Share

antara champagne, hot choclate dan carlsberg

fuh, penat! baru habiskan pusingan kedua the intern (sebuah pertandingan seperti the apprentice) setelah berjaya memenangi pusingan pertama yang mana dikehendaki mengumpul sebanyak mana wang, pusingan kedua lebih mencabar. pusingan pertama hanya menjual satu item tetapi kali ini, 7 item yang terpaksa dijual



cowboy hat
helium ballon
pen drive 2gig
bear
bunga rose
toilet rolls warne pink


dan...



champagne!


aiyok. hukum dah terang terang katakan kita umat islam mana boleh jual atau beli arak ni. tak tahu macam mana nak buat. jadi tadi bagitau awal awal kat kumpulan, aku akan beli barangan lain dan mereka bolehla beli champagne tu. nasib baik semua ahli kumpulan memahami dan tugasan dibahagi kepada 2



bersama perempuan yang hot



kalau pusingan pertama kesemua ahli kumpulan aku adalah afrika, kali ini dapat seorang yang agak hot. namanya vicky, 1st year law. aku dan dia dikehendaki untuk membeli 4 barang dan 2 orang lagi membeli 3 barangan lain. erkk, jalan dengan dia di city tadi agak weird, mana taknya sebab aku jalan beriringan dengan dia dan rata rata lelaki duk usha dan pandang aku, ye lah, macam mana seorang lelaki berkulit tidak putih berjalan bersama dengan fit bird mat saleh. haha, layan je la bang oiii



selesai tugasan



setelah kesemua barangan dibeli, kami perlu menjual balik ketujuh2 barang tadi dan kumpulan yang dapat profit yang paling banyak, akan layak ke pusingan seterusnya. lepas jual semua, (terima kasih kepada kawan2 malaysia yang terpaksa beli sebab aku suruh,hehe) kami satu kumpulan ke bar berdekatan untuk beramah mesra sementara meninggu keputusan diumumkan




robyn- gadis local berkulit hitam 2nd year accountant
vicky - gadis hot 1st year yang belajar law
will- lelaki yang cukup peramah, buat master dalam politik
joe-lelaki melayu tulen sejati



di bar
(translate ke dialek melayu)


will : beli apa tu? ada krim, comel!
joe : hot chocolate


will : haha, tengahari macam ni minum hot chocolate? kenapa tak ambil minuman keras?


benda ni haram, tak boleh minum walaupun nak try



di bar, hot chocolate adalah minuman terbaik untuk dibeli




will menempah carlsberg, begitu juga dengan robyn. vicky hanya meminum segelas air kosong. aku? hot chocolate. haha. kat bar, apa yang boleh dibeli?


joe : erkk, tak boleh minum...
vicky : ooh, patutlah tak beli champagne tadi. kenapa ya? salah ke?


joe : urmm, macam mana nak cakap ya, kalau minum arak ni, akan jadi mabuk. bila saya minum arak, saya jadi mabuk dan susahkan kamu semua untuk bawa saya balik *senyum*
will : hahaha, takkan segelas pun dah mabuk


*hanya mampu senyum*


robyn: itu kalau minum, tapi kenapa beli pun tak boleh?
joe : macam mana ya, saya memilih untuk beli barang lain. kan vicky ada dengan saya tadi, jadi dia jelah yang beli, saya beli topi cowboy. tak salahkan?


masing masing senyum. susah nak terangkan kepada mat saleh mat saleh ni. nak cakap yang aku agama islam dan dalam agama islam kita tak boleh minum, jual, beli arak susah juga kan? kena guna logik akal beri alasan kepada mereka. dah mereka boleh terima, barulah aku masuk sikit sikit




joe: sebenarnya saya islam, dalam agama saya tak boleh untuk minum arak, beli pu tak boleh apa lagi minum. tak dibenarkan dalam agama saya
vicky : haha, kamu memang patuh dengan agama kamu kan?



hanya mampu senyum. disini rata rata beragama kristian, tetapi mereka memisahkan agama dengan gaya hidup mereka. bagi mereka agama hanya di church, tapi bukan dalam pergaulan dan lain lain hal. berbanding dengan kita, islam itu sendiri gaya hidup, jadi semua perkara mestilah berteraskan agama kita. erkk, tapi kalau kat malaysia, ramai yang mengaku islam tapi lebih kurang sama je kehidupan dengan yang tidak beragama (alamak, terkasar pula)



mendengar keputusan



pukul 4, kami balik ke tempat bermula untuk mendengar keputusan. kali ini 8 group yang ada, 3 group yang paling sikit dapat profit, akan masuk ke meeting board dan kemungkinan akan di pecat. ala, gaya gaya the apprentice ;) agak yakin sebenarnya untuk menang sebab berjaya menjual kesemua barangan dengan harga yang sangat berpatutan.


dapat tempat ke4


wohoo, gembira juga dapat tempat ke4, jadi tak payah masuk meeting board dan kumpulan kami akan mara ke pusingan seterusnya. yeee haaa. untuk pusingan ketiga, nanti update minggu depan hari rabu, harap harap tak kena pecat untuk tahun depan


vicky : joe, malam nanti saya call awak ya
joe : kenape?


vicky : nak ajak pergi bar one, kita kenal lebih rapat lagi
joe : ok, no hal

ok, korang tahu kan part mana yang aku berangan-rangan ni kan?hehe



psss : masih gembira dengan entry2 yang masuk semalam. yang takde nama dalam list ni, bgtaulah kat ruangan komen di bawah ni ya ;)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mat salleh tak puas hati kat ko ler tu jalan dengan awek cun

aku pun x pueh hati ni

NomborSebelas berkata...

hehehe aku suka cara ko expalin pasal tak minum tue.. :D

kalo terang macam tue kat budak melayu kat malaysia nie..agak2 sepa paham ke tak erk :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

errr.... kat tmpt kerja aku ramai peminum tegar ni termasuk MELAYU gak

joegrimjow berkata...

klu melayu, terus bgtau benda tu haram, tak paham, sekeh sikit, hehe

Tanpa Nama berkata...

semua dah tua bangka
harap jawatan jer besar

Hizami Li berkata...

ahha~
tetiba syok pulak~
ya~
seriyes baca pon dah best gila~
tu belom alaminya~
ahha~

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Kuat berangan nih Joe ni.. Hehe.. Dah2.. Jgn angan lebih2.. Bahaya.. Hik hik..

Khairul berkata...

1. Slow-slow.
2. Relax
3. Jgn fikir banyak.
4. Buat dia minum banyak.
5. Bila dia dah mabuk. Kau tau apa next step. Hahaha

Milimilo berkata...

aku xpenah experience benda2 ni sbb xpenah kawan dgn org bkn islam.mau terbelit lidah jugak nk jwb. sedih betul ade kwn org melayu je.sempit perjalanan,sempit pemandangan =(

joegrimjow berkata...

sebab tu kena kawan dengan ramai org cik milo
barulah dapat ramai kenalan
;)

zikeryhassan berkata...

dulu time sekolah menengah, kwn cina kau tanya nama xsebut Allah masa mengaminkan doa. aku kelu tak boleh jawab. kau boleh bagi aku jawapan tak?

Ibu Ammar berkata...

ahaha, teringat entry bila ntah joe kasi entry hangit pasal pompuan hot. adeshhh!

HEMY berkata...

haah..kita takleh nk bagi sebab yg kita muslim je paham

joegrimjow berkata...

zikeryhassan, xpaham soklan, bleh bgtau detail skit?

green berkata...

good boy!

kuatkan iman ye..

Othman Juliana berkata...

aku ingat lagi zaman aku keje dgn mat saleh dulu-aku sorang je melayu. jumaat adalah 'happy day'-lpas keje smua pg lepak skali dgn bos2 (ini penting sbb boss yg support smua~haha). diorg akan minum2-dan sbb aku x minum, aku pg tala segala jadah mknn yg ada. Heaven. diorg pernah tanya&aku jwb cuma aku x ingt aku jwb apa.

**oh, sorang mgr aku dr Sweden pernah ajak aku pg church-nasib aku ingat apa parents aku ajar, klu tak-mau hanyut...

Iman berkata...

teringat masa first year, i dont mix with Malay except my housemate(2malay other 10 english) and coursemate...got loads of questions from them but thats how i appreciate myself for being a muslim.

bila throw a party, ada kawan baik from Japan bawak Wine.funny, ckp tak leh minum.She was like: Oww , sorry, i didnt know...

but they do respect us.

noorafzan.blogspot.com berkata...

hot choc lagi sedap..
nyum2..

.::WaNiE::. berkata...

saya suka jawapan anda..

but biasanya lah dorang ni bila kita cakap kita tak boleh minum diaorg mesti respect punye

Tanpa Nama berkata...

cam x nampak jek me nama...

http://farra8979.blogspot.com

Unknown berkata...

aku respek kamu joe...

YanTzAnabella berkata...

setuju joe.
cara hidup kat mesia ni...erk..tolak tambah bahagi darab..lebih kurang je skunk~

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

cara yg baik untuk menolak ajakan or menjawab pertanyaan mat salleh...
bagus joe, lebih ramai muslim/melayu macam nie lebih bagus.
Vee pernah berkawan dgn seorang lelaki mat salleh & die faham hukum hakam agama Islam sebab kwn ISlam die die England byk bercerita pada die...
:)

rhapsody LiN berkata...

hehe... awek hot.. :p

boleh dikatakan most of malays kat malaysia nie minum je arak. bg diorg its not wrong. haish.. makin bnyk kwn makin bnyak perangai orang kita jumpa..

azimask berkata...

anda berada di uni sheffield sekarang?? adik berada disana.. tapi dah balik.. konvo pada 2008.. saya kesana juga 2008.. emmm.... seronok duduk disan selama 3 miinggu .. tapi malaysia lagi bagus,... hehehehhe

saja menyinggah.. blog hopping.. sekali terjumpa ini blog.. menarik bila tajuk hot chocholate itu.. sebba saya penggemar hot choc.. lebih lebih lagik yg jenama cadburry itu.. nyumm nyummm...

amil corse apa di unu sheffield??

azimask berkata...

oowh engineering.. sama seperti adik saya... hihihihi lama lagik di sana? uni sheffield?

Unknown berkata...

ohhohh.hot coklet.naknaknak.

joegrimjow berkata...

xlama sangat
setahun je lagi
;)

adie berkata...

joe, ko explain la macam mr bean explain. minum-mabuk-driving-excident.hehe

joegrimjow berkata...

bleh jugak tu
tp kat sini xdriving plak
hehee

Nurulbadiah Lai berkata...

good explanation...if kite xminum..the others will respect us..no worries..i just wondering..some of my friends.muslim n malay.when i asked y minum..die ckp..xsedap nk tolak..nti what de others say..u go party..then u should know how to deal with la..memberi alasan bhawa xsedap nk tolak for me sgt22 tdak munasabah.sy juga stay di kalangan family yng ade non muslim...setipa hari die munum semua..tp if kite xnak..die akn respect kite..cheers...

ms sengal berkata...

salam..
isu agama susah nk dibahaskan kt mlysia ni..isu sensitif..tp bnde2 cmni la mnyebabkan rmai org melayu yg sekadar islam kt IC jer tapi xpnh nk jdikan islam sbgai gaya hidup..cth:

my sis pernah wt prctical kt sbuah company yg agak terkemuka kt mlysia ni..siyesli, dia sgt mnyampah ngan sikap supervisor dia yg slalu ajak dia lepak kt pub time weekend..n org tu adalah malay guy..teruk bukan?


dan saya pernah disoal oleh roomate chinese time kt m3x dlu ttg knp saya ucap 'alhamdulillah' ketika bersin n time uzur, knp sy tak solat..act, byk sgt persoalan agama yg dia tnye n kdg-kdg xterjwb sy ngan logik akal..dia terlalu teruja untuk belajar psl islam tapi syg, sy dh ter'lost' contact ngan dia skrg..T_T

p/s:
maaf klu komen ni pnjang n terlari dari tajuk... :)

Jard The Great berkata...

aku sokong penyuk.. hehehehe... tinguk citer mr bean ade gak pengajaranya..

joegrimjow berkata...

pasal islam kat IC tu boleh buka tajuk baru
;)

Tanpa Nama berkata...

terbaik

-shhh-

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW