Jumaat, 23 Julai 2010

Babi Guling

Salam,

Wah wah wah, kali ni i online pakai mac i ok. Terjumpa free wifi kat sini. Urmm, takdelah free sebenarnya, kat bar. iye kat bar. tengah bunyi macam macam ni kat depan belakang, i sibuk duk menaip entry. Memang kagumlah dengan diri sendiri dengan begitu komitednya i pada blog i ni. hihihik


Camera Phone


Oklah, i ada beberapa keping gambar ni nak upload, tapi sayang sebab semua gambar di Iphone je, yang banyak ada kat camera dan tak plan pulak nak bawak camera upload gambar. Nanti i dah balik i upload ok. So kali ni nak citelah sikit-sikit perjalan hari ni. Takdelah sepenat semalam tapi lebih best kot dari semalam. Hikhikhik


Start menaip entry


Pagi tadi ke pusat buat emas. ermm, entahlah kenapa di bawa ke sana sebab memang tak plan nak beli emas ke apa lah. Cuma sempat la i tolong kawan i tawar satu rantai sampai dapat harga terbaik punya. harga asal 217 usd, tapi i tawar2 sampai guna 'kita serumpun' 'nak bagi kat cowok' ape ke benda lagi merepek lah, akhirnya dapat 62 USD je. Hehe, hebat juga i ni


Lepas tu ke tempat buat batik. Wah, kagum sebab yang mambuatnya pakai tangan dan mesin old school. Wohohoho, ada gambar kat bawah. Memang kagumnya bukan apa, sebabnya dieorang punya skill memang sangat hebat. i kagum la u!






Petangnya daftarlah untuk herbalife punya event di NUSA 2. Besar tempatnya dan struktur bangunan memang cantik. Banyak gambar kat camera, nantilah i upload ok. Apa yang i sakit hati dan panas punggung, si amalina dah naik GET u. haiiishh, die dahla perempuan, muda dari i pulak tu, tapi dah GET! Takpe, nanti i balik i buat betul2 naik GET jugak. hehe


Balik ke hotel lepas tu. Touch down je kat kat hotel, terus ke laut. Ok, laut dengan tempat hotel i tu dalam 2 3 minit jalan kaki je, memang dekat! Plan petang tu nak main volleyball. tapi sebab ada kawan sorag sewa papan surfing, i pun try la jugak. Wah wah, surfing ok petang tadi. ekekeke

ini bukan i ok, hihi


Orang kata, 1st time surfing ni memang selalu jatuhlah. ermmm, i ni pro macam mana pun, memang jatuh tersungkur gitu. hoho, memang agak malu, tapi tengok semua memang jatuh je, kureng la skit malunya. oklah kan, balik nanti kite buat gathering surfing. ekkk? boleh? hihihik


Malamnya, i kat sinilah, depan mac tengah type entry sambil menikmati hidangan bawah ni


nasi ayam kapalapa bali (pelik semacam je bunyi)



Ok, sebut pasal tajuk ni, geli lah pulak. Dah la nak makan ni. Cuma ada cite best dengan mas driver taxi. Tanya die, die makan apa tengahari tadi, dia cakap, babi guling. EEEEIIIIWWWW. memang kalau u datang sini kan, babi guling ni bersepah sepah. ada di mana mana sahaja. ermm, nak i tangkap gambar ke buat satu contoh? takyah la ye, geli pulak! I bgtau die tadi, makan babi ni bahaya, dia cakap, sejak kecik lagi makan, susah nak buang tabiat ni kalau sejak kecik lagi dah makan


tau i dapat apa dari dia?


Jangan buat perkara tak snonoh walaupun u semua masih kecil, nanti susah nak buang tabiat tu!


Oklah, i nak makan dulu, esok i story lagi, tapi esok tak best sangatlah storynya sebab dah start conference dah esok. jumpa lagi esok. Errm, ada orang suruh sambung pasal cite masaj tu, xnak lah =)


pss : gaya gedik mood gedik

28 ulasan:

  1. penah tgk babi guling2 ni..siap isi ngn buah2 lg kat dlm badan babi tu...huhu...

    BalasPadam
  2. babi guling kat bali ade tak yang sumbat apple dalam mulut tu? ala yang macam salu ade dalam kartun kat tv tuuuuu.

    dalam kartun nampak cam sedap. eh. bawak mengucap bawak mengucapppp.

    BalasPadam
  3. erk.... babi guling pon ade... hehehehehe
    macamane la rupenye... huhuhuhu

    BalasPadam
  4. @Keretapi

    nak kena amek gambar ni
    bagai semua tengok
    huhu

    BalasPadam
  5. kat discovery channel ke national geo ada cerita pasal babi guling tu. dia kasi guling puas2 sampai kulit dia jadi macam keropok.

    BalasPadam
  6. haa pelikla bahsa diri awk tu jo. jgn gedik2 err

    BalasPadam
  7. erk..u pegi tak ajak i! tetibe gedik gak. :P

    BalasPadam
  8. memang banyak di sana..kan
    kembang tekak pula bila mengungatkannya

    terbaru dari saya : saya ikut perlahan dari belakang

    BalasPadam
  9. xpyh geli ler dik joe oii..
    akak selalu tgk kat cafe world asia
    host by Booby Chin (ni chef mix ni.mak cina bpk omputih.ade restorant kat vietnam)
    babi guling ni mmg beso gile!!
    depa belah perut,pastu sumabt sume rempah2 dlm perut babi tu then jahit.
    pastu golek time bako atas bara api..
    lama masaknya weih!
    dari mula proses smapi siap sume aderlah dekat 9 -10 jam.
    depa sume pukul 3 -4 pagi dah bgn n prepare sume.
    btw,dpt jugak ko cari makanan halal kat area yg byk babi guling tu.
    was - was jugak klu ayam yg ko mkn tu tak smebelih betul.
    ko phm2 jerlah indonesian.
    satay burung terbang duduk pun depa sebat.
    thu tak burung terbang duduk tu ape?

    BalasPadam
  10. huhu menakutkan lah kalo nk jalan2 kat bali camtu..merata2 nampak babi...

    BalasPadam
  11. if not mistaken, satay burung terbang duduk tu ialah satay katak kott ...

    BalasPadam
  12. EEEEYYYOOOOwwwww....DENGAR NAMA NASI AYAM YANG YOU NAK MAKAN TU PUN TAK SELERA YE ADIK PUKU SEKIAN

    BalasPadam
  13. babi guling..ee geli mendengar apa lagi melihat

    joe, gathering surfing?cool!

    BalasPadam
  14. hahaha.. semacam jer bila joe ber'i' dan ber'u'.

    BalasPadam
  15. uewwwww....
    gediknyer guna ber'u' ber'i' nih...

    BalasPadam
  16. knp depa panggil babi guling?? bukan babi golek?? ahahah..cam sesuatu jer..

    BalasPadam
  17. salam bro...lame tak dgr citer lepas smkam lu...up ek skrng duk overc ngn niaga herbalife.Alhamdullilah..

    blog ko menarik...keep it up bro...ade mase balik kelantan,roger2 la minum petang...leh mintak tips blogger ngn ko...hihi

    BalasPadam
  18. review jap GB ari tu. senang2 dropby. http://sweetdayday.blogspot.com/2010/07/gengblogger-gb.html

    BalasPadam
  19. ooohhohohohohh masa g bali memang macam terkejut je.. kebanyakkan kedai semua ada signboard babi guling.. rasa kembang je tekak... huhuhuhu

    BalasPadam
  20. hazzy lupa nak mention pasal babi guling tu.haha. sebab takut joe loya tekak. bos haz pegi dulu sebab tu la dia takut nak makan semua benda.silap2 dapat babi guling..mampus!

    BalasPadam
  21. babi guling tu macam babi yg diorang panggang time ada cina or orang siam mati tu ek? macam BBQ babi kot.. tapi seekor, besar gedabak..

    BalasPadam
  22. teringat mase kat jakarta..tgh survey2 nak makan ape kat satu shopping complex ni n ternampak satu food display yg mcm best bile dtg dekat2 nak tgk ape die tulis mee goreng babi cincang..euwww...

    BalasPadam
  23. takut je na makan..huu

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.