kenapa Rebecca Black - Friday dapat hits tinggi?

Umur adik rebecca ni baru 13 tahun. Haha, 13 tahun ok. kecik sungguh - tingkatan 2 ye tak kalau dia belajar kat Malaysia. Ok, aku rasa kenapa lagu ni boleh jadi 'kegilaan' ramai adalah sebab lirik yang mudah dan cara dia nyanyi pun macam ala-ala gedik gitu. Aku ingat memang saje dia buat gedik, tapi kalau tengok video interview kat link mashable ni, memang dah tu cara dia kat dunia sebenar pun

Kesimpulan? jadilah diri sendiri. kalau buat-buat gedik tu, sangat hodoh ok. tambah2 lagi kalau laki yang gedik - benci nyah!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

CEO di Malaysia dan gaji mereka - Dunia tidak adil!

Senarai 'Top Paid Salary CEO in Malaysia 2007' atau bahasa mudahnya, CEO kat Malaysia yang dibayar gaji paling tinggi pada tahun 2007 adalah. jeng jeng jeng

  • Lim Kok Thay (Genting - RM 86.5 Juta)
  • Datuk Nazir Razak (CIMB - RM 9.35 Juta)
  • Teh Ah Lek (Public Bank – RM6.2 Juta)
  • Rozali Ismail (Puncak Niaga – RM5.2 Juta)
  • Ralph Marshall (Astro – RM3.4 Juta)
  • Amirsham Abdul Aziz (Maybank – RM2.7 Juta)
  • Ahamad Zubir Murshid (Sime Darby – RM2 Juta)
  • Yusli Mohamed (Bursa Malaysia – RM1.97 Juta)
  • Lodin Wok Kamaruddin (Bousted Holdings – RM1.85 Juta)




Yang aku nak cerita lebih pasal Tan Sri Lim Kok Thay - anak Lim Goh Tong, gajinya pada 2007 adalah RM 86.5 Juta atau 7.2 Juta sebulan atau RM 1.8 Juta seminggu atau RM 260,000 sehari. Haha, gaji sehari dia sama dengan gaji 6 tahun kebanyakan cikgu kat Malaysia ni. Kekeke, sangat banyak ok. Ni tahun 2007, tahun ni punya aku tak jumpa pulak google tadi.

Klik untuk baca selanjutnya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komik : SBP vs MRSM - SPM 2010 Story

Dah lama tak buat komik. Layan komik la kejap. Entry ni sempena keputusan SPM kelmarin, layan je lah.










kalau suka jangan segan tekan like =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nokia E7 Review (8): Video My 9 to 5 bersama Nokia E7 #Maxis10

Ini merupakan tugasan terakhir dalam entry wajib Nokia E7 bersama  #Maxis10. Rakam video dari pukul 9 hingga 5 dengan video Nokia E7 yang sememangnya lawa tentang aktiviti kita. Ok, dah upload kat youtube dan memang dah ada kat bawah ni. Selamat menonton. hehe. any comment - most welcome =)
  • Edit video guna Camtasia
  • Video semua diambil guna Nokia E7
  • Lokasi terlibat - Hotel Naza Tallya, Gym New Fort X-treme, Masjid Kubang Kerian, Sekolah Rendah (rahsia) dan jalan raya nak balik rumah 




pss : Kualiti video Nokia E7 memang terbaik, bolehlah buat banyak2 vlog lepas ni =)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video dan Gambar Perempuan Bunuh Diri di KB Mall

Pukul 5 petang tadi gempar kat KB Mall Kota Bharu seorang perempuan yang ingin bunuh diri. Pieeww, kenapalah nak bunuh diri cik adik ni ya. dan kenapa jugaklah pilih KB Mall yang penuh dengan manusia tu sebagai tempat. aigooo




Kat bawah ni pulak video amatur yang aku amek kat facebook. Haiih, nasib baik abang bomba datang selamat (minit 0:31 Perempuan tu jatuh)




Hidup ke mati tak tahulah. Sebab dah jatuh tu. Ada orang kata selamat. mintak2 la selamat, nanti takut berhantu pulak KB Mall yang sudah sedia ada berhantu tu. Lagi satu nak pesan, bunuh diri macam dah tempah tiket ke neraka. kena bagitau tu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah twitter yang sedih

Sejak aktif twitter ni, semakin ramai kenalan yang aku dapat. Tak kira siapa, latar belakang macam mana, semua boleh jadi rapat. Orang kata twitter macam tempat untuk chatting - membazir masa untuk buat akaun sebabnya baik guna YM/Skype je, Facebook pun boleh digunakan untuk berchatting. Sebab itu dulu walaupun akaun aku dah berusia lebih 3 tahun, tapi aku aktif baru 4-5 bulan sebelum ini. Masa buat dulu, hanya buat. ikut peredaran zaman katakan. Bila dah tak tahu nak guna apa, terus tinggalkan begitu saje. Tapi bila dah ramai pulak guna, barulah kita terhegeh-hegeh nak aktif balik


Kisah sedih Twitter

Aku tak ingat bila berkenalan dengan seorang perempuan ni. Eh, berkenalan di twitterlah maksud aku. Bila dah ada orang twit, aku akan twit balik. Standard dunia twitter katakan. Yang sedihnya, sejak berkenalan dengan dia, aku tak tahu latar belakang dia, tak tahu belajar kat mana, tinggal kat mana, hanya twit2 biasa saja. Yang menjadi sedih lagi, baru tadi aku tahu yang dia dah meninggal dunia


twitter account : @sweetxerra


Kat atas tu twit kedua terakhir dia sebelum dia tiada. Macam sesuatu yang 'weird' sangat tau perasaan bila korang tahu rakan twitter korang dah takde 'sory if sy x reply tweet korg ye' Macam aku cakap tadi, memang tak pernah jumpa, asal usul lagilah tak tahu, cuma twit2 saje tapi bila tahu dia dah takde, wujud satu perasaan yang sayu. 

Sekarang ni baca kat twitter tadi, dia anak yatim piatu dan berada di Australia sekarang. Terpaksa juga dikebumikan disana sebab kat Malaysia takde waris nak uruskan jenaza dia. Punca kematian katanya cancer usus. Sangat sedih dengar cerita seperti ini, tapi nak buat macam mana, itu adalah 'kehidupan' ada manis dan ada yang pahit


Sedekahkan Al-Fatihah

Aku tergerak nak tulis entry ni nak bagi peringatan pada diri sendiri dan korang semua, mati tu pasti. Entah bila ajal kita tak tahu. Teringat jugak amalan diri sendiri, katakanlah ini entry terakhir aku tulis, malam ni dah takde nyawa kena cabut, kat mana agaknya tempat aku disana nanti. Ya Allah, dosa begitu banyak yang aku buat dan takut sangat kalau bukan syurga tempat aku.... Marilah sama2 kita muhasabah dan sama-sama sedekahkan al-fatihah pada arwah, semoga roh dia ditempatkan bersama yang solih


pss : If we lose love and self respect for each other, this is how we finally die - maya angelou

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ohh Nurul Mohd Najib - Gadis ayu kacukan Malaysia-UK

Dimulakan cerita, joegrimjow sedang khusyuk mentelaah Nokia E7 yang tinggal beberapa hari untuk direview. Dia mula membelek-belek laptopnya untuk mencari beberapa perkara penting yang tidak diketahuinya dan mungkin pak cik google tahu mengenainya. alang-alang sudah berinternet, dia buka pula facebook. Dilihatnya ada notification di inbox. Oh, siapa pula ni?




Hati lelaki mana tidak luluh melihat si gadis comel yang ingin meminta bantuan. Katanya dia mahu ke Malaysia 'very-very soon' dan dia tiada siapa di Malaysia sekarang. ayahnya orang Sabah tetapi sudah meninggal. Selaku lelaki macho, pertolongan mestilah dihulurkan dengan jawapan ya

Klik untuk meneruskan bacaan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video SEX : Gambar sebenar Datuk T didedah



Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, mengakui beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.
Sumber : Berita Harian

Hari ni dah dibuat satu kenyataan akhbar siapa sebenar Datuk T. Gelaran yang digunakan oleh 3 orang dalam kes pendedahan video lucah yang melibatkan Anwar Ibrahim. Heh, ingatkan Datuk T ni adalah 'pelakon' dalam video lucah tu, tapi gelaran kepada mereka yang bongkarkan video itu rupanya!




Ni ada satu blog post disebalik kisah penayangan video sex ini berlaku. Boleh baca sini. Aku bagi ringkasan. Betul ke tidak, no komen. Sebagai pembaca, kita boleh nilai sendiri


Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat
Dari Dato Johari Abdul

Heh, kes ni dah semakin menarik. Semalam didedahkan Video Sex tu, hari ni yang mendedahkan video sex tu dah mengaku. Esok aku rasa pelakon utama dalam Video Sex 21 minit tu akan mengaku siapa dia sebenarnya. Pejam celik pejam celik - pilihan raya pun diadakan. kekeke. typical malaysian nak hadapi PRU camnilah =)


pss : Kot2 pelakon tu baca entry ni, saya boleh menguruskan perut yg boroi anda dengan mudah. wahaa!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW