Khamis, 13 Mei 2010

Tutorial blog : Kesan program terjah@review@jelajah blog orang

salam 1blogger!

mula entry ringkas ini dengan memberi penghargaan kepada penyumbang traffic terbesar blog joegrimjow. traffic yang datang dari blog ini sungguh mengkagumkan dan mengalahkan pingsite gengblogger sendiri. siapakah orangnya?


website referrer pada 1-11may 2010



ya, dialah ben ashaari. seorang blogger yang otai. otai dalam bidang traffic!! kalau dilihat dari gambar atas, jumlah pelawat yang datang dari blognya adalah seramai 134 orang! cukup ramai. terima kasih kepada ben juga disebabkan dengan blognya, blog joegrimjow dikenali ramai. 105 new visitor pada bulan may saja dari blognya?? mantap! kalah GB ok




sedikit celoteh mengenai ben

-tidak kedekut dalam link blog orang ke blognya

-seorang blogger yang bercita besar dalam industri ini. sudah mengalahkan blogger otai seperti redmummy dah sekarang!

-blogger yang mempunyai body yang paling sasa stakat ini.

-glamer dalam segmen jelajah

-pengasas group kelab blogger



sememangnya ben ini cukup mesra blogger. ingat lagi ku pergi komen di blognya jemput untuk masuk contest weekend @ sheffield, dia dengan cepat terus membalas, bukan balas dengan komen, tapi balas dengan entry! kagum dengan tindakannya yang pantas. satu benda yang wajar dipelajari dari ben!




kesan backlink

ku dah buat tutorial mengenai blacklink disini dan nyata kesan backlink ini cukup kuat. contohnya lihat sendiri blog cik ben, hasil dia memberi link free kepada orang, orang balas balik dengan link ke blognya. sebab itu kita jangan kedekut dengan backlink ni. apa yang penting? kerjasama



review blog orang

segmen ini ku adakan untuk menghargai blog blog yang agak rapat di dalam arena blogging ini. setakat ini dah ada 2 segmen yang ku buat iaitu blogger yang tua setahun dariku dan juga emak yang hot di arena blog. berkenaan dengan alexa, ku ada senaraikan geng 500 k blogspot yang mana ku rasakan ada penambahan dah dalam group ini. ada juga entry mengenai blog yang telah kembali ke rahmatullah, tak sempat jumpa pun dengan bro hisham. Tak lupa juga siap post lagu lagi untuk blogger2 yang bakal ibu dan juga dah jadi ibu. ooh, chika dah lahirkan anak ek?




projek lepas ini

ku akan varietykan lagi segmen terjah ini. tapi segmen ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap disebabkan mahu menjaga reader yang datang sini untuk membaca input2 menarik. jadi kena slow slow. harap semua faham.


psss : Malaysia mara ke suku akhir piala thomas. jumpa china pulak! malaysia boleh!!


nota kaki:
1) nak tengok kehebatan ben? cuba tengok berapa yg online sekarang di blog ben. mantap kan?
2) taknak join contest yang bagi peluang PM baca blog kita ke? sempat lagi nak join (link)

24 ulasan:

  1. Backlink... Kuasanya mampu menggoncang dunia.. Perghhh.. :)

    BalasPadam
  2. ahaa
    menggoncang dunia?
    apakah??
    hehe

    BalasPadam
  3. Gile banyak trafik dari ben. Ak xde ms la nk buat segmen terjah mnerjah ni. Tapi bagusla usaha ben.

    Btw ben ashaari ni pengasas geng blogger jugak kan?

    BalasPadam
  4. kak jie dah lepas projek intai bilik anak dara dgn blogger teruna ensem serata dunia.

    ada projek baru..tp nnt2lah
    tak boleh kerap sgt
    lari dgn konsep blog
    tapi entri kak jie ttp ada tutorial simpe di celah bebelan mak2 ni..

    pandai2 je la kutip mana yg boleh

    ok joe..

    rasa2nya

    dpt kot kita jumpa gath nnt

    haha...

    BalasPadam
  5. wah...ak selalu jgak dgr name abg nih..abg??hahaha..bgs betul dier..ak xmmpu nk jd mcm die..atau mcm kamu...

    kamu pn dh t'golong mcm abg ben jgak...byk ape org knal...jejaka hensem..usahawan berjaya...ekeke...=)

    BalasPadam
  6. kak jie, yessss, berjaya pujuk akhirnya ;)

    ben ni dah kahwin ok, joe je yg single. hehe. single but not available

    BalasPadam
  7. huhuhu beN & jOe mmG glaMer hIk3

    BalasPadam
  8. HEHE..abg ben mmg xkedekut link...by da way.. yg bwh skli tu..malaysia ke separuh akhir la..lwn china... smlm suku akhir dgn denmark..hehe...

    BalasPadam
  9. salam,
    saya pun datang ke blog Joe dari blg en ben
    salam kenal ^_^

    BalasPadam
  10. mmg btol lew..
    aku masuk blog dia, 41 is online!
    gilo..
    femes2..
    =)

    BalasPadam
  11. Memang memberi kesan..idea dia kadang2 di luar jangkaan...

    BalasPadam
  12. datang dr blog ben juga..ingat kan sungguh2 die mengamuk dengan en joe pulak..cehh..bikin gempak je..

    BalasPadam
  13. ben sudah cipta fenomena baru..
    ben pun dah beri harapan kepada blogger baru..

    ben sudah membuktikan impossible..is nothing!! especially dalam dunia blog.

    salute to ben!

    BalasPadam
  14. 33 orang yang online kat blog dia tadi
    lepas ni lagi bertambah tambah la

    BalasPadam
  15. blog joe ni antara blog yg mesti kena singgah juga hari2!
    ada info bagus yang berguna lagi..
    terus ikut untuk mantapkan lagi blog!
    tengkiu! ;D

    BalasPadam
  16. abang ben punya trafik mmg mantap..
    blog joe pun mantap gak..
    semua otai2..

    BalasPadam
  17. kena la tiru apa yg baik dari die
    ;)

    BalasPadam
  18. ku terjah blog ben 11 online

    ku terjah blog RM 28 online

    ku terjah blog Diana Ishak 71 online

    joe ko punye nak tengok kat mana xjumpe :P

    BalasPadam
  19. trending news in the blog world =)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.