Share

Joegrimjow dan perempuan-perempuannya (1)

enjoy reading

=)

*******


‘senah, anak ko perempuan....’

‘arghhhhh, tidakkkkkkk.... biar betul???’



‘iye senah, takkan aku nak tipu ko?’

‘tidakkkkk’


Tahun 93 sebelum masihi. Mendapat anak perempuan merupakan igauan ngeri kepada mana mana ibu. Mana taknya, pada ketika ini hidup orang perempuan cukup susah. Mereka dihina dalam masyarakat sehingga taraf perempuan sama dengan taraf binatang. Ya, kadang kadang anak biri-biri lebih disukai oleh sang lelaki daripada anak perempuan!


anak biri2 at least ada bulu yang cantik, anak perempuan?tahu merengek saja, katanyalah


Pada zaman ini juga, anak perempuan belasan tahun akan di bawa ke istana untuk dijadikan gundik raja yang zalim. Raja akan meragut dara semua anak dara di negaranya dan jika raja sangat suka dengan anak dara itu, kemungkinan akan dijadikan gundik di istana. Bagi yang tak berapa bernasib baik, yang tak elok mukanya pada pandangan raja, akan dijadikan hamba kepada askar-askar. ya, hamba untuk kepuasan seksual


‘aku ada idea senah’

‘apa die?’


‘ko jadikan anak ko lelaki!’

‘haaa?’


‘yaa, ko jadikan dia lelaki, namakan dia lelaki dan besarkan dia dengan cara lelaki, mesti orang tak perasan punya!’

‘erkk... boleh ke?’



‘ko mahu anak ko jadi bahan seks askar jantan yg tak guna tu?’

‘tak mahu.....’


‘haa, kalau tak mahu, ikut kata aku!’

‘aku namakannya.... joegrimjow’


Maka perempuan itu pun dinamakan joegrimjow. joegrimjow membesar dengan cara lelaki. Dipakaikan dengan cara lelaki dan semua kawannya adalah lelaki. Apabila meningkat besar, joegrimjow terpaksa di hantar ke kursus askar dan pergilah dia ke sana. Di kursus itu, dia melihat sendiri betapa hinanya kaum perempuan. Di jadikan hamba seks, di hina seperti binatang!


‘haha, kau ni lebih hudoh dari anak keldai’ kata seorang askar

‘muahahahaha’ gelak askar2 lain


Apabila sudah reda, semua askar yang kemabukan itu pun tertidur. Joegrimjow mengambil kesempatan itu mendakati perempuan yang dikatakan lebih hudoh dari anak keldai itu


‘tuan.... saya dah tak larat....’ rintih perempuan itu

‘jangan risau, kita sama jentina’ joegrimjow senyum


Perempuan itu tersenyum lantas bersuara dengan suara yang halus


‘dik... malangnya kita dijadikan sebagai perempuan. Kita tiada nilai di sisi masyarakat. Kita tiada nilai di sisi undang undang. Kita tiada martabat dik. Kita hanyalah bahan mainan mereka. Sampai bila kita akan dihina sedemikian rupa??’ rintih perempuan itu lagi

‘akan sampai masanya martabat orang perempuan akan dijulang! akan sampai masanya kita akan ada hak disisi undang-undang!’ joegrimjow beruara tegas!


‘entah bila masanya dik.....’

‘ermmmm’


dia sendiri tidak pasti. adakah mungkin saat martabat perempuan akan diangkat? melihat keadaan sekarang memang mustahil. Di sebabkan tidak tahan dengan keadaan di kem askar, joegrimjow melarikan diri ke hutan dan terjumpa satu gua.


Dia bertafakur dalam gua itu....
Tiba tiba dia tertidur...
Begitu lama dia tidur...
Sehari...
Seminggu...
Sebulan....
Setahun...
Sampailah berdekad-dekad dia tidur...
Kuat betul dia ni tidur!


*********


Joegrimjow bangkit dari tidur dengan sedikit kesengalan di badan. ada gatal gatal do belakangnya. setelah membetulkan sendi yang sengal itu, dia keluar dari gua dan terus berjalan keluar. Terjumpanya satu pekan


Dilihatnya keadaan sungguh berubah!


Dia melihat ada seorang perempuan tua yang sedang meniaga. Dia sangat terkejut kerana bukan seoarang, malahan ramai juga yang meniaga. Seingat dia, perempuan mana boleh meniaga! tempat perempuan hanyalah jadi bahan mainan askar! Terus dia berjumpa dengan mak cik itu


‘mak cik....’

‘waalaikumussalam nak, nak beli apa?


Waalaikumussalam, bahasa apakah makcik ini tuturkan, kata hatinya.


‘mak cik ni...... perempuan?’

‘haiiishhh kamu ni. mak cik nampak macam lelaki ke? haha’


‘erkkk, takdelah, kan perempuan ni tiada tempat di sisi masyarakat’

‘kamu ni dari zaman mana nak oiii’


‘sekarang zaman apa?’

‘sekarang zaman pemerintahan khalifah uthman!’


‘apakah????’

‘sejak islam muncul, martabat orang perempuan dijaga. perempuan bukan lagi dilahirkan untuk menjadi hamba. Islam telah mengangkat martabat perempuan!’



‘erkk.... Islam itu apa makcik?’

‘ish ish ish....’


Mak cik itu terus bercerita panjang tentang islam kepada joegrimjow. Sejak kelahiran nabi sehinggalah sekarang zaman khalifah uthman. Islam begitu mashur di merata dunia. joegrimjow lebih tertarik dengan penerimaan dan pengiktirafan islam terhadap kaum perempuan. Sebelum ini dia tak pernah terfikir akan agama, yang dia tahu di zamannya, martabat perempuan itu TIADA! tak sangka islam boleh mengankat martabat perempuan seperti ini.


‘Saya mahu masuk islam mak cik!’

‘Mengucap 2 kalimah syahadah dan pakai tudung ni. Ingat, kita ada aurat, aurat kita jangan dilihatkan kepada orang lain. Suami kita saja yang boleh tengok. Kalau orang lain tengok, tak best la suami kita nanti. hikhikhik’


‘aurat tu apa makcik’

‘ish ish kamu ni, banyak lagi makcik kena ajar kamu ni!’


3 tahun berlalu

Joegrimjow kini sudah begitu hebat dalam bidang agama. Walaupun baru 3 tahun mengenal islam, tetapi dia begitu hebat dalam agama ini. Namanya sudah ditukar kerana tidak perlu takut lagi untuk bergelar perempuan, dia sekarang bernama.... JOANA


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kalau rasa diri tu besar sangat!

Entah kenapa, aku rindukan ucapan 'hi' 'morning' 'what can i help u?' dan yang paling aku rindukan, senyuman yang... ikhlas!


Tadi pergi bayar bil telefon.... Masam mencuka orang di kaunter

Pergi bayar bil astro..... Pandang pun tak, hulur tangan mahu minta bil

Pergi pos barang.....AWEK CUN!!... jeling macam nak telan aku je!


Kadang-kadang pelik dengan orang kita ni, padahal agama kita ajar jumpa orang bagi salam, yang jawab pula adalah wajib dan paling ditekankan SENYUMAN! Bukankah 1st impression itu penting dan aku rasa benda ini sangat kita tidak praktikkan di negara kita. urmmm, mungkin ingat senyum tu nak mengorat kot?


Allahualam...







Besarkan bumi?
siapa berani angkat tangan pernah kelilingi bumi?
aku tak pernah, banyak lagi tempat di bumi tak aku lawati






Ini perbandingan bumi dengan planet lain dan juga bulan
memang bumi ni agak besar






Tapi di sistem suria
Bumi ni takdelah besar sangat





Neptune dan Uranus jauh lebih besar
tengok, memang jauh perbezaannya





dan di sistem suria, saturn antara planet tercantik





dan yang paling besar sudah pasti adalah Jupiter
huh, memang nak compare dengan bumi, kecik je kita





Semua ni kalau nak compare dengan Matahari
memang kalah besarlah jawapan die
sebab matahari terlalu BESARRR!






tapi, ada lagi yang lebih besar dari matahari
iaitu Sirius





Sirius paling besar?
taktak
ada lagi Pollux




Ada lagi yang lagi besar iaitu Arcturus





dan arcturus ni nak compare dengan rigel
memang sangat kecik je







ada lagi yang lagi besar






lagi lagi besar






ni lagiiii besar





ni plak
sangat sangat besar
V509 Cassiopelae













ok, agak2nya ada lagi yang lagi besar
nak compare kita dengan planet ni
aduss, memang sangat kecik









eh eh
ada lagi yang lebih besar dari V509 Cassiopelae
tengok apa dia






ada lagi yang lebih besar besar besar








dan yang paling besar
adalah....




VY Canis Majoris

compare dengan matahari kite
kecikkkk je






ini baru dijumpai oleh NASA
yang tak dijumpai lagi?
sangat sangat banyak lagi!



tengok ciptaan ni
Betapa agungnya DIA yang maha Kuasa
inilah keagungan yang patut kita selalu ingat


besar sangatkah kita???
ingat ada lagi yang LAGI LAGI LAGI BESAR!!




sumber : email



pss :
Anda besar dan mahu jadi kurang besar?
Anda berada di Kelantan?
Jom masuk Weigt loss Challenge KELANTAN
anda kurus. anda dapat duit. RM 1050 untuk dimenangi!
=)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

WORLD CUP : Senarai penuh pasukan ke Suku Akhir

sumber FIFA


World cup sudah sampai ke peringkat suku akhir. 8 pasukan terbaik akan bertanding untuk ke pusingan separuh akhir. Jangkaan aku untuk pusingan kalah mati pertama dulu ada 5 betul. Tahniah kepada Jepun walaupun kalah dengan penalti kerana lawan dengan semangat samurai untuk menunjukkan bahawa Asia juga jaguh di medan dunia!


Jangkaan aku


Uruguay vs Ghana - Uruguay menang 1-0


Brazul vs Netherlands - Brazil menang 2-0


German vs Argrntina - Argentina menang 4-2


Paraguay vs Spain - Spain menang 3-1


Walaupun sepak mula akan berlangsung pada 2hb ini, tetapi sudah pasti kehangatannya sudah terasa. Perlawanan yang best adalah German dengan Argentina. Messi dengan Klose, sape lagi handal ya? mestilah aku pilih Messi sebab dia baru2 ni sudah menandatangani untuk minum herbalife


Klik sini untuk berita
Klik sini untuk video


Sebut pasal video, video dalam entry ni, dah 1000 lebih yang view. huh, penting pada kita kalau ada video yang menarik, upload dan bgtau kat dalam twitter. Salah sati taktik untuk tingkatkan Pageview dalam blog. Baru tahu kesan twitter kepada traffic. cool cool


Ok, sama2 kita nantikan perlawanan suku akhir nanti!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Lagenda Budak Setan dan anai anai




heh, dah jumpa novel Lagenda Budak Setan ni. Mungkin masa untuk menulis blog akan dikurangkan sebab nak khatam novel ni dulu. Lepas habis baca, bolehlah berkarya habiskan novel cinta eiffel tower aku ni.


erkk


Kalau perasan gambar, dah di makan anai anai dah buku ni. LOL. ternyata ni buku 1st edition dan tak sabar aku nak baca ni. bubyeee

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman download OS 4





salam,

terkejut bukak GB tadi sebab ada berlaku perubahan. hehe, tahniah la pada kon sebab adjust2 ni bukan kerja yg mudah. Jadi, untuk memudahkan kerja admin kita buat kerja, jom senaraikan baik buruk atau penambahan yg bleh dilakukan untuk website GB ni


1) Lebih cepat untuk ping

ni pengalaman sendiri, lebih cepat untuk ping blog dengan wajah baru ni, tak tau la kot2 pagi2 ni internet laju ke apa, tapi... i like la macam ni ;-)


2) ruang forum dikecikkan

yg ni ku suka, sebab forum ni dah tak berapa nak jalankan 'tugas' sebagai forum dah, memang wajar dikecikkan. tapi kena beringat jugak, rmai lagi yg sukakan forum ni, kena jaga jugak hati dieorang ni ;p


3) tiada profail popular??

any komen? hehe


4) iklan terlalu besar

Walaupun paham pengiklanan ni penting untuk jadikan GB ni kekal bertenaga sepanjang masa tapi kalau terlalu besar sampai ada yang ingat GB ni nak kaut untung je, better buat sesuatu


pendapat semata2, anda pula? aceceeeh. Jom sertai gathering GB 10 July ni. jom jom. Baju pon ada untuk tempahan


*********


Apa yang best mengenai produk apple ni adalah ia selalu di update. Lagi best sebab tak payah nak takut dengan virus untuk update ni, sebab free virus! Dulu masa hantar ke kedai desktop packerd bell aku, orang kedai cakap 'hati-hati' mahu update ni, sebab ada mungkin akan kena virus, sebab tu jarang update dekstop ataupun laptop. Tapi sejak mengguakan produk Apple ni, semuanya jadi senang!

Iphone dan MacBookPro


Ini hanyalah produk Apple yang aku miliki dan aku rasakan kesemua produknya boleh di update juga. Untuk Iphone, walaupun aku miliki ini adalah versi lama (3g, bukan 3gs ataupun 4g) tapi masih lagi boleh guna apa yang iphone 4G lakukan (multitask semua tu la) cuma lembapnya tu lebih skit la dari iphone 4G yang original. Dah nama pun 3G je, terima jelah seadanya ;)



Semalam juga aku update MBP aku ni yang mana kena download 756 Mb. Urmm, kalau kat UK sana, kalau bawah 1 Gig ni dalam setengah jam jugak mahu download sebab memang besar filenya. Tapi kat Malaysia.... perghhh, semalam siap tertidur bangun balik baru siap download! Kalau nak ikutkan, kat sana 50 Mbps dan kat rumah aku ni pakai streamyx 1Mbps je. Memang 50 kali ganda lebih cepat dari sana


Aku pon tak tahu bila internet kita dapat jadi laju. Harapnya pihak berwajib dapat peka lah dengan peredaran zaman ni. Jangan terlalu lambat buat perubahan benda baik ni. kan slow and steady selalu kalah dengn fast and consistent. Jangan biarkan rakyat merana, aceceeeh


Screen shot 2010-06-29 at 01.26.29


Tapi kan, kalau ingat ikan keli, ikan patin, sambal tempoyak, nak compare UK dengan Malaysia, jauh best di Malaysia dan jika diberi pilihan untuk menetap pun, aku lebih suka Malaysia. Biarlah internet lembap pun, yang penting makanan sedapppppppp (sebab tu orang Malaysia gemok2 ;p)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Usaha serta Amalan dan Syurga

Dulu masa kecik, mak aku membayangkan kepada aku yang syurga itu sangat indah. Dia kata cuba bayangkan sesuatu sangat indah, ada sungai yang mengalir di depan pintu, bukit bukau yang jelas dengan pemandangan sempurna, setiap perkara yang kita mahu akan terus dapat dan pelbagai lagi perkara magis lain.


Aku cakap lagi, macam ni ke sambil menunjukkan sebuah kertas lukisan yang begitu cantik


Mak aku senyum dan dia cakap 1000 kali ganda lebih indah dari tu


Aku fikir lagi dan cuba membayangkan keindahan syurga yang sampaikan tiada lagi di dunia lagi ciptaannya. Menunjukkan kembali lukisan aku yang ternyata jauh lebih indah dari tadi dan kata mak aku


Jauh lebih indah dari ni lagi, sejuta kali ganda lagi indah


Aku mula pening dan tidak mahu mengalah, aku cuba bayangkan lagi keindahan syurga sampaikan aku pun sanggup mati sekarang untuk berada di dalamnya! Melukis dan menunjukkan kembali kepada mak aku lagi


Jauh jauh jauh lagi lebih indah dari ini


Mak aku sambung lagi, keindahan syurga tidak dapat di bayangkan, apa yang kita bayangkan tidak sama dan ciptaan Allah itu jauh lebih indah dari apa yang kita bayangkan. Baru bayangkan, bukan bina lagi! Sejak hari itu, tak berani untuk membayangkan kerana sudah pasti bayangan aku jauh lebih rendah keindahanya dengan realiti syurga yang sebenar


******


Pernah terfikir kenapa wujud orang kaya dengan miskin? Kita bincang bukan isu kecil seperti kaya secara tidak sengaja, menang loteri, dan kes terpencil lain tetapi majoriti orang kaya di dunia. Kenapa wujud jurang ini?


Jawapan yang tepat boleh kita berikan adalah mereka berusaha lebih. Jadi mereka dapat lebih. Simple!


******

percaturan dunia untuk kemenangan di akhirat


Kalau di syurga, apa yang membezakan darjat atau peringkat syurga itu sudah pasti amalan yang dibuat. Sifirnya hanya Dia yang tahu dan sebagai hambaNya bukan hak kita sebenarnya untuk tahu formula yang sebetulnya, cuma patut amalan yang kita buat untuk pengabdian kepada Dia semakin hari semakin lebih mantap


Nak kaya, kena usaha lebih


Nak syurga, kena BERUSAHA lebih gigih dari hari ke hari


Sebenarnya kalau dihitungkan amalan yang kita buat dengan orang yang begitu jauh dengan ajaran islam, akan wujud perasaan kasihan kepada mereka.


ya lah, aurat tak jaga, berdosa.
Pergaulan terlampau bebas, berdosa.
Sembahyang 3/5 sehari, berdosa.
Puasa wajib tak cukup, berdosa.
Berzina tanpa jemu, berdosa


Diri sendiri tak yakin untuk masuk syurga, inikan mereka yang tak kenal erti islam yang sebenar agak agak macam manalah kan?


Dakwah


Sebab itu wujud usaha dakwah ini. Mengajak orang melakukan kebaikan, hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mahu sama sama masuk ke syurga Allah yang kekal abadi. Perlu di fahami kenapa ada sesetengah mereka yang tidak pernah jemu erti berdakwah, tidak dapat duit tetapi apa yang mereka dapat? Sesuatu yang kita tidak nampak!


Jangan perkecilkan usaha mereka ini. Jika ada yang mengajak kita melakukan kebaikan, terima dan bersyukur kerana Allah telah menghantar peringatan kepada kita. Jika tiada yang mengajak, adakah kita yakin kita tidak akan lalai dengan mehnah dunia yang penuh pancaroba ini?


Cuba renungkan


Tergerak hati aku mahu hasilkan entry 'seperti' ini di petang hari ketika senja dah kian melabuhkan tirainya. Korang yang mengelik mana mana link dan membawa kepada entry ini membaca sampai habis. Bukankah ini satu lagi magis yang Dia ingin menyedarkan kepada kita berdua? Semoga kita aplikasikan inputnya



pss : pernah tak alami, kita mengharapkan sesuatu, siang malam berdoa supaya dapat benda tu, lakukan nazar, lakukan banyak amalan untuk dapatkan benda tu, tetapi Dia tidak makbulkan. Alu percaya, benda tu aku akan dapat juga, tetapi masa, medium dan persekitaran yang berbeza.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Afiq si Anak Kelantan



Update ringan-ringan sebelum update berat di entry kemudian


Afiq Ismail ni merupakan anak sdare aku yang ke.... 5 ke 6...? ahh, serius tak ingat dah. haha, bila dah capai 10 ni, nak ikut turutan nama tu cukup susah. Bakal tambah lagi seorang bulan 9 ni, lagi lagi la tak ingat! Hari tu tak ingat ada yang nama anak sdare aku namanya Alif. huh, bahaya betul! cuti ni manfaatkan main dengan anak sdare dengan semahu mahunya


Afiq ni ada adik dan adik dialah namanya Alif tu. Hari tu semasa ke balik summer tempoh hari, tak pandai cakap pun lagi. sekarang ni, fuuuh, memang 'lacat' betul. Sebab dia dengan adik dia je tinggal di Kelantan, dan lain lain spupunya (anak sdara aku yang lain) berada di kuala lumpur, ada jugak aku tanya dengan dia,


aku : pik keno kecek luar sebab spupu pik semua ore kl


dia sengeh macam kerang busuk


Apa apa pun, aku rasa anak yang berada di kampung ni lebih untung berbanding di bandar. Entah, tak dapat bagi sebab yang kukuh. Hanya rasa begitu. Kata kakak aku yang merupakan emak si afiq ni, masuk 5 tahun nak daftar pergi masuk kelab renang, main golf, belajar bawak moto kecik supaya nanti tak ketinggalan dengan spupu2nya yang lain


Errr...


Cerita pasal generasi kedua ni, membuatkan diri ni dah tua dah. Baru rasa semalam aku main masak-masak, pondok pondok... cepat kan masa berlalu?


pss : lacat dalam bahasa buku apa ek?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

My Water Moments with Sony TX5

Untuk berblog, camera merupakan sesuatu gadjet yang perlu ada. Tangkap gambar dimana saja berada dan post dalam blog. Bayangkan berada di pulau yang sangat cantik, 'impression' akan lebih jika gambar panorama itu di ambil dan post dalam blog. heh, cool kan? Jadi selaku blogger sejati aku juga ada camera yang digunakan untuk tangkap gambar. Apakah camera itu?




Dua dua camera aku ni ada kebaikan dan keburukan masing masing. Kalau d60, gambar akan lawa tapi terlalu besar. Iphone pula, kecil tapi kualiti gambar tak lawa sangat. Lagipun, memandangkan hobi aku adalah berenang, dua dua camera ini tidak boleh di bawa ketika mandi, huh, siapa mahu tangkap gambar aku yang 'cool' ketika berenang?


Jadi, perlukan camera yang kecil + kualiti gambar 'superb' + water proof. mana mahu dapat?


Jeng jeng jeng




Nufnang dan Sony dengan baik hati menawarkan 3 buah camera yang superb cool ini. untuk dimenangi, Sony cybershoot TX5! Melengkapi ciri camera idaman aku. hoh, gadjet yang perlu dimilik. Kali ini akan disenaraikan 5 sebab kenapa aku perlukan camera ini. Sesuai dengan nama camera ni, TX5.




1) Boleh letak dalam poket


D60 tak muah masuk poket! HUH, memang aku yang jenis suka traveling ni perlukan sesuatu yang kecil untuk dimuat dalam poket. Kalau dapat TX5 ni, konfem boleh bawa kemana mana saja!




2) Bawa video dan camera bersama


Sekarang ni bukan saja gambar perlu ada untuk cantikkan entry, video juga perlu ada. Sekarang kalau ke concert untuk tangkap video aku guna Mini HD camera (gambar atas kanan) dan bawa IPhone untuk tangkap gambar (iphone aku versi lama, jadi takde video camcorder) TAK COOL langsung. Tapi dengan TX5 ni bukan saja gambar lawa bila ditangkap, juga boleh rekod HD video. MANTAP!




3) Saya dah slim, perlukan camera yang slim juga!


Kalau dulu bolehlah guna camera besar sebab badan aku besar, sekarang ni takkan nak camera besar lagi sebab badan dah slim. kekeke, i need slim camera pleaseee!!




4) Gambar + video lawa ketika hujan dan salji



Gambar atas ini merupakan gambar yang ditangkap semasa paper last exam di Sheffield. Ya, sungguh gembira + jakun sebab salji turun dengan lebat. Jadi untuk kenangan, ambil gambar dan.... kualiti gambar tak lawa! Bukan sahaja kualiti gambar tak lawa, video pun tak lawa. Ok, cuba tengok video di bawah ni, aku gunakan Mini HD camcorder untuk menangkapnya





Dan compare dengan video bawah ni, tidakkah ia jauh berbeza??
Kualiti antara HD camcorder aku dengan TX5 ini jauh berbeza. TX5 jauh lebih lawa!








5) Tangkap gambar + video yang jelas di dalam air



Sebab TX 5 ini sebuah camera yang waterproof, saya sudah pasti boleh berenang dengan camera ini. tetapi kebanyakan camera waterproof yang lain berada di pasaran, yang membezakan TX5 ini dengan yang lain adalah kualiti gambar yang diambil. perghh, gambar atas ni dah jelas menunjukkan betapa tinggi kualiti gambar TX5 ni!





Ok, dah cukup 5 sebab kenapa aku perlukan Sony TX5 ni, sekarang aku akan bagi 5 features yang menarik mengenai Sony TX5 ni.





1) 10 gambar dalam 1 saat - Kebolehan TX5 ini menangkap 10 gambar dalam satu 'time frame' setiap gambar yang ditangkap juga akan dipilih oleh camera mana yang terbaik. dalam 10 keping ditangkap, pasti ada yang menarikkan?


2) Ambil gambar panorama - Dengan menggerakkan tangan ke kanan dan kekiri, gambar panorama akan diperoleh secara automatik. Ia juga dapat mengenal pasti muka dan pergerakan secara automatik seterusnya menggabungkan untuk menjadi satu gambar panorama yang indah


3) Gambar jelas dan terang di tempat kurang cahaya - Boleh menangkap gambar yang tinggi ISOnya di tempat yang kurang cahaya, automatik akan mengurangkan 'noise' dan juga 'blur' seterusnya menghasilkan gambar yang jelas dan terang walaupun di tempat yang gelap


4) Gambar 'Twilight' yang sempurna - Dengan sensor Exmor R CMOS, ia membolehkan camera superimposed 6 visual frames dan akan menghasilkan satu gambar yang sangat tinggi kualitinya


5) Menggunakan processor BIONZ - Processor ini digunakan di kebanyakan camera DSLR. huh, gunakan processor DSLR dalam camera kecil seperti ini? SANGAT COOL!!





Ok, tak cukup dengan itu, Sony TX 5 ini juga datang dengan pelbagai 'proof' (kalis). Sebab variasi proof inilah Sony TX5 ni memang sebuah camera yang patut dibeli dan dimiliki oleh sesiapa sahaja!













My water Moment


Ok, saya mahu ceritakan sedikit pengalaman saya + air + camera. Heh, walaupun ini sangat melucukan, tapi saya mahu juga share dengan semua. Ok, pengalaman ini bermula dengan idea untuk membuktikan bahawasanya D60 yang saya miliki juga waterproof. PELIK? Memang pelik sebab D60 bukan yang kalis air. Tapi dengan ‘sesuatu’ yang saya telah buat untuk tidak merosakkannya, ternyata ia kalis air!


Tapi sayang, kualiti gambar sangat hodoh! Kalau saya dapat TX5 ini, sudah pasti tidak payah menggunakan plastic, tidak payah bersusah payah dan gambar yang dihasilkan juga akan SUPERB cantik! Ok,semua gambar saya letakkan di dalam video ini. Enjoy watching








Cadangan penambahbaikkan untuk iklan

Ok, dah lengkap rasanya untuk saya ceritakan dengan panjang lebar pasal camera yang terbaik ini.

Kecil + slim untuk mudah dibawa ke mana mana.

Gambar + video berkualiti untuk dilihat.



Khas untuk Sony TX5 ini, memperkenalkan model terbaru anda!


sexy tak?



Entry yang menggunakan masa selama 5 hari untuk ditulis ini adalah untuk contest Nuffnang dan boleh klik link untuk baca lebih lanjut syaratnya. Harap boleh dapat la ya 1 =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

VIDEO dan GAMBAR: Gol kontroversi dari Pemain England


England vs German

ya, England kalah... 1-4


Baru balik dari Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala untuk menonton bola. huh, apa lagi, aku sudah pasti menyokong England sebab dah belajar kat sana kan. Jadi dengan harapan yang membara, terus menerus menyokong England


Ketika England ketinggalan 0-2, memang best untuk melihat kedua dua pasukan berbalas serangann. Memang main 'tiada defend' yang mana setiap pasukan fokus untuk menyerang. style perlwanan seperti inilah best untuk ditonton!


Selepas gol dari Upson untun England yang menjadikan perlawanan semakin sengit. Tambahan gol kontroversi yang tidak disahkan oleh linesman perlawanan bertambah menarik dan akhirnya kekal 2-1 untuk German di separuh masa pertama. PADA HEMAT AKU, KALAU GOL INI DISAHKAN OLEH PENGADIL, MUNGKIN MORAL BERUBAH DAN MUNGKIN KEPUTUSAN PUN BERUBAH! Jom tengok gol kontroversi yg semangat aku rekod ;)


Frank Lampard mengegar jaring tapi tidak disahkan oleh linesman


Kepada FIFA, saya mencadangkan subkhiddin yang menjadi pengadil keempat ditukar kepada menggantikan penjaga garisan perlawanan seterusnya!




tetapi,
berita terbaru yang diterima, memang goal itu tidak masuk!
tengok gambar bawah

sumber sini
memang goal ini sangat kontroversi... KAN?



2 gol dalam masa 4 minit oleh thomas mueller meletakkan German selesa di depan dan keputusan ini kekal sehingga tamat permainan. Heh, memang kalau nak tengok, Bola banyak dikuasai oleh England tapi takde finishing yang mantap berbanding dengan pemain German yang muda muda, Power mereka memang sangat mantap. Nampaknya pasukan pilihan pertama dah tewas, tinggal pilihan kedua iaitu Brazil untuk meneruskan cabaran


Kalau aku main mungkin keputusan berubah....



Tetibe pilih Brazil


Ada satu contest dari Denaihati kepada Blogger. Hadiah terkumpul bernilai rm 1000. wohoo, rugi tak masuk oo, lagipun buat entry bgtau pasukan mana yang layak sahaja untuk memenangi. bukan ke sangat senang. Jadi, pakat masuk dan boleh tengok syaratnya di blognya



Rm 2 untuk air tin sempena cabutan bertuah


Sebab aku pergi ke YKK tadi, agak tertarik melihat seorang apek yang duduk sibuk uruskan satu gerai. Orang melayu yang sibuk duk berkerumun, hanya melihat dari jauh dan terpandang satu banner 'No cabutan bertuah RM 2 dan dapat air tin' entah apa prosesnya aku pun tak tahu cuma... perlu ke no no ni semua? ke hanya untuk memeriahkan lagi pertandingan?


sebelum balik
sempatku pandang apek tu
dia sengeh sampai ke telinga
ada apa apa ke ni.....


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Komen di blog dan dapat 1000 pound!

Heh,


Pernah kena tag kat facebook, gambar duit dan tertulis 'log in facebook dan dapat rm 100 tunai' ada lagi, 'jadi kaya sekelip mata dengan facebook' dan ada lagi ' millionaire baru dengan facebook' kekeke, tak tahan, tag gambar duit yang sungguh banyak. antara gambar yang di gunakan








Tiada istilah kaya cepat

Takde takde, sejak dulu, sampai sekarang dan akan datang, tiada istilah kaya cepat. Kalau nak kaya, kerja! Duit datang dengan USAHA, bukan datang dengan hanya bermimpi dan mengharap orang lain akan bagi kita duit. Nak duit, kerja lah kan?


Gambar duit banyak

Gambar2 macam ni banyak di internet, copy paste je. Yang peliknya, takde plak duit mereka dengan mereka kan? means, gambar dieorang bersama dengan duit. kekeke, konpem bukan duit dieorang tu. Just tergerak hati nak tulis entry ni sebab hari ni ramai pulak yang tag aku dengan gambar duit duit ni. hehe. sory la kawan, kalau anda ada RM, ku main POUND. kekeke



ANDA MAHU DUIT LEBIH??

pound
pound
pound
pound

Photo on 2010-06-27 at 08.28


maka
BEKERJALAH!!!


(^-^)



pss : tag entry ni kat orang yang tag gambar duit2 tu, apa reaksi agak2nya? peace peace ;) nak baca kisah seorang student yang dapat RM 10 K, klik sini, ni baru kisah benar!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Akhirnya judi tidak diteruskan

Terdengar berita di Radio tadi yang mengesahkan bahawa lesen judi bola yang diberi oleh kerajaan akan ditarik balik. Mesyuarat tertinggi UMNO mengesahkan kerajaan tidak akan meluluskan judi sukan ini



Aku gembira?


Sudah pastilah gembira, mana taknya begitu banyak entry yang aku buat dulu seperti berjudi sempena piala dunia : antara releven dan fantasi, akhirnya judi dihalalkan, kenyataan rasmi pelacuran dibenarkan dan yang terakhir merasuah melalui charity. Tup tup, hari ini judi bola ini tidak diteruskan





Apa yang pelik


Kenapa dah separuh masa pertama piala dunia ini baru lesen judi ini ditarik balik pun aku tak tahu apa releven dia. Walhal kalau tidak diluluskan di peringkat awal, takdelah rakyat bising. Apa apa pun, keputusan untuk tidak memberi lesen itu adalah keputusan yg bijak. Harap banyak lagi benda baik yang akan di buat oleh pihak kerajaan


GMJ (Gerakan Rakyat Membantah Judi)

Satu demo yang akan diadakan pada 3 july ini yang mana akan membantah lesen perjudian ini akan ditukar kepada kemenangan meraikan lesen perjudian ini tidak diluluskan. Masing masing sudah bertindak dan walaupun usaha ini dilihat kecil, sedikit sebanyak keputusan untuk tidak memberi lesen judi ini ada kesannya dengan apa yang GMJ lakukan ini. Anda? ada buat sesuatu?


Lawak Judi @ Bertaruh


Ini ada satu cerita lawak yg ku copy paste dari sini berkenaan dengan pertaruhan. Walaupun lawak, ada pengajaran yang boleh kita ambil. Bab bertaruh tu, janganlah di contoh. Pengajaran yang boleh diambil, yang bijak akan sentiasa menang. Yang bajet bijak tak sentiasa menang. ok, enjoy reading


Klen Tong adalah sorg yg kaya.Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Klen Tong dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…
Manager : Setiap hari saya lihat Encik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja encik?

Klen Tong : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi en mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Klen Tong : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.
Klen Tong : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah encik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Klen Tong.

Manager : En Klen Tong sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Klen Tong : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku cek…
Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Klen Tong pun berkata..
Klen Tong : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..
Klen Tong pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru awak tahu siapa yang teror… Sorrylah En Klen Tong hari ni awak tak dapat pergi kaunter bank lagi keh.. keh.. keh…
Tiba-tiba Klen Tong mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Klen Tong ..
Manager : mana awak dapat duit sebanyak tu?
Klen Tong : Saya bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Klen Tong : Bertaruh yang saya dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW