Share

Astro B.yond PVR Review (2) : Top 3 Drama bersiri penyiasatan di Astro

Sejak ada Astro PVR (dapat free) ni, nak tengok cerita di Astro lebih senang. Mana tak senangnya, korang boleh nak tengok rancangan kegemaran korang pada bila-bila masa yang korang suka. Ya, pada bila-bila masa! Sekarang ni memang aku kerja balik hingga 11-12 ke rumah, jadi sebelum tidur mesti aku akan layan cerita kegemaran aku dulu. Malangnya cerita-cerita yang best biasanya ditontonkan pada waktu perdana - 8-10 malam. Nasib baik ada Astro PVR, aku boleh tonton rancangan kegemaran pada waktu yang aku suka =)

Siri penyiasatan

Kali ni nak kongsi beberapa drama bersiri kat Astro yang best untuk dilayan. Mungkin aku ni jenis yang sukakan pembunuhan (ooh, aku takut darah ok) sebab tu suka tengok cerita 'action' sebengini. Yang bestnya, sebelum cerita tu habis, kita mahu teka siapakah pembunuh sebenarnya dan selalunya aku gagal bab ni. Heh, nampaknya pengarah cdrama tu jauh lebih bijak dari aku la tu (sudah pasti)

Ok, meh nak kongsi Top 3 Drama bersiri penyiasatan di Astro. Yang uniknya, setiap drama bersiri ni menggunakan teknik berlainan dalam mencari siapakah pembunuh - sebab tu tak boring!

No 3 : CSI Miami



CSI ni memang banyak versi tapi yang paling aku suka adalah CSI Miami. Sebab apa, sudah pasti sebab lokasinya di pantai - hot chick?? lol. Takdelah, bukan sebab tu (cover) tetapi sebab pelakon utamanya iaitu David Caruso yang super hebat membawa jalan cerita jadi menarik. Memang kalau mamat ni berlakon, nampak sunggguh real. Tambahan pula dengan jalan cerita pembunuhan itu yang pelbagai, cara nak selesaikan kes pun bukan main hebat lagi, bertambah-tambah la aku melekat dengan cerita ni. Ada masa, layan-layan la eh



No 2 : Numb3rs


Yang ni berbeza dengan CSI, jalan penyelesaian untuk tangkap pembunuh tu melalu Matematik. Huh, aku yang memang peminat setia Math ni mesti akan tengok la cerita-cerita macam ni. Tak sangka jugak kan dengan Math pon boleh siasat siapa pembunuh. Heh, mat saleh kalau buat cerita, semua nampak jadi.



No 1 : Lie To Me



Perghh, cerita ni memang sangat stylo. Mengesan pembunuh melalui mimik muka? Kalau betul kumpulan macam ni wujud, aku rasa mesti banyak kes dapat diselesaikan. Panggil Cal atau Lightman Group ke Mahkamah Tinggi kita dan try dia tanya 'Anwar, betul ke awak liwat Saiful' dan dengan mimik muka Anwar Ibrahim je dah boleh selesaikan kes. Tak payahla buat malu kat negara orang lain yang ahli politik negara kita takde kes lain selain liwat. buat malu ajo den!!

Eh, cite pasal ni pulak, berbalik pada kisah Lie To Me ni, mereka selesaikan kes dengan kaedah 'membaca mimik muka' Melalui mimik muka, kita boleh tahu sama ada orang tu tipu, rasa gelisah, takut, bersalah dan lain-lain lagilah. Heh, stylo milo habis. Selain cara mengetahui pembunuhan tu yang stylo, cerita sampingan yang diterap dalam cerita ni pun best. Mana tak bestnya sebab si anak Cal tu -emily- super cute. kekeke. nak cute sajo aku ni =)


jap, apsal ada gambar dia kat dalam entry ni? 



******


Tapi kan, aku rasa kalau aku bagi nenek aku tengok cerita kat atas ni, best macam mana plot cerita dia sekalipun, nenek aku pasti cakap semua ni akan kalah dengan cerita fevretnya sejak dulu lagi. Nak tahu apa cerita fevret dia yang sangat best tu?

Gerak khas!!! 
(tak jumpa drama bersiri gerak khas, jumpa movie je!)





pss : layan cerita best!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 comments:

enuLwanie said...

cite lie to me tu lecturer 3D pernah jadikan cite ni sbg rujukan utk dia wt animasi 3D.

tapi saluran mane cite ni ditayangkan?

joegrimjow said...

@enuLwanie

710
fox

✿....rossa alina....✿ said...

haaa...ske jugak tgk cite CSI tu.. :)

joegrimjow said...

@✿....rossa alina....✿

csi miami?

Syue Mustafa said...

Satu lagi siri penyiasatan yang best Criminal Minds kat saluran Fox: 710.

joegrimjow said...

@Syue Mustafa

leh diusha2 ni

CIDUT CIPUT said...

csi miami :
csi new york lagi best kot sebab dyorang lagi banyak gerak kerja. kalau csi miami and csi lain2 banyak cakap jek. hehee ;))

numb3rs :
ohh citer ni memang hebat kot! kadang2 tu terlopong gak tengok dye selesaikan kes dengan hanya selesaikan masalah math jek :P

lie to me :
ohh ni lagi super duper best!!! tak tengok lagi siri 2, ade jek kat astro tapi tak suscribe T_T so terpaksa tunggu orang download jelaa..huhuu~

gerak khas :
dulu2 minat jugak sebab ade AC and Abby tapi sekarang dah tak dah. ;))

*bnyk kan komen? excited terlebih je ni bile tau ade orang minat same.hehee :P

joegrimjow said...

@CIDUT CIPUT

wahaa
minat sama
=)

KiD said...

csi dgn numbers memang best... tapi lie to me tak pernah tengok lagi laa.. huhuhuhu

joegrimjow said...

@KiD

kena tengok sebab ia lagi best
=)

sophie said...

Lie To Me nan Numb3rs tak tengok laa.. Tengok CSI je... Owwhhh abg Horatio memang hensem.. ;)

joegrimjow said...

@sophie

horatio??

Eri-chan said...

rasanya criminal minds paling best kot...kekeke..tapi semua csi layan...

joegrimjow said...

@Eri-chan

kena tengok lie to me!!!

Puan Capa said...

suka CSI!!!!

joegrimjow said...

@Puan Capa

csi miami best kan

Fina Fento said...

huhu csi & numbers mmg best. lagi satu leverage..lie to me tu tak penah tengok lagi..

Anonymous said...

Hi there it's me, I am also visiting this web site daily, this site is actually fastidious and the visitors are genuinely sharing nice thoughts.

Here is my web blog :: get cash for surveys review scam

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW