Menjadi lelaki adalah salah satu perkara yang paling best di dunia ni. Betul kan wahai lelaki-lelaki sekalian kan? Sebab tu aku macam tak paham kenapa manusia yang dilahirkan sebagai lelaki ada yang mengubah jentina untuk menjadi pompuan. Entah apa yang best jadi pompuan sampai nak ubah jentina - serius aku tak paham. Dah jadi lelaki, syukurlah jadi lelakinya!
Ok, entry ni bukan nak kupas isu lelaki tak mahu jadi lelaki, tapi mahu kupas isu lelaki yang terlampau. Kenapa terlampau? sebab entry ini akan mengupas kenapa lelaki masih keluar dengan perempuan lain walaupun dia dah ada girlfriend. Ini boleh dikatakan curang dan terlampaulah kiranya.
'Keluar'
Maksud keluar disini adalah temujanji atau dating antara lelaki dan perempuan yang melibatkan 2 pihak sahaja. So, bila lepas ni aku guna istilah keluar ni, memang ia bertujuan untuk lelaki tu bermain kayu tiga atau empat atau lima. salah lelaki KAH?
Wait until korang baca sampai habis entry ni, sama ada benda ni salah para lelaki ataupun si perempuan tu? Jom baca kenapa lelaki masih keluar dengan perempuan lain walaupun dia dah ada girlfriend!!
1) Sebab lelaki itu buaya
Lelaki buaya adalah lelaki yang mempunyai ramai awek yang semua apabila dia jumpa dengan awek ini (sudah pasti ditempat berlainan) semua dia kata 'i only love u baby' mungkin jumpa awek yang lain dia kata 'i love u my baby girl' mungkin jumpa awek ketiga dia akan kata 'i love u very much dear' Dia cuba nak elakkan nama sebab takut tertukar, jadi guna ganti nama yang lebih membuatkan si perempuan tu lagi orang kata 'tenang'
2) Sebab lelaki tu memang buaya
Sebab kedua dia keluar dengan perempuan lain sebab dia memang buaya. Bunyi macam tiada beza pon dengan kat atas tu kan? Heh. Jadi kepada para perempuan, siasat betul-betul sama ada bf korang tu ada simpan cinta dengan perempuan lain selain korang atau tidak. Sebabnya, spesis lelaki memang buaya ni sanggup menggunakan apa daya helah termampu untuk membuatkan korang cair dek dunia fana sendiri. at the end, korang menonggeng frust sebab kena clash mentah-mentah
3) Sebab lelaki tu sememangnya buaya
Sebab ketiga pun macam sebab pertama dan kedua tadi. Tiada beza. Dasar lelaki sememangnya buaya ni memang pandai bermain cinta. Tapi korang kaum pompuan kena ingat gak. Mungkin sebab korang selalu mengongkong menjadikan lelaki tu rasa fed up dan seterusnya keluar dengan perempuan lain. dia dah macam sesuai dengan perempuan lain tu, korang pulak kena tinggal. So kena tengok diri sendirilah, sama ada korang ni mengongkong atau tidak.
Walaupun spesis lelaki sememangnya buaya ini silap, korang pun mungkin ada silap
4) Sebab lelaki tu totally buaya
5) Sebab lelaki tu bapak punya buaya
6) Sebab lelaki tu buaya darat terunggul
7) Sebab lelaki tu buaya yang terlampau
8) Sebab lelaki tu senang di panggil buaya
9) Sebab lelaki tu buaya yang sememangnya buaya
10) Sebab lelaki tu buaya bla bla bla
see, aku tak nampak alasan lain lelaki yang masih keluar dengan perempuan lain kalau dia dah ada girlfriend ni selain alasannya adalah dia adalah BUAYA. kepada lelaki jenis ini, benda ni mungkin kita akan dapat balasan. Balasan apabila kita jumpa PEREMPUAN BUAYA yang jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan dan masa tu, hati kita akan kecewa rapuh patah sama macam perempuan-perempuan lain yang kita permainkan
what goes around comes around
pss : nak pergi JB sabtu ni. yuhuuu. eh, JB bukan joe buaya ok, tapi Johor Bharu :p
28 ulasan:
weee. yg nie mmg best! what gOes arOund cOmes arOund.
jd jgn nak jd buaya. gurl pown ada buaya jgk. haha
mendalam pnyyyy.....
hahaha...
entry bias Joe!!!!....
lol...
tp lumrah la...what goes around comes around...
hahaha..sebab lelaki memang buaya, buaya dan buaya..setuju pd phrase last tue..what goes around, comes around..balasan cash..hahaha
Setuju !!
:)
perempuan pon ada yang begini.
emm..
yg pntg depnds dgn laki tuh sndri..
tp mlmpau lah bt pompan cmtuh..
klu die yg kne br dye taw-.-''
@Cik Diana
buaya girl lagi BAHAYA
@adnur89
xpe
pasni kite buat entry pasal pompuan pulak
;)
@nuraitul
cah no discount
@ahsfantasy24
stuju!!!!
@Anonymous
nanti kite buat pasal pompuan pulak
@Kiera Qaira
tu pasal ada ayat
what goes around comes around
suka dengan repetition penegasan yang joe buat...
lelaki gatal=buaya
btw apa kata joe ulas pasal lelaki lepas putus je cinta terus ada penganti lain,biasanya org kata perempuan mcm ni...
Kerana lelaki seperti itu adalah buaya tembaga yang bersalut emas !
Hebat sungguh !!
@noralisme
eh
rasanya pompuan lg cepat ada pengganti
@Hizma Razliati
bersalut emas
wow
hahaha kelakar la... tapi aku setuju... tak payah cari alasan kalau da memang dasar buaya...
lelaki memang buaya terhebat. haha..
kalau keluar mkn2, jln2 atas dasar kwn baik, tp xmau org tau, d kira golongan buaya x? >,<
kerana lelaki menjadi sombong kerana dibenarkan untuk berkahwin 4, sedangkan kebenaran itu diberi untuk menhadkan jumlah, bukan mengalakan.
maknanya lelaki buaya je la yang kua dengan ramai perempuan??aishh..tp banyak lelaki buaya sekarang ni..
perempuan buaya memang suka lelaki buaya.senang nak tinggal and challenging part :)
kondem lelaki nampak. XD
Ya allah ya tuhan ku, semoga joe tak jadik ler buaya darat..amin..hahahhahahhahhaa
wohoo :D like you said earlier, when the girls starting to conquer boys surely mana2 lelaki pun akan rasa fed up with such girls action. everything gonna be conquered by girls? it's impossible for nowadays..hehe..
even though all the points are the same, I still agreed with this. haha :)
1 hari buaya ni akan bertemu buku ngan ruas, org tua2 cakap la, tapi memang jadipun.
Aku baru jumpa blog kau tahun ni sebab hari tu ada insiden yg berkaitan dgn topik ni hahaha. Lawak la lu derrrr. Dah la masa jumpa tu kat ofis. Sakit perut tahan gelak. XD
Catat Ulasan