Jumaat, 16 Julai 2010

Belajar Merendah Diri

(Cubaan Mood Jumaat)


Kuncilah selipar anda seperti ini untuk mengelakkan kecurian


Saya didatangi oleh seorang hamba Allah hari ini untuk berbincang sesuatu mengenai perniagaan yang saya jalankan sekarang iaitu herbalife. Melalui telefon, dapat gambaran dari seorang kawan yang hamba Allah ini merupakan seorang berusia 53 tahun dan saya membiasakan diri dengan joe dan uncle zul. Perbualan telefon dengannya, dia lebih selesa dengan gelaran abang zul. Ok, abang zul pun jalan


Memang agak susah untuk mencari rumah saya ni, tetapi dengan pertolongan sedikit arahan, dia berjaya mencari rumah ini. Menaiki kereta Honda meluncur masuk ke rumah dan meletakkan keretanya di garaj yang tidak berpenghuni


'Assalamualaikum'

'Waalaikumussalam, abang zul ya?'


'ya saya, joe?'

'ya, jemput masuk'


Saya sangkakan abang zul ni adalah seorang yang pasti agak berlagak, maklumlah, sudah berusia dan memiliki kekayaan yang tersendiri, sudah pasti ego itu ada. Tetapi, memandang mukanya, riak mukanya jelas begitu riang dan senang untuk di ajak berbual. Di dalam rumah, aku menyuruhnya duduk dan dipasangkan kipas untuk menyejukkan ruang tamu yang berhawa panas ini


'dah lama makan herbalife ni abang zul?'

'baru je joe, 4 hari lepas'


'ooh, baru sangat ni, dah bape kg turun?'

'ni yang best nak cite ni joe, baru 4 hari makan, dah 3 kg! berat dulu 106kg, timbang pagi tadi, semangat beli alat penimbang baru, dah 103 je'


'wow, tahniah!'

'time kasih. joe tak kisah kan abang zul cakap macam ni? abang zul bukan orang kelantan, isteri abang zul orang kelantan, abang zul orang kedah'


'ooh, takpe takpe, kita cakap biasa2 je la'

'ni joe, abang zul datang ni dengan hajat ni'


'hajat apa abang zul?'

'gini, background abang zul ni, abang zul merupakan perunding korporat, banyak abang zul dah uruskan syarikat2 baru dan juga syarikat2 yang hebat pasal korporat sector, jadi abang zul memang ada background yang tinggi dalam bidang perundingan ni'


'ooh...'

'dah 23 tahun abang zul hidup kat kl, dah benci dah duduk kat kl tu, tensen, stress je tiap2 hari. sebab tu badan jadi macam ni, sekarang ni abang zul dah pindah ke kelantan, nak buat bisnes kecil2an dan terjumpa pulak dengan herbalife ni'


'ook'

'sebab joe dah lama dalam bidang ni, abang zul nak belajar dari joe lah sebab joe dah lama buat herbalife ni'


Memang terharu mendengar luahan perasaan dari dia. Yelah, orang yang begitu lama dalam sesuatu bidang, sudah mendapat kekayaan yang begitu banyak, masih lagi sanggup datang untuk menuntut ilmu yang baru. Yang mahu dijadikan tok gurunya adalah aku, seorang yang darab 2 pun masih belum cukup lagi umurnya!


'wahh, saya ok je abang zul, saya ni dah lama nak cari leader kat KB ni, memang takde. Kali ni nekad nak jadi leader kat sini, tapi takde orang. Abang zul ni macam mengantuk disorongkan bantal, sudah pasti joe sanggup ajar mana yang termampu, nanti sama2 kita bangunkan di kelantan ini'

'uncle semangat ni!'


Begitulah, kadang-kadang abang, kadang-kadang uncle. Tapi saya tetap membiasakan dengan dirinya dengan abang zul. Banyak lagi yang dibualkan tadi yang saya tidak mahu tulis panjang. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kesanggupan dia untuk belajar walaupun sudah tua dan walaupun dengan orang yang jauh lebih muda darinya


Nilai dan pengajaran


Kadang-kadang saya terfikir, apabila budak kecil cuba menunjuk sesuatu, memang saya akan pandang rendah kepada mereka kerana sememangnya saya yang lagi tua sudah pasti ilmu lagi tinggi. Itu pengajaran yang saya perolehi dari abang zul, ilmu itu luas dan sesiapa sahaja boleh menjadi guru kita. Asalkan mereka hebat dalam bidang itu, sudah pasti mereka adalah guru yang paling sesuai untuk kita!


Nota kaki : Esok hari bahagia!

29 ulasan:

  1. betul2.. kekadang pemikiran budak kecik lagi kreatif dari kita.. smthing yg kita tak terfikir nk bua budak kecik boleh buat...

    BalasPadam
  2. betul2...setinggi mana pun pangkat n darjat kita hendaklah kita sentiasa merendah diri...

    BalasPadam
  3. lama sudah xjengah sini..
    baru baca juga segala info ttg gathering blogger..best nye..

    pasal entry ni..
    guru tu xmesti org lebih tua..
    betul x?

    di buku aku terima nikahnya (saifulislam) sy ada terbaca. kata abu saif, belajar mendidik juga kdg2 dari kanak2...

    sy kerja ofis kat kilang..
    bos sy pun mcm tu.. apa yg dia xtahu berkenaan komputer, tanpa rasa segan die tanya sy...

    BalasPadam
  4. hmmm. ibarat kata pepatah, jangan lihat siapa yang berkata, tapi dengar apa yang dikata. erk, betul tak?




    herbalife ni, betul2 menjadi? minuman ke? bape RM? bole tahan bape hari?

    BalasPadam
  5. Siapa yang lebih tahu dialah guru. Usia bukan ukuran ilmu atau pengalaman kan.

    Joe bawa la abg joe esok.. leh jumpa n kenal2 dia. Hehe..

    BalasPadam
  6. begitula dalam hidup ni yang menjadi guru bukan semestinya yg lebih tua. rendah diri tu penting. kalau berlagak tak ke mana jugak.

    err, apa yg bahagia sangat tu?

    BalasPadam
  7. adat berguru..

    =)

    bagus joe,x lokek nak turun ilmu

    BalasPadam
  8. org yang reti berbahasa macam tu la, tak kira pangkat. semua dilayan sama rata.

    BalasPadam
  9. salam joe..

    very humble man..sebab tu rezeki dia melimpah ruah...

    tabik spring to uncle zul..
    and to you joe.. semoga uncle zul menjadi teladan buat kamu untuk maju ..

    BalasPadam
  10. bisnes masyuk~

    weh joe.nak tanya sket la. herbalife ni mechanism dia dengan turun berat badan camna eh?

    BalasPadam
  11. bila baca cerita ni akak teringat ttg anak istimewa akak, nabila.beberapa hari yg lepas masa akak nak suapkan dia nasi dia bangun & berjalan ke arah meja (makan kat lantai)..akak marah.suruh dia duduk semula.tapi dia terus jer jalan.rupanya dia pergi ambil tuala lap tangan.letak siap2 kat tepi akak sebab dia tahu masa makan nanti akak akan guna tuala tu..dlm hati, akak sgt terharu dgn kelebihan anak ini.

    BalasPadam
  12. @kechixx

    ramai yg tahu tapi sukar untuk jumpa org praktiskannya

    BalasPadam
  13. @fahmi ibrahim

    die datang esok, leh jumpa dengan die nanti

    BalasPadam
  14. @.alie.

    kita yg ada ilmu jangan lokek untuk kongsi

    BalasPadam
  15. @imanamani

    hari ni dia mengajar untuk merendah diri secara tidak sedar

    BalasPadam
  16. @qishie

    ganti herbalife sebagai makanan utama, macam tu la, low kalori but high nutrition

    BalasPadam
  17. wow..mangga selipar jepun?wow sekali lagi.hee :D

    BalasPadam
  18. betul tu joe, kalau nak cemerlang cikgu pun kena ramai..

    teringin juga mendalami herbalife..

    bape modal joe?

    BalasPadam
  19. bisnes.. $$$
    ok banyak dari MLM ataupun program lain


    i like

    BalasPadam
  20. Itulah manusia ..kalau nampak sesorang tu ada segalanya mulalah tuduh orang tu berlagak,padahal kita yg takut nak menegur dah dikatanya org tu sombong. sebab tu don't judge the book by the cover'.
    Bagi mokcik..biar humble tapi jgn jadi hamba.

    BalasPadam
  21. alhamdulillah :)
    kamu yg muda slalu berendah diri..tp ilmu d dada mmg tggi..
    xkedekut tuk berkongsi..begitula lumrah kehidupan manusia..sentiasa memerlukan antara 1 sama lain..

    BalasPadam
  22. so memang tak lapar or cepat lapar ke? contoh cam orang yang ada gastrik.boleh ke kalau dia ambik herbalife tanpa ambil makanan utama cam nasik?

    BalasPadam
  23. baru jumpa blog ni.

    i wrote something related to this post. i did link it to ur blog. hope u don't mind.

    nice blog anyway

    =)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.