Share

New Moon : I am a village boy!

Salam,

Bukan mudah mahu dikenali di kawasan kampung ni. Pernah tak korang jalan-jalan di kawasan kampung korang, nak beli air susu kocak, tiba-tiba orang tanya 'ni anak siapa ni' ada jugak yang tanya 'tak pernah nampak pun sebelum ni, dari mana' dan yang paling tak tahan 'are u terrorist' kot ya pun nak speaking englishm sebut toursit janganlah sampai jadi terrorist!


Sebab itu bagi yang belajar jauh-jauh ni, maksud jauh adalah lebih 10km dari rumah, kita kena buat sesuatu agar orang kampung kenal dengan kita. Contoh terbaik adalah, jadi penduduk kampung yang disayangi. hakhak, macam mana tu?


semalam


aku telah pergi vacuum surau kat belakang rumah aku. surau ni diguna pakai oleh orang kampung aku untuk solat terawikh. sebab dah berdebu sangat, ambik peluang ni untuk beramal bakti sikit, lagipun boleh tambah pahala + disayangi orang kampung. Nanti orang kampung tanya, 'siapa yang vacuum surau ni? bagusnyaaaa, anak siapa niii? boleh dibuat menantu niiii' dan dengan bangga kita angkat tangan sambil berkata ' saya pakcik!'




surau yang aku maksudkan



rumah aku dari surau, memang sangat dekat


sebelum dibersihkan



keadaan setelah dibersihkan. lawa tak?



********



Salim lelaki kampung biasa. Cuti begini dia mengambil kesempatan untuk berada di kampung untuk berbakti pada kampung tercinta. Menjadi pelajar di Indonesia menjadikan hubungan dia dengan penduduk kampung agak renggang. Tambahan pula cuti yang singkat membuatkan dia tidak dapat menyusun jadual untuk berjumpa dengan penduduk kampung yang lain. Hari ini dia membuat keputusan untuk membersihkan masjid di kampungnya


Masjid yang digunakan penduduk kampung itu sememangnya tidak terurus. walaupun tok siak sudah dibayar gaji, tetapi tok siak itu membuat pilihan untuk tidur disiang hari serta berjalan keluar ri waktu petang. sebab itulah keadaan masjid tidak terurus. Jadi, tugas bersihkan masjid, biar dia uruskan hari ini!


Sedang dia sibuk vacuum karpet masjid, datang seorang pakcik dengan menaiki kereta bmw super series


pakcik : Assalamualaikum
salim : Waalaikumussalam


pakcik : ooh, ada orang, ingatkan takde orang tadi. tok siak sini ke?
salim : eh eh, bukan bukan. saya penduduk kampung sini, saja berbakti pada kampung sikit


pakcik : ooo... ok, pakcik nak solat dhuha kejap
salim : sila pakcik. saya off vacuum dulu


pakcik : tak susah kan kamu ke?
salim : eh eh. tak tak. orang nak solat, saya kenalah hormat. lagipun saya boleh cuci kipas ni. takdelah bunyi bising


pakcik tadi terus menunaikan solat dhuha sementara salim sibuk mencuci kipas yang tersangat kotor. Entah macam mana penduduk kampungnya solat pun dia tak tahu, dengan keadaan kipas seperti ini, pasti banyak habuk yang masuk hidung! setelah selesai pakcik tadi bersolat


pakcik : kamu belajar lagi ke nak?
salim : haah, masih belajar.


pakcik : kat mana?
salim : indonesia


pakcik : jurusan?
salim : medic


pakcik : ooh, budak pandai ni. bagus-bagus
salim : takdelah pandai sangat pakcik. dari mana ni?


pakcik : pakcik ni dari Brunei. saja datang ke semenanjung ni ada hajat besar
salim : bisnes ke pakcik?


pakcik : haah, bisnes anak pakcik
salim : erk?


pakcik : pakcik nak carikan jodoh untuk anak pakcik. orang kata, anak muda kat kelantan ni baik-baik. sebab tu pakcik datang ni cari kat sini dulu
salim : ooo. ye ke? dah jumpa?


pakcik : tak jumpa, rata-rata pakcik jumpa, semua teruk-teruk perangainya. ishh
salim : haha. negeri mana seseorang tu, tak jamin dia baik atau tidak pakcik. sama saja


pakcik : anak ni.... dah ada ke?
salim : ehh, saya ni belajar, mana sempat nak cari awek-awek ni


pakcik : ooh, baguslah. pak cik pun dah berkenan dengan anak ni.
salim : erkk


pakcik : gini, pakcik ni usahawan terkenal. pakcik ada beberapa syarikat kat Malaysia ni. sebab pakcik hanya ada anak perempuan seorang je, dan dia pun ada masalah besar pasal kesihatan, pakcik pun dah tua, seba tu pakcik nak cari orang yang boleh jadi peneman anak pak cik nanti
salim : erk, masalah kesihatan apa pakcik?


pakcik : dia buta, pekak, bisu, tapi sangat lawa!
salim : erk?


salim membayankan kisah yang pernah diceritakan oleh emakknya semasa dia kecil. kisah bagaimana si jujur yang dipinang oleh seoang lelaki yang mana anak perempuannya itu bisu, pekak dan buta. tapi semuanya kearah kebaikan, bisu tak pernah cakap benda tak elok, pekak tak pernah dengar perkara tidak elok dan buta tidak pernah memandang perkara tidak elok. adakan anak perempuan pakcik ni pun sama?


pakcik : apa yang kamu mengelamun ni nak?
salim : saya teringat satu kisah pasal anak perempuan yang bisu, pekak dan buta ni


pakcik : hehe. pakcik tahu cerita tu. anak pakcik ni memang betul-betul buta, pekak dan bisu. sebab tu susah pakcik nak cari pasangan untuk dia
salim : erkk?


ternyata jangkaan salim meleset. dia jangkakan anak perempuan pakcik itu sama dengan kisah yang dia tahu. tetpi ternyata meleset.


pakcik : kamu setuju ke nak?
salim : urmm. saya pun takde sesiapa pun sekarang, saya setuju jelah. walaupun buta, pekak dan bisu pun, tapi dah itu ketentuan dia jadi begitu, takkanlah dia takkan berkahwin selama-lamanya


pakcik : kamu memang terbaik. ok, kita bincang soal kahwinnya macam mana
salim : ok


Dipendekkan cerita, maka salim dan anak perempuan pakcik itu, salima pun berkahwin. Memang betul salima memang sangat rupawan, tetapi sayang, dia pekak, buta dan bisu menutup mukanya yang ayu itu. walaupun begitu, salim tidak berputus asa sentiasa berdoa agar rumahtangganya kekal aman


Berkat kesabarannya, walaupun isterinya itu buta tidak dapat memandangnya, bisu tidak dapat bercakap dengannya dan pekak tidak dengar apa yang dituturkannya, dengan sentuhan belaian kasih sayang dari isterinya, dia jatuh cinta pada isterinya itu. itulah magis tentang cinta, dan sekarang dia tergila-gilakan isterinya itu


Beberapa tahun kemudian, pada suatu malam


Ketika bulan tengah mengambang, salima yang sarat mengandung itu mahu dihantar pulang ke rumah bapa mertuanya untuk dijaga disana. Sebelum itu, dia dan salima berada di klinik untuk menyiapkan kerja terakhir sebagai doktor di kliniknya sendiri. Tiba-tiba datang seorang tua yang sangat aneh. sesuai bergelar datuk dengan usianya itu


datuk : heyyy salim. aku ada satu tawaran untuk kau!


salim terkejut dengan kelibat orang tua itu. dia mamandang isterinya dan tiada raut ketakutan di wajah isterinya. Ya, dia terlupa yag isterinya itu pekak, bisu dan buta


salim : apa dia?
datuk : aku mampu menyembuhkan kesemua penyakit isteri kau ini


salim : biar betik tuk??? macam mana?
datuk : betik ke betul ke, yang pasti semua itu ada bayaran


salim : apa bayarannya?
datuk : kau terpaksa meninggalkan isteri kau.


salim : tuk pulihkan isteri saya dan sebagai balasan saya kena tinggalkan isteri saya?
datuk : ya, lebih kuranglah macam tu.


salim : dah tu saya nak pergi mana lepas tu?
datuk : kau aku akan bawa ke suatu alam yang mana kau tidak akan tua untuk selama-lamanya. disitu ada banyak bidadari yang jauh lebih sempurna dari isteri kau sekarang. deal or not deal?


salim mula berfikir. ini tawaran terbaik ni. rugi dia lepaskan. tapi apabila difikirkan nasib isterinya kelak, siapa yang mahu menjaga isterinya itu, lagipu tengah mengandung, dia terus berkata


salim : minta maaflah tok. saya taknak.
datuk : betul tak nak?


salim : betul
datuk : betul?? taknak ubah fikiran. rugi ni. sana bidadari lawa ok


salim : iye, keputusan muktamad, taknak. dah dah. nak tutup klinik dah ni. bye bye atuk
datuk : ye lah, atuk blah


sebelum atu itu blah, dia sempat merenjis sedikit air kepada isterinya. tiba-tiba isterinya bersuara


salima : abang....
salim : erkk, isteri abang boleh bersuara


salima : juga boleh melihat muka abang
salim : erkk, isteri abang dah tak buta?


salima : juga boleh mendengar apa yang abang cakap
salim : erk, isteri abang boleh mendengar?


salima : ya bang, semua boleh. kenapa abang tak terima tawaran dari atuk tu?
salim : abang sayangkan salima. abang mahu hidup semati dengan isteri abang ni


salima : walaupun buta, pekak, bisu?
salim : asalkan hati salima tidak pekak, tidak bisu dan tidak buta dengan kasih sayang abang berikan, semua yang lain itu tidak penting


salima : grow old with me?
salim : sure do =)


maka tamatlah kisah itu. mereka berdua hidup aman bahagia disamping dengan anak mereka. cerita yang tidak terdapat di mana-mana media massa ini hanya boleh dibaca di blog joegrimjow. waka waka eh eh


pss : kadang2 aku pelik dengan daya imaginasi aku yang terlampau ni. haiish!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

39 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

wah Joe.
bagus buat amal bulan2 puasa ni.

=)

dan kamu sangat kreatif tau.
=)

eelobor berkata...

hehehe, aku baca dari awal sampai abis sbb nak tahu ending walau dah dapat agak. mcm crita biasa kita dgr, hero & heroin pn hidup bahagia bersama.....hahahaha

Nurul Lalala berkata...

great story~

joegrimjow berkata...

@eelobor

bulan2 pose ni kena buat cite happy ending =)

Hasrol Nizam berkata...

ist a hepi ending..hehe..

baguih2, jadi contoh kat orang2 muda yg lain sama nih.. :D

Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?

anymz berkata...

joe,memang kreatif.sok da habis belajar leh jadi pakar motivasi jugak.cuba lah nanti ya

Ckin Kembaq berkata...

ingatkan joegrimjow yg jadi watak nya..hehe kot la kan..kadang tu cerita2 ni bleh diambikk dari pengalaman sendiri kan?...

diya jamal berkata...

makcik: kamu, anak siapa ni?
rubi: anak orang la makcik.

makcik: tapenah nampak pun?
rubi: saya pun tapenah nampak makcik.

agaga..

kechixx berkata...

weeeeeeeeeee:)

zonaku berkata...

dari kisah buat keje amal, ke kisah lain pulak yer

Hazzy Ishak berkata...

joe kena bukukan semua cerita2 dalam blog ni

terhibur dan penuh makna

'Athifah Markzzaki berkata...

cewah~

entry agak jiwang2 gitu...

;DDD

Tanpa Nama berkata...

kisah yg sarat dgn mesej utk direnung dan dihayati bersama..thx 4 sharing :)

Tanpa Nama berkata...

kisah yg sarat dgn mesej utk direnung dan dihayati bersama..thx 4 sharing :)

shams berkata...

kdg2 org tak terpk idea skreatif kmu tu..
tahnia joe...
moga segala aml kamu tu akn menjadi penolong kmu di sana t
moga diberkati selalu...

azahrohaizah berkata...

wakakka..terbaik dari ladang!!!

joe..joe..alahai anak omak!

noorafzan.blogspot.com berkata...

great tapi kan..
err..

part yang last tu..
macam mana salima tu boleh tahu pakcik tu ada bagi tawaran sebab diakan buta, pekak dan bisu?
pelik ni..
=)

Unknown berkata...

ler..imginasi ker???

hehehe..paper pown..memg sgt menyentuh aty...thumbs up to you...

zik berkata...

jeo grim jeo yang rajin....

joegrimjow berkata...

@anymz

tgi sangat tu cita2
huhu

joegrimjow berkata...

@Ckin Kembaq

pengalaman sendiri skit sangat, yg banyak top up sendiri
hoho

joegrimjow berkata...

@rubi @ cawan merah

LOL
kena masukkan dialog tu sepatutnya
haha

joegrimjow berkata...

@Kimmy

jiwang2 di bulan ramadhan

joegrimjow berkata...

@noor afzan

mgkin atuk tu dah sembuhkan dia awal2 kot
hehe

Unknown berkata...

Bro...buat buku la :)

azieazah berkata...

Salim tu tinggal di mana sekarang? Ada anak bujang tak? Ahaks!

Mimi Saidi berkata...

hahahaha..gila lor! bgos dowh entry nih

joegrimjow berkata...

@azieazah

erk, nak buat ape?
hehe

Hazzy Ishak berkata...

nak gambar tu eh. ambil lah...

attyfir berkata...

sampai abis kty baca..
terharu sangat ..sorg suami yang setia.

fikah mus berkata...

eh bro joe tinggal kat area mane eh??

cerita imaginasi yang kaw2 punyala!!
SUKA!!

joegrimjow berkata...

@fikah mus

peringat
hehe

Tanpa Nama berkata...

kalau laaa ada manusia yg baik cmtu...

Backlinks Boleh Meningkatkan Jumlah Trafik Ke Blog

Review Filem 'Vampires Suck'

Kamsiah yusoff berkata...

jo...mcm besa tgk ja umah tu hehe...

tengkorakemas berkata...

bestla cite tu, terharu menghayatinya..

joe, ko tgk geng surau kat astro oasis?maybe ko boleh join geng surau :)

Fatin Aliyya berkata...

sweet giler.aku suke.:)

young yasmin sarian berkata...

superb entry!!!!!!!!!!!!!!! sgt2 menarik n anda sgt kreatif,,,:)

Unknown berkata...

bagusnya la kalaw ada lelaki yg cam gini..aman dunia x ada gaduh laki bini. tapi macammana, sangt susah mencari pasangan yg sngt setia kat partner masing2 =(

*∽ IZAN ∽* berkata...

KAH KAH KAH..!!! Nko ni JOE memang pandai bab-bab merepek nihh.. memang ade talent aaa jadi produser satu hari nantii.. amacamm? Nko ni semua boleh laaahhh..!! bergenang2 air mata akak dok keboringan menunggu keta ku di service nak raya nehh..!! ha ha

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW