Share

mohd faridzul asyraf b mat arifin

nama saya mohd faridzul asyraf b mat arifin.... boleh panggil saya asyraf...























wek!!!!


haha, ini adalah teks biasa semasa memperkenalkan diri. teks ini digunakan untuk memperkenalkan diri kepada orang yang dah kenal, dan pasti mereka akan sama-sama berkata 'wekk' kalau aku bgtau macam tu. no hard feeling, memang tujuan melawak


geliMAT


entah napa, terasa geli kalau ada orang panggil asyraf. haha, mungkin dah biasa dengan nama joe, sebab itu terasa geli dengan gelaran tu. cuma hari ni nak bicara pasal nama. dan hanya nama aku sahaja akan dibincangkan. muahaha, kalau taknak baca, tak mengapa ;-)


joe


seperti yang entry lepas, nama ni dapat dari mamak peniaga carpet. tak pasti jalan cerita dia macam mana, tapi seolah-olah macam ni. mamak tu datang nak jual carpet, melihat aku yang tergedek-gedek jalan (umur 3-4 tahun), dia geram. aiyoyoyo, anne, awat geram kat aku? comel sangat ke? haha


lepas tu mamak tu tanya nama sapa, kak moh bagitau faridzul, entah nape dia tak dengar ke buat-buat tak dengar, dia panggil, joe? kak moh betulkan balik faridzul, mamak tu balas, joe? sebab tak mau layan, jadilah joe. haha, terlekat sampai sekarang sehingga umur dah 21 tahun lebey2 ni ;-)


adik


sebab aku anak bongsu, aku tak benarkan abang2 dan kakak2 panggil aku adik. haha, tak ganas la adik! mana boleh walaupun bongsu kena panggil joe jugak! hehe, tapi kedegilan akak sulongku, dia panggil jugak adik. aigooo. nasib baik 2 lagi kakak tak panggil adik, kalau tak, sampai ke tua lah aku jadi 'adik'



papa joe


ooh, yang ni gelaran hanya di panggil oleh anak-anak sdareku sahaja ok. dulu masa nak dapat anak sdare pertama, beligat nak suruh dia panggil apa. padahal baru akak ipar mengandung, tapi dah semangat! masa tu keluarlah uncle joe, ishh, tak best, uncle su joe, ishh ada su la plak, ayah joe, wahaaaa, kampung kampung (kekeke!) dan macam macam lagi


last sekali, bila akak ipar dah lahirkan anak sdareku yang pertama.. hanina sofea.. terus dia panggil aku papa joe. hehe, tipu tipu, bayi mana boleh cakap ok. abang aku la syorkan panggil papa, so aku layan je la, jadilah papa joe. ooh, mereka ber8 (bakal tambah lagi) memanggil aku dengan penuh kasih sayang... papa joe



farizul


mungkin sebab susah nak selitkan 'D' ramai kawan-perempuan-yang-tak-berapa-kenal yang panggil aku dengan farizul. layan je la, takkan nak betulkan balik kot. mungkin sebab dieorang geli panggi joe? entah, takde la gelimat skottt. geli tak panggil joe? ke nampak macam poyo? ala, biasa-biasa sudah kan?



ayang


wakaka, ni nama ketika zaman jahiliyah berkapel dulu. huuuu, terkenang memori balik. aku panggil dia sayang. muahaha, dah dah, tak mo cite, GELI GELI. stop!



awak


ada juga yang suruh panggil joe, panggil aku awak. aigooo. ni perempuan yang siqah siqah saja ni. dirasakan nama joe tak punyai maksud, tak suka panggil asyraf, dieorang panggil awak. layan je la, yang pasti awak ni last last akan bertukar jadi joe jugak! yessss!



johari


kawan-kawan bisnes aku panggil johari. terutama amoi sorang ni. dia merupakan moyangku dalam herbalife. haha, dia lah start panggil johari. last last kebanyakan team herbalife panggil aku johari, dieorang cakap nampak melayu sikit dari joe. layan je la labuuu.


mr joe



yang ni biasanya kawan ym yang akan panggil mr joe. dulu memang letak kat ym nama mr joe, jadi dieorang kalau nak chatting di ym, mesti mr joe yang di panggil. rasa megah la pulak ada mr ni. macam ahli korporat gitu. takpe takpe, yang penting ku bahagia dengan panggilan itu



~~~~~~


esok nak pergi nottingham. ada game di sana. nanti ku story lebih kat next entry. esok ni main chess wakil sheffield. tahun lepas masuk ke separuh akhir. tahun ni harap-harap lepas la ke akhir. johan ke. hehe. nanti kalau tak update, maknaynya kalah la tu. kekeke. ok, mahu tidur dulu. berehat untuk game esok!!!



nota kaki : aku terbaca kisah orang bertemu jodoh dalam blog. memang tak mustahil ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

lamb rib... aaahhh (part2)

Rhythm lagu ni yang kena dengan jiwa. jadi boleh klik youtube bawah ni sambil membaca entry bawah ini. ooh..aahhh




if we just try try try
just to be ni-ni-nice
then the world would be better place
for you and i
if we just live our live
putting our differences aside
oh that would be so beautiful to me

merah ditujukan kepada pasangan suami isteri yang sedang mencari penyelesaian keretakan rumah tangga ;-)


~~~~~


debaran jelas terasa di hatinya. ini kali pertama memasuki rumah bukan kenalannya di bumi orang ini. dalam otaknya ligat memainkan beberapa adegan di dalam filem terutamanya filem james bond. adakah itu akan berlaku? ooh, family di kampung sudah dilupakan, hanya muka pelakon hollywood bermain di dalam fikirannya


11 brunswick


disitulah rumah gadis cina itu. memang dekat sahaja dengan rumahnya. patut la selalu terserempak! di tekan loceng beberapa kali. tiada sahutan. betul ke di rumah ni? getus hatinya.. ditekan loceng lagi... pintu terbuka


lelaki cina mata kuyu


sah silap rumah. lupa pula nak tanya nama perempuan itu. lelaki cina itu bertanya dan dia hanya beritahu yang dia tersilap rumah. tak sampai dia habiskan kata-katanya, dia mendengar suara perempuan yang bercakap dalam bahasa cina dari dalam rumah. lelaki itu menjawab dengan bahasa cina juga. tak lama selepas itu, perempuan itu pun keluar



aikkk!


itu perempuan cina yang dia selalu jumpa. maknanya tak salah la rumah itu. ooh, rupa-rupanya lelaki itu abangnya...kot. takkan dah kahwin.... kot. setelah diajak masuk kerumah, dia hanya menurut sahaja


diubah kedalam bahasa melayu


'ni suami saya'


'erkkk...'


lidahnya mati disitu. rupa-rupanya gadis cina itu sudah bersuami. aigoooo. takpe lah, janji boleh buat kawan dengan kejiranan disana. susah nak dapat peluang ni!


'kenapa?'


'tiada apa apa. hi, saya joegrimjow'


'ooh, hi, saya lim. kamu muslim?'


'yup'


'kenapa tak bagi salam? saya pun muslim'


'oooh, saya ingatkan bukan muslim. minta maaf'


'biasalah tu. kamu belajar lagi? kos apa?'


'electrical...'


'ooh, saya buat phd disini. tapi dalam math. lain department. patutlah tak pernah jumpa'


'ye ye. patut lah'


gadis...ok tukar jadi perempuan... perempuan itu datang dengan membawa dulang berisi air. mungkin teh cina. setelah dijemput minum, perbualan kosong pun berlarutan sampailah ke 15 minit seterusnya.


'jadi, isteri kamu pun muslim juga la ye?'


'ishh, mestilah, muslim mana boleh kahwin dengan bukan muslim. kan sayang kan?


perempuan itu hanya tersenyum


'cuma keliru sikit...'


'tak pakai tudung? baguslah kalau kamu prihatin. isteri saya sebelum ni tiada agama. baru sahaja masuk islam, jadi saya tak nak paksa dia bertudung selagi dia tak tahu kenapa dia perlu bertudung. kalau dia tahu kenapa dia perlu bertudung lagi bagus kalau banding saya suruh dia bertudung'


'kenapa tak ajar dulu pasal islam baru kahwin?


soalan maut joegrimjow bertanya


'keadaan. waktu tu saya dah nak datang sini. dia pun nak ikut, jadi, kahwin dulu, lepas tu baru ajar. memang tak sesuai, tapi memandangkan keadaan macam tu, takkan nak tinggal sebumbung kat negara orang tanpa kahwin? lagi bahaya!'


'ooh, begitu'


'nak tahu macam mana isteri saya terpikat untuk masuk islam?'


'kalau tak keberatan, boleh cerita'


'saya dulu penceramah kat china. ada satu ketika tu kita jalankan program hari mesra islam. kat sana walaupun ramai islam, tapi dah tak macam islam dah. tanggungjawab inilah yang kami pikul.'


'ooo'


'jadi kebetulan hari tu isteri saya datang dijemput oleh adik saya. tajuk saya sampaikan mengenai kedudukan perempuan di dalam islam'


'menarik tajuk tu. ramai yang tak tahu yang perempuan begitu tinggi kedudukannya dalam islam, tapi saja mendakwa perempuan itu tiada nilai dalam agama kita!'


'wahh, bersemangat kamu ya. betul, sebab itu saya sampaikan tajuk tu'


'jadi, macam mana boleh terpikat tu?'


'isteri saya tanya soalan, ermm, pasal apa ya yang?'


'tulang rusuk'
isterinya menyampuk


'haa, ye ye, dia tanya mengenai tulang rusuk. saya hanya jawab, hawa di cipta dari tulang rusuk adam. bukan di kepala untuk di sanjung, bukan di kaki untuk di hina, tapi dekat dengan hati untuk dicintai'


isterinya senyum. joegrimjow pun senyum. memang islam itu bukan sahaja sempurna bab ekonomi, politik, sosial, tapi juga dalam cinta. islam cukup romantis. yang mencacatkan agama ini adalah penganutnya yang tidak menghargai cinta dalam islam.


sex luar nikah...sigh~
harap ini tidak berlaku dengan berleluasa!



selepas meminta diri, joegrimjow pulang kerumah. di dalam rumah, housematenya sedang menunggu dengan lamb rib yang bari dibeli di manchester! waahhh, sayang housemate!!


terus makan dengan nada
oohhh
aaahh
oohhh
aaahh

sedap sekali!!





nota kaki : kisah rekaan, hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

lamb rib... oohhh (part 1)

sebut lamb rib ni, kecur air liurku mengingatkannya. dulu semasa ke manchester pertama kali (memang jakun habis la masa tu) ada dua benda yang student malaysia akan buat di manchester kalau baru sampai ke manchester sana

satu
melawat ke stadium old trafford

dua
makan lam rib!



entah, ini mungkin kuasa daya tarikan. betul, memang lamb rib yang ada disana sungguh sedap! kalau dah makan, pasti nak lagi. arghhh, teringat lagi. sudah pasti lenaku malam ni mimpikan lamb rib. daya tarikan lamb rib... bagai daya tarikan perempuan cantik di kedai-kedai pelayan



old trafford?



selaku peminat setia liverpool, layan je la ke old trafford ni. baru-baru ni liverpool kalahkan manchester, tapi tadi, kena pulak dengan arsenal. aaaaahhh, takpe, yang penting menang dengan man u. hehehe. old trafford ni bukannya ada apa-apa pun, baju-baju pemain ada la. kalau jumpa dengan rooney ke, berbaloi la juga, ni, tengok baju je la labu. apa-apa pun, syukur kerana dapat jejakkan kaki kesana ;-)


man u?? woghhh



gambar tahun lepas


entah sapa nama 2 gegurl ni



kisah lam rib lagi


ok ok, fokus pada lamb rib. sebab tajuk pun lamb rib kan? hurmm, nak cerita apa ya, layan je la pagi-pagi ni (sini pon dah pukul 1 lebih...)



~~~~~


joegrimjow merupakan pelajar tahun ketiga dalam kejuruteraan elektrikal di uni of sheffield. tahun ketiga hanya perlu fokuskan projek sahaja, kelas, memang tidak pack. masa tidak pack inilah menjadikan dia begitu lama di depan desktop menonton gelagat blogger2 di malaysia


rutin pagi rabu


sememangnya rutin hari rabu kelasnya di church. church itu mampu memuatkan 300 pelajar dalam satu masa. memang cukup ramai! setiap pagi rabu, dia akan ke church lebih awal untuk mendapat tempat didepan dalam lecturer.


satu rutin juga


dia akan terserempak dengan gadis cina yang sungguh ayu. dia percaya yang gadis cina itu adalah china mainland, bukan cina malaysia sebab mata gadis itu terlebih sepet dari gadis cina malaysia. ya, dia yakin. setiap pagi juga dia akan melontarkan senyuman tatkala terserempak dengan gadis cina itu, ya la, sedekah katakan. itu yang diajarkan


minggu pertama
senyum
gadis itu membalas


minggu kedua
senyum
juga dibalas senyumannya, kali ni lebih manis


minggu ketiga
senyum dan berkata, morning
senyum balik, tanpa berkata apa-apa



minggu keempat.... jeng jeng jeng
senyum dan berkata, moring, tambah lagi, hai ya
senyum dan membalas, hi (sambil buat muka cute)


kebetulan mahu melintas ke sebarang sana, dia beranikan diri untuk bertanya lebih lanjut. maklumla, buat bicara kosong-kosong.


diubah kebahasa melayu


'pagi'


'pagi'


'selalu lalu sini ek?'


'yup, kerja'


'ooh, kat mana?'


'tesco kat infirmary road'


'wahh, jauh dari sini, naik tram ke sana?'


'tak jalan kaki je, nak jimat katakan. belajar lagi ek?'


'haah, hari rabu memang ada kelas pukul 9. kena pergi cepat cepat'


'bagus la, rajin betul pergi lecture awal-awal pagi ni'


'hehe, tinggal area mana?'


'area ni je. jemput la datang rumah...'


perbualan itu termati begitu sahaja disebabkan lampu hijau bagi pejalan kaki. tapi sempat set masa untuk ke rumah gadis itu. dalam fikirannya, mantap gila perempuan ni ajak ke rumah dah! menyesal tak tegur awal!


bersambung......




tujukan lagu ini pada semua gadis-gadis, kalau rumate dan rakan office anda pun gadis, dieorang pun termasuk sama ek


terutama kepada gadis ni, gadis ni jugak, gadis ni pon ye jugak, dan yang gadis ni, gadis ni pon, banyaknya gadis gadis ni ye jugak;-)


nota kaki : maaf ya, maafkan ya... jangan marah-marah....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

terkejut BERUK tengok

tadi pagi ada terima msg dari inbox
dari kakak sulong di australia
(raya haji ni dia balik..jeles jeles!)

msg tu ada video ni
tengok kejap....





terkejut beruk aku tengok!!
tapi tengok berulang-ulang
dah tahu trick dia ape..
hehe



~~~~~


ni ha, pasal disqus komen
sapa yang tahu buat?
ku dah try buat
tapi last last
akan keluar benda ni...





tulun
tulun
tulun


dulu jard selalu tolong
kali ni sapa nak tolong??



nota kaki : nak pergi main bowling, sapa nak ikut??

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

harga DUIT

si ayah merupakan seorang yang berjaya dalam hidupnya. memiliki empayar perniagaan yang cukup luas diserata dunia. kekayaan ini membuatkan dirinya merasakan bahagia dengan hidupnya. memiliki seorang anak berumur 7 tahun dan anak itu hanya mendapat kasih sayang seorang ayah disebabkan ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya


satu sore yang malap


si anak merapati ayahnya. mahu bercakap dan bertanya tentang sesuatu. tahu yang ayahnya baru balik dari pejabat, memang jelas kelihatan ayahnya penat. umur setahun jagung itu hanya tahu ayah adalah seoarang yang patut di hormati dan di sayangi


'ayah...'


'ya, ada apa'


'aiman nak tanya ni'


'pasal apa?'


'pasal duit...'


'hahaha, kenapa pulak? kan ayah dah cukup kaya sekarang. tak payah la fikir pasal duit lagi. kecik-kecik tak elok fikir pasal duit'


si ayah merasakan begitu bangga akan dirinya


'gaji ayah sejam berapa ek?'


'bulan-bulan rm 90 000, kalau sehari, rm 3000, bahagi 24 jam... jadi maknanya kira kira rm 125 sejam. macam ayah duduk begini pun ayah dapat rm 125 sejam. kenapa tanya?'


'aiman nak rm100 boleh?'


si ayah terus bertukar wajah. rupa-rupanya ada udang disebalik batu pertanyaan itu. dengan campur pebat, nadanya terus berubah


'aiman nak buat apa ha? ooo, tanya ayah macam macam, rupa-rupanya nak beli alat mainan ya? dah banyak ayah beli mainan kat aiman, tak cukup lagi ke? ayah penat kerja hari-hari mahu besarkan aiman, bagi aiman makan, bagi aiman kemewahan, aiman senang-senang nak minta duit nak beli mainan? dah dah, pergi tidur. ayah takkan bagi!'



si anak terus berlalu ke bilik tidurnya tanpa sebarang kata


si ayah mula berfikir dan merasai dirinya melakukan kesilapan. tak sepatutnya dimarahi anaknya yang kecil itu. mungkin ada hal mustahak inginkan duit. tapi, apa benda yang mustahak sangat sampaikan mahu rm 100 darinya?


si ayah terus ke bilik anaknya


'dah tidur?'


'belum...'


'ayah minta maaf ya, nah rm 100 ayah bagi. jangan merajuk ek.'


'aiman sayang ayah!!!'


si anak bawa duit ke tabungnya. si ayah hanya memerhati. dilihatnya ada beberapa keping kertas duit anaknya pegang. si ayah jadi bengang kembali. anaknya yang berusia 7 tahun tu nak buat apa dengan duit yang banyak tu?


'itu banyak duit. napa aiman mintak dengan ayah lagi? nak buat apa ni?'


'ni ada rm 25 ringgit. campo dengan ayah bagi rm 100, cukup rm 125. boleh tak ayah luangkan masa dengan aiman sejam? kita makan malam sama-sama. aiman bayar gaji ayah sejam. ok?'



~~~~~



cerita atas idea asal dari email. ubah jadi melayu dengan guna bahasa sendiri. memang terasa juga kadang-kadang diri ni begitu lupa akan benda yang jauh lebih penting dari duit, walhal jauh dari penting dari segala-galanya. bagus jugak boleh ingatkan diri yang alpa ni.


terbaca jugak satu input yang menarik mengenai masa, kekuatan dan duit lawan umur. ishh, nak terang ikut ayat ni jadi tak paham, kita buat ikut perenggang


~duit~


~kekuatan~


~masa~



remaja
ada - masa, kekuatan
takde - duit


dewasa
ada - duit, kekuatan
takde - masa


tua
ada - masa, duit
takde - kekuatan



betul jugak idea ni, baru perasaan. bijak yang menemukannya. kan kan? sapa setuju angkat tangan!! sekarang ni aku syukur sangat sebab aku ada masa, kekuatan dan duit. ooopppss, bukan aku saja ok, kebanyakan yang belajar di oversea memang cukup kerajaan bagi duit. takde alasan takde duit. sejauh mana belanja tu, kena ukur sendiri la. bagi aku, memang dah terlebih-lebih cukup


tengokkan pula dengan duit yang dapat (mara bagi 650 pound sebulan, thank you mara!) memang besar tanggungjawab yang dipikul. cuma tergerak hati menulis entry mengenai duit ni bila melihat ada kawan-kawan yang lain begitu alpa dengan dunia sendiri. begitu tidak mahu memberi. hanya suka menerima... sumbangan? seciput pun mungkin tiada


sigh~~


kalau rakan dari sheffield yang baca ni, please la, buat la sesuatu yang menyumbang. banyak benda yang kita boleh dapat dengan belajar di negara orang ni. banyak benda yang boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada orang ramai. perkara pokok kena ingat, kita belajar kat sini bukan atas result kita, tapi ketentuan dari allah. cuba fikirkan KENAPA dan MENGAPA allah pilih kita. bukannya ah chong dan padayappa. buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan untuk diri sendiri. konpem takkan menyesal di kemudian hari.



JOM MENYUMBANG!!!!



psss...bangga dengan kebanyakan senior dari sini yang begitu kuat dalam aktiviti menyumbang ni. tabik springg kat korang!!



nota kaki : pernah dengar dari 'sumbody' yang saidina uthman (jutawan islam) akan belanjakan semua untung perniagaannya pada hari itu selewat-lewatnya petang itu jugak untuk jalan allah. AKU? nak bagi 10 pound kat masjid tiap2 minggu pun berat...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

about me


dah lama berblog ni, nak jugak kongsi pasal diri aku. haha, konpem takde orang baca. ni entry 1st time untuk kepuasan peribadi ;-)




nama :
panggil joe. macam mana dapat nama ni, sejak berusia 4 tahun lagi ok. bukan baru-baru je dapat nama gelaran ni. mak cakap ada sorang mamak penjual karpet yang bagi nama joe ni, sampai sekarang melekat. nak sangat jumpa dengan penjual karpet tu




joegrimjow :
minat baca bleach. ada satu watak grimjow jagarjek. stylo je mamat tu. jadi, campo joe dengan nama dia. jadilah joegrimjow. kat ym, email, dan hampir semua aplikasi internet, pasti guna nama joegrimjow. sampai la domain ni sendiri




hobi :
main chess. basketball. internet. ping pong. masak (wakaka!)




makanan :
nasi ayam




minuman :
neslo!!!



keluarga :
-mak khadijah abdullah
-ayah mat arifin daud (sudah meninggal 2004..alfatihah buat arwah ayahku)
-adik beradik, selang seli, laki perempuan laki perempuan. faizal, fazni, fazmil, fazila, fadzli, fazida dan aku yang paling disayangi.. kekeke!
-anak sdare, 8, 6 laki dan 2 perempuan... bunyi khabar nak tambah lagi 2..haha..koleksi koleksi




pendidikan :
-SK Peringat (darjah 1 sampai 6)
-SMKA Melor (form 1 sampai form 3)
-SBPI Kuantan (form 4 sampai form 5)
-matrikulasi melaka 05/06
-UITM Shah Alam (sempat 2 bulan, actuarial science)
-BMI 07/08 1st year degree
-Uni of Sheffield sekarang dah 3rd year,electrical!!!




pengalaman kepimpinan :
-jadi ketua kelas tadika. haha
-pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah. darjah 6 jadi ketua pengawas.
-sekolah menengah kat kuantan pernah jadi ketua rumah sukan(juara ok), ketua PBSM tapi kena lucut semua tu sebab terpaksa jadi ketua pengawas masa form 4 sampailah form 5. pioneer katakan
-kat KMM jadi YDP JPP. bnyak pengalaman yang ni oooh. best best!
-currently jadi presiden SMSA (sheffield malaysian student association)




pengalaman duit-money :
-dapat upah kait rambutan dari kebun atuk(alfatihah kepada atukku..)
-buat bisnes gameboy. banyak untung bagi budak berumur 12 tahun!
-bisnes kerepek, malu nak jual last last semua aku bedal sorang
-top up mymode. rugi rugi rugi
-pernah bukak gerai jual jagung bakar dan air pelbagai jenis
-currently sebagai world team dalam herbalife best month income - rm 4k




barangan dirasakan mahal yang pernah dibeli :
-desktop
-iphone
-nikon d60
-tv 42 inci!!
-macbookpro



pengalaman bercinta (wakaka!)
-gf pertama berpisah sebab aku... tak sesuai dengan dia yang super pandai. sekarang masih berkawan. nanti pergi nott jumpa ya ;-)
-gf kedua berpisah sebab aku...gemuk kot? haha, sapa suruh jadi gemok? sekarang masih berkawan, baru wish besday dia june lepas, tapi kantoi besday sebenar bulan july..hahaha
-gf ketiga berpisah sebab aku...tak pernah jumpa pun, declare dalam internet..haha, bodohkan? tak sampai seminggu berpisah. dah lost contact dah
-gf keempat? jeng jeng jeng. masih meraba-raba mencari. bahagia dengan status single tapi kadang kadang murung dahagakan kasih sayang(tak bley bla ayat)
update terkini : not available. waka waka eh eh





pernah menjelajah ke :
-jakarta dan palembang
-bangkok
-incheon, korea
-taiwan
-france..ooh eiffel tower
-uk tak explore habis lagi




misi belum tercapai :
-jadi millionaire sebelum 30
-jadi billionare sebelum 50
-hafal alquran 30 juzu
-fasih bahasa arab
-dapat isteri super duper cute+solehah





rasa mempunyai kelebihan :
-boleh memimpin..kot
-cepat mesra dengan orang
-membawa kereta dengan laju
-memasak nasi ayam sambil menaip siapkan satu entry




kelemahan pasti ada :
-cepat jatuh hati pada perempuan yang berbuat baik pada diri
-pemalu... kalau besorangan lagi la malu
-cepat merajuk
-suka mendapat perhatian..sigh~~




ciri perempuan idaman :
sebab nak kawen sorang je, mestilah cari yang terbaik untuk hidup bersama!
-lemah lembut
-kulit putih halus mulus pulus
-rela melayan aku yang suka manja-manja
-perangai mesti baik walaupun aku tak berapa baik
-mempunyai blog
-tak pandai masak takpe sebab boleh belajar sama-sama di dapur ;-)
nak dapat perempuan baik, diri kena jadi baik...ok, joe berubah jadi baik!!



kenapa berblog?


sekarang memang untuk kepuasan hati sahaja. rasanya dah matang sikit dari dulu yang kebudak-budakan, sekarang punyai misi yang jelas. mencari kepuasan peribadi disamping berkongsi pengalaman hidup. kenapa ni mungkin akan berubah mengikut mood dan masa, jadi tak mo cakap panjang2... aku suka blog!!!!



nota kaki : aku baca 2 3 kali sebelum di post...nyata diri ini puas. sorry lah kalau bosan ;-)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Revolusi blog mendadak... Baik atau buruk?

Damn!!
Tadi baru tutup desktop, skrg tengah baring atas katil, ye la, da pukul 1 lebey da ni, waktu nak tido, tapi still nak tulis entry.... Entry tentang blog

Walaupun desktop da tutup dan memang malas nak bukak balik, so skrg menaip pakai iphone. Beli la i phone untuk kesenangan berblog :)


Ok, part tajuk


Tadi luang agak banyak masa di laman maya. Penat main paintball tadi masih terasa, jadi baru je post pasal entry painball kejapppp tadi. Banyak pergi bloghopping dan dapat rasa ada perbezaan berblog skrg


Entah la kawan-kawan


Ramai blogger skrg dah mula berblog cara serius, maksud serius tu nak dapatkan duit la kan. Banyak cara dibuat untuk naikkan traffic yang ku belajar tadi. Thx u for sharing


Revolusi menaikkan traffic ini la buat ku runsing. Memang tujuanku menulis entry untuk berkongsi, maksud kongsi adalah orang BACA. Ku takut kebanyakkan blogger untuk naikkan traffic masing-masing sampai sudah hilang kemanisan berblog

Dah mula tinggal jejak tanpa baca
Dah mula buat entry lusyah2
Dah mula mahu aibkan org


Part 3 tu xbest. Aku akui sangat meminati bacaan diari org yg menulis pasal apa yang dia buat. Ada la certain people yang ku baca kan, nak baca semua, ingat komputer ke apa otak ni? Tapi skrg da ramai yang mengejar mahu naikkan traffic masing2 sampai da lupa tujuan asal berblog


Tak salah dan memang betul

Bagi yang mahu cari duit pakai internet, memang ini satu peluang besar. Sebab internet malaysia memang lembap(sapa stuju angkat tangan!!) dan akan tiba satu masa internet malaysia akan secepat negara maju lain, orang akan gunakan internet di mana-mana saja! Dan blog adalah adalah salah satu pasarannya!! Nak jadi pioneer, bermula la skrg!!


Pasal nuffnang ni ( nanti buat entry khas la) setelah lama dengan advertlets dan hanya dapat 30 ringgit je, ku tuka ke nuffnang plak. Dlu xde gliteri lagi, tapi bila da dapat gliteri ni, tngok semalam dah 7 ringgit. Dlu memang tak yakin duit ni dapat ke x, tapi dah sepet duk tunjuk duit dia ritu cecah ribuan, baru la nak caya. So?? Klik klik la nuffnang aku =)


Cuma pesanan


Nak naikkan traffic blog ni banyak caranya dan aku sendiri tak explore lebih lagi. Kalau da explore, mesti ebook ku tulis nanti ( poyo nak buat ebook, hosting pon xtau pape!) jangan lah taksub sangat sehingga norma norma blog itu hilang

Jadi professional blog ok
Aku dan kamu yang membaca
Tapi
Kalau semua pro, sapa nak jadi amato??


Kadang-kadang banyak tapi ni tak best. Hehe. Ok lah kawan-kawan, mau tido dah! Harap boleh shate sumthg dengan korang


Tinggallah komen sebab ku suka baca komen anda,entry bawah ni pon baru tau, jangn tak baca plak entry bawah die, saja menggedik menggatal nak type entry baru lagi





Motif gambar?( diambil smbil tido atas katil)

- tempatku study, semak tanda buat keje ye mak
- beg man u kat bawah carpet.. Kesian kan? Hehe
- vacuum? Aku suami pembersih. Kekeke!


Nota kaki : joegrimjow.com pun akan mengalami transformasi selepas ini.... Nantikan!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

si jakun SEXY nak cerita pasal paintball

pagi tadi awal-awal lagi sudah bergerak ke tempat paintball. tempat tak pasti kat mana tapi pergi ke sana dengan kereta. jadi penumpang, biasalah, tak alert dan menggunakan masa untuk tidur dengan secukupnya. mengembalikan tenaga untuk BERPERANG!


sampai disana, terus diberi taklimat dan yang sedih, hanya 60 percent dapat tangkap apa mat saleh tu duk bebel. sigh~~ dah setahun lebih kat sini english tak banyak improve. mungkin kena start blog english pulak? sigh~ (kali kedua dalam satu perenggan)


pasukan putih lawan orange


aku berada di pasukan putih. semangat memang berkobar kobar! ini merupakan pengalaman pertama bermain paintball ni. sebelum ni tak pernah lagi! sebagaimana perasaan si kecil menaiki basikal roda empat buat pertama kalinya, begitulah perasaan aku tatkala memakai baju dan topeng untuk berperang. sungguh mengasyikkan. perasaan seorang jakun


game pertama


peraturan permainan mudah. team yang dapat matikan pihak lawan dahulu, team itu dikira menang. team putih yang memang kurang pemaian begitu bersemangat nak mulakan. 2 round dan round pertama, 2 putih dan 2 orange daripada 50 pemaian tak mati. guess what?? akulah antara si putih yang terselamat! si jakun ini! taktik yang digunakan? bersembunyi itu lebih baik. walaupun banyak begitu menyorok, 2 orang orange ditembak oleh aku! round ke 2 disebabkan ramai yang meniru taktikku, keputusan sama. seri juga tapi bilangan yang terselamat lebih banyak. hebat juga taktik tu ;-)
keputusan seri



game kedua


serius aku tak paham peraturan kedua ini. dengan loghat yang entah apa-apa, memang aku tak paham apa-apa pun. yang aku tahu sikit-sikit, kena bawak patung masuk ke dalam kubu, entah betul ke tidak. round pertama, kami kalah sebab pasukan lawan berjaya mengambil patung itu terlebih dahulu. round ke 2, ini part menarik. dalam paintball, tidak boleh menggunakan taktik yang sama dua kali. apa yang terjadi, setelah menembak seorang lawan, aku mengambil keputusan untuk menyorok lebih dari menembak. kesannya? aku dengan seorang lagi dari team putih yang tinggal di kepung dan ditembak tanpa belas kasihan dari pasukan lawan. kesakitannya masih terasa semasa menaip entry ini. TAPI, kesakitan kalah-dengan-banyaknya lagi perit!

keputusan...... kalah



game ketiga


cuba untuk paham dengan mendengar dengan teliti. hasilnya, faham akan peraturannya. senang sahaja, ada 1 pasukan yang akan menyerang dan satu pasukan bertahan. pasukan menyerang akan meletakkan bom ke dalam bunker pasukan bertahan. pasukan bertahan akan cuba sedaya upaya untuk menghalang bom itu dari masuk ke dalam bunker. see?? senang je kan peraturan. round pertama, aku bertahan. dan bom memang berjaya masuk kedalam bunker kami, 6 point untuk orange.(kalah lagi..sigh~~) round ke2, team kami menyerang dan tidak berjaya meletakkan bom kedalam bunker lawan. sah sah la kalah kan? kalah lagi!!

keputusan...kalah




game keempat

peraturan sama dengan game pertama tadi. disebabkan kekangan peluru, ini advantage kepadaku. dengan baru membeli peluru di kedai menjual peralatan menembak, aku punyai advantage! round pertama tak tahu keputusannya disebabkan hari dah gelap. nak cerita apa berlaku di round ke2. disebabkan aku memakai spek, jadi diberi topeng khas yang bahagian atas tidak dilindungi oleh topeng apa-apa. yang terjadi, pasukan lawan menembak kena TEPAT bahagian atasku (note: bahagian kepala tidak dikira ok, jadi masih dikira hidup)


sungguh sakit sekali. macam tertanggal kulit kepala ini dan menjadikan aku bertindak ganas! terus keluar dari bunker dan terjun kedalam parit. kini aku berada ditepi bunker lawan. tanpa berfikiran waras lagi, terus menembak dengan sepuas-puasnya, kena! 2 orang gugur. eh, sorang kot. entahla, yang pasti ada yang kena. parit itu lecah, habis kasut berlumuran dengan selut. memikirkan kepala sudah sakit ditambah pula marsyal sudah menjerit 10 second guys, aku terus menjadi TERMINATOR, berdiri tanpa apa-apa halangan dan menembak pasukan musuh dari tepi


po po po po po po pong po pong (lebih kurang bunyinya)


PUAS HATI! tapi tak sampai 2 saat lepas itu, aku kena tembak. maka tamatlah riwayatku akhirnya gugur. tapi berbaloi, pasukan musuh pun ada yang kena tembakan dariku! itu yang puas hati. kepala masih mereng-mereng lagi ni. aiyoyoyo. kaki pun cram. last-last pasukan lawan yang tolong bangunkan diri ni yang tengah cram gaban tu.

keputusan... tak dapat diketahui sebab gelap nak tengok scoreboard


keputusan final???
kami kalah 34 berbalas 16 (ye kot)


moral yang dapat
walaupun kali pertama main
TAK jadi orang penting takpe
YANG PENTING jadi orang menyumbang ;-)






















semua gambar dicilok dari facebook kawan... tuan adil n wannie



TAKDE sexy POOON!!


hehe, mesti geramkan sebab tak jumpa plak gambar yang sexy. ada, tapi untuk insan tertentu je la;-) saja terpanggil terbaca entry cik lumut (ooh, hutangmu kain tudung tak dibagi lagi, sapa suruh belajar jauh2!) klik untuk entry tu. menarik jugak sebab berani. ye la, mesti ramai blogger yang terasa termasuk diri ini. sama-sama muhasabah


ada yang mungkin kita tak nampak tapi orang lain nampak
tu lah antara kegunaan orang lain dalam hidup ni... kan?



nota kaki : nak letak gambar kaki yang lebam lebam ditembak, tapi disebabkan bulu kaki banyak, tak jadi letak...bahaya ooohhh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

dulu 7 kini 8

sekarang dah beza 8 jam dengan malaysia
dulu 7 jam
semakin susah la nak call orang sana
ishhh


setiap ahad di akhir bulan oktober
masa akan diubah ke belakang sejam


jadi petang ni
maghrib masuk pukul 4.51
awal??
jom puasa ;-)


bercakap pasal facebook


facebook xelok kalau kita dah addicted
macam video ni cakap






takpun awek comey ni cakap





tapi banyak banyak
suka lagu ni ;-)






dulu memang mahu gunakan facebook untuk kenalan yang kenal sahaja. tapi sebab ramai kenalan di malaysia takde lagi buat account facebook, proses untuk itu menjadi tak betul. last-last ramai jugak yang kawan tak dikenali menjadi kawan!


sekarang ni dah ramai yang buat dah. baru terbuka hati nak buat kot. jadi, boleh la contact mereka dengan cara ni. bayangkan ada kawan tadika pun boleh jumpa balik di facebook (cerita benar) moral? gunalah nama betul di facebook. baru senang orang nak mencari. blog?? samaran pun takpe ;-)




facebook tu tak salah
yang salah orang yang addicted sangat
24/7 duk depan lappy dan online facebook
tapi
kalau kalau dah ramai addicted
macam mana ya hukumnya pula?







nota kaki : mungkin masa korang baca ni aku tengah menembak-nembak ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

raya @ smsa part 2

part 1 kat sini...(klik klik)




kali ni part2 pula ;-)



ok ok


buat video!!
1st shoot







tak jadi pulak
ok ok

2nd shoot




alaa
kacau je
3rd time








ada lagi yang tak jadi
and finally
jadi jugeee









tahun depan nak raya kat sini la
motif??
nak buat salam perantauan
lalala~


nota kaki : esok main paintball...berperang!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

setelah 350 minit berfacebook

ini bukan drama
atau gimik
memang betul
semalam
dan sampai sekarang
kira-kira dah 350 minit aku berFACEBOOK


kemaruk facebook?
no lah!!



kenapa online 350 minit semalam?
sebab 350 event
promotekan 350 kat semua orang
huhu
menjadi spammer terhandal




350 adalah international event, yang mana hampir 179 buah negara mengambil tempat untuk membuat sesuatu berkaitan dengan 350. 350 mewakili nombor 'particle' dalam karbon dioksida yang di cadangkan oleh saintis dan sekarang nombor itu sudah melebihi 387! sebagai persatuan malaysia, kami ambil inisiatif untuk anjurkan juga walaupun jauh di negara sendiri


ingat orang malaysia malas??


kalau perasan nota kaki banyak tulis 350 350. ini lah dia 350. cuma rasa runsing anjurkan program seumpama ini yang kurang akan menarik minat pelajar malaysia. tambahan pula, cuaca yang tidak menentu yang mana hujan agak lebat pada waktu event berlangsung


tetapi

BIG THUMB-UP yang datang. 34 orang semuanya. hehe, satu lagi nak cukup 35. 32 melayu dan 2 orang mexico. ok la tu, permulaan yang bagus untuk pelajar malaysia bergiat dalam aktiviti macam ni. terima kasih yang datang dan harap sokong lagi event seumpama ini berlangsung ;-)



walaupun hujan tetap gigih!!!






nota kaki : jagalah alam sekitar ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kecut perut jadi..?

ramai tak tahu yang aku merupakan penuajak
penuajak handalan di kmm
(penuajak=penulis sajak)


aku mendapat no2 dalam pertandingan menulis puisi merdeka


































no 2 dari 4 orang yang masuk
ok la tu!


~~~~


ini contoh bukan sajak


bangun pagi terbayang muka kamo
nak mandi terbayang muka kamo
dah buka paip perigi terbayang muka kamo
tengah gosok gigi terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan cinta?


kunci rumah terbayang muka kamo
coklat dikunyah dan dimamah terbayang muka kamo
jumpa mat saleh terbayang muka kamo
belajar dalam church terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan rindu?


belajar dengan tekun terbayang muka kamo
tulis dengan pen terbayang muka kamo
baca dengan rajin terbayang muka kamo
sampai tido dalam kelas pun terbayang muka kamo
adakah ini dinamakan kasih?


cinta
rindu
kasih


3 elemen yang bisa buat orang terpesona
sampai mengagungkan dunia yang fana



sampai mana boleh bertahan?

kapel
clash

kapel balik
brake up plak

jom declare
i ada orang lain dah

i sayang u
ku tak perlukan perempuan




hei!



cinta bukan untuk memiliki (bak kata rumate aku)
tapi untuk dihayati (bak kata housemate aku)



kalau dah cinta... apa-apa bukan2 ukuran... termasuk la saiz


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Salah siapa kalau bukan ibu bapa

masih ingat lagi cite akan imam joegrimjow?
kalau tak ingat kena la ingat-ingatkan


~~~~~


cahaya islam di bumi france begitu malap. dulu kalau islam begitu megah di benua itu, tapi kini semakin malap. walaupun begitu, tugasan sebagai imam terus ditetapkan walaupun waktu subuh hanya 3 ke 4 orang sahaja yang berjemaah di masjid.


pagi jumaat itu


dia didatangi dengan sepasang suami isteri yang mahu mengadu masalah. masalah apa? jom sama-sama ikuti perbualan mereka


'assalamualikum ya syeikhh maulana ya habibana'


'wsalam w.t. tak payah la syeikh syeikh ni. biasa-biasa sudaaa'


'tak boleh la. dah terikut sama da dengan orang lain'


'ya ada apa datang? bagus la datangimarah masjid pagi-pagi buta ni. senang sikit hati'


'datang mestilah ada tujuan. hehe'


'iye, apa tujuannya?'


'nak suruh syeikh ubatkan anak saya sikit ni. sekarang dah semakin menjadi-jadi perangainya'


'ooh, nak ubat macam mana? kalau kecik, boleh la saya ubatkan...'


'tak besar lagi syeikh.... dia sekarang dah pandai menipu dah. hari tu ambik duit saya, lepas tu tak bagitau pon yang dia ambik. runsing nanti takut jadi pencuri...'


'berapa umurnya? kalau dah 10 tahun, dah boleh rotan dah. rotan dengan kasih sayang.'


'kecik lagi....'


'ye la, kecik tu berapa?'


'25 tahun....'


'ha??? dah 25 tahun dah? ishhh, tu bukan kecik namanya tu. besar panjang dah!'


'tu pasal nak jumpa syeikh ni, saya dah puas tegur dah... tak makan'


'nak melentur buluh, kena dari rebungnya. anak ni dia follow mak bapak dia je'


'ishhh, main kasar nampak. mana ada. saya tak pernah pun ajar anak saya bohong tau!'


'ooo, ye ke? bagusla camtu. habis tu dia ikut sapa ya?'


'entah...'


'saya ada sorang kawan tau, seorang bisnesman. memang kerja dibuat sampai ke rumah. hari-hari sibuk dengan urusan. pada satu hari tu, ada orang call ke rumah dia. dia dah boleh agak dah orang nak ajak dia berbisnes, jadi dia suruh anak dia angkat. dah anak dia angkat, memang sah panggilan tu untuk si bapa. apa lagi, si bapa suruh la bgtau yang dia takde kat rumah. nak tau apa yang anak tu cakap apa kat pemanggil?'


'dia cakap apa?'


'bapa saya cakap dia takde kat rumah'


'hahaha, syeikh buat lawak ye? hehe. apa la si anak tu, tak back up langsung. saya pun pernah suruh anak saya cakap macam tu, tapi anak saya pandai la cover. hoho'


'ooooo00000oooo. jadi pernah buat la tu?'


'ye la, biasa la tu...'


'dapat tak moral cerita saya tadi?


'ada moral ke?'


'mesti lah ada. bukan ke si bapa tadi dah ajar anak dia menipu, katakan dia takde kat rumah walhal dia sebenarnya ada?'


'erk....'


'anak kita ni, akan follow apa yang kita buat. dia takkan tiru sapanya kalau bukan kita. tu pasal, kena muhasabah diri balik. kalau anak dah umur 25 tahun, pandai-pandailah ajar anak tu macam mana. jangan duk salahkan dan bebankan tanggungjawab kat orang lain. mak bapak la kena jaga'


'ok ok, balik saya cuba ubah diri...'


'bagussss, macam tu la bagusss'


~~~~~~


dengar talk dari orang hebat ni banyak input yang dapat ;-)
untuk si anak
kalau dah beso panjang
takkan nak salahkan mak bapak ye??
pandai-pandai la pk


awat nama joegrimjow bertukar jadi nama penuh ni????
camne nak tuka???


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

mencari sifu yang macho@comel

semalam ada terfikir nak ubah rumah. bukan apa, terinstall satu application yang tak boleh nak di delete, menyemak di blog jadi terpaksa ubah layout baru.


tuu laaa


jangan duk mandai-mandai nak ubah, nanti jadi macam ni. banyak masa diambil sebab nak cari rumah yang baru ni, hasilnya rumah hijau inilah yang dapat. lalala~


kejap je


aku bercadang nak ambik satu lay out yang memang dah takkan ubah-ubah dah. da sampai masanya untuk ada satu rumah tetap. asyik pindah randah je, tak profesional langsung. dan lay out macam ni walaupun sejuk mata memandang, takkan jadi rumah stabilku. huhu


mencari dan meraba-raba


disini nak cari, sesiapa yang PRO dan HEBAT dalam membuat website, untuk menjadi cikgu padaku. hehe, zaman maju dah ni, murid plak yang cari cikgu. sesiapa yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah, boleh la offerkan diri ok


kriteria-kriteria

1) rasanya diri professional dalam berblog@website
2) mahir dalam html html ni. xtml ke apa bendanya. dan sebarang tml tml lagi
3) pro dalam hosting hosting (nak beli hosting sebab orang duk sibuk pakai hosting, tapi tak tahu ape pekdah dia)
4) peramah dan tak mudah melenting bila ditanya
5) memang hobi ajar orang pasal internet ni
6) pernah ajar orang, kire bonus
7) kalau anda perempuan dan rasa comel, juga bonus (lalala~)


sebab aku pun sebuk dan tak banyak nak luangkan masa (kalau banyak masa dah lama dah beli ebook belajar sendiri) jadi proses belajarnya macam ni


belajar di ym atau skype atau msn
3 - 5 jam sepanjang tempoh seminggu
rm10 sejam
masa boleh dirunding


ok la kan, nak bagi banyak-banyak tak mampu oden. kalau kerja kat pizza pun yang lepas spm, dapat 6 ringgit je sejam, ku offer rm 10 sejam ni, ok la kot. yang berminat, boleh emailkan kepadaku, joegrimjow@gmail.com. detail kita boleh bincang kat email ek. huhu


aku seorang anak murid yang bagus. jadi jangan risau sapa-sapa nak jadi sifuku, ku takkan cepat merajuk. cuma nanti janganlah marah-marah, nanti ku menangis takde sapa nak pujuk (gila gedik!)


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cintai kaki dan tangan

tenseeeeennnnnnnnnnnn!!!
lalu ku mengarang cerita ;-)



richard merupakan askar yang berperang di afghanistan. walaupun berusia baru 23 tahun, tapi dia telah mendapat tanggungjawab yang begitu besar. peperangan di afghanistan merupakan antara pengalaman yang mengerikan baginya.


setelah 7 tahun


setelah afghanistan dilupuhkan, nasib negara itu yang tidak mendapat sokongan negara islam yang lain, menjadi padang jarak padang terkukur sahaja. richard telah diizinkan untuk pulang ke kampung halamannya. sebelum dia balik, dia telah menalefon ibu bapanya di chicago


-di translate dalam bahasa melayu...lalala~


'hello mom'


'hello.. sapa ni?'


'richard...'


'ya ampunnn, anak mama yang mama kasihi. anak mama ni sihat?'


'sihat, perang dah habis'


'bagus-bagus. bila balik? tak sabar mak nak masak ayam belanda-seberat-12kg ni kat anak mak. suka kan makan semua tu?'


'hurmm. minggu depan kot'


'wahh, tak sabar mak nak jumpa dengan kamu richard'


'tapi mama, richard nak bawak kawan richard balik sama'


'kawan? bawak la. mak takde hal punya'


'tapi kawan richard ni kakinya kudung, tangannya pun dah takde satu. dia kawan richard. richard nak bawak dia tinggal bersama dengan kita. boleh mama?'


'richard.....'


'napa mama?'


'tak payah la ajak dia tinggal sama dengan kita'


'kenapa?'


'orang macam tu takleh tinggal bersama dengan orang normal macam kita. menjadi beban kepada kita. richard tak paham sebab richard tak dewasa lagi. nanti kalau dia tinggal bersama kita, kita kena jaga dia, bagi dia makan hari-hari. susah richard... jangan ek. suruh kawan richard yang lain jaga dia.'


tanpa menjawab, richard memutuskan talian. dia cukup hampa...


setelah seminggu


richard didapati telah membunuh diri.dia terjun dari bangunan 13 tingkat. ibu bapa richard yang terkejut mendengar berita itu terus ke kem askar untuk mengesahkan mayat. dengan perasaan hiba, ibu richard mengecam, memang sah itu mayat richard. apa lagi. memang menangis bukan kepalang ibu richard!!


baru perasan



tangan kanan richard telah kudung. begitu juga dengan kakinya, tiada sebelah. rupa-rupanya, richard tak mahu pulang ke rumah disebabkan tak mahu jadi beban kepada ibunya.kawan yang dimaksudkannya juga adalah dirinya sendiri..


~~~~~~


ramai kan antara kita yang mencintai orang normal.
orang cacat?
hanya simpati.
orang cacat juga perlukan cinta, bukan simpati...
sebab?
dia pun manusia.



pergilah ke rumah orang cacat

dan bagilah mereka kasih sayang

bukan simpati semata-mata


-orang normal berlakon cacat-


nota kaki : 350 350 350

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pak buaya, pak tenggiling dan pak belalang

atuk belalang semasa hayatnya memiliki 3 orang anak, pak buaya, pak tenggiling dan pak belalang. ketiga-tiga anak teruna atuk belalang ini cukup berdisiplin dalam membentuk peribadi seorang pemuda mantap. setiap gerak geri mesti diperhatikannya


melepaskan tanggungjawab


setelah ketiga-tiga anaknya matang, dia melepaskan anaknya untuk bekerja di bandar. dia mahu mereka bertiga belajar cara mendapatkan duit masing-masing. maka, ketiga-tiga pun pergilah merantau dan kebetulan bekerja di tempat yang sama


setelah 2 tahun bekerja


pak buaya mendapat gaji 2000 sebulan
pak tenggiling mendapat 3000 sebulan
pak belalang mendapat 4000 sebulan



rasa pelik di hati atuk belalang dengan gaji yang diperoleh oleh anak-anaknya kerana meraka bekerja di tempat yang sama. untuk memastikan keadaan sebenar, dia pun ke tempat mereka bekerja untuk menanya hal yang sebenar!


taukey yang menjaga mereka hanya senyum. 'kau tengoklah sendiri atuk belalang bagaimana mereka bekerja, nanti kau nilai sendiri' atuk belalang lagi la bengang, jawapan yang mahu dicarinya tidak dapat diketahui!


panggilan telefon



ada barang baru sampai di kargo. jadi taukey mengarahkan pak buaya untuk kesana meninjau keadaan. pak buaya pun pergilah, 3 jam kemudian, pak buaya balik dengan list yang dia peroleh


'saya mendapati kapal kargo mempunyai setan kain sutera. kalau kita jual, keuntungan yang kita dapat mungkin mencecah rm100 000!'



taukey tersenyum dan mengarahkan pak tenggiling pula untuk pergi melihat keadaan sebenar kargo. atuk belalang yang melihat berasa sungguh teruja dengan kehebatan anaknya, pak buaya tadi. 10 jam kemudian, pak tenggiling pun sampai dan berkata


'saya mendapati kapal kargo ada 1.2 tan kain sutera, 100 biji televisyen yang rosak dan pokok buluh yang buruk. kalau kita jual semuanya, keuntungan yang kita dapat mungkin mencecah rm150 000!'


taukey senyum lagi. atuk belalang lagi la bangga dengan kecekapan anaknya pak tenggiling. sekarang taukey mengarahkan pak belalang pula untuk melihat keadaan kargo. setelah 3 hari, barulah pak belalang pulang dan berkata



'saya mendapati ada 1,2 tan kain sutera, saya dah call designer tempatan untuk jadikannya baju. keuntungan boleh cecah rm200 000. saya juga tengok ada televisyen yang rosak dan kalau dibaiki balik, kita boleh jualnya. keuntungan rm100 000. pokok buluh saya rasa tak memberi apa-apa faedah, jadi saya tinggalkannya sahaja. untung bersih kita di kargo itu adalah rm300 000'



taukey senyum
atuk belalang bangga!


taukey pon berkata


'sekarang kamu tau kenapa saya bagi gaji yang berlainan kepada mereka brtiga? pak buaya tak lakukan apa yang saya suruh, pak tenggiling hanya lakukan apa yang saya suruh, pak belalang pula lakukan tanpa kita suruh dia buat pun dia akan buat!'


~~~~~~

u get what u do

~~~~~~


idea dari email


nota kaki : 350 350 350!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

supervisor itu

sigh~~~
tadi ada jumpa dengan supervisor
3rd year memang kritikal
sebab projek pemberat dia cukup banyak
menyumbang suku kepada markah tahun ni
nak tak nak kena score projek


apa kaitan dengan supervisor?


dialah yang akan marking report kita!
dapat supervisor perempuan
mak cik de souza
lalala~


Mula-mula


'you did a god job in literature review'
'thank you'
'but.......'
dah but tu, panjang lebar plak mistake yang dibuat
kena berdikari
saya bukan mak kamu
saya nak tengok progress kamu
ni kamu tahu tak?
ni kamu paham tak?
apa maksud nanotube?
apa maksud ni
apa maksud tu


sigh~~~


satu patah je puji
lepas tu terus kena tegur kaww kaww punya!
moral??
jangan thank you awal sangat ;-(


berkenaan projek


tahun ni projek CNTFET
carbon nanotube field effect transistor
(ada gaya engineer tak? hehe)
memang kena ada basic semiconductor yang cukup hebat


analogi


tak cukup dengan asas semiconductor sahaja
kena ada basic lain juga
sebab benda ni begitu detail
maklumla... nano katakan
pengetahuan aku dalam bidang ni

macam nak buat basikal
tapi hanya playar je aku tahu


sigh~~


tapi orang cakap
zaman masa belajar ni paling best
so
kena enjoy jugak
susah mana pun
hidup jangan tertekan
nanti diri jadi gila
;-)


nota kaki : supevisor asyik duk cakap pasal anak dia, nak jodohkan aku dengan anak dia ke ape?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW