Terdengar berita di Radio tadi yang mengesahkan bahawa lesen judi bola yang diberi oleh kerajaan akan ditarik balik. Mesyuarat tertinggi UMNO mengesahkan kerajaan tidak akan meluluskan judi sukan ini
Aku gembira?
Sudah pastilah gembira, mana taknya begitu banyak entry yang aku buat dulu seperti berjudi sempena piala dunia : antara releven dan fantasi, akhirnya judi dihalalkan, kenyataan rasmi pelacuran dibenarkan dan yang terakhir merasuah melalui charity. Tup tup, hari ini judi bola ini tidak diteruskan
Apa yang pelik
Kenapa dah separuh masa pertama piala dunia ini baru lesen judi ini ditarik balik pun aku tak tahu apa releven dia. Walhal kalau tidak diluluskan di peringkat awal, takdelah rakyat bising. Apa apa pun, keputusan untuk tidak memberi lesen itu adalah keputusan yg bijak. Harap banyak lagi benda baik yang akan di buat oleh pihak kerajaan
GMJ (Gerakan Rakyat Membantah Judi)
Satu demo yang akan diadakan pada 3 july ini yang mana akan membantah lesen perjudian ini akan ditukar kepada kemenangan meraikan lesen perjudian ini tidak diluluskan. Masing masing sudah bertindak dan walaupun usaha ini dilihat kecil, sedikit sebanyak keputusan untuk tidak memberi lesen judi ini ada kesannya dengan apa yang GMJ lakukan ini. Anda? ada buat sesuatu?
Lawak Judi @ Bertaruh
Ini ada satu cerita lawak yg ku copy paste dari sini berkenaan dengan pertaruhan. Walaupun lawak, ada pengajaran yang boleh kita ambil. Bab bertaruh tu, janganlah di contoh. Pengajaran yang boleh diambil, yang bijak akan sentiasa menang. Yang bajet bijak tak sentiasa menang. ok, enjoy reading
Klen Tong adalah sorg yg kaya.Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Klen Tong dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…
Manager : Setiap hari saya lihat Encik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja encik?
Klen Tong : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi en mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Klen Tong : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.
Klen Tong : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah encik. Tapi tak pe… saya setuju.
Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Klen Tong.
Manager : En Klen Tong sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Klen Tong : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku cek…
Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Klen Tong pun berkata..
Klen Tong : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..
Klen Tong pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru awak tahu siapa yang teror… Sorrylah En Klen Tong hari ni awak tak dapat pergi kaunter bank lagi keh.. keh.. keh…
Tiba-tiba Klen Tong mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Klen Tong ..
Manager : mana awak dapat duit sebanyak tu?
Klen Tong : Saya bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Klen Tong : Bertaruh yang saya dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..
18 ulasan:
Datang singgah yee.. lama tak jengah. ^^"
2nd. Hehe. Macam siot
sile2
Ini cam modified nyer version ni...sebab kalu version asal agak lucah, si mamat kaki judi tu bertaruh dgn pak guard dapat ke tak dia pegang ehem2 bank manager tu..hahaha
lol
ye ke?
hehe
baik die cabut je bulu ketiak manager tu dlm mase 7hari..die dapat rm6000..huhu
LOL.. Bulu ketiak!! Hahaha~
baguihla..kkdg terpkir..name jer ngara islam..krajaan dperintah leh org islam.. tp mghalalkan judi..
GOMBAK, dah xbagi dah tu
Yang bertaruh tu jangan dicontoh.. Otak bisnis tu harus dicontohi.. Kan joe? Hik hik.. =)
HAHA, kesian si manager tu :P alhamdulillah la ditarik balik :)
mmg wajar pon ditarik balik..kan kan? ^.^
mmg wajar pon ditarik balik..kan kan? ^.^
mmg wajar pon ditarik balik..kan kan? ^.^
mmg wajar pon ditarik balik..kan kan? ^.^
haha terklik byk kali..sori
patut la tetibe banyak komen
ahaa this the 1st blog that i read since i just started blogging,yg komik tu lawak gile jojo n milo,huhu
erm ad pntu,jalan2 jumpe raja,
jumpe raja bwak ikan,
sy budak bru blaja,
law salah tlg tunjukkan,
haha,sy begitu honoured law joegrimjow sudi visit blog sy n follow or comment.thanx !! :)
Catat Ulasan