Share

Busana Muslimah Vs Busana Melayu

Ada satu pertandingan (pertandingan lagi) kat facebook yang terbuka kepada semua perempuan untuk masuk. Caranya sungguh mudah iaitu upload gambar kat facebook, dan suruh orang like. Macam contest menangi IPad ni la, mudah saja. Paling banyak like, dia akan menang.

Screen shot 2010-07-05 at 15.30.37
hoho, private msg yg diterima, comel ok! tak boleh tunjuk, nanti korang jeles, kekeke


Sebab dah tekan like kat page tu, ku pun usha2 la gambar disana. WAWAH, begitu menarik tertarik sekali gambar2 yang di tunjukkan. Dah la semua gambar perempuan, cute miut pulak tu, memang kalau laki nak cari calon dibuat isteri, boleh ke page tu, mana tau kot kot sangkut. kekeke.


Dari satu gambar ke satu gambar


Sebab ku tak baca dia punya rule, memang tengok gambar je la, ada yang berkenan, ku 'like', dan comel + baju lawa + posing maut, like je la, penat dia posing macam tu tapi tak like kan? hehe. Tiba tiba terbaca satu peserta tu menulis di ruangan komen, pertandingan ni untuk 'busana muslimah'



Sejarah busana Muslimah di Kolej Matrikulasi Melaka


Dulu masa Colleague Islamic Festival di KMM, ada pertandingan busana muslimah. Ketika tu berkobar aku punya perasan untuk melihat pertandingan ala ala ratu cantik tetapi versi muslimah ni. Sayangnya, NYDP masa tu begitu tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan lelaki untuk masuk dalam dewan. HANYA UNTUK PEREMPUAN!


Dengan dalil, hujah dan hadith diberi, terima je la. Biarlah mereka perempuan2 KMM bergumbira bersama mereka


*******

Busana Muslimah dan Busana Melayu


Perlu difahamkan bahawa busana muslimah dan busana melayu ni merupakan 2 entiti yang berbeza tetapi memiliki ciri yang lebih kurang sama sahaja. Cuba jugak google tadi busana muslimah dengan busana melayu, memang lebih kurang sama saja. Nak cari definisi yang betul mengenai 2 2 ni, memang tak jumpa kat internet. Jadi, selaku pencinta wanita, aku akan keluarkan definisi sendiri, kekeke



Busana Muslimah


Menurut definisi joegrimjow, busana muslimah adalah pakaian yang dipakai oleh perempuan berteraskan ciri ciri islam. erkk, lebih kurang la kan? jadi untuk menjelaskan lagi bagaimana rupa ciri ciri islam, kita cuba tengok dalam alquran dan hadith, apakah ciri cirinya


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Surah Al-Ahzab : ayat 59



yang di highlight biru tu merupakan keypoint. jom kita tengok apa kata hadith pulak



“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
Hadith Riwayat Muslim


Macam biasalah, nak hurai hadith ni memang susah skit, jadi kita tengok terjemahan dari otai2 ilmu hadith ni apa dieorang cakap, yang perlu disentuh adalah point ke2 dalam atas tu iaitu berpakaian tetapi telanjang. ohoo, menarik! apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi bertelanjang ni? ada 3 ciri yang disifatkan

  1. Bahawa mereka itu berpakaian dengan pakaian pendek yang tidak menutupi aurat yang harus ditutup
  2. Ditafsirkan bahwa mereka mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandangan di baliknya
  3. Ditafsirkan juga bahwa mereka mengenakan pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.

Jadi, ciri ciri islam itu boleh kita simpulkan, pakaian yang labuh, tidak pendek sampai melihatkan aurat, tidak nipis sehingga nampak bayang2 kulit, dan tidak ketat sehingga menampakkan lekuk badan si pemakai




Busana Melayu

Sebab melayu ni merupakan bangsa dan di Malaysia ni apabila melayu seorang itu akan jadi islam, definisi joegrimjow terhadap busana melayu adalah pakaian yang dipakai oleh gadis2 berteraskan adat kemelayuan yang bercirikan keislaman. Ciri islam dalam definisi ni tak berubah cuma ada tambah adat. Maksud adat disini adalah budaya pemakaian kita iaitu contohnya baju kurung yang bermacam jenis, kebaya (ye ke pakaian kita?) yang pelbagai jenis dan lain2 pakaian melayu yang dirasakan adalah melayu. jadi, contoh busana melayu ni sendiri adalah baju kurung, baju kebaya yang tidak ketat, tidak nipis, dan sudah pasti labuh




Busana Melayu yang dikatakan moden

Acececeeee, ni istilah mana pulak ni? hehe, bila sebut moden, terus kita bayangkan ada rawang2, ada perhiasan, ada mahkota bling bling dan lain2 lagi kan? tak ketinggalan juga baju yang ketat2 sehingga menampakkan pinggan yang ramping cantik citari tu. Persoalannya, adakah pakaian ini 'halal' dari segi agama? cubalah tanya ustaz2 berdekatan dan kalau tanya aku, selagi ada perkataan ketat, nipis, menjolok mata, tu bukan ciri busana muslimah.


=)



*******



Sebut pasal pakaian ni, isu ni tak sampai sudah diperbahaskan. Dulu kalau kat UK masa buat kerja part time, ada si kaye dixon ni tanya kenapa perempuan tutup rambut (pakai tudung) lenguh mulut nak menjawab, dahla kena cakap omputih kan? Aku rasa jawapan yang aku berikan pada dia memang tak memuaskan hati dia. huhu, harap dia jumpalah jawapan yang sebenar pada suatu hari nanti


Pelik?


kadang2 traffic di jalan raya yang kata
merah kena berhenti
hijau kena jalan
oren kena bersedia


tak pula kita bahaskan


kenapa kena lampu hijau, bukan lampu kelabu kena jalan?
kenapa kena lampu merah, bukan lampu biru kena berhenti?
kenapa kena lampu oren, bukan lampu warna warni kena berjaga2?


tapi, bila bab tutup aurat
sibuk cari alasan, bahas akan hukum Allah ini untuk kepuasan nafsu sendiri



pss : ayat alquran atas tu di akhir ayat di tulis 'Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani' tanda hambanya sudah pasti buat kesilapan ini dan percayalah, pintu taubat sentiasa dibuka. Jangan sudah tertutup mata baru mahu bertaubat sudah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

30 comments:

huda rahman said...

entri saling mengingati. tq =.=

joegrimjow said...

=)

.:padie_eyla:. said...

subhanallah.. (: manusie sering kali gagal. great entry.

joegrimjow said...

dah gagal kena bangkit smule

Lelaki Ini said...

besh2!

Jard The Great said...

ku takut org salah guna gmbr diorg yg kiut2 tu.. huuu

FarhanaDr said...

Ku tengok komen kamu untuk adminnya.. Heehee.. Betul juge kata kamu.. Teguran yang bagus.. Berpesan-pesan laa kita.. =)

joegrimjow said...

nanti timbul riak pulak ya jard?

x-po said...

nak mencari perempuan yang pakai tudung sebagai isteri..hehe

latest entry: Egokah jika tetap pendirian?

joegrimjow said...

sile2, kat page tu ada banyak

Mr K said...

Ini tidak adil.

Kontes untuk lelaki sahaja tak pernah ada pun...

Diskriminasi.

adikeica said...

aku x setuju buat pertandingan busana muslimah kat FB tu! apakah?????????

perempuan ni kita x leh dedah2 mcm tu walaupun bertudung!

posing sana lentok sini..mcm apa2 je!

bangkang 100 %..matlamat x menghalalkan cara..

malaysia oh malaysia! T_T

Rugilah wanita2 yg mempamerkan diri mereka selain utk yg berhak!

wanita mustanir said...

benar apa yg diulas oleh joegrimjow..

dah terang lagi bersuluh firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Ahzab :59)

bhahmz said...

stuju sgt2 dgn adikecia!

rsenye sstgh melayu nk ngikot sgt barat kot, smpai agama dilupa..T.T nauzubillah..

joegrimjow said...

adikeica, buat la entry

mama zharfan said...

mcm2 contest 'like' kat fb nowadays...

joegrimjow said...

ku pon ada buat jugak
hohoho

IERA HAJERAH AZMAN said...

perempuan yang baik untuk lelaki yang baek. Kalau rasa nak baik, didik perempuan menjadi lebih baik, bukannya sebaliknya. :) Jangan cuma berkata das..das.. das.. bila berlaku pada perempuan di depan mata bagi dorongan untuk menutup aurat, bukan sekadar mempertikaikan.

Sapa Kata Pakai Tudung Itu Berdosa?

sinagarimba said...

bagus punya entri. Memang ramai yang kejar fesyen tapi terlepas pandang feseyen tu ikut islam ke tak

etomyam said...

susah jugak ye bila ambil hukum agama sekerat-sekerat ni, yang berkenan ambil, yg rasa tak berkenan boleh tolak tepi huhuhu

sI tEDI said...

nampak mcm mudah dan tiada beza.
tapi perbezaan ketara.
:))

TQ info dan perkongsian.

joegrimjow said...

ambil skerat2 ni memang sangat bahaya

HiLMaN said...

yang pasti, busana Melayu subset kepada busana Muslimah.
=)

suzzsuzie said...

dah ramai wanita pandai berfesyen sekarang...busana muslimah pun kalau kena cara memang cantik...

muhammadthoriq said...

uit!
suke bab quran & hadith...:)

lilacfla said...

woaa like ni :)

touya said...

tak nak ahh aku cari isteri macam nie .

Hanifatin said...
This comment has been removed by the author.
Fa said...

bro joe.
a good book to read about this is..
MANIKAM KALBU by FAISAL TEHRANI ;)

Brooks said...

stuju sgt2 dgn adikecia! rsenye sstgh melayu nk ngikot sgt barat kot, smpai agama dilupa..T.T nauzubillah..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW