Share

Komen aku mengenai keputusan DiGi WWWOW Awards




DiGi WWWOW Award buat kali kedua kalinya diadakan berkahir semalam. Keputusannya? Penuh tanda tanya, penuh persoalan, penuh tidak puas hati dan pelbagai penuh lagi. Untuk kali kedua ni, aku tak join – sebab tahu komitmen nak 'raih' voting dari kawan-kawan cukup sukar memandangkan masa aku dengan internet pun tak banyak sangat sekarang. Walaupun tak join, sebagai blogger aku nak komen jugak. Pendapat ye tak?

Ok, sebelum apa-apa, kita tengok dulu keputusan penuhnya (credit to denaihati)



  1. @DiGi_Telco : Awards begins with Top Online Over-Achiever Under 15. Winner is ImanSyippo
  2. @DiGi_Telco : Congratz Petfinder.my – The winner of Google: Most Inspiring Internet for Good
  3. @DiGi_Telco : Congratz Terima Kasih Malaysia:Belacan – The winner for InMobi: Short Film of the Year
  4. @DiGi_Telco : Congratz FriendlyFashion – The winner for Says.my: Online Shop of the Year
  5. @DiGi_Telco : Congratz Keiths.blog – The winner for Lowyat: Fav Tech Head 
  6. @DiGi_Telco : Congratz Sea Gypsies – The winner for Malaysiakini: Photo Joirnalist of the Year
  7. @DiGi_Telco : Congratz Talents of SMK Seafield – The winner for MSN: Breakthrough Star of the Year
  8. @DiGi_Telco : Congratz Christy Ng Shoes – The winner for Mudah.my: Most Promising Webpreneur of the Year
  9. @DiGi_Telco : Congratz Bro, Don’t Like That La, Bro – The winner for Nuffnang: Blogger of the Year.
  10. @DiGi_Telco : Congratz RotiKaya – The winner for Nuffnang: Fave Kay Poh
  11. @DiGi_Telco : Congratz First Words for Geeks – The winner for Samsung: App of the Year
  12. @DiGi_Telco : Congratz My Generasi by #jinnyboytv - The winner for Innity: Funniest Video of the Year
  13. @DiGi_Telco : Congratz @twtupkaseh @aidasue - The winner for Yahoo: Social Media Gathering of the Year
  14. @DiGi_Telco : Congratz MyHazman – The winner for DiGi WWWOW People’s Choice of the Year
  15. @DiGi_Telco : The Best of the Best – DiGi WWWOW of the Year goes to Petfinder.my 


Macam biasalah, kontroversi berlaku lagi setelah keputusan yang luar jangkaan diperoleh. Bunyi (baca) jugak beberapa blogger yang menyuarakan tidak puas hati dengan keputusan para juri. Terutamanya untuk dua ketegori 'hangat' iaitu favourite tech dan blogger of the year. Yang mana pemenangnya ada yang tak diketahui pun sebelum ni kewujudan blog itu. Erk, termasuk aku yang tak pernah jejak kaki ke blog mereka sebelum ini :p


Komen aku keseluruhan

Bagi akulah, benda ni - biasa. Normal. Adat menang kalah dalam pertandingan tu ada. Kita kena pasrah dengan keputusan, anggaplah ia bukan rezeki kita. Mungkin rezeki kita di tempat lain. Jadi kawan-kawan blog yang tak menang tu, terimalah keputusan seadanya


Komen aku mengenai racist

Bosan kot dengan masalah 'perkauman' yang timbul ni. Kalau penganjur kebanyakan cina, orang cina menang kata racist. Serius aku bosan. Dah la dunia politik pun nak racist-racist, kat dunia blog pun nak racist jugak. Tak payahlah nak tuduh somborono (ada ke ayat ni?) pasal racist ni kalau tak tahu, hanya mencemarkan dunia blog je. Dah dah la soal racistnya, kat dunia sekarang ni orang yang pentingkan perkauman takkan kemana. Betul. Tak tipu.


Komen aku ramai nak boikot

Ada jugak baca kat status twitter dan facebook kawan yang mahu boikot pertandingan ni untuk seterusnya. Alahai, cuba korang bilang berapa banyakkah ada anugerah-anugerah yang nak ketengahkan blogger ni yang ada? Banyak? Ada satu dua je. Dah tu yang ada pun nak boikot-boikot, last-last menganga jelah nanti takde siapa yang nak buat anugerah untuk blogger lagi. 

Sebab tu aku walaupun tak join tahun ni, tapi ada jugaklah yang mengundi untuk kawan-kawan lain. Secara tak sedar, aku as a blogger take part dalam acara yang sememangnya nak naikkan martabat blogger ni. Korang tak bersama dengan aku? Nak boikot jugak? Baik boikot barangan Israel lagi baik ye tak?


Cukuplah komen-komen itu

Oraite. Itu sahaja pendapat aku mengenai DiGi WWWOW Award ni. Aku sebagai blogger, sangat mengalu-alukan lebih banyak pihak yang buat award-award ini dimasa yang mendatang. Nampak sangat golongan blogger sekarang ni dah diiktiraf. Wow gitu. Cuma perlu diingatkan, blogger ni pun manusia jugak, pandai-pandailah nak jaga hubungan tu macam mana :)


pss : malam ni jom main badminton!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7 ulasan:

Adziim berkata...

Aku tahu blog Don’t Like That La, Bro. Best dan honest, tak banyak followers dan aku sendiri bukan follower blog itu tapi aku percaya ramai undi dia dan dia tak perlu nak marketing atau tarik undi.

Admin berkata...

@Adziim Ada sebab blog-blog yang menang itu menang .. juri ada hak untuk pilih.

Admin berkata...

Aku pun buat entri yang serupa, seperti aku cakap dalam entri aku, walaupun kontroversi, setidaknya telah diberikan peluang utk blogger ketengahkan diri mereka dari ceruk menjadi ketahuan. Tak banyak ..sikit pun ok.

www.hasrulhassan.com

joegrimjow berkata...

@Adziim

ada link blog tu?

joegrimjow berkata...

@hasrul hassan

yeah, juri akhirnya

joegrimjow berkata...

@hasrul hassan

yup
kena support ye tak

akuzle ayu berkata...

tak kira..boikot tetap boikot!! (mcm blog akak besh nk boikot kempeni beso tuh)...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW