Share

3 sebab utama berat semakin naik walaupun dah 10 hari berpuasa

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa! Cepat sungguh!

Banyak-banyak tahun berpuasa, aku rasa tahun ni yang paling cepat antara kebanyakan tahun. Entahlah mungkin sibuk dengan pelbagai urusan ataupun sememangnya bumi berputar semakin cepat (erk) aku pun tak tahu. 10 hari dah Ramadan pergi, tinggal 20 hari lagi. Cepat kan?

Okeh, entry ni aku nak kupas satu masalah yang sentiasa orang kita hadapi - berat badan. Ramai yang beranggapan bila bulan puasa je, berat akan turun. Heh, ingat dulu 10 hari sebelum nak puasa, orang ada tegur kita - banyak sangat ko makan ni, dah dah la tu - dan dengan slumber kita balas - nanti bulan puasa turun lah tu (sambil mulut mengunyah-ngunyah) haaa, ingat?

Jadi, jom kita tengok, kenapakah berat badan tak turun-turun walaupun dah berpuasa sebelum 10 hari malahan BERTAMBAH pulak tu. wah!!


1) Berbuka bagai tak makan 20 jam



Cer imbas balik apa makanan yang kita makan ketika berbuka? Adakah penuh meja ataupun nasi tambah sampai 3 kali? Makan terlalu banyak ketika berbuka ni aku boleh katakan faktor utama kenapa berat semakin naik walaunpun berpuasa. Korang kena ingat, BMR korang masa puasa jadi rendah berbanding korang tak puasa, jadi ketika berbuka memang kan sangat-sangat control jangan terlalu sangat. 

Ada jugak yang memilih untuk berbuka dengan buffet yang mahal-mahal dan end up makan lagi walaupun perut dah 'can not go' Ye lah, nak bagi duit tu tak membazir sampaikan perut menjadi mangsa! Yang tak tahannya, lepas berbuka tu tarawih tak pergi tapi morih tetap ada. alalalaaaa ruginya


2) Tidak bersenam sebab letih



Ada banyak diantara kita (mungkin korang salah seorangnya yang tengah baca ni) yang tidak bersahur atau dah memang jadi amalan bersahur sebelum tidur. End up korang akan tak bertenaga dan tak sampai petang lagi korang dah penat. Tengahari tidur sampai petang dan bila dah petang bertenaga balik untuk ke bazar Ramadan! KEJAP, mana masa korang peruntukkan untuk bersenam?

Puasa atau tidak, bersenam adalah satu kemestian untuk jaga tubuh badan yang ok. Cuma ketika berpuasa ni, tak dicadangkan untuk bersenam berat-berat sebab takut berlaku kekurangan air secara mengejut. Tapi tu tak bermakna korang kena tinggalkan senaman. Senaman adalah perlu! Cuba ambil masa sejam sebelum berbuka keluar rumah dan bersenam selama 20-30 minit. Buat ringan-ringan je, tak perlu berat-berat


3) Terlupa untuk minum air kosong



Masa berbuka, mesti ramai yang makan kurma + air manis terlebih dahulu. Sebut je air apa, tebu, soya, cincau, milo ais atau apa-apa je lah, mesti manis. Dah habis tarawih, minum air teh tarik pulak dan masa bersahur sempat sentuh segelas je air masak. Ramai je kan macam ni?

Puasa ke tak puasa, air kosong ni adalah sangat penting. 2-3 liter dalam sehari adalah mesti. Apa kaitan air dengan berat badan? BANYAK kaitannya. Badan korang takleh nak berfungsi dengan optimum kalau air dalam badan tak cukup. Lagi menderita body korang kalau korang terlalu banyak minum air manis. Air manis tu ada gula, gula yang menjadikan korang semakin besar tanpa korang sedari. haa, semakin beratlah jawapannya!

******

Okeh, tu saja. Puasa ni jom ubah niat nak sihatkan badan sebab Allah. Dia lagi sukakan hambanya yang kuat. Badan yang kuat datang dari pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Jom berubah! Nak dapatkan coach untuk turun berat masa puasa contact2 la ye :)


pss : tak pernah lagi ke bazar ramadan setakat ni. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

Baru-baru ni heboh kat social media mengenai logo yang ntah apa-apa untuk sambutan kemerdekaan kita yang ke55. Tak sempat nak komen tapi komen aku kebanyakan bersama dengan korang yang rasa logo tu tak menggambarkan langsung kemerdekaan yang kita perolehi. Bangun pagi tadi, tengok pulak ada orang share video kat bawah ni. Lagu tema hari merdeka? What???


Masa sekolah dulu-dulu antara rutin sambutan hari kemerdekaan adalah nyanyi lagu hari merdeka. Haaa, nampaknya budak-budak skolah nanti akan hafal lagu ni lah kan? alahai kesiannya

Okeh, taknak komen panjang-panjang, jom hafal lagu kemerdekaan ni dan time merdeka nanti kita nyanyi kuat-kuat. kah kah kah


Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

pss : Diakhiri dengan kedai 1Malaysia - terbaiklah!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Majlis berbuka puasa anjuran Herbalife di Kelantan meriah

Alhamdulillah, baru balik dari majlis berbuka puasa anjuran Herbalife di Kelantan. Penat bukan kepalang lagi tapi tetap bersemangat nak update blog. Entry ni nak share dengan korang pasal event tadi, memang sangat best!

Pagi tadi lebih kurang pukul 10 macam tu dimulakan dengan focus group team Kelantan. Lead by 20k pres team, pak yang. Walaupun tak berapa sihat tapi still turun kat Kelantan ni. memang luar biasa betul. Banyak ilmu baru yang dia share tadi terutamanya mengenai perkembangan Herbalife sekarang ni kat Malaysia



Lepas focus group tu, terus solat jumaat kat masjid muhammadi, jalan kaki je dari hotel tu sebab belakang tu je tempat dia. selesai solat, balik rumah mandi untuk bersiap sedia event buka puasa pulak!

Jam 4 sepatutnya dah start. Tapi sebab ada masalah sikit tadi, basic training terpaksa tangguh dan terus buat Mega HOM. Mega HOM kali ni menampilkan penampilan istimewa new GET Team dari utara, kak suhana yang memang stylo habislah. Suri rumah je tapi still dah jadi GET Team. Perkongsian yang best sangat tadi dari dia. 

Ok, layan gambar dulu beberapa gambar





Habis tadi on time pukul 7. Apa lagi, acara dinantikan - buka puasa!

Tapi serius, orang Herbalife kat Kelantan ni luar biasa betul. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni, ni aku amek gambar masa dieorang berato untuk ambil makanan. tak ramai sangat!



Tapi cuba tengok gambar kaunter shake kat bawah ni - penuh yang amat sampai tak menang tangan yang buat shake tu. haha. memang orang kelantan gilakan shake semuanya ni :)




Herbalife di Kelantan semakin meningkat

Dah setahun lebih aku buat Herbalife kat Kelantan ni, hari ni baru aku rasa 'WAH, RAMAINYA!' Biasalah, bisnes ni nak buat kerja ground tu yang penat, nak adakan hom kecil-kecil tu tak ramai yang boleh maintain tapi Alhamdulillah team di Kelantan kali ni boleh bekerjasama dan hasilnya tengoklah event tadi - SOLD OUT 210 pax!

Sebenarnya kiteorang nak tempah 250 sebab demand tinggi tapi pihak hotel tak mampu nak sediakan tempat. Sama jugak dengan event yang sama akan dibuat pada 4 Ogos nanti kat Rangnok Restaurant, 150 SOLD OUT jugak! Memang tengah meletup-letup!

Jadi, bagi korang yang nak buat bisnes ni kat Kelantan yang mana pasarannya sangat-sangat luas lagi ni, sangat-sangat aku alukan. Apa lagi, contact la ye 0169640972 :) 

Ada berita baik, nanti kiteorang akan adakan Jamuan Mega Raya Herbalife 25hb nanti, hari raya ke5 kot, so jemput ramai-ramai untuk datang dan sertai keluarga kami yang semakin besar ni. Nanti aku update ya.

pss : terima kasih kepada kawan blog yang datang tadi, dari kawan blog jadi kawan Herbalife :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW