Rabu, 29 Disember 2010

Tempat Dating dan Makna Disebaliknya!

Dating adalah perkara biasa muda-mudi. Sejarah aku berdating, dah pernah berdating dengan 234 gadis yang pelbagai latar belakang. dari cina, india melayu, semua aku pernah. ok tipu. Entry ringan kali ini aku akan share pendapat aku sendiri mengenai tempat dating dan makna disebaliknya. Awal lagi aku suggest, anggaplah ia bacaan ringan, jangan ambil serius. sesungguhnya aku cukup serius di dunia yang nyata. ok yang ni tak tipu


1) Bowling


Jika pasangan korang ajak berdating untuk main bowling, dan mentah-mentah korang tolak tapi pasangan masih bertegas nak ke sana dan nak tak nak korang kena follow jugak, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak tunjuk dia terer main bowling. Mungkin! Sebab kedua, dia nak malukan korang sebab selalu jatuh longkang

Nak share sikit, bola jatuh longkang tak malu lagi, bola jatuh ke belakang lagi memalukan! erk, pernah alami?


2) Kedai fastfood


Ada juga yang memilih untuk berdating di kedai makanan sahaja. Kedai makanan pulak yang dipilih alih-alih McD dan juga KFC. Semua fast food je. Yang ni ada beberapa kemungkinan makna disebalik ajakan ke kedai fast food tu. Yang pertama, pasangan korang memang takde duit nak belanja tempat mahal. hurmm, atau bahasa lain kedekut? yang kedua, makna disebaliknya dia nak bagitau yang korang ni sangat kurus, sebab tu ajak ke tempat fastfood supaya korang jadi lebih gemuk!


3) Makanan hotel atau restoran mewah


Ada juga yang berdating di tempat yang mewah. Wahh, bagi pasangan korang yang ajak ke tempat macam ni walaupun korang tahu dia masih belum bekerja atau kerja pun baru masuk 2-3 bulan, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak bagitau yang dia merupakan anak kesayangan papa dan mama nya sebab boleh ajak korang ke tempat yang mahal atau bahasa lainnya dia anak orang kaya. Kedua bagi orang macam ni, dia tolong taukey restoran atau hotel yang merupakan kawan dia. sebab dah takde yang pergi, dia bawaklah korang pergi. kesian kat korang. heh!



4) Wayang


Ini memang tempat yang sangat popular untuk berdating. gelap dan sejuk. fuhh, sangat nyaman sambil makan pop corn ye tak? ok, makna disebalik ajakan untuk menonton wayang ni juga ada 2. Pertama memang pasangan korang just tak nak dilabel loser sebab tengok wayang sorang-sorang, jadi dia ajaklah korang sebagai peneman. hurmm, mangsa lagi. Kedua, pasangan korang ni tahu yang korang ni banyak cakap, bising sangat dengar korang cakap je, jadi bila dah tengok wayang, mesti korang tak leh cakap punya! haha, kesian-kesian



5) Karaoke


Ada yang pilih k-box sebagai tempat dating? fuhh, ni memang makan dalam ni. Ada makna yang cukup dalam! Pertama, saja nak menunjuk yang dia memiliki suara yang merdu. Yang kedua, dia tahu yang korang suara tak sedap, ajak jugak ke keraoke dan balik nanti bolehlah dia buat bahan tulis kat status dalam facebook. haa, amacam? pastikan korang tolak awal-awal kalau suara tu macam itik serati


6) Bersiar-siar dalam kereta


Ada juga yang jenis tak nak pergi mana-mana, ambik je korang kat rumah, bawak pergi bersiar-siar. sentimental gila kot. Ok, ada 2 juga makna disebalik tempat dating macam ni. Pertama, haiii, takkan tak perasan yang korang naik kereta lawa, nak menunjuk keretalah tu! Kedua, dia nak luangkan masa yang lama dengan cakap-cakap dengan korang dan berhati-hatilah, korang balik je ke rumah, mesti korang terbeli sesuatu dari dia. rupa2nya jual barang! haiyaaa, dating pun sempat berbisnes =)



7) Tempah bilik hotel


Erk, bagi yang jenis macam ni, korang tanya ‘kite nak pergi mana ni’ denga slumber badan dia bagitau ‘i dah tempah bilik kat hotel’ jangan ragu-ragu untuk pelempang sahaja sebab ada 1 tujuan je orang macam ni. Sin ya kaf sin!


pss : sape nak dating sambil naik joana? waha =)

54 ulasan:

  1. 1 n 2..
    dan tepat sekali tekaan anda..
    hahahaha
    akceli ak slalu meeting(kuar rmai2) je..=p

    BalasPadam
  2. sin ya kaf sin? ape tu? sikas? psikis? i dun get it..

    BalasPadam
  3. deela suka wayang..bowling..n mknn!! hihihi

    jom singgah: Murah Rezeki Hari Ini

    BalasPadam
  4. almost betul..last skali uw no komen..pndi2 ler jauhkn..hihih


    Dextrous cyber life

    BalasPadam
  5. hahaha...dating pun boleh buat bisnes ka? joe pernah buat ke ni?? huhu...

    BalasPadam
  6. zubaidah..sin ya kaf sin=S.E.K.S
    hehe..

    dating lepas kawin lagi best..=)

    BalasPadam
  7. ahahha... comey jek gamba2 tuh... da nak kene lempang da last skali....

    BalasPadam
  8. DATING KAT RUMAH OK TAK JOE ? LALALALALAA...BUAT HOMEWORK SESAMA KER HEHEHE

    BalasPadam
  9. sin ya kaf sin? siyes ta dapat

    BalasPadam
  10. yang kedai fastfood tu...

    apa sebab ke-3 joe??

    ke aku sorang je takleh bace??

    BalasPadam
  11. bro joe..lagi satu ajak g tengok bola sepak..bawak die g stadium ke, baru semangat sokong Malaysia =P

    BalasPadam
  12. ang last tu baek tempah kaen kapan terus..ahahaha

    BalasPadam
  13. wah
    yg lain tak tau..
    last aku tau!
    hahaha

    BalasPadam
  14. @faiz

    eherm2
    careful dating ngan joegrimjow
    wahaa =)

    BalasPadam
  15. dating kat masjid jer.. dgr ceramah agama.. hehehhe...

    BalasPadam
  16. nih pengalaman ke pemerhatian...hahha

    BalasPadam
  17. Dating? Haha.. Series macam alien perkataan tu.. Haish.. :p

    BalasPadam
  18. betul! 1st time main bowling eh2 terlempar ke blakang ha3 nasib baek bukan depan pakwe ;p

    BalasPadam
  19. yang part bola bowling jatuh ke belakang klaka tu sebab penah alami.baru je berlaku masa gathering blogger hari ahad haritu..haha malu gila.

    BalasPadam
  20. Tebai semacam ja wallet joe.. hhahah... yg bowling jatoh ke belakang tu bez! mmber aku penah kot.. malu siot!

    BalasPadam
  21. no 6 tu pernah.haha.. bukan ajak dating, tapi ajak keluar minumm2..ceh

    Pendapat anda?
    blog Serol-Nizam

    BalasPadam
  22. kah kah kah kah. cool ar bro :)

    melawat dari http://www.sisiberbeza.com/

    BalasPadam
  23. tak leh tang buat bisnes tue..hahaa

    BalasPadam
  24. hahaha.... gmbr sama je kan... hahahah! :D

    BalasPadam
  25. tgk wayang sbb takmo bg dia byk bckp...tepat sekali!!!! owh nyaris tidak ku dpt tgkp ejaan jawi tersebut...

    BalasPadam
  26. heh..cam ape jer bro~~hihihi
    1picture give thousands definitions..

    BalasPadam
  27. siyes besh entry santai gini--pic tu kreatif bro hehehe

    BalasPadam
  28. tak suka dating ngan org kedekut huhuhu

    BalasPadam
  29. lps dating sambil naik joana,msti kena beli brg kn lps tu?? kekekeke...
    kalo naik joana,kena gi dating tmpt mahal2,br ngam dgn joana...kan??kan?? XP

    BalasPadam
  30. new year laaaaaaaagi ramai dating.
    xyah tempah bilik diorang ni kalau new year.

    BalasPadam
  31. 1-bola ke belakang, daku jatuh longkang. cukuplah sekali!

    5-Karaoke jamban-peberet...haha

    Joe...tak cukup lagi ni...ada 1 lg tempat...

    tempat2 bersejarah...haha..ni lah peberet kami...suka gi muzium... :))


    Nak hadiah Beads Blouse?Jom Join GiveAway ni

    Entry Terkini:
    Ragam Keluarga Inchik Moza - Perfume apakah yang paling best?
    Dunia Aku Ibu Muda - Nak joget-joget & Anak itu rezeki wehhh!

    BalasPadam
  32. @joegrimjow

    xsame..meeting 2 rmai2..
    plg2 kurang pn 3 org..
    tp slalu nye 5 6 org..;P

    BalasPadam
  33. hepp!!!
    ada juga orang dating mula2

    1)dia buat no2
    2) dia buat no1
    3) dia buat no4
    4) dia buat no6
    5) pastu konfem punya no7

    camne tu????

    BalasPadam
  34. ade tak g date sambil buatkan asignmen o keje y tertunggak?heee

    BalasPadam
  35. Aku suka semua tempat!! terutama yg 7..
    muhahahah
    (larik!!!)

    BalasPadam
  36. lucu tengok gambar tuh.....hihihihi sweet jer

    BalasPadam
  37. ahahha..yg last tu memang patut lempang laju2..memang hampeh

    BalasPadam
  38. sumernye mcm aku je
    kecuali yang last tu

    xpernah lak dating ke situ
    hehe


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.