Sabtu, 31 Julai 2010

Tips untuk perniagaan MLM

Salam,


Terima kasih pada sha sha kerana share satu link mengenai penipuan yang sudah pecah tembelang iaitu satu skim yang menawarkan kereta mewah kepada pengedarnya. Skim yang mampu menarik nafsu muda remaja untuk ikuti ini akhirnya tumpas semalam dengan kecekapan pihak polis. Tahniah pada polis Malaysia


MLM


Satu modus operandi berbisnes cara baru ini sememangnya menjamin pendapatan yang lumayan kepada sesiapa sahaja. Kalau di negara luar, sudah banyak melahirkan beribu-ribu jutawan dan kalau di Malaysia sahaja, jumlah jualan tahunan bagi syarikat MLM ini mencecah 3 billion ringgit. Hebat kan? Memang sangat hebat. Sebab itu ramai yang gilakan MLM sekarang ini


Tujuan utama entry ini ditulis adalah untuk mengajak semua menjadi rakyat yang bijak. Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai lebih 1277 syarikat MLM yang berdaftar dan sehingga 10 june 2010 hanya 491 yang kekal. Jumlah ini mungkin akan berkurangan atau bertambah dan suka diingatkan, JANGAN TERJERAT DI SYARIKAT MLM YANG KEJAP MUNCUL DAN TERUS TENGGELAM. Jadi kali ini, beberapa tips yang ingin dikongsikan agar tidak terjerumus ke lembah yang rugi (acececeee)


Fakta MLM


1 - Check lesen Syarikat

Kemudahan internet sekarang ni memang cukup mudah untuk kita kenal pasti yang menipu atau tidak. Contoh datang seseorang ni untuk menjual produk kepada kita dan tawarkan kita skim cepat kaya, apa yang boleh dilakukan, mintak lesen syarikat mereka on the spot! Kalau ada, boleh jalan atau dengar, takde, syuhhh syuhhh. menipu! Boleh check disini untuk senarai MLM di Malaysia



2 - Pilih syarikat yang kukuh


Memang bagi syarikat yang baru, akan memancing pengedar baru dengan syarikat baru sudah pasti akan mendapat untung jika bermula sebagai yang pertama. Maka berduyun-duyunlah yang sertai. Tak sampai 5 tahun (yang sedih tak sampai 5 bulan) syarikat MLM tu pun entah kemana. Duit lesap dan air mata buat peneman. Ekekek. Jadi, saya syorkan, nak join MLM untuk tambah pendapatan, pastikan MLM yang anda join itu betul-betul stabil dan kukuh. Macam herbalife =)




3 - Fakta atau auta


Sekarang ni banyak syarikat MLM di Malaysia yang menawarkan skim ini skim itu. Jangan mudah terpedaya, suruh mereka keluarkan fakta. Contoh kalau mereka ada tawarkan kereta mewah (serius benda ni tipu) check kereta mewah tu betul-betul sah ada di Malaysia atau tidak. Kita ada macam macam kemudahan. gunakan saja. Kalau malas nak check, tanya terus dengan kementerian yang berwajib untuk check status fakta atau auta yang mereka tawarkan. Senang senang


done


Ok, itu sahaja dulu. Cuma aku nak kongsi, janganlah letak duit sebagai prioriti tujuan untuk hidup. Enjoy cari duit, enjoy kehidupan. Tambah ibadat supaya bila mati, kita dapat syurga. Kat sana, tak payah kerja cari duit, semua kita dapat apa yang kita nak.


pss : malam ni ke kuala lumpur lagi. esok ke shah alam untuk program MOC. huhu

Imam Muda : Keputusan akhir Imam Muda musim pertama

Salam,


sumber : facebook IM


Nampaknya berakhir sudah Imam Muda. Keputusan akhir Imam Muda, tahniah kepada Asyraf yang menjadi juara IM musim pertama. Hizbur pun mantap! Satu rancangan yang mendapat tempat bukan sahaja media dinegara ini bahkan juga di negara luar sana. Tahniah kepada semua penganjur dan sponsor kerana menyediakan satu platform yang begitu menarik untuk ‘meletupkan’ kegiatan dakwah di negara kita


Sempat aku upload video pengumuman tadi oleh mudir. Laju tak?






Kesimpulan ringkas Imam Muda Akhir


Diharapkan agar pertandingan bercorak dakwah kontemporari ini diteruskan untuk musim musim berikutnya. Penting untuk penyajian hawa mata dan telinga rakyat kita yang sememangnya ketandusan rancangan seperti ini. Banyak lagi peningkatan yang boleh ditingkatkan untuk musim musim berikutnya.


Tema malam ini yang jelas menekankan peranan masjid sememangnya bersesuain yang mana imam muda yang menang dan juga yang memasuki rancangan ini akan kembali ke 'office' mereka iaitu masjid selepas balik nanti. Heh, BUKAN! office imam muda ini bukan sahaja di masjid, tetapi sepatutnya dimana mana sahaja mereka berada. Gud luk


Top Notch everyone!


pss : Banyak rancangan agama malam jumaat gini, kan bagus kalau tiap-tiap malam macam ni. Kan kan?

Jumaat, 30 Julai 2010

Cara 'berbaik' dengan bibik

Salam,


Pengalaman mempunyai 3 bibik memang sesuatu yang cukup berharga untuk dikongsi. Kali ni tergerak untuk buat entry pasal bibik disebabkan semalam bibik terbaru di rumah ni mengadu kat tuan dia di indonesia sana yang rumah ni tak makan nasi. Bila dah tak makan nasi, tanak nasi pun dah kurang lah kan? hehe, bibik moden zaman sekarang, memang pandai mengadu. Tapi, sebab rumah aku sekarang ni semuanya on diet, memang jumlah nasi tu aku jaga. Memang selalu membazir nasinya, sebab tu tanaknya pun jadi sikit



Gambar google

Berbalik pada tajuk, aku akan share pengalaman mempunyai 3 bibik yang silih berganti ini agar lepas ini kalau ada yang ingin mengambil bibik dan tidk tahu atau tidak ada pengalaman untuk berurusan dengan bibik ini, adalah yang bermanfaat nanti. Ready?



1 - Sediakan jadual yang lengkap

Ini memang permulaan kena sediakan jadual yang lengkap kepada bibik anda. Pagi buat apa, petang buat apa dan malam buat apa. Kena ingat, jadual tu takdelah jadual untuk robot, tapi jadual yang sesuai untuk manusia. Tak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Jangan anggap bibik ni hamba, dia pun manusia jugak



2 - Arah dengan tegas, bukan emosi

Jika bibik buat kesilapan, pastikan tegur dengan tegas, biar teguran itu tepat dan difahami oleh bibik supaya nanti tidak berulang lagi. Sesetengah orang, suka menjadikan bibik untuk melepaskan kemarahan. Bila buat salah, terus marah-marah dengan gila-gila. Last-last, bibik tu lakukan kesilapan yang sama lagi sebab dia tidak fahamkan dengan arahan yang diberikan. Siapa yang rugi?


3 - Mereka pekerja bukan hamba

Perlu dibezakan yang bibik merupakan pekerja. Jadi segala kerja yang dilakukan adalah perlu untuk disesuaikan dengan nilai seorang pekerja. Jangan terlalu mengarah sampaikan tiada masa untuk dia rehat. Lagipun, kan lebih baik kita berbaik dengan pekerja kita. Barulah kualiti yang akan dihasilkan


Bibik yang naik kepala


Sesetengah hal mungkin akan membuat bibik itu naik kepala. Ketika benda inilah kita perlu berhati-hati supaya bibik ini tidak buat hal yang bahaya. Pernah aku alami bibik di rumah lari untuk jumpa bf nya di negeri lain. Boleh bayang betapa naik kepalanya bibik seperti ini. Walaupun dah berbagai cara berbaik pun dah digunakan, masih lagi naik kepala. Tahu cara terbaiknya apa?


Hantar pulang ke negara mereka

=)

pss : hari ni kecing kecing. Bukan kencing ok

Peluang pengiklanan di blog

Salam 1Blogger,


Apa yang aku ingin sampaikan ini mungkin agak pelik kerana peluang pengiklanan yang aku tawarkan ini bukan untuk korang beriklan di blog ni, tetapi aku beriklan di blog korang. hehe. Pernah dengar orang buat macam ni? kalau tak pernah, kena baca sampai habis sebab pendek je entry ni


Peluang mendapat duit


Baru baca ebook free dari John Chow yang mengatakan untuk membuat duit di blog, bukan sesuatu kerja hari ni buat hari esok dapat. Sama dengan pekerjaan lain, kena ada try and error. Jadi rahsia dia mendapat 40 000 usd dalam sebulan bukannya mudah, banyak perkara yang perlu dilakukan. Apa yang biasa blogger baru terpengaruh adalah angka yang dia dapat tetapi tidak mahu belajar apa yang dia buat


Kepada Blogger baru


Pengiklanan yang aku ingin buat ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Detail aku akan bagi melalui email. Jadi, jika berminat, boleh email aku di joegrimjow@gmail.com. Memang tak banyak tempat yang aku ingin sediakan, maklumlah target market aku pun cuma kejap saja dan proses untuk iklan aku ni pun tidak sesusah mana. Sesiapa sahaja boleh lakukan. Bagi 'hint' sedikit pasal jumlahnya


Unique Visitor

100 - RM 1
200 - RM ???
300 - RM ???
500 - RM ???
1000 - RM 15



jOM beriklan di Joegrimjow!


Cara Orang di BALI Tackle Awek Australia

Salam,


Sebenarnya malam ni mahu update full kisah di Bali, tapi disebabkan kekurangan lagi gambar, terpaksa hold dulu. Video dah ada 2 3 versi, tinggal mahu 'tempek' kat sini sahaja. Takpe, lagi lama kita tunggu, lagi best entry tu. Kan kan?


Jadi malam ni, entry ringan-ringan pasal satu skill yang aku dapat semasa di Bali sana. Belajar secara live dengan orang sana. Tapi proses belajar ni seperti tidak disengajakan sebabnya semasa berjalan-jalan, aku dapat belajar skill ini. Skill yang membuat aku tergelak (dalam hati) dan si perempuan comel molek tersenyum malu malu siput sedut. Jom kita tengok macam mana ayat yang digunakan


Gambar takde kaitan : Aku suka gila dengan gambar ni!


******


Sedang berjalan-jalan di pantai Kuta, yang mana sememangnya tersohor dengan pantai yang penuh dengan warga asing, aku dengan membimbit beg macbookpro berjalan di belakang 2 awek yang sangat hot! Peha putih itu memang aku tak pandang lama sebab takut nafsu naik, jadi pandang sekali lepas tu terus tengok ke atas. Malangnya bila tengok ke atas, nampak kulit 2 awek itu yang... aigooooo, memang sangat sexy! Nak taknak, kenalah aku pandang ke pantai Kuta (bleh caye ke?)


Tiba-tiba


Sedang aku jalan dibelakang dieorang, ada seorang warga tempatan, aku jangkakan dalam umur lingkungan 30an bersiulan seolah mahu mengorat mereka. Bunyi siulan itu memang pelik sampaikan aku lelaki pun boleh tertarik. Oh, aku bukan Gay ok! Cuma aku dapat lihat (terpandang) 2 awek perempuan itu menoleh kepada lelaki tempatan tadi. 2 awek tadi jalan 2 3 meter kehadapan, lelaku itu berbunyi suara


lelaki : hey beautiful lady, u drop something...


Aku yang berada dibelakang awek tadi pulak gelabah tengok apa yang 2 awek tadi terjatuh apa. 2 awek yang aku rasakan warga australia itu juga memandang kebawah mencari sesuatu, kot kot memang terjatuhkan sesuatu. Nyata tiada! Salah seorang awek itu bertanya


awek : what is it?


Dan jawapan yang diberikan oleh lelaki tadi memang tak boleh blah betul! Aku memang sangat geram dari mana idea itu datang. Jawapan yang diberikan membuat 2 awek tadi terus senyum sepanjang jalan, dan aku yang berada dibelakang terdengar perbualan itu tergelak sendirian. Apa yang dijawab lelaki tu?


lelaki : U drop your smile (sambil mengangkat kening)


hampagas kan? tapi memang kreatif!

Khamis, 29 Julai 2010

Nuffnang R.A.C.I.S.T!

Salam,


Ini lah sebab kita tak buat blogwalking, habis isu-isu hangat ini kita ketinggalan jauh. Hehe. Entry semalam pun aku tulis sebelum jenguk-jenguk blog orang lain. Kalau dah baca, konpem aku akan adjust sedikit kasi hangat-hangat gitu. Ok, kita mulakan entry pagi ini dengan sepotong ayat alquran (no need to become ustaz to understand our perfect book =) )


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Maidah ayat 8)



1Malaysia


Serius aku tak suka dengan term ini. Walaupun mungkin tujuan utama term ini digunakan untuk membentuk satu masyarakat majmuk apa ke jadahnya, aku rasa term ini sungguh menggerunkan. Seperti perkauman di negara kita dah capai satu tahap yang sungguh teruk sehinggakan term ini terpaksa digunakan! Aku tak tahu tahu bagi orang bukan islam (agama lain) macam mana, tapi bagi orang islam, tak kira bangsa apa, melayu, arab, cina, india atau apa pun, jika kita ada sikap ini (racist) kita akan semakin jauh dengan taqwa


racist = jauh dari taqwa = tidak beriman = tak masuk syurga!


Look, tak perlu pergi jauh, kaji agama kita sendiri pun dah cukup. Tapi biasalah, orang kita ni lebih agungkan ayat-ayat power dari jutawan-jutawan ternama dari ilmu di dalam alquran. No comment.


Racist dibawa kepada dunia blog



Hehe, ada orang tak puas hati dengan tajuk aku ni? itu hanya tajuk semata-mata. Aku tak gunakan tanda soal (?) sebaliknya gunakan tanda seru (!) kenapa? nanti korang akan faham. Rasanya aku dah dengar banyak kali perkara ini dari mulut blogger atau pun dalam entry. Tapi buat diam je lah, tapi sebab ramai yang tak puas hati dengan keputusan contest tx5 tu, isu ni menjadi hangat dan dibualkan ramai orang.


Kalau nak ikutkan tak puas hati, aku SEPATUTNYA antara yang tak puas hatilah. Memang RASA entry aku terbaik untuk menang, siap rendam camera d60 aku dalam air lagi nak menang. Siap gunakan 5 hari untuk hasilkan entry macam tu untuk menang. Tapi aku terima result yang dieorang dengan hati terbuka. Takde rezeki dan entry pemenang lagi hebat. DONT FIND THE PROBLEM, FIND THE SOLUTION. Kalau dah kalah, buat kalah dan lain kali datang dengan idea yang lagi BOOM. Kan senang, kreativiti kita pun akan bertambah kalau take thing positively


Pasal Nuffnang


Sebab aku ni bukan orang dalam nuffnang, tapi pendapat aku yang gunakan perkhidmatan dieorang dan dah terima duit agak banyak dari mereka, aku rasa perkhidmatan mereka masih reliable. Ada masalah, aku email dan mereka akan reply. Duit pun sentiasa masuk je dalam akaun, so NO PROBLEM with nuffnang. Cuma dah sampai tahap untuk lebih professional, ada beberapa cadangan untuk nuffnang

  1. Pokok takkan bergoyang kalau takde angin. Take this as serius matter and fix it. Kalau ada orang kata kita racist, walaupun seorang, tengok balik adakah cara kita betul dalam kendalikan sesuatu event atau contest. Biasalah, everyone make a mistake maa
  2. Professional - Contest yang besar ini perlukan lebih banyak rules and regulation. Walaupun aku rasa hadiah camera tu tak seberapa, tapi dengan beratus orang yang join, itu memang satu contest yang besar. Pastikan rules sangat jelas sampaikan bila orang tanya kita, kita hanya cakap, sila rujuk rules and regulation. Barulah entry originality ini tidak wujud. Lagi satu, contest flymas.mobi ni bila keluar dia punya result? dah berjanggut aku tunggu :(
  3. More 'malaysian' event - Nuffnang boleh pergi jauh. Serius! Sebab kita Malaysia, tak semua suka berparti, tak semua suka bergelak ketawa.jadi, adakan event yang lebih 'sesuai' untuk blogger jenis ini. hey, mereka pun sebahagian dari company apa. just appreciate them


Ok, itu hanya cadangan semata-mata. Nak tak nak adakan, terpulanglah. Ni pulak ada beberapa perkara untuk blogger-blogger yang kat sana tu yang penuh dengan hasad dengki

  1. Tak menang apa2, cool aje.
  2. Kaki bodek, kaki gosok janggut, kaki gosok bulu ketiak? LOL. yang hang nak bangkit isu ni apahal? jeles ke? ekeke. Aku bagi contoh mudah, contoh blog ni jadi popular (wah wah) dan 10 000 orang sehari datang baca. Ada orang buat entry khas untuk aku (penulis blog ni) dan aku letak link yang buat entry tu kat blog aku. Orang tu plak dapat banyak traffic. Ada orang jeles kata yang buat entry khas tu bodek aku. Aku tak anggap mereka bodek, tapi lebih kepada penghargaan dan aku bagi penghargaan balik. faham?
  3. Buat duit - nak harap duit dari internet dengan nuffnang sara hidup, lupakan aja. Memang takkan dapat. Just for fun ok. Bila dah fun, timbul benda benda macam ni, dah tak fun la


Oklah, itu hanya pendapat aku semata-mata. Mana yang baik tu, ambil. Mana yang salah kat mana mana tu, atau terkasar bahasa, mintak maaf dulu. Tak berniat pun nak sakitkan hati mana-mana orang. Cuma tak berapa suka kalau isu perkauman ni diwujudkan. Kembali kepada ajaran agama kita dan tengok balik formula senang berdasarkan ayat alquran tu


pss : kerja kerja kerja.

Suka duka Contest - Nuffnang vs Blogger

Salam,

Baru perasan yang agak banyak aku ikuti contest orang. Maklumlah, bila dah banyak masa terluang di internet, baik kita masuk contest. Ye tak? Sambil berpeluang menangi banyak hadiah, boleh juga kita rapatkan hubungan antara penganjur dengan diri kita. Jadi kali ni, entry ringan-ringan pasal contest yang aku masuki untuk sebulan dua sebelum ini


Contest Nuffnang - Camera TX5


Memang aku ambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entry Camera TX5 ini, maklumlah harapan nak menang adalah tinggi. Dah cuba pelbagai cara supaya entry itu menarik dan setelah 5 hari, maka entry camera TX5 ini terhasil.




Malangnya, pagi tadi dapat email, nama tidak tercalon untuk memenangi camara itu. Tengok entry yang menang, memang semuanya hebat-hebat. Walaupun semuanya chinese, orang cakap racist ke apa jadahnya, tapi memang entry yang menang tu memang dieorng best. berbaloilah dieorang menang. Apa-apa pun, contest nuffnang ini bukan yang terakhir aku akan join, banyak lagi aku akan join nanti supaya dapat juga merasai kemanisan menang contest besar. hehe. Tahniah pada semua pemenang!



Contest Blogger - Hadiah besday


Tak sangka contest dari bro GTO aku dapat no 1. Hoho, agak terkejut sebab entry yang suka-suka aku join ini semata-mata untuk berkenalan dengan lebih dengan bro GTO dapat no 1. Terima kasih juga kepada cik lin, liez dan adziim yang tulis entry sama untuk bagi aku menang lagi extra hadiah dari bro GTO. memang best gitu!



Tak sempat lagi nak email ke apa kepada dia, cuma cara bro GTO bagi hadiah ni memang agak stylo sebab melalui point. Wah wah, nak kumpul point banyak-banyaklah, dah banyak, baru boleh redeem dengan dia. Tahniah pada bro GTO sebab adakan contest yang menarik ini, semoga hubungan di medan maya ini terus berkekalan ya



Kenapa kena contest?


Satu medium yang sangat praktikal untuk membina traffic adalah adakan contest. Setakat ini sudah 4 kali aku adakan contest dan memang bila umum sahaja contest, traffic akan meningkat. Tapi sekarang ni, aku jumpa sesuatu yang lebih jauh bernilai dari traffic bila buat contest, iaitu kepuasan! Kepuasan berkongsi kegembiraan dengan orang yang join contest kita.


Nak tahu apa itu kepuasan?


kenalah buat contest sendiri, baru boleh nikmatinya. Kan kan?


pss : Jumpa pelbagai ragam manusia hari ini, esok terus bekerja lagi!

Rabu, 28 Julai 2010

Just do it and u will get duit

Just do it and you will get duit

Tempoh hari di Bali, ada seorang ‘ibu’ yang berkongsi kejayaan dalam kehidupannya. Seorang yang selalu gagal dalam hidup akhirnya berjumpa dengan satu jalan keluar dari segala masalah yang dihadapinya. Terharu dengan jalan cerita dia yang mahu meminjam duit dengan ahli keluarganya tetapi dicemuh dan dihina oleh ahli keluarganya sendiri.


Bertukar lawak


Ada dia ceritakan bagaimana dia bercakap dengan batu di tepi jalan rumah ahli keluarganya itu dan perbualan itu menjadi seseuatu yang melawakkan.


‘batu batu, kesiankan kat aku kan ya batu’

‘mahu pinjam wang sebab wangnya tiada’

‘anak mahu kahwin aku tiada duit untuk adakan kenduri’

‘harapkan keluarga, keluarga hina cemuh aku’

‘aku janji dengan engkau batu’

‘suatu hari nanti aku akan kembali dengan menjadi yang kaya’

‘aku tidak akan dihina lagi untuk sekian kalinya dalam hidup aku!’




Saat dia berdiri di pentas itu memang sudah diketahui yang dia sememangnya seorang yang sudah berjaya. Walaupun mengambil masa yang begitu lama, iaitu 11 tahun untuk berjaya, tetapi kejayaannya itu sangat berbaloi. Nah, janjinya pada batu yang lawak itu sudah menjadi realiti yang pasti


Just do it, u will get duit

Pepatah yang dia keluarkan ini memang sangat menarik. Ramai yang takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Ok, kita ubah persepsi kepada duit. Dunia yang perlukan duit untuk menjadi salah satu entiti di dalamnya ini. Bercakap pasal duit, ramai yang berasa ragu-ragu dengan apa yang dia cuba lakukan. Terutama bagi yang berbisnes, tak kira apa soal bisnesnya, memang sangat takut untuk memulakannya


Mungkin pepatah ini boleh menjadikan kayu lonjak untuk sesiapa sahaja berjaya dalam bisnes yang diceburi. Just do it, u will get duit! Lakukan sesuatu tanpa berkira ini jarang bangsa melayu suka lakukan. Apa yang bangsa kita ni suka adalah, wait, u get duit and i will follow. heh, jangan jadi macam golongan ini sudah

just do it
u will get duit
=)

pss : aku kat mydin kubang kerian sehari suntuk hari ni. terjumpa jangan lupa tegur2 =)

Transnasional SUCKS!!

Dulu bas memang satu pengangkutan awam yang sangat reliable. Bila nak balik raya, mesti anak muda di kota akan berpusu menuju ke stesen bas untuk membeli tiket bas. Masa aku belajar dulu, memang sempat mengalami peristiwa rebut merebut bas ni. Memang sesuatu yang indah!


Ulang alik


Sekarang ni memang selalu berulang alik ke putrajaya dari kelantan dengan menggunakan bas. Kalau sebulan sekali naik kapal terbang tu oklah, tapi ni kalau sebulan 3 4 kali, memang sengkek den oi. Sebab tu bas menjadi pilihan orang macam aku ni.


Perubahan


Mungkin terlalu kerap menggunakan perkhidmatan bas ni, aku rasakan taraf perkhidmatan bas tidak seperti dulu. TAK ON TIME! Dah 3 kali aku kena dan kali ini kali ke 4 aku kena, bas lewat sejam! Tak paham, kenapa letak pukul 8.30 sedangkan bas baru datang pada hampir pukul 9.30. Memang dah janji melayu?



Sebut janji melayu ni, aku tak suka gunakan istilah ni. Ya lah, istilah yang belum di kamus dewankan ini memang sungguh sinonim pengguaannya dengan janji orang kita. Sebab macam pukul diri sendiri, penggunaan janji melayu ini hanya merendahkan martabat bangsa kita sahaja


Ok, berbalik pada kisah bas semalam, aku gunakan perkhidmatan transnasional disebabkan 3 bas sebelum ini memang out. Ingatkan transnasional ni ok, tapi lagi teruk! Yang aku pelik, takde tindakan pun diambil oleh mana-mana pihak yang berwajib untuk memastikan perkhidmatan ini 1st class. Alah, 2nd class pun ok kalau susah mahu 1st class, ni perkhidatan macam ni, dah jadi 100th class dah!


Dont find the problem, find the solution


Benda ni aku belajar kat Bali tempoh hari, jadi kena praktikkan. Esok tulis surat kepada pihak dieorang dan aku harap sangat sedikit sebanyak aku tak jadi macam orang kebanyakan, asyik mengeluh tapi tak berbuat apa-apa. Kesan menulis surat ni memang sangat berguna di UK (review PM UK yang baru) dan harapnya tindakan bolehlah diambil oleh mana-mana pihak



Satu lagi solution, naik kapal terbang! Tapi kena kerja kuat sikitlah sebab nak tampung kosnya bukan senang kan. Takpe, jangan fikir masalah, fikir penyelesaiannya. Balik ni, kerja lebih sikit!


tapi flight pon selalu delay kan?

sighhhh :(


pss : 1st class facilities but 3rd class mentalities. aku rasa facilities pon dah jadi 3rd class dah sekarang!

Selasa, 27 Julai 2010

Bali Pre-Post Entry

Salam,

Gambar dah ada, cuma masa tidak mengizinkan untuk update sepenuhnya cerita di Bali. Tapi semalam dalam flight selama 3 jam, sempat buat satu video pasal Bali ni. Entry babi guling dan masaj masaj ni ramai pulak yang suka. Layan dulu video ni dan kita nantikan full updatenya nanti. Malam ni balik ke kelantan, jadi, bolehlah update sepuas-puasnya. eherm, next vacation Macau, siapa nak join?

=)





pss : esok dah masuk 'kerja', bersemangat!

Its easy to not to do

2 orang kawan, ali dan abu dalam suatu suasana kampus biasa di Malaysia. Mereka berdua merupakan teman sebilik. Belajar sama-sama untuk mencapai segulung ijazah. Disebabkan Ali merupakan seorang pelajar yang aktif, dia selalu melibatkan diri dalam segala kegiatan aktiviti di universiti. Berbanding dengan Abu yang lagi senang berada di dalam bilik menghabiskan sisa bujangnya


Ali bergiat aktif dalam sukan bowling disamping menjadi pelakon utama untuk kelab teater. Terpilih menjadi MPP universiti disebabkan komitmennya pada universiti. Ketika di tanya, adakah susah untuk menyeimbangkan aktiviti sukan dan pelbagai aktiviti lain lagi di universiti ketika masih belajar, dia hanya menjawab


‘its easy’



Akhirnya setelah menamatkan zaman universiti dengan cemerlang, dengan keputusan peperiksaan akhirnya tersenarai di senarai dekan, dia diterima bekerja di satu syarikat yang besar di Malaysia.


Berbalik pada kisah Abu, dia bukanlah tidak pandai, pandai orangnya. Cuma dia lagi senang untuk berada sendirian dan tidak mahu bercampur dengan orang lain. Katanya lebih baik bersendirian mencari ilmu dan belajar untuk peperiksaan. Di tahun terakhir, ada pelajar senior lain yang terserempak dengannya mengatakan dia adalah pelajar baru! Apa apa pun, dia tidak kisah dan belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya dia dia menamatkan pelajarannya dengan keputusan yang cemerlang juga


10 tahun kemudian, ketika Ali dan Abu berbual kosong, mereka mengimbas kembali peristiwa zaman muda mereka di universiti


Ali : Ko kerja kat mana sekarang?
Abu : kat petronas, ko? dengar kata cepat naik pangkat

Ali : kat exon je. rezeki orang katakan
Abu : hehe, tak macam aku, low profail je

Ali : Ko dari dulu kat U lagi low profail, tak suka campur dengan orang. Takkan sekarang pun sama
Abu : hehe, macam tu lah aku

Ali : dulu masa kat U, aku rasa senang je semua aku buat kerja kat U tu. Bowling, lakonan, MPP lagi, semua easy je beb
Abu : tu lah beza ko dengan aku, its easy to do not to do

Ali : Maksud?
Abu : lagi senang buat adalah tak buat benda yang ko buat tu

Ali : Tapi ko tahu kan risiko dia?
Abu : takpe, biarlah aku dengan hidup aku



Cerita atas ni rekaan semata-mata. Hari ni aku belajar sesuatu yang bermakna untuk dikongsi, iaitu pasal tajuk yang kat atas ni. Menarik kan? memang sesuatu yang sangat menarik untuk kita memotivasikan diri kita supaya beza dengan orang lain. Orang berjaya lakukan sesuatu yang luar biasa, kita memilih untuk berada di zon selesa dan memilih untuk tidak melakukannya


Hasilnya


Kitalah yang dapat!


pss : dah ada kat Malaysia, esok uruskan apa yang patut. Sekarang pun update pakai lcct punya wifi, hebat tak? ekeke

Jumaat, 23 Julai 2010

Babi Guling

Salam,

Wah wah wah, kali ni i online pakai mac i ok. Terjumpa free wifi kat sini. Urmm, takdelah free sebenarnya, kat bar. iye kat bar. tengah bunyi macam macam ni kat depan belakang, i sibuk duk menaip entry. Memang kagumlah dengan diri sendiri dengan begitu komitednya i pada blog i ni. hihihik


Camera Phone


Oklah, i ada beberapa keping gambar ni nak upload, tapi sayang sebab semua gambar di Iphone je, yang banyak ada kat camera dan tak plan pulak nak bawak camera upload gambar. Nanti i dah balik i upload ok. So kali ni nak citelah sikit-sikit perjalan hari ni. Takdelah sepenat semalam tapi lebih best kot dari semalam. Hikhikhik


Start menaip entry


Pagi tadi ke pusat buat emas. ermm, entahlah kenapa di bawa ke sana sebab memang tak plan nak beli emas ke apa lah. Cuma sempat la i tolong kawan i tawar satu rantai sampai dapat harga terbaik punya. harga asal 217 usd, tapi i tawar2 sampai guna 'kita serumpun' 'nak bagi kat cowok' ape ke benda lagi merepek lah, akhirnya dapat 62 USD je. Hehe, hebat juga i ni


Lepas tu ke tempat buat batik. Wah, kagum sebab yang mambuatnya pakai tangan dan mesin old school. Wohohoho, ada gambar kat bawah. Memang kagumnya bukan apa, sebabnya dieorang punya skill memang sangat hebat. i kagum la u!






Petangnya daftarlah untuk herbalife punya event di NUSA 2. Besar tempatnya dan struktur bangunan memang cantik. Banyak gambar kat camera, nantilah i upload ok. Apa yang i sakit hati dan panas punggung, si amalina dah naik GET u. haiiishh, die dahla perempuan, muda dari i pulak tu, tapi dah GET! Takpe, nanti i balik i buat betul2 naik GET jugak. hehe


Balik ke hotel lepas tu. Touch down je kat kat hotel, terus ke laut. Ok, laut dengan tempat hotel i tu dalam 2 3 minit jalan kaki je, memang dekat! Plan petang tu nak main volleyball. tapi sebab ada kawan sorag sewa papan surfing, i pun try la jugak. Wah wah, surfing ok petang tadi. ekekeke

ini bukan i ok, hihi


Orang kata, 1st time surfing ni memang selalu jatuhlah. ermmm, i ni pro macam mana pun, memang jatuh tersungkur gitu. hoho, memang agak malu, tapi tengok semua memang jatuh je, kureng la skit malunya. oklah kan, balik nanti kite buat gathering surfing. ekkk? boleh? hihihik


Malamnya, i kat sinilah, depan mac tengah type entry sambil menikmati hidangan bawah ni


nasi ayam kapalapa bali (pelik semacam je bunyi)



Ok, sebut pasal tajuk ni, geli lah pulak. Dah la nak makan ni. Cuma ada cite best dengan mas driver taxi. Tanya die, die makan apa tengahari tadi, dia cakap, babi guling. EEEEIIIIWWWW. memang kalau u datang sini kan, babi guling ni bersepah sepah. ada di mana mana sahaja. ermm, nak i tangkap gambar ke buat satu contoh? takyah la ye, geli pulak! I bgtau die tadi, makan babi ni bahaya, dia cakap, sejak kecik lagi makan, susah nak buang tabiat ni kalau sejak kecik lagi dah makan


tau i dapat apa dari dia?


Jangan buat perkara tak snonoh walaupun u semua masih kecil, nanti susah nak buang tabiat tu!


Oklah, i nak makan dulu, esok i story lagi, tapi esok tak best sangatlah storynya sebab dah start conference dah esok. jumpa lagi esok. Errm, ada orang suruh sambung pasal cite masaj tu, xnak lah =)


pss : gaya gedik mood gedik

Khamis, 22 Julai 2010

BALI dan BALA

Salam!


WAHAAAA! dah 2 hari tak online dah macam kemaruk tersangat dah. Sangat susah mahu online sebabnya ketiadaan wifi atau mana2 cyber cafe yang dekat dengan hotel. Memang susah nak cari yang wifi, nak curi starbuck punya pun dieorg xde wifi! Boleh macam tu?


hehe, membebel!


Kalau online semata-mata nak membebel, baik takyah update kan? Ok, mahu cerita sedikit pengalaman 2 hari dah berada di Bali ni. Sangat best! (kecuali internet takde) Sebab hotel yang aku tinggal ni berdekatan dengan pantai juta (??? xtahu ejaan die) dan pantai ni memang 24 jam hidup suasananya! Pagi, petang, sampai ke malam. 24 jam penuh dengan manusia yang pelbagai warna kulit dan sememangnya kebanyakan adalah warna putih (baca mat saleh)


Pagi tadi sampailah ke petang pergi ke 4 buah tempat menarik. Orang kata femes dengan pelancongan, namanya, haiiish, tak ingat. Nantilah balik rumah bila dah boleh update secara senang, siap boleh upload gambar, ku cite dengan sepuasnya ok? Banyak gambar yang menarik ni!

Gambar google : tanat lot?



Bali dan Bala


Satu perkara di bali ni, memang 75% adalah hindu. Kalau cakap hindu, faham-faham je lah macam mana rupa bentuknya. Memang banyak sungguh makam2 dan juga patung2 dewa mereka ni di serata tempat. Dalam pasaraya pun boleh ada kot! Tapi bala yang aku nak ceritakan ni, bukan berkaitan dengan patung patung ni, tapi kebanjiran rumah urut disini

=)

amoi : mbak mahu masaj?
aku : ermmm


amoi : ambik ini brosure, tengok tengok dulu
aku : ermmm


amoi : masaj satu body ada, belakang ada, depan ada, kaki ada, tengah pun ada
aku : erkk


amoi : ada yang cantik cantik gitu masaj, mahu ndak?
aku : erkkk


masaj = urut2


Ok, tak boleh nak cerita lebih. Nantikan full version bila balik nanti. erkk, boleh? ekeke. Esok masih lagi akan berjalan jalan, entah kemana pun tak tahu. lusa baru program start. Harap-harap disana nanti adalah wifi, baru boleh update blog. Fikir bali dengan kota bharu, jauh best kota bharu =)

Selasa, 20 Julai 2010

hadiah diri sendiri yang terbaik (2)

Versi (1) ada disini


Esok flight awal lagi ke Bali, Pukul 9.45 pagi dan pada pukul 7.45 dah kena kumpul di airport dah. Esok aku akan ke Bali dan entah sempat ke tidak nak update kat sana. Seumur hidup aku, tak pernah terfikir nak ke Bali dalam usia semuda ni, setelah ke taiwan, korea, bangkok tahun lepas, kali ini akan ke BALI pula!







Ini adalah salah satu faktor kenapa aku suka buat bisnes herbalife. The way Herbalife teaches me to reward myself. Semalam aku pergi ke UiTM dan ke Pulai Chondong untuk jalankan bisnes ni, memang penat tapi fikir lusa (esok) aku akan bercuti ke BALI, terus kepenatan itu berbaloi. This is Business!


Kita buat kerja kuat
dan kita reward diri kita dengan setimpalnya
=)



Doakan perjalanan selamat. Contest yang ni baru seorang yang join, nampaknya dia jelah menang tanpa bertanding nanti hadiah dari Bali nanti. hehe. Jom Jom sertainya!



psss : bermain bowling untuk berlatih Perlawanan bowling GengBlogger nanti

Cara terbaru mengatasi sindiket minta derma

Semalam telah menaiki bas ke Putrajaya. Dah selamat sampai. Sekang berada di kedai mamak presint 9 (port biasa). Entry pagi ni berkenaan dengan satu skill yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja jika mengalami perkara sama seperti aku ni. Best dan sangat praktikal!


Minta derma


Sedang aku menikmati panorama malam menunggu bas untuk bergerak, datang seorang budak yang memberi sehelai kertas yang terkandung ayat qursi. Lepas tu dia berlalu dan terus ke belakang dan lakukan perkara yang sama. Hish, ni nak derma la ni!


Terdengar perbualan di belakang antara seorang lelaki dengan budak tu


lelaki : ape ni?
Budak : Mintak derma bang

lelaki : takde duit kecik
budak : singgit je

lelaki : xde xde
budak : singgit je

lelaki : nanti duit ni bagi kat sape nanti?
Budak : saye la, takde duit nak makan

lelaki : Tipu, baik cakap betul2
budak : Betul la, saya nak beli makanan

lelaki : Ni ayat qursi ni, kertas ni sape bagi? (suara agak keras)
budak : Kedekut!

Lelaki : Budak ni!



Memang kurang ajar budak ni. Kalau aku yang dikata kedekut dengan suara yang agak tinggi, memang boleh timbulkan kemarahan. Nasib baik brader tu tak naik angin. Dia terus bergerak ke depan dan menuju ke tempat duduk aku.


Budak : Nak duit bang, derma


Malas nak cakap banyak, nak bagi, malas nak keluar dompet. Nak cakap takde duit macam brader belakang tu, nanti di cakap kedekut. Jatuhlah saham aku kan? Timbul satu idea nakal. Sebab tangan aku tengah pegang iphone sebab main game, aku terus acukan iphone aku kepada dia


Aku : Meh nak amek gambar bagi kat polis


tak sempat apa-apa, budak tu terus berlari keluar. Haha, kesian pulak tengok. Jadi, gunalah skill ini kat budak-budak yang nak mintak derma, kalau dieorng tak lari tu, mesti betul la perlukan duit, kalau lari, selamatlah duit anda.


Pantas budak tu berlari


pss : enjoy betul-betul hari ni, esok ke BALI!

Isnin, 19 Julai 2010

Selamat Bergraduasi Senioritaku

Salam,

Hari ini hari yang dinantikan kepada semua senior-senior di sheffield. 4 tahun, 5 tahun di sheffield, hari ini mereka tamat bergraduasi! Tahniah dan Selamat pulang ke tanah air untuk menyumbang segala 4 kerat tulang membangunkan bangsa dan negara (ayat tak bleh blah betul =) )



Dicilok dari facebook pisang



Encik Ruzaini

Terima kasih kerana mengajar saya banyak benda kat sheffield terutama cara memasak kari untuk dimakan bersama paratha. SELAMAT BERGRADUASI




Encik Kodiang

Terima kasih kerana mengajar saya cara bermain tennis walaupun teruk betul kena hentam kali pertama bermain bersama. SELAMAT BERGRADUASI



Encik K A

Terima kasih kerana banyak menyumbang ilmu dalam agama dan tidak lokek untuk memberi pandangan mengenai dunia yang penuh pancaroba ini. SELAMAT BERGRADUASI



Encik Shahril

Terima kasih sudi pinjamkan rumah dan tv untuk menonton perlawanan bola sepak walaupun bunyi bising gempita di rumah saudara. SELAMAT BERGRADUASI



Encik Mat Yen

Terima kasih kerana sudi mengajar gaya hero ala ala korea, rambut dan pakaian walaupun saya tidak mengikutnya sebab malu dengan rakyat Sheffield di sana. SELAMAT BERGRADUASI



Dan kesemua encik encik lain yang tidak disebut, Terima kasih dan selamat bergraduasi


Kepada Puan Puan besar Sheffield yang begitu banyak sehingga tak dapat sebut satu persatu, selamat bergraduasi juga dari joegrimjow tersayang (lalala)


SELAMAT BERGRADUASI SEMUA!

Ahad, 18 Julai 2010

Tips kesihatan bersama Joegrimjow (2)

Salam,

Hai hai hai,
ke bendang menanam padi huma,
apa khabar anda semua?


Hikhik. Berjumpa kita lagi dalam rancangan tips kesihatan bersama joegrimjow. Start program kita hari ni dengan pantun ya, ada yang mahu balas ke? Balas balas, nanti saya jawab. Ok, pada episod lepas, saya ada ceritakan overview mengenai kesihatan secara menyeluruh. Kali ini kita akan mulakan topik yang agak penting iaitu 'Kunci mendapat kesihatan unggul'



Kunci mendapat kesihatan unggul


Mana-mana program diet, tak kira apa jenisnya, sedut lemak ke, mandi sauna ke, minum jus ke, nak taknak mesti ada 3 benda penting ni. Apakah benda penting ni ya tuan tuan dan puan puan? Rasanya dah ramai yang tahu, tapi biasalah, melayu mudah lupa, selalu alpa beta teta. Hik hik hik. Jadi saya akan kongsikan 3 kunci penting ini. Saya namakan formula ini sebagai 'SAD'

  1. Senaman selalu
  2. minum banyak Air
  3. Diet seimbang

Bila anda tengah sad dengan diri sendiri, masalah berat badan yang berlebihan, lemak gendut gendut, muka nampak tua berkedut kerepot, pastikan ingat formula SAD ini. Bila anda sad, ingatlah formula S.A.D =)


ok, anda pilih untuk topik mana untuk dibincangkan? Ermm, diet? Exercise? Atau air?


Ohooo, ramai yang sebut Senaman dulu ya? Ok ok, sebab ramai yang suka bersenam ni, saya akan ceritakan pasal Senaman dengan terperinci. Segmen seterusnya saya akan ceritakan pula 2 lagi. Ok? Ok laaa, senyum sikit, ahaksss



Senaman Selalu

Saya rasa ramai yang tahu senaman ni mampu menambah pembakaran kalori dalam badan. Kan kan? Jadi kali ni saya akan ceritakan beberapa perkara yang jarang disebut dan jarang orang kebiasaan tahu. Saya orang luar biasa ke? Ekeke, sikit-sikit la ada ilmu, jadi kita kongsi-kongsi ya


1) Mencari keseronokan

berseonok ketika bersenam, senyum2


Penting untuk kita bersenam sambil kita suka melakukannya. Ada orang yang bersenam sebab 'terpaksa' dan percayalah cakap saya tuan2 dan puan2, takkan lama anda bersenam dengan keterpaksaan ni. Jadi, langkah pertama untuk bersenam ini adalah mencari keseronokan dalam bersenam. Ada beberapa tips ok

  • Pilih cara yang paling sesuai, jika suka outdoor, lakukan outdoor dan jika suka gym, lakukan gym
  • Bersenam dengan pasangan lagi seronok, berdua, bertiga, atau berkumpulan. Takkan bosan!


2) Set Goal

Goal anda apa?


Apa-apa perancangan pun, kita kena ada goal! Penting goal ni dan sudah dibuktikan dapat mengawal minda separa sedar. Olololoo, nak bincang pasal minda separa sedar ni panjang berjela pulak, jadi anggap je set goal ni sangat penting ok. Ada tips dari joegrimjow untuk anda

  • tulis Goal anda di atas kertas dan tampal (cliché kan?)
  • set untuk bersenam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, 30 minit setiap kali
  • muhasabah goal anda ni setiap minggu



3) Curi masa untuk bersenam


naik tangga pun bererti lakukan senaman juga


Ramai yang mahu bersenam tapi gunakan alasan takde masa. Hehe, normal normal, ini perkara normal. Kalau orang banyak masa nak bersenam ni, pasti rakyat negara kita takde yang 50% adalah overweight. WOW, 50 %? tengok je la kat pasaraya, masa nak jalan-jalan, jumpa sorang body ok, sorang lagi... erk xbape ok. Kan kan? Hehe. Ok, sini saya akan cuba bantu anda dengan beberapa tips untuk curi masa supaya membolehkan sentiasa bersenam

  • Parking kereta jauh dari tempat yang mahu dituju
  • Guna tangga, jangan guna lif. Kalau kerja di tingkat 87, berhenti di tingkat 80 dan lagi 7 naik tangga. Ok?
  • Nak bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain (dalam satu tempat atau bangunan) pastikan ambil jalan yang paling jauh. Jalan kaki pun bersenam juga



Kenapa pentingnya bersenam selalu?

2 benda yang penting membentuk lapisan di bawah kulit kita adalah fat (lemak) dan muscle (otot) Siapa pun manusia kat dunia ni, ada 2 benda ni ya tuan2 dan puan2. Cuma yang beza adalah kuantiti atau nisbah fat dan muscle dalam seseorang. Ada orang yang muscle lebih, lemak kurang. Tak lupa kebanyakan masyarakat kita terlebih lemak melimpah ruah, muscle ada ciput je. Jadi, kepentingan bersenam secara kerap ini adalah untuk menukar fat kepada muscle

  • setiap kg body mass bakar 31 calories setiap hari
  • setiap kg fat tissue hanya bakar 4.5 calories setiap hari

Tengok, betapa bestnya kalau kita ada muscle ni kan? Jadi, bersenamlah selalu untuk mendapat muscle yang unggul. Mahu jalan pintas dapat muscle, tunggu tips seterusnya. Hohoho. Jumpa lagi di tips seterusnya


pss : bermanfaat? jangan lupa share =)

Pengalaman membuat susu kepada anak sedara!

Keheningan pagi yang membuat sumsum tulangku bergetaran berlanggar seperti electron carbon yang berada di petala ke 2. Mahu berselimut! Tiba-tiba ada suatu suara yang mengejutkan memanggil aku untuk melakukan sesuatu


'Joe, buat susu ko afik!'


Arghhh, ganggu tidurku sahaja, getus hati muda remaja yang mahu sambung lagi tidur. Menyedari tanggungjawab bapa saudara yang begitu disayangi oleh anak sedaranya, aku terus menguatkan empat kerat tulang membancuh susu. Kejap saja kot!



Bancuh susu?


Kejap, aku tak pernah lagi untuk membancuh susu kepada budak ni, errmm, macam mana ya? Malas pulak nak google disebabkan malas nak on MBP ni. Ok, macam bancuh milo je la kot. Perumpamaan membancuh susu budak sama seperti membancuh milo adalah terima logik akal, sama je la kan?


Ambil botol susu
Tuang air kedalam botol itu
Mengambil sedikit susu debu dengan sudu yang ada
Tuang susu debu itu kedalam botol
Kocak kocak kocak


ermm, bukannya susah! Lantas aku cuba sedikit rasa. tak sedap! mesti anak sedaraku akan cakap susu ini tidak sedap. aku pun tak tahu, adakah ada resepi rahsia? oooooo, GULA! terlupa untuk taruk gula. Jadi terus buka balik botol, dan ambil sedikit gula dan tuang kedalamnya. kocak kocak kocak. SIAP!


Anak sedara aku yang rasa cakap, anihhh... anihhh.... erk?


Lantas ditanya adakah aku taruk gula dalam susu? aku jawab.... x x. Nasib baik sebabnya susu budak mana taruk gula. Pelik kenapa boleh jadi manis. Peluh mula timbul di keningku


Hati aku mula gelisah, adakah aku patut memberitahu perkara sebenar ataupun berdiam diri untuk menutup keaiban?

GengBlogger Bowling

Salam,


Terlalu sibuk sampaikan sekarang baru ada masa nak cakap pasal ni. Tadi baru bagi post moterm untuk gathering lepas kat kong dan juga draft untuk next gathering. Tahu dia pun sibuk tapi harap ada reaksi la ye kong. Ok, pasal gathering kali ni perancangannya akan dibuat 7 atau 8 August iaitu minggu terakhir sebelum puasa. Malas nak ganggu musim puasa sebab nanti masa bulan puasa pun akan dibuat gathering juga untuk bukak pose besar-besaran!


Kejayaan GengBlogger Gathering


Terima kasih yang memberi feedback mengenai gathering lepas nak ku memang ambil kesemuanya sebagai serius dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Kejayaan yang siap masuk paper lagi tempoh hari dibantu oleh ajk ajk yang mantap mantoya semuanya. Jadi, untuk gathering kali ini, ku mahu membuka lagi kepada sesiapa yang mahu jadi ajk untuk email nama di joegrimjow@gmail.com. AJK ni tak finalise lagi dan yang bagi nama ku akan contact secara personal untuk diadakan meeting




Ini draft sempat ku tulis2


Nama : GengBlogger Bowling Time
Tarikh : 7 atau 8 August 2010
Tempat : Times Square
Masa : 10 am hingga 3 pm
Tentatif :
10.00-11.00 pm : Pendaftaran Blogger
11.00-1.00 pm : 'Bowling Time!!'
1.00-2.00 pm : Rehat, solat
2.00-4.00 pm : Upacara penutup + Makan + Pertukaran Hadiah + Penyampaian hadiah


Bowling time
1) Berbentuk pertandingan
2) Setiap blogger akan dipecahkan kepada kumpulan kecil (4 Orang satu kumpulan) yang mana pemilihan ini adalah secara rawak. Pihak penganjur akan memastikan tiada blogger yang kenal antara satu sama lain berada dalam satu kumpulan yang sama
3) Hadiah untuk Best Man, Best Woman, Best cheerful team, Best scoring team, akan disediakan


Yang ni memang gila-gila punya draft, nanti untuk next meeting kita lawakannya balik ya. Nak buat sesi pertukara hadiah ke, nak makan kat mana dan bagaimana dan menu apa, nak jemput siapa yang datang, nak panggil surat khabar apa lagi, semua kita bincang dalam meeting. Sesiapa yang mahu jadi ajk, sekali lagi email nama dan url blog ke joegrimjow@gmail.com


pss : off to kb mall berlatih bowling. ekeke. teringat main bowling kat sheffield dulu =)

Sabtu, 17 Julai 2010

Fuhh : Artis lelaki berbogel

Tadi ambil kesempatan berehat sambil menonton tv. Setelah seharian hari ni penat di Kota Bharu dengan program WLC Kelantannya, KOG yang begitu ramai yang hadirnya, pergi test drive honda extreme baru, balik rumah memang sangat penat. Sambil layan perasaan, sambil tontoh televisyen


Entah macam-macam rancangan televisyen dah ada sekarang ni, sebab itu aku sangat jarang habiskan masa dengan tv, berbanding di depan laptop, lebih suka begini. Sekurang-kurangnya kita boleh pilih bacaan atau video apa yang kita mahu tonton. Pukul 6.30 tadi, ada satu rancangan ala-ala melodi iaitu Fuhh


Kalau cerita bab artis ni, apa-apa media pun termasuk blog, pasti ramai yang akan baca. Tak percaya, tengok siapa yang tengah membaca entry ni, hehe. Ok, banyak jugak gosip-gosip baru dan entah bagaimana aku terjebak dengan gosip artis malaysia ni pun aku tak tahu. Mungkin malas nak cari remote astro kot. Malas nak 'alih' rancangan lain


Artis lelaki berbogel


Aigo, ingatkan perempuan je yang suka bogel-bogel ni, lelaki pun suka jugak? Haishh, ni antara rangkuman komen (rajin pulak aku buat rangkuman) tentang artis yang berbogel tu. Yang komen adalah wartawan dan seniman???

  • Diaorang nak berbogel tu terpulang pada mereka
  • Bogel pun hasil seni, tapi janganlah keterlaluan sangat
  • Pelakon kena ikut skrip dan kadang-kadang tiada pilihan
  • Kalau pengarah anggap dengan berbogel dapat meraih minat ramai, nampaknya pengarah itu masih rendah mentalitinya

Diambil dari sini



Komen anda bagaimana?

Bagi aku yang tak berapa nak ikut dengan cerita artis (pasal lisa surihani ikut jugakla sikit2, hihik) memang tidak terkejut dengan berita begini. Kalau dah nama dunia hiburan, takde bogel, takde bukak sana bukak sini, tak world la. Nak sangat follow orang bukan islam tu, nak bagi gempak katanya, macam macam boleh dibuat. Aku pun tak tahu mazhab mana yang mereka gunakan, tetapi selagi kita orang islam, mengucap 2 kalimah syahadah, sembahyang 5 kali sehari, ikutlah cara kita. Itu lagi baik. Kalau biri2 pun boleh pakai coatnya yang berbulu tu, takkan kita manusia nak berbogel tunjuk barang? ish2


cet, macam mereka nak dengar kan?


Oklah, dari aku terus membebel dalam blog ni, baik stop dulu. 20 hb ni nak pergi main bowling, nak berlatih untuk pertandingan bowling GengBlogger nanti. hehe. tunggu jelah pengumumannya ya bila pertandingan tu akan diadakan, jangan lupa berlatih. Kita panggil artis yang suka berbogel ni main sama, amacam? hehe

Mandi laut sambil mengintai anak dara di Pantai Bachok

Salam,


Petang semalam sempat untuk menghabiskan masa bersama dengan keluarga, akak aku, 2 orang puteranya dan kak moh ke pantai. Memang hajat untuk menenangkan hati dan minda di pantai, dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa, sudah pasti mampu mencetus satu evolusi penaipan entry yang magis!




Samudera laut yang dipandang dengan kornea anak mata





Naluri keibuan yang tidak menjanjikan kesenangan di hati anak





Makan yang tidak bernutrisi serta tinggi intipati lemaknya membawa kesihatan yang tidak seimbang




Membina impian dengan anak mampu mencetus keinginan anak untuk terus berjaya





Mata jika berfikiran lucah, negatiflah yang akan muncul di kotak fikiran





Hati si anak yang tidak tahu impak mehnah jika salah langkah kakinya




Entah apa caption yang aku gunakan pun tak tahu. ekeke. Oklah, itu sedikit sebanyak gambar yang aku tangkap tadi. Macam biasalah, memang gambar aku takde, akak aku tak pandai untuk ambil gambar guna camera aku ni. Takpe, menjiwai jiwa seorang fotographer =)


Pss : Jangan lupa temujanji kita hari ini orang KB!

Imam Muda : Masalah rumahtangga

Review minggu ke 8

1st time menonton Imam Muda secala live, maksudnya di tv. Baru pasang astro byond kat rumah dan bersemangat nak tengok secara live ni, maklumlah, kalau di youtube, ishh, sungguh lembap mahu tunggu loading. Disebabkan minggu ke6 dulu buat dan skip minggu ke7, kali ni takde video disebabkan terus update selepas habis cerita Imam Muda tadi


Ke Mahkamah Syariah


Untuk minggu ini, kesemua peserta IM ini berada di mahkamah syariah. erm, baru tahu yang bila berada di mahkamah, tak boleh memeluk badan. hehe, ilmu baru yang dapat. Ingatkan silang kaki je yang tak boleh, banyak lagi pantang larang yang ada di dalam mahkamah syariah dan rancangan kali ini jika ikuti, banyak ilmu yang dapat


Mendengar Masalah Rumahtangga


Menarik disebabkan peserta IM kali ini diberi tugasan untuk memberi nasihat kepada pasangan rumahtangga yang bermasalah. Macam2 masalah ada, suami kaki pukul, perempuan main lelaki lain dan macam2 lagilah. Ada peserta IM yang mampu memberi nasihat yang berguna dan mendapat pujian dari mudir


Kejutan!


Kali ini ada 2 peserta yang dikeluarkan! Sekarang hanya ada 4 peserta sahaja yang tinggal. Peserta yang keluar adalah IM Nuri dan IM Azhar. Urmm, takpe, skill keluar ramai2 macam nilah baru seronok skit. hehe. Apa2 pun, aku tak rasakan keluarnya mereka ni akan menutup terus peluang mereka untuk belajar, maklumlah ilmu agama ini begitu banyak yang sudut boleh menerima ilmunya


Yang masih meneruskan cabaran


Taufek




Aran




Hizbur



Asyraf


Gambar sumber sini


Siapakah yang akan dinobatkan juara? aku rasa..... hehe. sesiapa pun boleh =)

Jumaat, 16 Julai 2010

Belajar Merendah Diri

(Cubaan Mood Jumaat)


Kuncilah selipar anda seperti ini untuk mengelakkan kecurian


Saya didatangi oleh seorang hamba Allah hari ini untuk berbincang sesuatu mengenai perniagaan yang saya jalankan sekarang iaitu herbalife. Melalui telefon, dapat gambaran dari seorang kawan yang hamba Allah ini merupakan seorang berusia 53 tahun dan saya membiasakan diri dengan joe dan uncle zul. Perbualan telefon dengannya, dia lebih selesa dengan gelaran abang zul. Ok, abang zul pun jalan


Memang agak susah untuk mencari rumah saya ni, tetapi dengan pertolongan sedikit arahan, dia berjaya mencari rumah ini. Menaiki kereta Honda meluncur masuk ke rumah dan meletakkan keretanya di garaj yang tidak berpenghuni


'Assalamualaikum'

'Waalaikumussalam, abang zul ya?'


'ya saya, joe?'

'ya, jemput masuk'


Saya sangkakan abang zul ni adalah seorang yang pasti agak berlagak, maklumlah, sudah berusia dan memiliki kekayaan yang tersendiri, sudah pasti ego itu ada. Tetapi, memandang mukanya, riak mukanya jelas begitu riang dan senang untuk di ajak berbual. Di dalam rumah, aku menyuruhnya duduk dan dipasangkan kipas untuk menyejukkan ruang tamu yang berhawa panas ini


'dah lama makan herbalife ni abang zul?'

'baru je joe, 4 hari lepas'


'ooh, baru sangat ni, dah bape kg turun?'

'ni yang best nak cite ni joe, baru 4 hari makan, dah 3 kg! berat dulu 106kg, timbang pagi tadi, semangat beli alat penimbang baru, dah 103 je'


'wow, tahniah!'

'time kasih. joe tak kisah kan abang zul cakap macam ni? abang zul bukan orang kelantan, isteri abang zul orang kelantan, abang zul orang kedah'


'ooh, takpe takpe, kita cakap biasa2 je la'

'ni joe, abang zul datang ni dengan hajat ni'


'hajat apa abang zul?'

'gini, background abang zul ni, abang zul merupakan perunding korporat, banyak abang zul dah uruskan syarikat2 baru dan juga syarikat2 yang hebat pasal korporat sector, jadi abang zul memang ada background yang tinggi dalam bidang perundingan ni'


'ooh...'

'dah 23 tahun abang zul hidup kat kl, dah benci dah duduk kat kl tu, tensen, stress je tiap2 hari. sebab tu badan jadi macam ni, sekarang ni abang zul dah pindah ke kelantan, nak buat bisnes kecil2an dan terjumpa pulak dengan herbalife ni'


'ook'

'sebab joe dah lama dalam bidang ni, abang zul nak belajar dari joe lah sebab joe dah lama buat herbalife ni'


Memang terharu mendengar luahan perasaan dari dia. Yelah, orang yang begitu lama dalam sesuatu bidang, sudah mendapat kekayaan yang begitu banyak, masih lagi sanggup datang untuk menuntut ilmu yang baru. Yang mahu dijadikan tok gurunya adalah aku, seorang yang darab 2 pun masih belum cukup lagi umurnya!


'wahh, saya ok je abang zul, saya ni dah lama nak cari leader kat KB ni, memang takde. Kali ni nekad nak jadi leader kat sini, tapi takde orang. Abang zul ni macam mengantuk disorongkan bantal, sudah pasti joe sanggup ajar mana yang termampu, nanti sama2 kita bangunkan di kelantan ini'

'uncle semangat ni!'


Begitulah, kadang-kadang abang, kadang-kadang uncle. Tapi saya tetap membiasakan dengan dirinya dengan abang zul. Banyak lagi yang dibualkan tadi yang saya tidak mahu tulis panjang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kesanggupan dia untuk belajar walaupun sudah tua dan walaupun dengan orang yang jauh lebih muda darinya


Nilai dan pengajaran


Kadang-kadang saya terfikir, apabila budak kecil cuba menunjuk sesuatu, memang saya akan pandang rendah kepada mereka kerana sememangnya saya yang lagi tua sudah pasti ilmu lagi tinggi. Itu pengajaran yang saya perolehi dari abang zul, ilmu itu luas dan sesiapa sahaja boleh menjadi guru kita. Asalkan mereka hebat dalam bidang itu, sudah pasti mereka adalah guru yang paling sesuai untuk kita!


Nota kaki : Esok hari bahagia!