Semalam aku ada tanya soalan agama meminta pendapat kawan-kawan di laman sosial facebook dan twitter. Soalannya 'Apakah pandangan anda apabila orang belum sempurna imannya berdakwah kepada orang lain supaya mengingati Allah?'
Dan ini antara jawapan yang diterima dari facebook joegrimjow
Dan ini antara jawapan yang diterima dari facebook joegrimjow
Dari twitter @joegrimjow pulak, ada 2 jawapan di terima
ANS : tiada masalah
ANS : maaf mencelah. Baginda rasul SAW berkata, tak perlu sealim ulama unt berdakwah menyampai kebaikan. Insha allah
*******
Wanita berkepala bogel berdakwah?
Kepala bogel ataupun tidak bertudung ataupun free hair (apa-apa je lah istilah yang nak digunakan) cuba mengajak korang melakukan kebaikan dan menuju ke jalan yang di redhaiNya, apa reaksi kita?
Situasi 1
Sedang elok kita tengok review perlawanan Liverpool vs Manchester kat kedai mamak pukul 7.30 dan masa tu kita belum solat lagi, datang seorang kakak yang berkepala bogel ni 'Dik, dah solat belum? kalau belum solat, solat cepat-cepat, tak elok melewatkan waktu solat, tuhan marah'
apa reaksi kita?
geram? marah? pasrah?
Situasi 2
Sedang elok kita duk komen-komen gambar kawan kat facebook, maklumlah dah konvo ramai yang upload gambar konvo, dan sibuk juga duk twit lusyah-lusyah dengan member2 twitter, ada seorang awek ni yang kita tahu juga berkepala bogel update di statusnya 'Ketahuilah berkata dan bercakap perkara yang lagha tidak disukai oleh tuhan yang maha kuasa'
apa reaksi kita?
geram? marah? pasrah?
pss : jom join GIVEAWAY RM 100 000 ni. Sempat lagi ni!
12 ulasan:
semua pendapat itu betol. kita semua layak menasihati sesama kita dan x de sape pun boleh pertikaikannya. n kekadang wanita free hair ni yg ilmu agama dia terlebih dri yg bertudung. x salah kalau dia nak menasihati.
dulu room mate saya tak solat & free hair. tapi bila nak ke mana2 dia akan tanya sama ada saya dah solat ke belum.
skrg sy fikir saya lebih teruk dari dia sbb sekali pun saya tak pernah ajak dia solat or tutup aurat.sebab saya fikir siapalah saya nak nasihatkan orang.
Tapi Imam hassan al-basri ada berpesan;
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
wallahua'lam.
hehe..setiap org ada ksilapan msing2..kalo diorg tgur kt and memg slh kt pun, terima jelah...kalo xtrima sbb org tu pun ada kekurgn tu ego namanya..kalo ada kbranian, tgur org tu balik....
perempuan tak bertudung, tapi hari2 saya nampak dia solat dekat surau time masuk waktu (hari bekerja)..adakah Allah menerima ibadah dia atau tak? Tu semua hanya Allah yang tau kan..mungkin pahala aurat dia xdapat, tapi pahala solat dia dapat.WaAllahualam.
dulu pernah bdk skolah kena tangkap pasai ponteng solat jemaah, so kena bagi ceramah kat depan...tajuk ceramah dy pasai solat jemaah..ramai gelakkan dy, tp dy kata " pandang nasihat, bukan orangnya"
situasi 1:
"oh okayy... trlupa pulak dh masuk waktu (sambil tersipu-sipu senyum)"
situasi 2:
"ouch! terpukul den.. ok so pasni kene kurangkan ckp lagha2 okayyy~ =)"
#some might say kita sepatutnya amik kedua2 situasi di atas sbg peluang dakwah. itu aku setuju. tp rasanya, kat MALAYSIA nih, in most cases, kita kene lebih banyak menerima pendapat. kene jadi mcm priest kat church. senyuman dan bahasa yg sopan perlu didahulukan. ok sekadar pendapat. zaaaassss
@Rin
setujula. saya pun tak sempurna imannya. Allah je yang layak ukur tahap iman kita ni...
peringatan datang daripada Allah, dia gerakkan hati orang sekeliling untuk menympaikan tak kiralah siapa dia. rugilah orang yang sombong. ^_^
@nadz ruslan
org sombong mmg sentiasa rugi
@nazrinafifi
cara gitu lebih makan dalam kan?
@Gimi
hehe, pernah alami situasi yg sama. skolah katakan
@~Miss_eiyDa ~
pahala dosa mmg bukan kerja kita, penerimaan teguran tu yg jadi tanda tanya
Catat Ulasan