Rabu, 12 Mei 2010

Akhirnya judi di halalkan
















salam,

Entry ringkas mengenai update judi. Akhirnya lesen judi ini dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan kepada Kumpulan BERJAYA. kumpulan BERJAYA ini juga ada hak penuh keatas 7-11 (mungkin boleh buat pertaruhan kat 7-11 lepas ni?)


quote dari kumpulan BERJAYA
'orang islam dilarang sama sekali untuk bertaruh, kami tegas tak mahu orang islam bertaruh'






hapatuiihhh (mood : geram)


si a orang islam.

melihat toto mempamerkan 'kami mempunyai lesen sah dari kerajaan untuk bertaruh, jom bertaruh siapa yang menang bola sepak'

si a kata, wah, aku nak join. pergi di kaunter

taukey di kaunter bgtau 'lu olang islam tara boleh join ma, halam halam'

si a datang dengan idea bijak

melihat si b yang berwarga india masuk ke kaunter toto

terus minta tolong 'anne, ini duit kamu beli tiket brazil menang a, ok?'

'wokeey, no problem, menang kasi sikit saya ya' si b membalas

'wokey, deal' si a menjawab dengan girang

si b membeli tiket dan menyerahkan kepada si a

si a terlupa yang duit tadi sepatutnya diguna untuk dibayar sewa tahun depan

berkata dalam hati 'takpe, bini aku paham, kalau menang, lagi kaya, go brazil go!'



tengok youtube ni kes judi di parlimen





nampak tak wakil rakyat bukan islam pun tak setuju dengan judi ni
kenapa kita....??? sighhh....




jom baca apa malaysia kini tulis

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


sumber : malaysia kini



mungkin orang cakap, kalau kerajaan tak bagi lesen pun, judi tetap akan ada dan akan berleluasa. masalahnya, ini pemberian lesen, seolah2 menghalakan terus perjudian ini. baik kita cegah dari galak. tak nampak dimana releven dia?? apa yang aku takut, pembalasan dari-Nya.... sekarang ni orang bukan islam pun tahu judi itu teruk, pemimpin bukan islam semua tahu judi tu macam macam ada masalah, takde alasan untuk kita haramkan terus perjudian di malaysia kalau semua sudah bersetuju. adakah nilai maruah sosial dinegara kita lebih rendah dari 2.5 billion sumber dari judi??


-cukai hasil judi ni ada disumbang untuk pembangunan sukan negara. patut la piala thomas semalam malaysia kalah dengan jepun. lepas ni apa lagi nak kalah? ada orang frust menonggeng kekalahan ni!-



pss : ku pernah buat entry pasal judi ini antara releven dan imaginasi. nampaknya tak beri apa apa perubahan.....

49 ulasan:

  1. akhirnya berjaya jugak Berjaya dapat lesen judi bola...

    yang baik kita sokong, yang mungkar kita tentang...

    BalasPadam
  2. .x paham
    .cmne leh judi leh jd halal ekk
    .ish ish ish~

    BalasPadam
  3. bagi aku selagi namanya judi tetap haram...xkesah la dapat lesen ke x..sepatutnya malaysia sbg negara islam perlu tunjuk contoh yg baik tp ni tidak macam galakkan rakyat plk

    BalasPadam
  4. huhu.sadis.agak sengal di situ.

    BalasPadam
  5. Yup.. Haram tetap haram.. Itu dah memang termaktub dalam Al-Quran.. Siapa kita untuk halalkannya..

    Kalau itu kita boleh halalkan, ini boleh.. Lama-lama, tak tau laa ape jadi..

    BalasPadam
  6. aku x berjudi tapi spupu spapat aku ramai jer..tapi aku tau la haram..haram2 pon ramai jugak umat Islam langgar..

    BalasPadam
  7. dunia dah akhir zaman sangat dah ni.

    menghalalkan yang haram. APAKAH??!!

    BalasPadam
  8. Hands Up

    Malaysia?

    Boo~

    Bye Malaysia , I'm fade up with ya!

    BalasPadam
  9. akhir zaman...

    joe, beli perfume jom!
    kat blog vee... :)

    BalasPadam
  10. xtau nak cakap apa la joe.. sedangkan boleh nampak orang islam siap bersongkok.. di ulangi yea.. siap bersongkok beratur membeli toto.. kalau toto utk tidur tu tak pa la.. ni toto yang ada gambo burung kakak tua tuh... iskh.. tak sedar dah tua.. tp apa buleh buat.. kesedaran masing masing.. patut dah tau hukum hakam agama...

    subhanallah...

    BalasPadam
  11. satu malaysia jadi segala nya jadi satu

    BalasPadam
  12. semata mata nak kaut keuntungan.
    manusia buta sebab duit.
    tidaaak...
    haram jadi halal.
    fuhhh.

    BalasPadam
  13. ish2... takut nanti malaysia jd senasib dgn Bosnia bila Islam dh x kukuh and the NONs' start to argue Malaysia sbg negara islam.

    BalasPadam
  14. MasyaAllah,
    sedih sangatlah.

    Awang adik tu Islam ke tak? cakap macam tak tahu hukum hakam je?

    dia ni ke yg dulu mati2 yakin akan jad Menetri Besar Kelantan masa PRU dulu tu!!

    Aduhai Malaysiaku!

    Semuany boleh!!

    BalasPadam
  15. Lepas ni banyak la benda yang haram akan jadi halal kalau guna hujah sebegini. "Kalu kita tak buat, maka berleluasalah orang lain buat, maka lebih baik kita buat sebagai pemimpin"

    BalasPadam
  16. boleh aku terajang orang2 ni?

    carp la wei!!

    (emo)

    BalasPadam
  17. Aku petik sikit dari puisi ini...

    “Perjuangan Belum Selesai”
    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
    Perjuangan kita belum selesai
    Kerana hanya yang cekal dan tabah
    Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya. - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

    jangan putus asa terhadap negara kita. berjuang bukannya mudah... tentangan dari pihak atasan lak tu.. tp jgn sangka org berdiam itu tak bangkit nnt. Islam tetap bangkit.. semua benda neh bersebab. =p

    know the formula. know the solution. Can't say more. rahsia. ha ha ha

    tp tulah.. gerakan Islamiah takleh buat sorang2.

    BalasPadam
  18. nak larikan diri? nak berdepan? heee..

    BalasPadam
  19. ku berjuang dengan entry je jard
    huhu

    BalasPadam
  20. klu PM baca blog kau mgkin boleh berlaku perubahan

    BalasPadam
  21. nampak duit kelabu mata. yg haram pn boleh jd halal.

    BalasPadam
  22. matlamat tak menghalalkan cara.....matlamat nak elakkan perjudian haram berlaku, ia tak menghalalkan judi tu sendiri...


    pascal machiavelli ar ni punya pasai..

    zzz...sedeh..

    BalasPadam
  23. perghhh teruk gila kerajaan zaman sekarang. otak dorang makin lame makin sempit. fikir tettt tettt OKAY SILA DAPATKAN LESEN JUDI ANDA.. ape kes? lagi mengalakkan ade la. teruknya. astaghfirullahalazim..

    BalasPadam
  24. jgn mengutuk kerajaan
    xguna
    kena guna platform yg betol

    ku dah bg link kat PM, entaj dia baca ke tidak

    BalasPadam
  25. salah satu tanda kiamat ialah
    menghalalkan yang halal.
    walaupun nampak macam tak.
    tapi realitinya begitulah.

    BalasPadam
  26. Ntah la kannn..
    Tak faham orang² kerajaan main politik nih..
    Depa tak pikir pjg.. pikir untung jer padahal negara Islam..
    Tah la, xtegur nti Allah turun bala 1 negari kne kann..

    Psst! Pojie ske tips khuysuk dalam solat kamu tuh. Ada ciri² leh jadi Imam Muda kat Astro..
    Huhuh..
    Nti nk share leh kan?

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  27. joe.. jom kita berjuang ikut gaya MANTOT

    tinguk dulu.. cara die BETUL.. ehehe

    <a href="http://cursingmalay.blogspot.com/2010/05/sebelum-memboikot-barangan-luarlebih.html>http://cursingmalay.blogspot.com/2010/05/sebelum-memboikot-barangan-luarlebih.html</a>

    BalasPadam
  28. situasi ni macam statement kat kotak rokok

    "MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN"

    atau fatwah rokok haram. Ada mereka kisah???

    'BELIAU' ni bercakap macam ada otak tak BERAKAL.

    Maaf cakap la..jgn ISA cari sudah la pasni.. alahai..

    Jgn lah lepas ni Malaysia bgi green light utk HALALKAN INDUSTRI PERJUDIAN, MINUMAN KERAS n PELACURAN

    takut keluar hujah bengkok seperti..

    "ARAK ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

    ATAU

    "BERJUDI ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

    ATAU

    "BERZINA ITU HARAM UTK MUSLIM, YANG LAIN TAK APA"

    alahai...

    BalasPadam
  29. makin pelik dunia skg.. menghalalkan ape yang tak patut.. tapi kes ujian kehamilan utk plkn dibantah lak.. confuse2.

    BalasPadam
  30. apa yg telah termaktub haram xsepatutnya dihalalkan...
    ini akan mengelirukan org ramai especially yg baru mengenal ilmu agama...
    malaysia nie cam xtetap pendirian...
    kata negara islam...
    ntah2 lps nie aper plak perkara haram yg akan dihalalkan kerajaan...
    hurm...

    BalasPadam
  31. apekaH..napekah jD cmNie...tepUk dada tanya IMAN..



    mghaLALKAn yg haRAM...ermmmm

    BalasPadam
  32. sblom lesen ni lulus, 'duit bawah meja' depa dah sapu.. mungkin..
    slepas lesen ni lulus, tax confirm ada.. mungkin..
    susulan, duit ni juga buat pembangunan n dana kpd rakyat.. mungkin..

    *dunia semakin panas, tp kita sokong propaganda omputih kata pemanasan global.. tp.. hakikat hukum alam, dosa ibarat api di dunia.. panas.. panas.. n makin panas..*

    =)

    BalasPadam
  33. setuju like a thousand times! masa xde lesen pon orang dah berjudi secara berleluasa, ni kan plak dah diberi lesen, same like kasi hijau je la..

    judi ada kat mana2..and they no need any lesen pon sebenarnye.sumenye atas diri masing2.

    say no to Gambling~

    BalasPadam
  34. Macam-macam. Pregnant test untuk PLKN diharamkan, jaga maruah pelajar agaknya.
    Judi dihalalkan, maruah sebagai negara Islam tercalar .

    BalasPadam
  35. setuju like a thousand times! masa xde lesen pon orang dah berjudi secara berleluasa, ni kan plak dah diberi lesen, same like kasi hijau je la..

    judi ada kat mana2..and they no need any lesen pon sebenarnye.sumenye atas diri masing2.

    say no to Gambling~

    BalasPadam
  36. cayalah awang adek..
    lu mmg sporting,
    pasni kasi arak lak halal..
    f*&***f..

    BalasPadam
  37. Dalam Al-Quran kata judi haram..Tapi kerajaan Halalkan? Sangat "NICE"!

    BalasPadam
  38. halal ke haram ke yg penting kita yang bijak2 ni tak join benda2 haram dan merugikan tu..hidup jangan jadi mangsa..hiduplah dengan bahagia :)


    (Blog) Kelebihan/Kelemahan Bila Komen Menggunakan Name/Url Dan Akaun Google

    BalasPadam
  39. pandangan aku-http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/05/ohhh-yeahhhmalaysiaku.html

    BalasPadam
  40. Dr Asri pun ada ulas pasal ni
    dunia2..material semata2

    BalasPadam
  41. dar maza, dr asri, semua dah tulis

    BalasPadam
  42. boo.sedia la nanti bala nak datang.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.