Share

E-Book percuma : Rahsia jutawan di usia 25 tahun

E-book atau entry percuma ini dibuat khas untuk sesiapa yang menjumpainya. Untung sangat sebab ia adalah percuma. Harga asal e-book ini adalah 25 usd tetapi kali ini adalah percuma! Sebelum membongkar rahsianya, terimalah entry ringan ini dulu



*****


Tahun 2050

Jagarjek bersama atuknya joegrimjow telah berjalan-jalan di sekitar area shah alam. Kawasan itu jelas banyak berubah. Hari ini dia jagarjek mahu belajar sesuatu dari atuknya iaitu cara mahu jadi cepat kaya. ya, cara yang sangat cepat sampaikan sesiapa yang mencubanya akan menjadi sekaya sampaikan duit tak tahu nak simpan di mana!


Jagarjek : atuk, nak tahu rahsia kaya macam mana. cepatlah bagitau.
Joegrimjow : alaa, tak cukup lagi ke duit raya dirham yang atuk bagi hari tu?

Jagarjek : tak cukup. dah beli ice cream. dah habis semua dah
Joegrimjow : mak oi, kuat betul makan ice cream. makan ke melantak ni?


Jagarjek : alaaa, atuk janganlah ubah tajuk. cepat bgtau macam mana nak jadi kaya!
Joegrimjow : hurmmm. dah buat entry dah dulu. cari balik kat entry e-book percuma “ rahsia jutawan di usia 25 tahun


Jagarjek : ye ke? ok, nanti cari
Joegrimjow : alang-alang melawat atuk ni, meh atuk nak story pasal tahap2 kekayaan orang ni

Jagarjek : kekayaan pun ada tahap ke tu?
Joegrimjow : mestilah ada. sebelum tu, kita naik dulu kereboter (kereta + motobot +helikopter) atuk nak tunjuk tempat2 yang menarik


Mereka pun menaiki kereboter itu. set tempat telah ditentukan dan tak sampai 12 minit, mereka berdua sudah sampai di satu kawasan perumahan yang sangat mewah. ya, sangat mewah! ada satu rumah disitu yang sangat besar!




Jagarjek : perghhh, besar2nya kawasan rumah ni
Joegrimjow : haa, memang sangat besar. ni lah rumah orang kaya tahap ketiga


Jagarjek : tahap ketiga maksudnya?
Joegrimjow : tahap yang paling biasa bagi title orang kaya


Jagarjek : maknanya ada lagi yang lagi kaya?
Joegrimjow : mestilah ada. nak tengok lagi?

Jagarjek : mestilah nak
Joegrimjow : ok, jom kita pergi


Mereka berdua naik sekai lagi ke tempat yang seterusnya. kali ini ke tempat yang sangat sunyi. ada rumah papan yang hampir-hampir runtuh dek anai-anai. jagarjek berasa pelik




Jagarjek : erkk, betul ke ni tuk tempatnya?
Joegrimjow : betullah, ni tahap kedua orang kaya ni

Jagarjek : mana ada ni tuk. rumah tadi lagi besar dan mewah dari sini. sini... rumah papan pun kaya?
Joegrimjow : mereka sangat kaya cu, mereka kaya di akhirat!


Jagarjek : erk?
Joegrimjow : penghuni rumah ni ada 5 orang anak. kelima-lima merupakan kuat agama. ayah dan ibu mereka pak imam dan ustazah di sekolah pondok. kalau cu tengok amalan mereka anak beranak, fuuh, memang sangat terbaik! boleh bayang betapa banyaknya harta mereka di akhirat?


Jagarjek : wow. takleh bayang. tapi memang betul ke mereka kaya?
Joegrimjow : betul. ni tahap kedua. nak tengok tahap pertama?

Jagarjek : ada lagi tahap pertama?
Joegrimjow : mestilah ada.

Jagarjek : mungkin anak mereka ada 10 dan semuanya kuat agama?
Joegrimjow : u will see babeh


Akhirnya mereka ke satu tempat yang terakhir. sampai disana, jagarjek dapat melihat sendiri di depannya satu masjid yang cukup gah dibina, ramai imarahkannya dan terdapat sebuah rumah ditepinya yang juga agak mewah


Jagarjek : erk, mana satu rumah orang kaya tu?
Joegrimjow : tu la, yang bentuk rumah, takkan mereka duduk kat masjid pulak

Jagarjek : ooh, yg besar tu? mewah mewah. jadi, kenapa mereka dapat no 1 ni tuk?
Joegrimjow : hehe, cuba tengok masjid kat tepi tu. besar?

Jagarjek : bukan setakat besar, tapi happening! ramai orang yang datang
Joegrimjow : ahaa, kalau nak tahu, pemilik rumah tu juga yang membina masjid tu

Jagarjek : ekk?
Joegrimjow : iye. dia merupakan billionaire orang islam yang ke 43. anak2nya semua bekerjaya. ada peguam, ada doktor dan ada engineer. kesemuanya bukan sahaja bekerja di bidang professional tapi juga hafiz alquran. Masjid tu dibina oleh pemilik rumah tu untuk kemudahan orang setempat.

Jagarjek : maknanyanya?
Joegrimjow : orang yang paling kaya ni, bukan sahaja kaya di dunia, tapi di akhirat pun kaya.


Jagarjek : camne atuk tahu dieorg kaya di akhirat? pernah jumpa?
Joegrimjow : ekeke. bukan. tapi agama kita kan dah cakap, 3 benda yang takkan putus walaupun kita telah mati adalah, harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh selalu mendoakan ibubapanya. pemilik rumah ni ada pakej lengkap. walaupun berjaya di dunia, dia tidak lupa untuk jadi kaya di akhirat!

Jagarjek : ok, atuk nak bgtau sini yang.... kaya di akhirat lagi kaya dari orang kaya di dunia
Joegrimjow : yuppp

Jagarjek : dan orang yang kaya di dunia dan di akhirat lagi kaya dari orang yang hanya kaya di akhirat
Joegrimjow : yupppa. bijak cucu atuk


Jagarjek : ohooo, got it. thank u atuk!!
Joegrimjow : sama2


******


Nak tahu apakah rahsianya? jeng jeng jeng.


Rahsia untuk kaya adalah formula D.U.I.T

D untuk doa
selalulah berdoa agar jadi kaya dan harta yang diperoleh itu mendekatkan diri lagi dengan sang pencipta, bukan membuat jauh dari sang pencipta

U untuk usaha
Berusalah sedaya upaya tanpa mengira penat lelah. Jangan cepat berputus asa dengan sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang kita mahukan

I untuk ikhtiar
jangan cepat berputus asa dan jika tidak berjaya, ikhtiar dengan cara yang lain. susah senang itu adalah adat untuk orang berjaya!


T untuk tawakkal
setelah berusaha, berikhtiar dan berdoa, serahlah sepenuh hati kepada Allah. Jika tak kaya-kaya juga, anggaplah itu adalah terbaik untuk diri sendiri. mungkin jadi anda sekarang lagi baik dari mempunyai banyak duit. who knows?

except Him that knows the best for us!

pss : no short cut bro no short cut!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

34 comments:

sOLL de sOUza said...

btol2..stuju sangat ngan D.U.I.T..;D

Aizat Shafiq said...

@soul de souza

aku stuju dengan pendapat ko joe...
=)

dah dapat kad raya ko...
thanks for the souvenir dengan buiness kad yang cute...hihihi...

joegrimjow said...

@Aizat Shafiq

sama2
=)

Lelaki Ini said...

ah..
betul2!
setuju!

Kalamhati said...

hehe suspen abis!..btw tq!angguk setuju..=)

Wan Ahmad Nabil said...

terbaek lah joe. suka sangat entri ni. :D nasib lah jadi follower. kalau tak, mana tahu. :D

hana devushka said...

DUIT..ingat tyme sklh dlu..program motivasi nak exam slalu ada perkataan DUIT..(^_^)

aYaz said...

alhamdulillah..
entri camni sangat bagus,nice 1..
muhasabah dri dn insaf..
apekah kite kat dunia ni dah byk cukup amalan utk bwk bekalan ke akhirat yg abadi?
slmt beramal rakan2 blog..
^.^

maCy said...

2 kali kne warning sal malware. tersekat mbaca.. huk

Sya Isya said...

so sweet and meaningful

Nurulbadiah Lai said...

encik joe..
bgus sgt entry ni..buat saya berfikir pnjang sgt2..sbb kdang2 kite sbgai manusia..byak fikirkan dunia..kdang2 terlupa akhirat..
teringat arwah nenek sy yang hdup susah..tp die ckp die bhagia dengan hdup dia..sbb duit bkn segalanya..
kdang22 kalu kaya pon..tp hati xsenang..hdup xberkat..xde guna gak kn..

saya belajar dari entry ini..alhamdulilah..:).

Nabiel said...

yup!
yes..aku bleh gunakan jwpn nie~hehehe

Chaon Cornerz said...

hebat la atok.. banyak pengetahuan yang nak dikongsi.. betol tue.. kalau kaya kat dunia bukan kat akhirat takde gune hidup nie.. kosong..

oda the miss Rrrr said...

jalan story yang besh..urmm indahnya pilihan yang ke3

*∽ IZAN ∽* said...

ya betullllllllllllllllll!!!

*∽ IZAN ∽* said...

salam Dik.. lupa lak nak inpomm..
Blog awak pun detect malware la dari another 2 sites... nak klik je tu diaa..kuar error message merah menyala mak ngahh!

Check it out yekkk!
http://sweetomoide.blogspot.com/2010/09/malware-detected-sana-sini-blog.html

joegrimjow said...

malware tu innity punya masalah
biasalah tu
=)

eNaSaN said...

gOOD ..




kita kkdg sebagai manusia mudah lupa..asyik nk kejar duniawi..lupa psl akHiraT..


Thanks 4 ingataN yg santai but menusuk kalBU... D.U.I.T....

~~DucKneSs~~ said...

yup..memang xde shortcut..


mari usaha!!!!

anyss said...

Salam,
Terima kasih dengan entri ni...
Selamat hari Raya Aidilfitri

Daffodil D said...

super duper agree with u! nice post! :)

miss nana said...

entri ni buat saya tersenyum =)

joegrimjow said...

bagus kalau suka
=)

Hidayah Ismawi said...

very sweet and informative.. good work! teruskan usaha menyebarkan benda yg baik mcm ni :)

MY LATEST ENTRY: Hooray!

adnin said...

best2, kene praktikkn ni.. :)

chanz said...

aku taknak jadi kaya...nanti aku lupa..True. Allah knows best.

nur said...

nice one entry ni.. kreatif la.. org skrg ni nk skim cepat kaya je kan.

Tn.Punya said...

Terbaik punya TipS.. Kita Sama2 usaha cari D.U.I.T

nuri said...

best la entry ni..
tapi..
rumah yg kat tepi masjid tu cam x real je.. ^^ hihi.. gurau2..
anyway, keep it up.

joegrimjow said...

@nuri

itu edit saja tu

Wan Gerrard said...

Wah, entry menarik..
sama-sama lah mengamalkan DIUT tu ^_^v

hafizmd said...

terbaiklah joe..setuju ngn term DUIT tuh..thanks atas entri nasihat camni...teruskan usahamu bro..:D

Peri PiA said...

superb!!

wiil do it the DUIT

InsyAllah

Fadhilah Mn said...

entry ni mesti buat orang terdiam. kih kih kih

entry menarik :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW