Share

Macam mana aku dapat Dana Belia 1 Malaysia

http://www.danabelia.com.my/ - klik in the spotlight


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah =)

Tadi dah selesai penyampaian kedua Dana Belia 1 Malaysia di One World Hotel. Memang agak terkejut dapat, sebabnya semalam baru dieorang call untuk panyampaian dana oleh PM dan juga bersama press. Dengan baju takdenya, neck tie pun pinjam, jalan tak tahu, alhamdulillah semua dah satel

Tadi sebanyak 10 orang menerima wang terkumpul RM 810 000. Memang jumlah yang agak banyak, tapi yang aku mohon hanyalah RM 35 000 dan alhamdulillah, dapat. Untuk batch kedua ni, aku antara yang bernasib baik dapat sebabnya yang apply adalah sebanyak 700. 

Macam mana nak apply? Ada 4 peringkat semuanya

Pertama - Isi borang online

Korang log in kat sini dan isi projek korang mahu buat. Pastikan projek ini tidak menjana profit, maknanya korang tak kaut keuntungan, hanya untuk menolong masyarakat menjadi lebih berkualiti. Ambik masa, fikir projek yang sesuai dan relevan. Pastikan paling utama, ikhlas lah, sebabnya dana ni duit rakyat jugak. Makan duit rakyat, korang tanggung la kat akhirat nanti


Kedua - Tapisan dari juri

Borang online korang ini akan ditapis oleh juri yang dilantik. Kalau macam batch aku ni, dari 700 yang memohon tu, tak tahulah berapa yang ditapisnya. Masa ni ambik masa 2-3 bulan jugak. Jadi, bersabar je lah. 


Ketiga - Presentation projek

Selepas nama korang di shortlist, korang akan dapat panggilan untuk dibuat presention projek korang. Selepas bagi masa yang korang sesuai, macam aku duduk kat Kelantan nak ke KL susah ok, maka korang kena persembahkan projek korang kepada juri. Masa presentation ni, aku hanya guna power point je. Kalau projek korang baru, disadvantage la sikit. Macam korang nak besarkan projek sedia ada, macam aku, sediakan semua portfolio. Kalau ada masuk newspaper, bawak, kalau ada result, bawak. ini akan menguatkan lagi semasa presentation dibuat. ohh, mungkin aku akan buat entry lain pasal ni


Keempat - Tapisan dari Perdana Menteri

Bagi yang betul-betul layak, pihak dana akan sampaikan list akhir kepada Perdana Menteri. Ya, PM kita merupakan penaung untuk Dana ini. Jadi, kata putus akhir memang terletak di tangannya. Walaupun korang dah boleh yakinkan juri, kalau PM kata tak boleh, tak boleh la jawabnya. Sebab tu korang kena relevan duit yang korang mintak tu. Mintak berpuluh-puluh ribu tapi yang terlibat ada 3-4 orang, memang tak dapatlah jawapannya.


Kenapa aku dapat?

Sudah pasti aku applylah jawapannya. hehe. Aku sangat syorkan korang masuk, cubalah. Aku yakin, banyak idea-idea diluar sana yang bernas tetapi takde modal. Masa nilah kerajaan nak tolong, kita ambik peluang. Last sekali, jangan mengharap sangat. Macam aku, bukan dana ni je aku apply, hari tu apply kat Sejuta Impian - tak dapat. Apply syarikat swasta - tak dapat. Apply kerajaan negeri - tak dapat. Apply kementerian kesihatan - tak dapat. Memang banyak tak dapat dari dapat. Biasalah, jangan mudah putus asa, apply je =)


Berita baik korang kena tahu!!

Korang tahulah kan, sebanyak RM 20 juta diperuntukkan. Setakat ni, baru RM 3 juta digunakan. Maknanya masih ada 17 juta lagi untuk korang grab. Apa lagi, applylah!! Jangan lupa selalu berdoa, tu senjata kita. Pasal projek aku ni, berita baiklah untuk orang Kelantan, sebab aku orang pertama yang akan buat projek ni di Kelantan. Bersiap sedialah!!!!

Sebarang pertanyaan

pss : Esok jangan lupa beli The Star semua ya =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

33 ulasan:

aman berkata...

congrats~

zool berkata...

gempak2..
hm. aku nak minta gak. tapi tahap belia dah tinggal sikit je. boleh ke apply?? huhuhu

atokk berkata...

apasal tak mintak untuk social network gathering hehehe

Sheherazade berkata...

awesome !!congrats joe

kena fikir ni,apa yg ku nak beri pada masyarakat

Twit N View berkata...

tahniah bro, aku kagum dgn semangat kau, walaupun br beberapa kali jumpa kau mmg nmpk kau sgt semangat utk apa yg kau buat...bagus...

semoga perancangan berjalan lancar, result yg terbaik...

wHoSeNa berkata...

tahniah bro!!

Belalang hijau Perisik berkata...

tahniah bro!
semoga bro akan berjaya menambah saham akhirat :)

fahmi ibrahim berkata...

tahniah joe!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

Tahniah Joe..

semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar...

kalo niat baik insyaallah akan dipermudahkan

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Tahniah Joe!

Ni betul2 terbaik ni~

khairil berkata...

joe hebat..good luck

akubiomed berkata...

Tanniah bro. Usaha bro menolong orang lain untuk menurun berat badan ideal mendapat perhatian :-)

Azym Azizi berkata...

Pergh. Joe. Sekalung tahniah buat ko! :D Ada rezeki nnt, aku nak dtg tgk projek ko tu. :)

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

tahniah joe...

SyZa berkata...

Tahniah joe... :)

mutiara berkata...

terbaek joe...moga visi kamo berjaya..seperti yg dirancang..

Tanpa Nama berkata...

macam ada kaitan dgn Herbalife je project kau ni... lol

Nur-nba berkata...

Tahniah.. Niat yang murni tentu ada ganjarannya. Moga dana yang diberi dapat membantu orang lain untuk mendapatkan berat yg ideal..

Unknown berkata...

apa plan??
hehehe
congrates

blog-tips-kurus berkata...

bagus bro! selalu beringat bahawa dana=amanah. All the best!
*projek tak extent sampai Pahang ke? hehe! (",)

The Supersepet berkata...

masuk paper star ya?hehe.depa pakai gambaq masa 'sehat'

Geng Borak berkata...

waaaahh.. steady laaa bro! dah ada testimoni, mesti bagus!! tahniah yea...
Cek Nuffnang Pertama!! | Masyuk Berganda di hari G...

SyahmiFikri berkata...

wah! kenyang eh 35k koet.. meh kita share.. hehee

Jard The Great berkata...

harap2 betullah projek kamu tidak menjana keuntungan. =p

nk kuruskan adik2 lelaki aku camna nk join projek mu neh?

tahniah k!

Cipina berkata...

tahniah joe.

moonie berkata...

selamat maju jaya orang kelantan!

masuk the star ker? nk g bli neh

slay berkata...

erk. kenapa occupation = student?
bukan herbalife distributor?
=)

Shahada Fauzi berkata...

tahniah joe!!

jangan lupa update perkembangan projek dana ni kat belog ok!

oPiE iSa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
oPiE iSa berkata...

taktau nak cakap apa, just boleh cakap, SAYA KAGUM DENGAN AWAK...

Semoga berjaya.....

akudoktorkampung berkata...

nice job young man. all the best

azreen patah berkata...

salam..
tahniah..btul x mase pegi sejuta impian tu hang pakai bju itam?!

jimi berkata...

salam bro,
kalau aku nak buat projek weight loss negeri sembilan pulak boleh?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW