Share
Memaparkan catatan dengan label sexy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sexy. Papar semua catatan

Rakyat Malaysia sukakan SEX?

Malaysia berada di tangga ke 7 di dunia untuk pencarian kata SEX di internet. Kalah US ok. Memang benda ni agak mengejutkan kita tapi sememangnya tak mustahil untuk berlaku di negara kita. Kenapa aku kata tak mustahil? Alah, korang tahukan kenapa?

Kan?



Actually benda ni bukanlah kayu pengukur untuk mengatakan yang rakyat negara kita obses mengenai SEX. Mungkin sebab kat media massa kita selalu sangat paparkan kisah-kisah sex ni, sebab tu rakyat kita pergi search kat Google ye tak?

Saja nak sedapkan hati...

Terbaru ni pasal seksualiti merdeka yang disalah ertikan oleh Buletin Utama pasal party 'sex bebas' memang ramailah yang pergi search benda ni ye tak? Kes Anuar Ibrahim pun tak pernah nak satel kes liwat dia tu. Kalau sehari takde kes ni, macam tak lengkap. 

Aku gunakan istilah ni 'menyeSEXkan minda rakyat'


Dan kepada orang di Negeri Sembilan, tahniah kerana berada no 1 di Malaysia dan penyumbang terbanyak carian perkataan Sex ni. wahaa. hobin jang hobin!



pss : anak saudara lelaki aku tanya 'bakpo kak cha (anak sdare pompuan) takdop bird?' penat papa joe nak explain!  
-_-"

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

si jakun SEXY nak cerita pasal paintball

pagi tadi awal-awal lagi sudah bergerak ke tempat paintball. tempat tak pasti kat mana tapi pergi ke sana dengan kereta. jadi penumpang, biasalah, tak alert dan menggunakan masa untuk tidur dengan secukupnya. mengembalikan tenaga untuk BERPERANG!


sampai disana, terus diberi taklimat dan yang sedih, hanya 60 percent dapat tangkap apa mat saleh tu duk bebel. sigh~~ dah setahun lebih kat sini english tak banyak improve. mungkin kena start blog english pulak? sigh~ (kali kedua dalam satu perenggan)


pasukan putih lawan orange


aku berada di pasukan putih. semangat memang berkobar kobar! ini merupakan pengalaman pertama bermain paintball ni. sebelum ni tak pernah lagi! sebagaimana perasaan si kecil menaiki basikal roda empat buat pertama kalinya, begitulah perasaan aku tatkala memakai baju dan topeng untuk berperang. sungguh mengasyikkan. perasaan seorang jakun


game pertama


peraturan permainan mudah. team yang dapat matikan pihak lawan dahulu, team itu dikira menang. team putih yang memang kurang pemaian begitu bersemangat nak mulakan. 2 round dan round pertama, 2 putih dan 2 orange daripada 50 pemaian tak mati. guess what?? akulah antara si putih yang terselamat! si jakun ini! taktik yang digunakan? bersembunyi itu lebih baik. walaupun banyak begitu menyorok, 2 orang orange ditembak oleh aku! round ke 2 disebabkan ramai yang meniru taktikku, keputusan sama. seri juga tapi bilangan yang terselamat lebih banyak. hebat juga taktik tu ;-)
keputusan seri



game kedua


serius aku tak paham peraturan kedua ini. dengan loghat yang entah apa-apa, memang aku tak paham apa-apa pun. yang aku tahu sikit-sikit, kena bawak patung masuk ke dalam kubu, entah betul ke tidak. round pertama, kami kalah sebab pasukan lawan berjaya mengambil patung itu terlebih dahulu. round ke 2, ini part menarik. dalam paintball, tidak boleh menggunakan taktik yang sama dua kali. apa yang terjadi, setelah menembak seorang lawan, aku mengambil keputusan untuk menyorok lebih dari menembak. kesannya? aku dengan seorang lagi dari team putih yang tinggal di kepung dan ditembak tanpa belas kasihan dari pasukan lawan. kesakitannya masih terasa semasa menaip entry ini. TAPI, kesakitan kalah-dengan-banyaknya lagi perit!

keputusan...... kalah



game ketiga


cuba untuk paham dengan mendengar dengan teliti. hasilnya, faham akan peraturannya. senang sahaja, ada 1 pasukan yang akan menyerang dan satu pasukan bertahan. pasukan menyerang akan meletakkan bom ke dalam bunker pasukan bertahan. pasukan bertahan akan cuba sedaya upaya untuk menghalang bom itu dari masuk ke dalam bunker. see?? senang je kan peraturan. round pertama, aku bertahan. dan bom memang berjaya masuk kedalam bunker kami, 6 point untuk orange.(kalah lagi..sigh~~) round ke2, team kami menyerang dan tidak berjaya meletakkan bom kedalam bunker lawan. sah sah la kalah kan? kalah lagi!!

keputusan...kalah




game keempat

peraturan sama dengan game pertama tadi. disebabkan kekangan peluru, ini advantage kepadaku. dengan baru membeli peluru di kedai menjual peralatan menembak, aku punyai advantage! round pertama tak tahu keputusannya disebabkan hari dah gelap. nak cerita apa berlaku di round ke2. disebabkan aku memakai spek, jadi diberi topeng khas yang bahagian atas tidak dilindungi oleh topeng apa-apa. yang terjadi, pasukan lawan menembak kena TEPAT bahagian atasku (note: bahagian kepala tidak dikira ok, jadi masih dikira hidup)


sungguh sakit sekali. macam tertanggal kulit kepala ini dan menjadikan aku bertindak ganas! terus keluar dari bunker dan terjun kedalam parit. kini aku berada ditepi bunker lawan. tanpa berfikiran waras lagi, terus menembak dengan sepuas-puasnya, kena! 2 orang gugur. eh, sorang kot. entahla, yang pasti ada yang kena. parit itu lecah, habis kasut berlumuran dengan selut. memikirkan kepala sudah sakit ditambah pula marsyal sudah menjerit 10 second guys, aku terus menjadi TERMINATOR, berdiri tanpa apa-apa halangan dan menembak pasukan musuh dari tepi


po po po po po po pong po pong (lebih kurang bunyinya)


PUAS HATI! tapi tak sampai 2 saat lepas itu, aku kena tembak. maka tamatlah riwayatku akhirnya gugur. tapi berbaloi, pasukan musuh pun ada yang kena tembakan dariku! itu yang puas hati. kepala masih mereng-mereng lagi ni. aiyoyoyo. kaki pun cram. last-last pasukan lawan yang tolong bangunkan diri ni yang tengah cram gaban tu.

keputusan... tak dapat diketahui sebab gelap nak tengok scoreboard


keputusan final???
kami kalah 34 berbalas 16 (ye kot)


moral yang dapat
walaupun kali pertama main
TAK jadi orang penting takpe
YANG PENTING jadi orang menyumbang ;-)






















semua gambar dicilok dari facebook kawan... tuan adil n wannie



TAKDE sexy POOON!!


hehe, mesti geramkan sebab tak jumpa plak gambar yang sexy. ada, tapi untuk insan tertentu je la;-) saja terpanggil terbaca entry cik lumut (ooh, hutangmu kain tudung tak dibagi lagi, sapa suruh belajar jauh2!) klik untuk entry tu. menarik jugak sebab berani. ye la, mesti ramai blogger yang terasa termasuk diri ini. sama-sama muhasabah


ada yang mungkin kita tak nampak tapi orang lain nampak
tu lah antara kegunaan orang lain dalam hidup ni... kan?



nota kaki : nak letak gambar kaki yang lebam lebam ditembak, tapi disebabkan bulu kaki banyak, tak jadi letak...bahaya ooohhh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW