Share

Coret-coret bulan September

Salam,


Dah lama tak berblog pasal peribadikan? heh, blog ni pun dah hilang identitinya dah bila banyak sangat cerita pasal orang lain padahal niat asal untuk menulis adalah pasal diri sendiri je. Tapi takpelah kan, biasalah tu berblog, kadang-kadang terubah tanpa kita perasan. Layan saja lah, yang penting tak berhenti dari berblog kan? Ok, entry kali ini akan banyak cerita pasal diri sendiri, nak lepaskan gian sikit =)



1 - Pasal blog

Kalau pasal traffic, ada sedikit penurunan. Ni disebabkan raya tempoh hari, traffic memang sangat ciput. hehe, takpe, semua sibuk beraya, takkan nak salahkan raya kan? Lagi pun aku sendiri tak update banyak entry masa raya hari tu (ye ke?) Bawah ni entry popular dibaca sepanjang bulan september lepas


Memang terbukti yang tajuk 'nakal' ni mendapat tempat di hati pembaca kan? hehe. Ok, gambar yang di bawah ni adalah penyumbang traffic sepanjang bulan 9 ni. Terima kasih semua! Cik Mat Gebu ni ku rasa nak bagi hadiah la sebab dah 2 bulan jadi penyumbang paling banyak, u nak tefal tak? =)



Perancangan pada bulan 10 ni, aku akan mula belajar balik hosting, domain, wordpress sebab aku akan mulakan blog secara serius. haha, sekarang ni tak serius lagi ke? nantilah cerita, cerita tu terlalu panjang sampai boleh buat satu entry kot. si syah dan juga mr piratz la yang racun ni, akhirnya tertewas juga!!



2 - Contest-contest

Alhamdulillah aku menang RM 500 dari alliance bank. entry pasal, my son for sale hari tu. ingat? tak sangka boleh menang. ingatkan entry saja-saja hari tu tak dapat, rupanya dapat. 500 pulak tu. wah wah, terima kasih khairuddin

Aku pun ada buat contest bulan september hari tu, pasal kad raya dan hadiahnya 150 ribu.... rupiah =) hehe, tahniah pada ketiga-tiga yang dapat, zool, eiyra dan hizami. juga pada kesemua 30 yang lain mendapat kad raya yang bertulisan buruk tu, sorrylah kalau tak dapat baca. hoho. kepada yang hantar kad raya, hari tu dah janji nak buat entry tapi tak jadi sebab tak cukup 20??? tak tak, sebab ada masalah dengan anak sedara, paham2 lah bila dah ramai anak sdare ni macam mana....

contest terbaru yang aku join adalah dari DiGi. yang ni memang peluang nak dapat sangat tipis, aku masuk pun sebab nak dapatkan pengalaman join menulis entry contest sebanyak 4 entry. wohooo, banyak ok. jadi korang boleh baca kat bawah ni untuk kesemua entrynya ok






3 - Tinggal di UK

Sekarang aku berada di UK, nak satelkan hal grad semua. Bagi yang tak tahu lagi, aku dah habis kat sini. tengah bulan 10 ni aku akan balik ke Malaysia for good. bulan 7 tahun depan insyaAllah akan datang bersama dengan mak yang disponsor penuh oleh diri sendiri ( wah wahhh) dan juga isteri kesayangan untuk hadiri graduation ceremony. boleh la berbulan madu naik gondola kat venice kan. eh, isteri?? ekeke. woootttsss ;p


pakcik tunggu saya tau, bulan 6 saya datang




4 - Pasal kerja

Dah habis belajar ni, mesti soalan paling lazim ditanya oleh mak cik mak cik adalah nak kerja ke mana? heh, aku pun tak terkecuali. kat mana aku akan kerja nanti pun aku akan buat entry penuh. jeng jeng jeng. ke mana agaknya ek? dubai? us? uk? ZIMBABWE??? nantikan

Sekarang ni Herbalife yang aku buat sangat stabil. Maksud stabil tu bila kita tak cari custemer lain, masih dapat duit. erkkk??? macam mana? herbalife ni bukan sistem piramid, tak buat kerja, masih lagi akan dapat. bukan bukan. tak buat kerja, ko tak dapatlah. tapi kenapa aku cakap tak cari custemer pun masih dapat duit? ahaaa, ini disebabkan custemer aku yang maha banyaknya pasti ada yang nak beli lagi. so, dari situlah dapat duitnya. nantikan full entry pasal kerja nanti!

alamak, terkantoi pulak =)




5 - Pasal kematian

Bulan september jugak banyak orang dekat aku yang mati. ada dari kalangan blogger dan yang terbaru sebelum aku fly ke sini adalah mak saudara aku. 2 bulan bergelut dengan cancer akhirnya meninggal. takziah pada family cik ngoh dan sama-sama sedekahkan al-fatihah pada arwah.

Sebut pasal cancer ni, dunia kita sekarang ni terlalu kotor sampaikan dah tak tahu punca cancer tu dari mana. dulu orang kata ada genetik je akan dapat, sekarang ni dah tak dah. orang biasa pun boleh dapat! antara yang aku baca adalah selalu makan makanan dalam microwave, kuat sangat gayut dengan hanphone pun boleh sebabkan cancer. fuhh, bahaya-bahaya. jadi aku berpesan kepada semua, kalau ada rasa tak sihat, selalulah pergi jumpa doktor untuk check kesihatan dan kita sendiri pun, selalulah amalkan gaya hidup yang sihat. jaga makanan dan selalulah bersenam



6 - Pasal anak saudara baru

Wahaaa, semalam fb akak ku bgtau yang akak ipar aku dah selamat lahirkan anak. wah wah, bertambah lagilah bilangan anak sedara aku ni. Sekarang dah cukup 11. hoho, sangat banyak ok. pokai papa joe dia nak bagi duit raya nanti (ayat biasa orang banyak anak saudara) Nama aku tk tahu lagi apa, tapi baby gurl ni memang sangat comel macam..........


papa joe dia =)


Ok, satel. selamat hari jumaat semua

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

31 comments:

RAFHAN ~peace~ said...

oh, da grade ye? tahniah Joe..

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

dah grad aa Joe?

tahniah!

;)

joegrimjow said...

@LORD ZARA 札拉

grad bulan 7

gadisBunga said...

tahniah. abis jugak akhirnya. selamat tunggu time convo!

woohoo...link kite ada gak jadi penyumbang kat atas tuh....woohoo!

Menjejak Izani said...

perhatian untuk blogger-blogger popular!

http://menjejakizani.blogspot.com/

honey amour said...

tang isteri² tu sila update secepat mungkin...

Hazzy Ishak said...

semangat nak bawa bakal isteri ke UK tu

afiq aiman said...

tak leh blah kalau joe kata mcm............papa joe dia...sikit pun tak ekeke

Anonymous said...

comelnye baby ;)

tnh

eNaSaN said...

tahniah Joe...

Matjoe said...

no sales no commission. full time herbalife pun ok

joegrimjow said...

@gadisBunga

wohooo
tu la
hehe

joegrimjow said...

@Menjejak Izani
apakah??

joegrimjow said...

@honey amour
erkk
lambat2 la baru suspendo

joegrimjow said...

@Matjoe

yuppaa
nantikan update
=)

farhana said...

wow balik malaysia.. gud luck!

Mat Gebu said...

Comeynyaa baby...cute...uikk hadiah ke, alaaa pak tua mu ini bukan jenis yang demand, apa2 jeelahh...

APi said...

d0main sendiri j0e?
musti lagi wallah pas ni..
c0ngratez eh..
da nak abes p0n belaja..
^^

Keretapi said...

nanti sponsor sendiri belajar kat uk? woaaaa bestnya. bawak bini pulak tu, konfem masyuk nih.

nanti kalau aku tak dapat scholarship nak fly mane2, taula aku nak cari sape ye bro :D

Keretapi said...

OH SORRY! salah faham sikit ye. ingat sponsor blaja, rupenye sponsor tambang utk grad.

kecewa T_T

maCy said...

eh. tua dah uncle joe ni. wah3

eley, owg da 19 ank sdara ok? ;p

um, aa.. pe na ckp td. haa.. taya tuka domain, taya2.. elax je. haha

etomyam said...

wah kiutnya baby tu...gerams

noor afzan said...

baestu hang pegi sana mmg semata-mata untuk settle kan hal grad la ye..
keje kat mesia je la joe.
=)

joegrimjow said...

@Mat Gebu

hehe, ye ek xdemand pape
ok

joegrimjow said...

@APi
da ada dah domain tu

joegrimjow said...

@Keretapi

hehe, sponsor naik kapal terbang je

joegrimjow said...

@noor afzan

sambil2 beli..... hehe

Zikri Husaini said...

wah jeo... mantap2... tak sangka bulan lepas ramai orang yang meninggal.. aku simpati kepada keluarga .... nanti ceritalah pasal kerjaya k... :-)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

yang di namakan kehidupan... rindu aku nak kesana... dah nak dekat musim sejuk ni

joegrimjow said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

xmusim sejuk pun mmg sangat sejuk skrg

rohadatul aisy' said...

tahniah Joe..dpt niece baru.. =)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW