Share

Hati disebalik purdah

Aceceh,


Tajuk bukan main lagi ko ya joe. heh. Ok, nak cerita sikit pasal pagi tadi. Tadi aku telah ikut mak ke satu pondok yang tak jauh dari rumah. Memang kalau sebut pondok ni, cukup sinonim dengan rakyat kelantan kan. Dulu kalau aku pergi mana-mana, mesti orang tanya pernah ke pondok ni, pernah ke pondok tu, pondok tu ada lagi dan macam-macam lagilah. Dan kalau sebut pondok ni, memang berkaitan dengan menghafal alquran


Revolusi pondok


Sekarang ni banyak pondok ditubuhkan di kelantan ini yang memenuhi ciri-ciri sebuah sekolah. kalau dulu nak makan pun susah, nak belajar mengaji pun susah terpaksa berkongsi dengan orang, tapi sekarang ni dengan pentadbiran yang lebih teratur, semuanya nampak lebih kemas. Contoh pondok yang aku pergi tadi, memang ok pentadbirannya




Pondok ni diusahakan atas tanah persendirian. fuhh, kalau nak fikir pahala yang dia dapatkan, berapa banyak dah pondok ini menghasilkan hafizah yang dia sendiri pun akan dapat sharenya kelak. walaupun tuan empunya dah lama meninggal, tapi pondok ini masih wujud gah. inilah orang kata pelaburan akhirat, antara 3 rezeki yang takkan putus adalah harta yang diwakafkan. sebab tu dalam islam, kena jadi kaya, baru boleh menderma dengan banyak. tak gitu?


Tugas rela hati mak


Kagum jugak dengan mak sendiri ni sebab diusia 60 lebih ni, sendi selalu sengal sengal, badan selalu tak sihat-sihat tapi masih gagah dalam mencari derma. Derma untuk menolong supaya orang yang belajar di pondok ni dapat hidup dengan senang sikit. Untuk makluman, bayaran yang dikenakan hanya rm 180 sebulan, termasuk kos tempat tidur, belajar dan makan. sangat murah kan. Memang tak boleh nak cover dengan duit sebanyak tu, sebab tu pondok ni sumber kewangannya adalah dari derma. dan siapa yang mahu derma-derma ni, kitalah yang ada wang ni. siapa lagi kan?







Semua perempuan


Tak pasti pulak berapa kesemua bilangan pelajar disini sebabnya semua kat sana adalah perempuan! maklumlah, joegrimjow ni kalau perempuan, malu-malu sikit nak tanya (erk??) tadi masa aku parking je kereta tu, fuhh, sejuk je hati dengar alunan suara dari dewan tempat mereka belajar. Tugasan harian, belajar ilmu agama, sains tidak ketinggalan dan hafalan alquran sepanjang masa. alahai, memang sejuk je hati kalau macam ni


Anak angkat


Mak aku juga ada anak angkat seorang kat sini. anak angkat bukannya apa, sebab walaupun rm 180 sebulan je yurannya, ada yang tak mampu bayar. sebab tu kena ada orang tanggung untuk mereka teruskan pembelajaran mereka. So, bagi korang yang nak dapat pahala yang berganda-ganda ni, duit pun masuk je sentiasa, aku sangat syorkan cari tempat-tenpat macam ni dan salurkan pada yang memerlukan. Kalau tempat macam ni, boleh pm aku sendiri.nanti kita melawat-melawat lagi tempat ni.


bahaya jugak, sebab dieorang ni comey-comey semuanya. haha. joe, behave!




Apa-apa pun, semoga sistem seumpama ini terus mendapat tempat di hati kita. Aku kalau boleh nak gubal sistem pendidikan, bagi anak-anak ni hafal dulu alquran diusia kecil. Budak-budak ni umur 7-9 tahun memang cukup cepat tangkap. Bagi mereka hafal dulu alquran, baru masukkan ke sistem yang sedia ada. huh, aman damai negara kita kan. tapi nak buat macam mana, angan-angan je lah sebab bukannya ada kuasa apa-apa pun. takpe, start dengan anak sendiri dulu. haha. ok done, kena habis cepat takut merepek bulan-bulan puasa ni


pss : anak kita nanti kita suruh semuanya hafal quran ek =) jom baca entry imam joegrimjow sini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

47 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

pernah bercadang nak pakai purdah, tapi belum mampu nak lunaskan lagi.

=)

apapun, benda baik begini harus terus digalakkan~

=)

joegrimjow berkata...

@LORD ZARA 札拉

benda baik tu refer pada ape? purdah or skolah pondok?huhu

cikNiarun berkata...

malu dengan dorang.sebab aku hafal lagu laju je.bab alquran nak hafal setakat yang bace lam semayang je.huu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

roomate pakai purdah..

saya???


hmmmmmm.......

Mama Zharfan berkata...

tenang jer tgk diaorg kan...wpun terasa diri ni tak mampu nak pakai purdah...me ada few frens yg pakai purdah...and diaorg memang sgt cantik pun :) semua dh kawin pun :)

bardboo berkata...

slam..bagusnya...anak buah aku ada dua org blaja sek pondok, tp aku xpenah pg lagi tmpt diorg..
tp baru je bbrp bln diorg duk situ,mmg nmpk la byk perbezaanya, Alhamdulillah...

joegrimjow berkata...

@nurain

haah, kena ats batang hidung jugak ni

joegrimjow berkata...

@mama zharfan

sejuk je memandang mereka

joegrimjow berkata...

@bardboo

kena cite dalam blog ni
=)

izee berkata...

alhmdullillah..bc n3 ko pun joe ak dh rs mmg tenangg je.plak skang mcm2 pahit getir ak laluii..Al-quran mmg kaedah yg amat baik selain mendekatkan diri pd NYa ia jg menenangkan hti aku..

stoberycoklat berkata...

behave joe,behave ur self heheheh...

Unknown berkata...

msti comeyh pye
heheee
joe jgn2 mak ko mda ada calon ntuk kaw kat situ
hahaha

btw
aku suke kalo keadaan mcm nieh
then sdp n sjuk atie jewh tgk
hheee

joegrimjow berkata...

@izee

JOM KEJAR 10 TERAKHIR NI
=)

joegrimjow berkata...

@akmalhilmi

jom datang klantan ku bawak pergi jalan2 skolah pondok. hoho

Ann berkata...

betul...so far yg aku jmpe pom pakai purdah ni..cantik2 orgnye..

dulu penah jmpe sorang akak pakai purdah sbb ramai laki minat kt dia..jd nk elak penangan tu, pakai lah purdah..

Sumijelly berkata...

Purdah?? huhuhu...
agak2 kalu berpurdah tak leh la aktif ngan Nuffnang kan??huhuh
mcmla ada org nak invite aku g party...hahahaah

ishk... sumijelly nie..cubala insaf..anak dah tiga......waaaaa


Sumijelly.com

gadisBunga™ berkata...

makin ramai yang nak jadikan anak mereka hafiz termasukla GB (walau takde anak lagi..). insyaAllah

izee berkata...

kejaa jgn xkejarr..byk manfaat 10 hri terakhir.. :D

eelobor berkata...

nanti buat lg entri pasal pondok lubuk tapah & pasir tumbuh. selami pelajar2 pondok & cara pembelajaran mereka lak

Asyraf Hamasaki berkata...

terbaib bek :-)

Verdict berkata...

bagi saya, cukuplah dengan menutup aurat, yang terbuka hanya muka dan kedua belah tapak tangan. kan?

takpe. yang penting ilmu di dada. biar terus berkembang untuk org lain juga.
bukan dada ya, tapi ilmu tu

;)

Farihah Ahmad berkata...

joe, wat istri tanak? pasni terus tlg dorang bayar fee :)

Hasrol Nizam berkata...

baik betul mak ko joe. ibu contoh ni.. =)

Pendapat anda?
Daripada DIA kita datang dan kepadaNYA kita kembali

Awak, boleh pakai purdah tak?

Muaz Nabil berkata...

wah..terbaik!
ada rasa ketenangan bila tgk suasana mcm ni. :)

joegrimjow berkata...

@Ann

sampai macam tu skali ek

joegrimjow berkata...

@Sumijelly

haha, apa kaitan dengan event nuff plak?
hehe

joegrimjow berkata...

@eelobor

tu la, iA suatu hari nanti

joegrimjow berkata...

@Muaz Nabil

suasana pakai purdah tu ke?

diba berkata...

sejuk je tgk org pkai purdah..tpi xlyak ase nk pkai..hu

[z@ck] berkata...

pernah tergerak hati nak berpurdah..but it takes time to do that..kena ada courage nak ubah imej.harapnya suatu masa nanti aku akan jadi macam dorang.Insya-Allah

Unknown berkata...

sekolah pondok..mcm x kene je bunyinya utk zaman sekarang ni..klw ckp je sekolah pondok mesti org ingt budak2 nya kuno sikit..rasanya kene kasi nama baru la. sbb dorang ni dah advance..mcm anak saudara zura sekoah tahfiz tapi pelajaran sama je mcm sekolah biasa.. lagi satu rasanya government kene pandang n bantu jugak la sekolah2 yg mcm ni =)

MamaYatie berkata...

hai joe..salam perkenalan..
seronok tngk mereka kan.
psstt..soh mak pinang la sorang..hehe

joegrimjow berkata...

@diba

dah bersedia pakai je
=)

yg pentg yg wajib tutup kena tutup

joegrimjow berkata...

@azzura

penjenamaan smula ya. bagus jugak tu

M. berkata...

sejuk mata memandang :D

Tanpa Nama berkata...

sejuk perut ibu yg melahirkan mereka..

slay berkata...

ohh macam ni rupanya sekolah pondok ya. haha dalam kepala aku ingatkan sekolah pondok tu betul2 rupanya macam pondok ; pondok kayu kecil di hujung kampung yang aku lukis masa sekolah rendah dulu. :P

Pelaburan akhirat?

joegrimjow berkata...

@cimut munniey :)

sejuk lagi hati memikir

joegrimjow berkata...

@slay

hehe, tu la, slagi tak p slagi tu macam2 persepsi boleh wujud

ProfHariz berkata...

<-- suka perempuan bepurdah...
sangat hebat...

Anna Da Lady berkata...

hmmm...tulah, zaman skang memang patut praktiskan sistem mcm ni pada anak2 kita.biar anak2 didedahkan dengan ilmu al-quran cukup2 before menerima ilmu konvensional or genral knowledge...tapi, siapa kitakan?hanya mampu bersuara tak mampu melaksanakan secara meluas..tapi, pesanlah pada saudara mara kita, kwn2 kita...sejuk perut ibu mengandung bila aada antara anak2 nya menjadi hafiz/hafizah...

Hizami Li berkata...

hehe.
suka tengok perempuan berpurdah.
:)

APi berkata...

teringat lak cerita ayat-ayat cinta..
kui3~

nurayunni berkata...

bagusnyer tmpt nie..

noorafzan.blogspot.com berkata...

Apepun yang penting nak lentur buluh mesti dari rebungnya.
dann.
lagi..
kemimpinan mestilah melalui tauladan.
kena didik diri sendiri dulu baru didik anak2 nanti =)

Sheherazade berkata...

dari gambar jer sudah sejuk mata memandang

Unknown berkata...

Dekat mana nie?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW