Sabtu, 31 Julai 2010

Imam Muda : Keputusan akhir Imam Muda musim pertama

Salam,


sumber : facebook IM


Nampaknya berakhir sudah Imam Muda. Keputusan akhir Imam Muda, tahniah kepada Asyraf yang menjadi juara IM musim pertama. Hizbur pun mantap! Satu rancangan yang mendapat tempat bukan sahaja media dinegara ini bahkan juga di negara luar sana. Tahniah kepada semua penganjur dan sponsor kerana menyediakan satu platform yang begitu menarik untuk ‘meletupkan’ kegiatan dakwah di negara kita


Sempat aku upload video pengumuman tadi oleh mudir. Laju tak?






Kesimpulan ringkas Imam Muda Akhir


Diharapkan agar pertandingan bercorak dakwah kontemporari ini diteruskan untuk musim musim berikutnya. Penting untuk penyajian hawa mata dan telinga rakyat kita yang sememangnya ketandusan rancangan seperti ini. Banyak lagi peningkatan yang boleh ditingkatkan untuk musim musim berikutnya.


Tema malam ini yang jelas menekankan peranan masjid sememangnya bersesuain yang mana imam muda yang menang dan juga yang memasuki rancangan ini akan kembali ke 'office' mereka iaitu masjid selepas balik nanti. Heh, BUKAN! office imam muda ini bukan sahaja di masjid, tetapi sepatutnya dimana mana sahaja mereka berada. Gud luk


Top Notch everyone!


pss : Banyak rancangan agama malam jumaat gini, kan bagus kalau tiap-tiap malam macam ni. Kan kan?

16 ulasan:

  1. Aku tak pernah tengok Imam Muda ni. Kejap lagu aku terus download! Rancangan macam ni memang patut diteruskan! 102% setuju tanpa tentangan!

    p/s : yang penting nama macam kita weh! hahaha!

    BalasPadam
  2. Aku asraff lagilah tak sama. Janji sebutan tu ala-ala. Kira okey la tu.

    BalasPadam
  3. perlu ke ada juara imam muda?
    dua-dua sama hebat kot.
    kalau boleh nak hizbur yang menang, tapi asyraf plak ditablakan juara imam muda.papepun, hizbur tetap juara di hati penyokong beliau.

    BalasPadam
  4. @norain ishak

    kan mudir cah dakap, juaranya adalah penonton
    hehe

    BalasPadam
  5. tahniah ashraf..byk episod aku miss..huu

    BalasPadam
  6. Tahniah Ashraf Alhamdullilah org penang :)

    BalasPadam
  7. xsangka dah habis imam muda. sume pemenang tiada pengalah. err sama mantap tu asyraf ngan hizbur. joe p sg picnic tak :)

    BalasPadam
  8. tahniah kepada IM asyraf dan hizbur dan juga semua yang terlibat

    Juara Imam Muda

    BalasPadam
  9. rezeki di tgk IM Asyraf.. 22 sama hebat...:)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.