Share
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

7 Billion Manusia pada tahun 2011

Duduk belek-belek Nokia E7, ada apps National Geographic yang menyimpan pelbagai video menarik. Tertarik dengan satu video yang bertajuk 7 Billion, terus aku klik untuk tengok. Wah, memang sangat banyak fakta yang tak diketahui ada dalam video tu





Antara yang menarik adalah

  • Setiap satu saat, 5 orang bayi dilahirkan dan 2 orang yang meninggal dunia di seluruh dunia
  • Purata jangka hayat manusia adalah 69 tahun
  • Dulu 1975 megacity (populasi melebihi 10 juta satu bandar) hanya ada 3 tetapi sekarang ada 21 buah semuanya

Masalah utama 7 Billion Manusia

Angka billion ni mewakili Sejuta orang yang di darab seribu. Sangat banyak kan? Mesti wujud masalah tempat tinggal. Tapi masalah utama yang wujud bukannya tempat atau ruang, tetapi mengenai 'balance' Keseimbangan jumlah manusia dengan kemampuan bumi yang menampung



Masa kecik selalu kita belajar teori lidi. Kalau satu lidi, senang nak patah. Tapi kalau dah segenggam lidi, susah nak dipatahkan. Makna disebalik ini, kuasa nombor yang memberi kesan yang lebih. Mana-mana pun, lagi banyak nombor, kesannya akan lebih


Nombor lebih - masalah keseimbangan

Kalau seorang yang buang sampah, mesti tak nampak kesannya. Tapi apabila 7 Billion yang buang, sampah tu boleh memenuhi 7 buah Malaysia. Kalau seorang yang bazirkan air, mesti tak nampak kesannya. Tapi bila dah 7 Billion orang bazirkan air, dalam masa 2 hari sumber air bersih akan habis!

Inilah kuasa nombor!

Jadi, berbanggalah dengan diri sendiri yang mana pada hujung 2011 nanti, kita akan menjadi salah satu dari 7 billion orang yang mendiami bumi ini. ingat, setiap pembaziran yang kita lakukan, mampu memberi kesan kepada 7 Billion yang lain




Padang mahsyar?

Digambarkan seluruh umat manusia akan dibangkitkan setelah mati di padang mahsyar. Nombor? Entahlah berapa orang aku pun tak dapat nak gambarkan. Yang pasti nombornya sangat BESAR. Kalau kita boleh kaitkan dan imagine sikit sebanyak amalan yang kita dah buat sekarang ni dengan kesesakan di sana nanti, agak2nya kita dapat 'kelebihan' tak dari nombor yang banyak tu. Dengan matahari sejengkal atas kepala, pasti kita tak nak jadi sebilangan dari nombor yang banyak tu yang menderita disana. kan? amalan? kena muhasabah sendiri

Tudung
Aurat
Fitnah
Rasuah
VIDEO SEX?

kena pikir sendiri okeh


pss : takde orang jertih/besut kat sini? esok nak pergi sana =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah twitter yang sedih

Sejak aktif twitter ni, semakin ramai kenalan yang aku dapat. Tak kira siapa, latar belakang macam mana, semua boleh jadi rapat. Orang kata twitter macam tempat untuk chatting - membazir masa untuk buat akaun sebabnya baik guna YM/Skype je, Facebook pun boleh digunakan untuk berchatting. Sebab itu dulu walaupun akaun aku dah berusia lebih 3 tahun, tapi aku aktif baru 4-5 bulan sebelum ini. Masa buat dulu, hanya buat. ikut peredaran zaman katakan. Bila dah tak tahu nak guna apa, terus tinggalkan begitu saje. Tapi bila dah ramai pulak guna, barulah kita terhegeh-hegeh nak aktif balik


Kisah sedih Twitter

Aku tak ingat bila berkenalan dengan seorang perempuan ni. Eh, berkenalan di twitterlah maksud aku. Bila dah ada orang twit, aku akan twit balik. Standard dunia twitter katakan. Yang sedihnya, sejak berkenalan dengan dia, aku tak tahu latar belakang dia, tak tahu belajar kat mana, tinggal kat mana, hanya twit2 biasa saja. Yang menjadi sedih lagi, baru tadi aku tahu yang dia dah meninggal dunia


twitter account : @sweetxerra


Kat atas tu twit kedua terakhir dia sebelum dia tiada. Macam sesuatu yang 'weird' sangat tau perasaan bila korang tahu rakan twitter korang dah takde 'sory if sy x reply tweet korg ye' Macam aku cakap tadi, memang tak pernah jumpa, asal usul lagilah tak tahu, cuma twit2 saje tapi bila tahu dia dah takde, wujud satu perasaan yang sayu. 

Sekarang ni baca kat twitter tadi, dia anak yatim piatu dan berada di Australia sekarang. Terpaksa juga dikebumikan disana sebab kat Malaysia takde waris nak uruskan jenaza dia. Punca kematian katanya cancer usus. Sangat sedih dengar cerita seperti ini, tapi nak buat macam mana, itu adalah 'kehidupan' ada manis dan ada yang pahit


Sedekahkan Al-Fatihah

Aku tergerak nak tulis entry ni nak bagi peringatan pada diri sendiri dan korang semua, mati tu pasti. Entah bila ajal kita tak tahu. Teringat jugak amalan diri sendiri, katakanlah ini entry terakhir aku tulis, malam ni dah takde nyawa kena cabut, kat mana agaknya tempat aku disana nanti. Ya Allah, dosa begitu banyak yang aku buat dan takut sangat kalau bukan syurga tempat aku.... Marilah sama2 kita muhasabah dan sama-sama sedekahkan al-fatihah pada arwah, semoga roh dia ditempatkan bersama yang solih


pss : If we lose love and self respect for each other, this is how we finally die - maya angelou

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tazkirah Ramadhan : Tiket ke syurga

Salam,


Ini entry recycle. Sebab masa untuk online ini jadi kurang, terpaksa recyle entry lama untuk slot pagi. Kejap lagi nak gerak ke UKM, orang UKM bleh la jumpa ya dan jangan nakal-nakal usik saya ya nanti.


Saya sekarang tengah menghidup udara di Acacia, Seremban 2. korang pula dimana lokasi sekarang? Walaupun kita berada di tempat berlainan, kita menikmati kenikmatan yang sama. Pernah tak terfikir, nanti di alam lepas mati nanti, bagaimana kalau ada yang masuk neraka dan ada yang masuk syurga, mampukan berkongsi kenikmatan yang sama? ish, apa punya soalan, sudah pasti tak mampu. syurga untuk orang 'baik' dan neraka untuk orang 'jahat'


Orang yang bijak adalah yang mengingati mati


Entry ringkas ini mahu berkongsi sedikit dengan pembaca mengenai amalan aka ibadah. Kata orang, mahu cemerlang, kena sistematik, kena disiplin. Same goes to ibadah, kalau mahu melakukan ibadah yang mantap mantoya, perlulah ada disiplin yang kukuh. Bagaimana mahu berdisiplin, inilah yang mahu dikongsi pada pagi ini


Untuk masuk ke syurga, tidak cukup sekadar kita menjadi baik. Syurga adalah tempat orang yang KUAT. Sebenarnya bukanlah menjadi bebanan kepada kita untuk memikirkan mampukah aku layak ke syurga walhal aku ni insan yang lemah, tetapi dari sudut yang lain, istilah SYURGA HANYA UNTUK ORANG KUAT adalah sebagai motivasi kepada kita untuk menjadi lebih baik.



Tiket ke syurga


Kalau tiket ni ada dijual di stesen bas, aku pasti dah ramai yang akan menyerbu stesen bas berdekatan untuk dapatkannya. HEII, siapa tak mahu masuk syurga? Semua nak masuk syurga, tanya artis yang memakai baju sesingkat baju baby, mereka pun nak masuk syurga. ya, kita semua nak masuk syurga. Tetapi sebenarnya kita lupa, tiket untuk masuk ke syurga itu ada pada kita. hanya kita yang mampu membeli tiket itu dengan satu formula yang cukup mudah, buat apa yang Allah suruh, jauhkan perkara yang dilarangNya dan ajak orang melakukan kebaikan


Bunyi macam senang, memang senang pun!


Yang memayahkan, hanyalah kita. Contoh, kalau mak suruh kita sidai baju di ampaian, kalau kita guna tangan senang la kan? sebaliknya kalau guna kaki? memang tersangat susah. kerja yang mudah, kita memayahkan, jadi payah la. Sama macam jalankan perintahNya, kita yang memayahkan segala urusan


Pergi kepada point


Ok ok, sebenarnya mahu berkongsi borang dengan pembaca. Borang yang sedikit sebanyak membantu aku untuk melihat sejauh mana amalan yang telah dibuat. Borang ini hanya untuk simpanan peribadi, untuk muhasabah diri sendiri. Aku selalu isi borang ini masa nak tidur. sebelum tidur, dengan kehebatan macbookpro aku ni, mengisi borang cukup mudah.



sumber : ihsan hamba Allah


Borang ini hanyalah contoh amalan biasa. Nak yang lagi up, kenalah tambah sendiri. Tapi kalau nak terus mantap macam ahli sufi, alamatnya ramailah yang tak buat. jadi, kita mula dengan langkah pertama. Amalan2 biasa. Sekurang2nya, kita tahu takat mana sebenarnya kekuatan kita untuk mendapat syurga Allah


Harap borang ini membantu pembaca dalam memperkasakan ibadah kepadaNya


pss : malam ni dah balik ke kelantan =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Salah siapa kalau bukan ibu bapa

masih ingat lagi cite akan imam joegrimjow?
kalau tak ingat kena la ingat-ingatkan


~~~~~


cahaya islam di bumi france begitu malap. dulu kalau islam begitu megah di benua itu, tapi kini semakin malap. walaupun begitu, tugasan sebagai imam terus ditetapkan walaupun waktu subuh hanya 3 ke 4 orang sahaja yang berjemaah di masjid.


pagi jumaat itu


dia didatangi dengan sepasang suami isteri yang mahu mengadu masalah. masalah apa? jom sama-sama ikuti perbualan mereka


'assalamualikum ya syeikhh maulana ya habibana'


'wsalam w.t. tak payah la syeikh syeikh ni. biasa-biasa sudaaa'


'tak boleh la. dah terikut sama da dengan orang lain'


'ya ada apa datang? bagus la datangimarah masjid pagi-pagi buta ni. senang sikit hati'


'datang mestilah ada tujuan. hehe'


'iye, apa tujuannya?'


'nak suruh syeikh ubatkan anak saya sikit ni. sekarang dah semakin menjadi-jadi perangainya'


'ooh, nak ubat macam mana? kalau kecik, boleh la saya ubatkan...'


'tak besar lagi syeikh.... dia sekarang dah pandai menipu dah. hari tu ambik duit saya, lepas tu tak bagitau pon yang dia ambik. runsing nanti takut jadi pencuri...'


'berapa umurnya? kalau dah 10 tahun, dah boleh rotan dah. rotan dengan kasih sayang.'


'kecik lagi....'


'ye la, kecik tu berapa?'


'25 tahun....'


'ha??? dah 25 tahun dah? ishhh, tu bukan kecik namanya tu. besar panjang dah!'


'tu pasal nak jumpa syeikh ni, saya dah puas tegur dah... tak makan'


'nak melentur buluh, kena dari rebungnya. anak ni dia follow mak bapak dia je'


'ishhh, main kasar nampak. mana ada. saya tak pernah pun ajar anak saya bohong tau!'


'ooo, ye ke? bagusla camtu. habis tu dia ikut sapa ya?'


'entah...'


'saya ada sorang kawan tau, seorang bisnesman. memang kerja dibuat sampai ke rumah. hari-hari sibuk dengan urusan. pada satu hari tu, ada orang call ke rumah dia. dia dah boleh agak dah orang nak ajak dia berbisnes, jadi dia suruh anak dia angkat. dah anak dia angkat, memang sah panggilan tu untuk si bapa. apa lagi, si bapa suruh la bgtau yang dia takde kat rumah. nak tau apa yang anak tu cakap apa kat pemanggil?'


'dia cakap apa?'


'bapa saya cakap dia takde kat rumah'


'hahaha, syeikh buat lawak ye? hehe. apa la si anak tu, tak back up langsung. saya pun pernah suruh anak saya cakap macam tu, tapi anak saya pandai la cover. hoho'


'ooooo00000oooo. jadi pernah buat la tu?'


'ye la, biasa la tu...'


'dapat tak moral cerita saya tadi?


'ada moral ke?'


'mesti lah ada. bukan ke si bapa tadi dah ajar anak dia menipu, katakan dia takde kat rumah walhal dia sebenarnya ada?'


'erk....'


'anak kita ni, akan follow apa yang kita buat. dia takkan tiru sapanya kalau bukan kita. tu pasal, kena muhasabah diri balik. kalau anak dah umur 25 tahun, pandai-pandailah ajar anak tu macam mana. jangan duk salahkan dan bebankan tanggungjawab kat orang lain. mak bapak la kena jaga'


'ok ok, balik saya cuba ubah diri...'


'bagussss, macam tu la bagusss'


~~~~~~


dengar talk dari orang hebat ni banyak input yang dapat ;-)
untuk si anak
kalau dah beso panjang
takkan nak salahkan mak bapak ye??
pandai-pandai la pk


awat nama joegrimjow bertukar jadi nama penuh ni????
camne nak tuka???


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW