Share

Akhirnya judi di halalkan
















salam,

Entry ringkas mengenai update judi. Akhirnya lesen judi ini dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan kepada Kumpulan BERJAYA. kumpulan BERJAYA ini juga ada hak penuh keatas 7-11 (mungkin boleh buat pertaruhan kat 7-11 lepas ni?)


quote dari kumpulan BERJAYA
'orang islam dilarang sama sekali untuk bertaruh, kami tegas tak mahu orang islam bertaruh'






hapatuiihhh (mood : geram)


si a orang islam.

melihat toto mempamerkan 'kami mempunyai lesen sah dari kerajaan untuk bertaruh, jom bertaruh siapa yang menang bola sepak'

si a kata, wah, aku nak join. pergi di kaunter

taukey di kaunter bgtau 'lu olang islam tara boleh join ma, halam halam'

si a datang dengan idea bijak

melihat si b yang berwarga india masuk ke kaunter toto

terus minta tolong 'anne, ini duit kamu beli tiket brazil menang a, ok?'

'wokeey, no problem, menang kasi sikit saya ya' si b membalas

'wokey, deal' si a menjawab dengan girang

si b membeli tiket dan menyerahkan kepada si a

si a terlupa yang duit tadi sepatutnya diguna untuk dibayar sewa tahun depan

berkata dalam hati 'takpe, bini aku paham, kalau menang, lagi kaya, go brazil go!'



tengok youtube ni kes judi di parlimen





nampak tak wakil rakyat bukan islam pun tak setuju dengan judi ni
kenapa kita....??? sighhh....




jom baca apa malaysia kini tulis

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


sumber : malaysia kini



mungkin orang cakap, kalau kerajaan tak bagi lesen pun, judi tetap akan ada dan akan berleluasa. masalahnya, ini pemberian lesen, seolah2 menghalakan terus perjudian ini. baik kita cegah dari galak. tak nampak dimana releven dia?? apa yang aku takut, pembalasan dari-Nya.... sekarang ni orang bukan islam pun tahu judi itu teruk, pemimpin bukan islam semua tahu judi tu macam macam ada masalah, takde alasan untuk kita haramkan terus perjudian di malaysia kalau semua sudah bersetuju. adakah nilai maruah sosial dinegara kita lebih rendah dari 2.5 billion sumber dari judi??


-cukai hasil judi ni ada disumbang untuk pembangunan sukan negara. patut la piala thomas semalam malaysia kalah dengan jepun. lepas ni apa lagi nak kalah? ada orang frust menonggeng kekalahan ni!-



pss : ku pernah buat entry pasal judi ini antara releven dan imaginasi. nampaknya tak beri apa apa perubahan.....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

49 ulasan:

Bapak berkata...

akhirnya berjaya jugak Berjaya dapat lesen judi bola...

yang baik kita sokong, yang mungkar kita tentang...

intanurulfateha berkata...

.x paham
.cmne leh judi leh jd halal ekk
.ish ish ish~

khairil berkata...

bagi aku selagi namanya judi tetap haram...xkesah la dapat lesen ke x..sepatutnya malaysia sbg negara islam perlu tunjuk contoh yg baik tp ni tidak macam galakkan rakyat plk

et berkata...

huhu.sadis.agak sengal di situ.

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Yup.. Haram tetap haram.. Itu dah memang termaktub dalam Al-Quran.. Siapa kita untuk halalkannya..

Kalau itu kita boleh halalkan, ini boleh.. Lama-lama, tak tau laa ape jadi..

Farahin Esa berkata...

aku x berjudi tapi spupu spapat aku ramai jer..tapi aku tau la haram..haram2 pon ramai jugak umat Islam langgar..

fikah mus berkata...

dunia dah akhir zaman sangat dah ni.

menghalalkan yang haram. APAKAH??!!

iman berkata...

Hands Up

Malaysia?

Boo~

Bye Malaysia , I'm fade up with ya!

joegrimjow berkata...

sighh

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

akhir zaman...

joe, beli perfume jom!
kat blog vee... :)

azimask berkata...

xtau nak cakap apa la joe.. sedangkan boleh nampak orang islam siap bersongkok.. di ulangi yea.. siap bersongkok beratur membeli toto.. kalau toto utk tidur tu tak pa la.. ni toto yang ada gambo burung kakak tua tuh... iskh.. tak sedar dah tua.. tp apa buleh buat.. kesedaran masing masing.. patut dah tau hukum hakam agama...

subhanallah...

NAZ berkata...

satu malaysia jadi segala nya jadi satu

Hizami Li berkata...

semata mata nak kaut keuntungan.
manusia buta sebab duit.
tidaaak...
haram jadi halal.
fuhhh.

rhapsody LiN berkata...

ish2... takut nanti malaysia jd senasib dgn Bosnia bila Islam dh x kukuh and the NONs' start to argue Malaysia sbg negara islam.

myQza berkata...

MasyaAllah,
sedih sangatlah.

Awang adik tu Islam ke tak? cakap macam tak tahu hukum hakam je?

dia ni ke yg dulu mati2 yakin akan jad Menetri Besar Kelantan masa PRU dulu tu!!

Aduhai Malaysiaku!

Semuany boleh!!

Safuan berkata...

Lepas ni banyak la benda yang haram akan jadi halal kalau guna hujah sebegini. "Kalu kita tak buat, maka berleluasalah orang lain buat, maka lebih baik kita buat sebagai pemimpin"

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

boleh aku terajang orang2 ni?

carp la wei!!

(emo)

Jard The Great berkata...

Aku petik sikit dari puisi ini...

“Perjuangan Belum Selesai”
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya. - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

jangan putus asa terhadap negara kita. berjuang bukannya mudah... tentangan dari pihak atasan lak tu.. tp jgn sangka org berdiam itu tak bangkit nnt. Islam tetap bangkit.. semua benda neh bersebab. =p

know the formula. know the solution. Can't say more. rahsia. ha ha ha

tp tulah.. gerakan Islamiah takleh buat sorang2.

Jard The Great berkata...

nak larikan diri? nak berdepan? heee..

joegrimjow berkata...

ku berjuang dengan entry je jard
huhu

Tanpa Nama berkata...

klu PM baca blog kau mgkin boleh berlaku perubahan

Nurul Huda Rahim berkata...

nampak duit kelabu mata. yg haram pn boleh jd halal.

chanz berkata...

matlamat tak menghalalkan cara.....matlamat nak elakkan perjudian haram berlaku, ia tak menghalalkan judi tu sendiri...


pascal machiavelli ar ni punya pasai..

zzz...sedeh..

saye kerink berkata...

perghhh teruk gila kerajaan zaman sekarang. otak dorang makin lame makin sempit. fikir tettt tettt OKAY SILA DAPATKAN LESEN JUDI ANDA.. ape kes? lagi mengalakkan ade la. teruknya. astaghfirullahalazim..

joegrimjow berkata...

jgn mengutuk kerajaan
xguna
kena guna platform yg betol

ku dah bg link kat PM, entaj dia baca ke tidak

noorafzan.blogspot.com berkata...

salah satu tanda kiamat ialah
menghalalkan yang halal.
walaupun nampak macam tak.
tapi realitinya begitulah.

Pojiepooh Abdullah berkata...

Ntah la kannn..
Tak faham orang² kerajaan main politik nih..
Depa tak pikir pjg.. pikir untung jer padahal negara Islam..
Tah la, xtegur nti Allah turun bala 1 negari kne kann..

Psst! Pojie ske tips khuysuk dalam solat kamu tuh. Ada ciri² leh jadi Imam Muda kat Astro..
Huhuh..
Nti nk share leh kan?

Love,
PojiePooh Abdullah

Jard The Great berkata...

joe.. jom kita berjuang ikut gaya MANTOT

tinguk dulu.. cara die BETUL.. ehehe

<a href="http://cursingmalay.blogspot.com/2010/05/sebelum-memboikot-barangan-luarlebih.html>http://cursingmalay.blogspot.com/2010/05/sebelum-memboikot-barangan-luarlebih.html</a>

Jard The Great berkata...

http://cursingmalay.blogspot.com/2010/05/sebelum-memboikot-barangan-luarlebih.html

Writer Of this Blog berkata...

isk isk cam tu pulak dah adesh

Nurul berkata...

situasi ni macam statement kat kotak rokok

"MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN"

atau fatwah rokok haram. Ada mereka kisah???

'BELIAU' ni bercakap macam ada otak tak BERAKAL.

Maaf cakap la..jgn ISA cari sudah la pasni.. alahai..

Jgn lah lepas ni Malaysia bgi green light utk HALALKAN INDUSTRI PERJUDIAN, MINUMAN KERAS n PELACURAN

takut keluar hujah bengkok seperti..

"ARAK ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

ATAU

"BERJUDI ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

ATAU

"BERZINA ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

alahai...

darkbatman berkata...

makin pelik dunia skg.. menghalalkan ape yang tak patut.. tapi kes ujian kehamilan utk plkn dibantah lak.. confuse2.

Lyla Ibrahim berkata...

apa yg telah termaktub haram xsepatutnya dihalalkan...
ini akan mengelirukan org ramai especially yg baru mengenal ilmu agama...
malaysia nie cam xtetap pendirian...
kata negara islam...
ntah2 lps nie aper plak perkara haram yg akan dihalalkan kerajaan...
hurm...

eNaSaN berkata...

apekaH..napekah jD cmNie...tepUk dada tanya IMAN..



mghaLALKAn yg haRAM...ermmmm

Aduka berkata...

sblom lesen ni lulus, 'duit bawah meja' depa dah sapu.. mungkin..
slepas lesen ni lulus, tax confirm ada.. mungkin..
susulan, duit ni juga buat pembangunan n dana kpd rakyat.. mungkin..

*dunia semakin panas, tp kita sokong propaganda omputih kata pemanasan global.. tp.. hakikat hukum alam, dosa ibarat api di dunia.. panas.. panas.. n makin panas..*

=)

Syima Syaz berkata...

dah ulas kat jard..=(

cikNiarun berkata...

setuju like a thousand times! masa xde lesen pon orang dah berjudi secara berleluasa, ni kan plak dah diberi lesen, same like kasi hijau je la..

judi ada kat mana2..and they no need any lesen pon sebenarnye.sumenye atas diri masing2.

say no to Gambling~

Adziim berkata...

Macam-macam. Pregnant test untuk PLKN diharamkan, jaga maruah pelajar agaknya.
Judi dihalalkan, maruah sebagai negara Islam tercalar .

cikNiarun berkata...

setuju like a thousand times! masa xde lesen pon orang dah berjudi secara berleluasa, ni kan plak dah diberi lesen, same like kasi hijau je la..

judi ada kat mana2..and they no need any lesen pon sebenarnye.sumenye atas diri masing2.

say no to Gambling~

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

cayalah awang adek..
lu mmg sporting,
pasni kasi arak lak halal..
f*&***f..

Sesopie berkata...

Dalam Al-Quran kata judi haram..Tapi kerajaan Halalkan? Sangat "NICE"!

ftrhd berkata...

halal ke haram ke yg penting kita yang bijak2 ni tak join benda2 haram dan merugikan tu..hidup jangan jadi mangsa..hiduplah dengan bahagia :)


(Blog) Kelebihan/Kelemahan Bila Komen Menggunakan Name/Url Dan Akaun Google

Ahmad Tajuddin berkata...

pandangan aku-http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/05/ohhh-yeahhhmalaysiaku.html

tuan director berkata...

Dr Asri pun ada ulas pasal ni
dunia2..material semata2

joegrimjow berkata...

dar maza, dr asri, semua dah tulis

watchalawatco berkata...

Failed!

joegrimjow berkata...

apa yg failed?

Unknown berkata...

boo.sedia la nanti bala nak datang.

Matjoe berkata...

berjaya mmg berjaya. yeahhh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW