Khamis, 29 Julai 2010

Suka duka Contest - Nuffnang vs Blogger

Salam,

Baru perasan yang agak banyak aku ikuti contest orang. Maklumlah, bila dah banyak masa terluang di internet, baik kita masuk contest. Ye tak? Sambil berpeluang menangi banyak hadiah, boleh juga kita rapatkan hubungan antara penganjur dengan diri kita. Jadi kali ni, entry ringan-ringan pasal contest yang aku masuki untuk sebulan dua sebelum ini


Contest Nuffnang - Camera TX5


Memang aku ambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entry Camera TX5 ini, maklumlah harapan nak menang adalah tinggi. Dah cuba pelbagai cara supaya entry itu menarik dan setelah 5 hari, maka entry camera TX5 ini terhasil.




Malangnya, pagi tadi dapat email, nama tidak tercalon untuk memenangi camara itu. Tengok entry yang menang, memang semuanya hebat-hebat. Walaupun semuanya chinese, orang cakap racist ke apa jadahnya, tapi memang entry yang menang tu memang dieorng best. berbaloilah dieorang menang. Apa-apa pun, contest nuffnang ini bukan yang terakhir aku akan join, banyak lagi aku akan join nanti supaya dapat juga merasai kemanisan menang contest besar. hehe. Tahniah pada semua pemenang!



Contest Blogger - Hadiah besday


Tak sangka contest dari bro GTO aku dapat no 1. Hoho, agak terkejut sebab entry yang suka-suka aku join ini semata-mata untuk berkenalan dengan lebih dengan bro GTO dapat no 1. Terima kasih juga kepada cik lin, liez dan adziim yang tulis entry sama untuk bagi aku menang lagi extra hadiah dari bro GTO. memang best gitu!



Tak sempat lagi nak email ke apa kepada dia, cuma cara bro GTO bagi hadiah ni memang agak stylo sebab melalui point. Wah wah, nak kumpul point banyak-banyaklah, dah banyak, baru boleh redeem dengan dia. Tahniah pada bro GTO sebab adakan contest yang menarik ini, semoga hubungan di medan maya ini terus berkekalan ya



Kenapa kena contest?


Satu medium yang sangat praktikal untuk membina traffic adalah adakan contest. Setakat ini sudah 4 kali aku adakan contest dan memang bila umum sahaja contest, traffic akan meningkat. Tapi sekarang ni, aku jumpa sesuatu yang lebih jauh bernilai dari traffic bila buat contest, iaitu kepuasan! Kepuasan berkongsi kegembiraan dengan orang yang join contest kita.


Nak tahu apa itu kepuasan?


kenalah buat contest sendiri, baru boleh nikmatinya. Kan kan?


pss : Jumpa pelbagai ragam manusia hari ini, esok terus bekerja lagi!

19 ulasan:

  1. cari idea jugak nak baut contest ni :D

    BalasPadam
  2. Kalau gitu tunggu pengumuman contest SEO baru aku...tungguuuu

    BalasPadam
  3. memang nampak sape2 yg buat kontest yang best2, mesti dpt trafik. Tapi kalau yang menang tu lagi la kan.

    joe punya contest macam mana pulak? ada berita baru ke? :D

    Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM 2010) ke-45

    BalasPadam
  4. @denaihati
    lol
    seo lagi ke?
    ok ok, kali ni kena cuba
    hehe

    BalasPadam
  5. @Hasrol Nizam

    contest yg hadiah bali tu pon still on lagi

    BalasPadam
  6. me kenal joe sbb joe buat contest :)

    BalasPadam
  7. ingt nk jugak wt contest tapi, tade bajet lah nak kasi hadiah nt ;Pp

    BalasPadam
  8. mau join kontes sane sini tp xde mase :(

    BalasPadam
  9. Baru juga buat kontest mudah... bkn sbb backlink atau apa...pemenangnya tidak diumum...siapa yang encik poslaju hantar hadiah dialah pemenang

    mula2 nak bagi 3 org pemenang
    tapi last2 semua yg hantar penyertaan - 13 org di bagi hadiah yg sama

    seronok berkongsi gembira dgn kawan2... dan berkongsi rezeki yg kita dpt dgn kawan2. Rezeki yg kita dpt dari berbloggin dikongsi dgn blogger

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.