Selasa, 20 Julai 2010

Cara terbaru mengatasi sindiket minta derma

Semalam telah menaiki bas ke Putrajaya. Dah selamat sampai. Sekang berada di kedai mamak presint 9 (port biasa). Entry pagi ni berkenaan dengan satu skill yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja jika mengalami perkara sama seperti aku ni. Best dan sangat praktikal!


Minta derma


Sedang aku menikmati panorama malam menunggu bas untuk bergerak, datang seorang budak yang memberi sehelai kertas yang terkandung ayat qursi. Lepas tu dia berlalu dan terus ke belakang dan lakukan perkara yang sama. Hish, ni nak derma la ni!


Terdengar perbualan di belakang antara seorang lelaki dengan budak tu


lelaki : ape ni?
Budak : Mintak derma bang

lelaki : takde duit kecik
budak : singgit je

lelaki : xde xde
budak : singgit je

lelaki : nanti duit ni bagi kat sape nanti?
Budak : saye la, takde duit nak makan

lelaki : Tipu, baik cakap betul2
budak : Betul la, saya nak beli makanan

lelaki : Ni ayat qursi ni, kertas ni sape bagi? (suara agak keras)
budak : Kedekut!

Lelaki : Budak ni!



Memang kurang ajar budak ni. Kalau aku yang dikata kedekut dengan suara yang agak tinggi, memang boleh timbulkan kemarahan. Nasib baik brader tu tak naik angin. Dia terus bergerak ke depan dan menuju ke tempat duduk aku.


Budak : Nak duit bang, derma


Malas nak cakap banyak, nak bagi, malas nak keluar dompet. Nak cakap takde duit macam brader belakang tu, nanti di cakap kedekut. Jatuhlah saham aku kan? Timbul satu idea nakal. Sebab tangan aku tengah pegang iphone sebab main game, aku terus acukan iphone aku kepada dia


Aku : Meh nak amek gambar bagi kat polis


tak sempat apa-apa, budak tu terus berlari keluar. Haha, kesian pulak tengok. Jadi, gunalah skill ini kat budak-budak yang nak mintak derma, kalau dieorng tak lari tu, mesti betul la perlukan duit, kalau lari, selamatlah duit anda.


Pantas budak tu berlari


pss : enjoy betul-betul hari ni, esok ke BALI!

35 ulasan:

  1. Naughty! Naughty! Nak itot gi Bali...

    BalasPadam
  2. budak ke tu? mcm dah besau je.. hmmmmmmm

    BalasPadam
  3. ha la
    da mintak sedekah naik bas.ni betol2 aku geram.

    bagus idea ko ni bro:P

    BalasPadam
  4. sampai dalam bas minta derma, memang melampau. entah budak myammar, bukan boleh percaya sgt

    BalasPadam
  5. wah.. idea best nie joe.. nanti leh praktikkan... kalau betul tak lari.. bagi je duit.. kalau lari tuh sah sah sindekit... emmmm

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

    BalasPadam
  6. kdg2 ssh nk beza antara yg btl2 memerlukan n yg amek ksempatan.

    BalasPadam
  7. wah! best idea ni. selalu x tau nk wat mcm mane kalau budak2 ni dtg.

    tanks 4 d idea! ^___^

    BalasPadam
  8. hmmm..makin mnjadi2 plak sindiket mengemis skrg ni.nmpk sgt budak tu pengemis dr sindiket..huuu

    BalasPadam
  9. mereka selalunya bukan rakyat malaysia dan di hantar oleh sindikit..elok gak cara kamu tu..nak tirulah

    BalasPadam
  10. kalau betol2 tak mampu takpe la tp skrg ni bnyk sanagt sindekit peminta sedekah cmni...jrg bg duit kt org2 cmni...bukan kedekut tp agak susah nak percaya ngn mereka....

    BalasPadam
  11. Good idea, bley tiru taktik nih, lagipon lately byk sgt peminta sedekah.

    Selamat bercuti ke Bali ☺☺☺

    BalasPadam
  12. hahaha..siot ek..bgus2..tu budak..klo org tua nk buat cemana?

    BalasPadam
  13. macam tu ke?kalau dia tiba2 posing baik ala2 model cmne jo??

    BalasPadam
  14. aik?
    dlm bas pun ade budak mintak sedekah?

    BalasPadam
  15. sedih apabila kanak2 di pergunakan oleh sindiket tertentu untuk mencari wang dengan cara yang mudah. kalu setakat budak tu yg lapar betul, kita mmg tak sayangkan duit untuk belanja budak tu makan sekali walau habis RM10. Tapi RM1 amat bernilai jika keringat budak di kerah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  16. selalu ade depan bank..
    ikut mood..kadang kasi .kdg idak..

    ko nak gi bali ye joe..
    ..selamat pegi dan kembali ye

    BalasPadam
  17. kat area shah alam ramai gila budak2 mcm ni....sume mintak derma ckp lapa xde duit nk mkn....mule2 hulur jugak...dah lama2 fedup weh...last2 kalau dorg ckp xde duit nk mkn saya suruh je dia order nk mkn ape...saya byrkan...tp slalu dorg blah camtu je lepas saya ckp camtu....nampak sangat tipuuu!!!...

    BalasPadam
  18. semat ar cara ko.. gyahhahahahaha

    BalasPadam
  19. tangkap gmbr dye
    upload kat FB je senang
    haha

    BalasPadam
  20. bagus taktik nie.
    mmg berguna.
    kdg2 terlampau rimas.
    siap bawa geng lg..
    ish ish

    ;-)
    claraemilycancer.blogspot.com

    BalasPadam
  21. Selalu sangat guna ayat2 suci al-Quran time mintak derma. Pastu hati ni mudah sangat tersentuh. Senang sangat memberi. Cuma sekarang ni, sebab dah lali, buat selamba je kalau budak2 macam tu mintak sedekah. Dah kering idea dah. Ok, skang dah tau skill lain dah, boleh praktik lepas ni. :p

    BalasPadam
  22. joe, kali ni pon entry kita lebey kurang jugak dengan entry yang aku tulois sebelom nih.. keke

    BalasPadam
  23. ahahaha..nakal gile..

    pernah kena jugak macam brader tu..x pasal2 kena cop kedekut..kui3..

    BalasPadam
  24. mase aku sekolah2 dulu, selalu ngadap pemintak derma macam ni. dalam bas jugak masa tu. aku sekolah asrama, nak balik ke kampung time cuti sekolah akan naik bas ramai2 dengan kawan2.

    sebelum bas jalan, budak pemintak derma ni akan naik n edarkan kertas2 ayat kursi or seribu dinar, dari depan terus ke belakang. pastu dia gerak dari belakang ke depan untuk kutip duit.

    ape yang aku buat? aku buat2 tido.so, dia tak mintak la duit kat aku.hehe.

    BalasPadam
  25. bagus idea ni.

    tapi aku penah kena pau duit ngan org gila yg mintak sedekah...rm13...(T.T)...

    agak2 buat cara ni bkesan tak?

    silap2 ngan fon aku dye rembat..wakaka

    BalasPadam
  26. noly xkisah klu btl ye tipu ke x...nly slalu niat nk sdkh je...bia la klu ye pn ye lg kaya dr kte. :(

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.