Share

Dapat jemputan untuk #ChurpoutBukaPuasa

Tempoh hari ada BroFramestone tag pasal event buka puasa yang kiteorang anjurkan. Antara blogger-blogger. Memang satu memori yang indah dikenang. er... 2 ke 3 tahun yang lepas tak pasti. haha. Nampak sangat dah lama xjoin majlis-majlis buka puasa. Sibuk katakan (alasan je tu)

Jadi aku twit kat twitter nak tanya respon, kalau buat event buka puasa tu lagi macam mana? dan..... tak dapat sangat sambutan. haha. Kebetulan @churp2 ada buat majlis buka puasa dan kena buat task dia dulu baru buat jemputan, apa lagi isi je lah. Dan.................... dieorang pun bagi jemputan tu semalam :)



siapa yang dapat lagi jemputan? kita sama-sama jumpa la ya kat sana :)

Aku tengok Bijan Restaurant ni harga buffet dia RM 80 jugak. 2 jemputan, dah untung RM 160 kat situ. waha, thank u ya churp2 bagi jemputan ni. Sangat sesuailah dengan cheat day aku ni pada bulan Ramadhan ni, kita makan secukupnya kat sana nanti. hehehehe. Cheat day pertama aku hari tu, aku bayar so macam rugi tak makan banyak kan, semua nak amek, tapi ni dah di belanja, apa lagi kita pilih makanan yang berkhasiat je. jadi contoh gitu. nak goncang shake kat sana nanti. wahaha




Berbuka puasa tak seperti dulu

Ni aku specific buka puasa yang organised je la. Dulu aku rasa kebanyakan blogger join majlis buka puasa ni untuk rapatkan hubungan lagi - dari dunia maya ke dunia realiti - sebab tu dieorang join, tapi sekarang ni, susah sikit la sebab semua nak makan free je (macam aku la tu) dan tunggu jemput pihak restaurant suruh buat review baru bersungguh nak view. Sangat rindukan zaman-zaman beli makanan kat bazar Ramadhan, pastu buka puasa ramai-ramai. Macam dulu-dulu. heeee

Tahun ni nak buat lagi? jom la jom la

Okeh, tu saja bebelan di tengahari. Selamat berpuasa semua!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Meteor Garden dan hilang ingatan

Aku rasa, antara cerita drama (korea, taiwan, jepun) pertama yang aku follow adalah Meteor Garden. Follow pun sebab kakak aku beli cd-cd dia. Siri 1 sampai 4 ke 3, aku pun dah tak ingat. Cerita yang bestlah jugak, terutama kepada yang tak buat apa-apa, rasa masa tu tak penting, cerita Meteor Garden ni boleh dijadikan drama untuk habiskan masa!

Kalau aku tengok cerita siri tu sekarang, konfem 1 cd je dah tutup. Maklumlah, dah tua2 ni rasa masa tu berharga pulak. eh? hehe

Ok, berbalik kepada drama ni, cerita yang mengisahkan 4 jejaka yang super kaya, penyanyi + pelakon ala-ala band boys gitu. 4 jejaka dengan kisah yang tersendiri tapi mestilah ada satu kisah yang utama kan. So dari empat tu ada satu hero ni yang jatuh cinta dengan gadis kampung. Typical drama, sorang kaya sorang miskin.

Aku tak ingat dah jalan cerita yang lain, tapi yang aku ingat masa hero ni nak kawin dengan gadis kampung tu, boleh pulak dia excident dan hilang ingatan. Yang gadis kampung ni punyalah lama tunggu last-last memang tak jadi kawin. Hero ni pulak, dibawa ke hospital dan doktor sahkan dia hilang ingatan dan nak jadikan cerita ni lagi kompleks, hero ni bercinta pula dengan pompuan yang jaga dia masa dia hilang ingatan

Ending dia, aku dah lupa. haha


Hilang ingatan!

Just pagi buta ni aku membebel pasal hilang ingatan ni sebab tadi aku terbaca surah AL A'raf 



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (AL A'raf 172)

Actually boleh dikatakan kita ni sebenarnya dah 'hilang ingatan' Manusia ni (kitalah tu) telah mengadakan perjanjian dengan Allah sejak azali lagi bahawa Allah tu tuhan kita dan hidup kita hanya untuk beribadah kepadaNya. Tapi kita dah tak ingatkan? aku pun tak ingat dan aku rasa tiada siapa yang ingat!


Bagaimana dibesarkan?

Kalau korang pernah tengok cerita yang ala-ala meteor garden ni, yang lupa ingatan ni memang dia tak ingat langsung dengan benda-benda sebelum tu. Even nama pun dia tak ingat. Sebab tu dia jadi orang baru. Jadi orang baru sebab dia ada 'suasana' yang baru. Ada orang baru, ada persekitaran yang baru. Jadi boleh dikatakan dia dah jadi orang baru!

Katakanlah dia terjumpa satu diari yang dia tulis sebelum dia lupa ingatan, kisah hidup dia sebelum dia lupa ingatan tu, mesti susah kan dia nak percaya yang dia ada kehidupan lain masa lampau. Kalau kita berada kat tempat dia tu, macam mana agaknya perasaan kita masa tu?

Sama jugak dengan kita. Kenapa kita ni beragama Islam, kenapa ada orang bukan Islam. Ini kerana kita lahir dalam suasana Islam. Mak ayah kita Islam, kampung kita penuh dengan aktiviti keislaman. Ada juga yang lahir sebagai Islam, tapi tak macam orang Islam. Solat tak, puasa tak. Tu semua ajaran dari kecil.

So, kalau korang rasa diri korang ada nilai agama Islam, cepat terima kasih kepada mak bapak korang cepat-cepat :)

Eh, jadi bagaimana pula dengan mak bapak yang tak amalkan ajaran Islam ni?

Allah sambung lagi dengan ayat seterusnya



Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” (AL A'raf 173)

Memang manusia ni kerja dia nak salahkan orang je kan? hehe

Sambungan lagi ayat seterusnya



Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran)  (AL A'raf 174)

ALQURAN TU MUKJIZAT

Kita ni sepatutnya rasa sangat-sangat-sangat syukur kerana ada Al-Quran yang memberi segala petunjuk. Selain jadi diari yang kita tulis sebelum kita lupa ingatan, quran juga dah tunjuk tertera kepada kita apa yang akan terjadi kemudian. super power! kalau kita terus hidup ini hanya untuk beribadah kepada Dia, jaminan kita di syurga. Berlaku sebaliknya, sebaliknya jugalah tempat kita berada

Lebih kepada kesian......

Sebab tu kalau korang tengok ada yang masih tidak amalkan ajaran Islam, puasa ya tapi solat tak, zakat bayar tapi puasa tak, haji pergi tapi puasa 3 kali je, korang jangan marah. Kena lebih kepada kesian. Kesian sebab dia masih belum dapat keimanan tu. Kesian sebab dia masih tak jumpa 'diari' yang dia tulis masa dia ada ingatan dulu tu

....... kemudian

bersyukur sebab korang Allah dah berikan petunjuk kepada kita awal-awal lagi. Then siapa yang nak sampaikan tu kepada mereka? KITALAH yang tahu ni! Aku sambung lagi ayat tadi



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.  (AL A'raf 175)



Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (AL A'raf 176)

Tugas kita menyampaikan, bukan untuk mengubah

Kalau kita cuba sampaikan sesuatu yang baik dengan niat agar dia berubah, SEMANGAT kita jadi lain masa nak sampaikan tu. Tapi hati-hati, takutnya nanti kita tak berjaya mengubah dia, kita yang akan kecewa. Just ingat balik, tugas kita hanya untuk sampaikan, nak berubah ke tak, hanya Allah yang Maha Mengetahui....


End :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tak tahulah korang dapat ke tak apa yang aku tulis ni. Harap-harap dapat. Bulan Ramadhan ni, kita kena perbanyakkan lagi ilmu agama kita, selain baca quran, sedekah dan solat sunat, ilmu juga sesuatu yang kita kena tambah secara berterusan. Jadikanlah medium blog ni untuk kita menambah ilmu. Aku dapat idea menulis ni, mungkin akan lupa kalau aku tak tulisnya dan hanya bermain di fikiran. At least bila aku menulis, aku dapat refresh balik, korang pun mungkin dapat sesuatu

Selamat Ramadhan, dah start minggu kedua dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harga ayam naik, jangan makan ayam - Menteri

Semalam ke bazar ramadhan, terkejut harga separuh ayam golek madu RM 12! kalau seekor RM 24! Tu harga kat Kelantan tu, kalau kat area lain tak tahulah berapa

Dan terbaca ramai yg komen Menteri suruh elak makan ayam tu adalah tindakan yang kurang bijak. Ni post mengenainya



KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama (link asal)

Bagi aku ni adalah tindakan yang bijak!

Ya aku tahu ayam tu antara makanan 'utama' dan dengan harga yang melonjak tinggi menyusahkan orang, tapi kita benda macam ni bukannya dalam kawalan kita. 

Tapi nak tergelak juga baca komen-komen kat facebook tadi

  • Gula naik harga,kurangkan pengambilan gula dalam air.Ayam naik harga,kurangkan pengambilan ayam.." Kata Menteri... kalau tax naik,kurangkan pembayaran tax ke tayah bayar terus?hihihi
  • Mujur xjadi mnteri kesihatan..pasal klau harga ubat tinggi nnti die bilang xpyah mkn ubat..p masuk hutan cari akar kayu sendiri buat ubat..
Biasalah tu, keluhan rakyat, pak menteri kena terimalah


Kenapa aku kata ini adalah tindakan bijak?

Musim perayaan macam ni, memang harga barang akan naik dengan tidak semena-mena. Tak tahu kenapa, tapi itulah senario yang terjadi. Kalau belajar ekonomi, bila permintaan melebihi pengeluaran, harga pun akan naik. Tapi barang-barang keperluan diletakkan harga maksimum, permintaan banyak macam mana pun, jangan naikkan sebarangan harga. Sama juga dengan ayam, dah ditetapkan harga ni, memang tak boleh lebih dari harga yang ditetapkan

Sebab tu kat bawah keratan akhbar kat atas tu, dah banyak pengusaha yang kena kompoun


Benda yang kita boleh kawal

Sekarang ni cuba kita letak diri kita sebagai pengguna. Kalau barang dah naik, dan kita masih ada lagi pilihan barang lain sebagai ganti, pilihlah barang lain yang dirasakan lebih murah. Iaitu samalah macam pak menteri sarankan tu. elak makan ayam!

Sekarang ni kita poyo kita nilah pak menteri, sebab tu kita tak bersetuju dengan saranan dibuat tu. Kita rasa kenapa tak kenakan tindakan seberat-beratnya kepada pembekal dan pemborong yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kita rasa kenapa tak tambah jumlah pembekal menjadi lebih banyak dan banyak benda lain lagi kita rasa boleh dibuat

Masalahnya - kita bukannya pak menteri!

Dah takde kuasa tu, buatlah cara takde kuasa. hehe.


Benda yang pak menteri boleh buat

Aku tengok jumlah kompoun yg dikenakan sepanjang ops harga dijalankan hanya dapat RM 7 ribu lebih je, tu tak memadai lagi. Cuba tambah bilangan penguatkuasa untuk jalankan tugas, barulah ramai peniaga yang nak dapat untung lebih kena bayar kompoun. Ni seakan buat kerja-tak-buat-kerja. Kalau tak kenapa ramai rakyat yang mengeluh ye tak?

Okeh, tu saja pendapat aku. enjoy reading! Aku pun dulu seminggu sekali suka jugak beli separuh ayam golek, ratah sorang-sorang. haha, enjoy ohhh. tapi sekarang ni, dengan harga yang tak menentu, baik minum shake je lah. hikkss


pss: 6 Ramadhan dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW