Dating adalah perkara biasa muda-mudi. Sejarah aku berdating, dah pernah berdating dengan 234 gadis yang pelbagai latar belakang. dari cina, india melayu, semua aku pernah. ok tipu. Entry ringan kali ini aku akan share pendapat aku sendiri mengenai tempat dating dan makna disebaliknya. Awal lagi aku suggest, anggaplah ia bacaan ringan, jangan ambil serius. sesungguhnya aku cukup serius di dunia yang nyata. ok yang ni tak tipu
1) Bowling
Jika pasangan korang ajak berdating untuk main bowling, dan mentah-mentah korang tolak tapi pasangan masih bertegas nak ke sana dan nak tak nak korang kena follow jugak, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak tunjuk dia terer main bowling. Mungkin! Sebab kedua, dia nak malukan korang sebab selalu jatuh longkang
Nak share sikit, bola jatuh longkang tak malu lagi, bola jatuh ke belakang lagi memalukan! erk, pernah alami?
2) Kedai fastfood
Ada juga yang memilih untuk berdating di kedai makanan sahaja. Kedai makanan pulak yang dipilih alih-alih McD dan juga KFC. Semua fast food je. Yang ni ada beberapa kemungkinan makna disebalik ajakan ke kedai fast food tu. Yang pertama, pasangan korang memang takde duit nak belanja tempat mahal. hurmm, atau bahasa lain kedekut? yang kedua, makna disebaliknya dia nak bagitau yang korang ni sangat kurus, sebab tu ajak ke tempat fastfood supaya korang jadi lebih gemuk!
3) Makanan hotel atau restoran mewah
Ada juga yang berdating di tempat yang mewah. Wahh, bagi pasangan korang yang ajak ke tempat macam ni walaupun korang tahu dia masih belum bekerja atau kerja pun baru masuk 2-3 bulan, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak bagitau yang dia merupakan anak kesayangan papa dan mama nya sebab boleh ajak korang ke tempat yang mahal atau bahasa lainnya dia anak orang kaya. Kedua bagi orang macam ni, dia tolong taukey restoran atau hotel yang merupakan kawan dia. sebab dah takde yang pergi, dia bawaklah korang pergi. kesian kat korang. heh!
4) Wayang
Ini memang tempat yang sangat popular untuk berdating. gelap dan sejuk. fuhh, sangat nyaman sambil makan pop corn ye tak? ok, makna disebalik ajakan untuk menonton wayang ni juga ada 2. Pertama memang pasangan korang just tak nak dilabel loser sebab tengok wayang sorang-sorang, jadi dia ajaklah korang sebagai peneman. hurmm, mangsa lagi. Kedua, pasangan korang ni tahu yang korang ni banyak cakap, bising sangat dengar korang cakap je, jadi bila dah tengok wayang, mesti korang tak leh cakap punya! haha, kesian-kesian
5) Karaoke
Ada yang pilih k-box sebagai tempat dating? fuhh, ni memang makan dalam ni. Ada makna yang cukup dalam! Pertama, saja nak menunjuk yang dia memiliki suara yang merdu. Yang kedua, dia tahu yang korang suara tak sedap, ajak jugak ke keraoke dan balik nanti bolehlah dia buat bahan tulis kat status dalam facebook. haa, amacam? pastikan korang tolak awal-awal kalau suara tu macam itik serati
6) Bersiar-siar dalam kereta
Ada juga yang jenis tak nak pergi mana-mana, ambik je korang kat rumah, bawak pergi bersiar-siar. sentimental gila kot. Ok, ada 2 juga makna disebalik tempat dating macam ni. Pertama, haiii, takkan tak perasan yang korang naik kereta lawa, nak menunjuk keretalah tu! Kedua, dia nak luangkan masa yang lama dengan cakap-cakap dengan korang dan berhati-hatilah, korang balik je ke rumah, mesti korang terbeli sesuatu dari dia. rupa2nya jual barang! haiyaaa, dating pun sempat berbisnes =)
7) Tempah bilik hotel
Erk, bagi yang jenis macam ni, korang tanya ‘kite nak pergi mana ni’ denga slumber badan dia bagitau ‘i dah tempah bilik kat hotel’ jangan ragu-ragu untuk pelempang sahaja sebab ada 1 tujuan je orang macam ni. Sin ya kaf sin!
pss : sape nak dating sambil naik joana? waha =)
54 ulasan:
1 n 2..
dan tepat sekali tekaan anda..
hahahaha
akceli ak slalu meeting(kuar rmai2) je..=p
wehh, tempat paling cool dating ialah umah bapak cik awek. HAHAHA
entri terbaru : lelaki akan lebih nampak howtt macho kebabomm dan digilai ramai wanita apabila....
sin ya kaf sin? ape tu? sikas? psikis? i dun get it..
deela suka wayang..bowling..n mknn!! hihihi
jom singgah: Murah Rezeki Hari Ini
almost betul..last skali uw no komen..pndi2 ler jauhkn..hihih
Dextrous cyber life
hahaha...dating pun boleh buat bisnes ka? joe pernah buat ke ni?? huhu...
zubaidah..sin ya kaf sin=S.E.K.S
hehe..
dating lepas kawin lagi best..=)
ahahha... comey jek gamba2 tuh... da nak kene lempang da last skali....
DATING KAT RUMAH OK TAK JOE ? LALALALALAA...BUAT HOMEWORK SESAMA KER HEHEHE
sin ya kaf sin? siyes ta dapat
yang kedai fastfood tu...
apa sebab ke-3 joe??
ke aku sorang je takleh bace??
bro joe..lagi satu ajak g tengok bola sepak..bawak die g stadium ke, baru semangat sokong Malaysia =P
ang last tu baek tempah kaen kapan terus..ahahaha
wah
yg lain tak tau..
last aku tau!
hahaha
@~cAhAyA kEmUL!aAn~
meeting xsama dengan dating eh?
@ika honey bunny
yg tu masuk fasa ke2 kot
hehe
@zubaidah
kena tanya ustaz
hoho
@fadhdeela
mmg tu je selalu pergi kan
hoho
@faiz
eherm2
careful dating ngan joegrimjow
wahaa =)
@farhana_aziz
woho
yg tu sangat best
@░♥si lampu neon♥░
homework ape yaaaa????
@maCy
hehe, sorag lagi xdapat
@Cik Agogo
tertinggal kot
hoho
nanti adjust
@Wan Gerrard
pegi indon lagi stylo
@kembatolo™
tok imam sekali
hehe
@Lelaki Ini
wah wah
berpengalmankah?
hehe
dating kat masjid jer.. dgr ceramah agama.. hehehhe...
nih pengalaman ke pemerhatian...hahha
Dating? Haha.. Series macam alien perkataan tu.. Haish.. :p
jap lg nk g dating ;)
betul! 1st time main bowling eh2 terlempar ke blakang ha3 nasib baek bukan depan pakwe ;p
yang part bola bowling jatuh ke belakang klaka tu sebab penah alami.baru je berlaku masa gathering blogger hari ahad haritu..haha malu gila.
Tebai semacam ja wallet joe.. hhahah... yg bowling jatoh ke belakang tu bez! mmber aku penah kot.. malu siot!
no 6 tu pernah.haha.. bukan ajak dating, tapi ajak keluar minumm2..ceh
Pendapat anda?
blog Serol-Nizam
kah kah kah kah. cool ar bro :)
melawat dari http://www.sisiberbeza.com/
tak leh tang buat bisnes tue..hahaa
hahaha.... gmbr sama je kan... hahahah! :D
tgk wayang sbb takmo bg dia byk bckp...tepat sekali!!!! owh nyaris tidak ku dpt tgkp ejaan jawi tersebut...
heh..cam ape jer bro~~hihihi
1picture give thousands definitions..
siyes besh entry santai gini--pic tu kreatif bro hehehe
kalo date dkat icity? haha
tak suka dating ngan org kedekut huhuhu
lps dating sambil naik joana,msti kena beli brg kn lps tu?? kekekeke...
kalo naik joana,kena gi dating tmpt mahal2,br ngam dgn joana...kan??kan?? XP
new year laaaaaaaagi ramai dating.
xyah tempah bilik diorang ni kalau new year.
1-bola ke belakang, daku jatuh longkang. cukuplah sekali!
5-Karaoke jamban-peberet...haha
Joe...tak cukup lagi ni...ada 1 lg tempat...
tempat2 bersejarah...haha..ni lah peberet kami...suka gi muzium... :))
Nak hadiah Beads Blouse?Jom Join GiveAway ni
Entry Terkini:
Ragam Keluarga Inchik Moza - Perfume apakah yang paling best?
Dunia Aku Ibu Muda - Nak joget-joget & Anak itu rezeki wehhh!
@joegrimjow
xsame..meeting 2 rmai2..
plg2 kurang pn 3 org..
tp slalu nye 5 6 org..;P
hepp!!!
ada juga orang dating mula2
1)dia buat no2
2) dia buat no1
3) dia buat no4
4) dia buat no6
5) pastu konfem punya no7
camne tu????
ade tak g date sambil buatkan asignmen o keje y tertunggak?heee
ajak date kat umah mak jela. hihi
Aku suka semua tempat!! terutama yg 7..
muhahahah
(larik!!!)
@zubaidah
seks la :)
lucu tengok gambar tuh.....hihihihi sweet jer
ahahha..yg last tu memang patut lempang laju2..memang hampeh
sumernye mcm aku je
kecuali yang last tu
xpernah lak dating ke situ
hehe
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
Catat Ulasan