Antara perkara paling best ketika raya adalah dapat berkumpul semua keluarga. Kalau hari raya aidilfitri, memang agak susah sikit sebab abang2 dan kakak2 aku yang dah kahwin kena bahagi 'turn' untuk beraya di rumah mertua dan beraya di rumah sendiri. Tapi bila aidiladha, semua memilih beraya di Kelantan. Mungkin di kelantan lagi seronok. sebab itu mungkin?
Apabila ahli keluarga berkumpul, yang paling seronok adalah anak2 saudara. Ya lah, macam aku yang ada 11 orang, memang gamat suasana rumah dengan gelagat anak saudara yang sangat ramai ni. Yang paling besar umur 8 tahun dan paling kecil baru 51 hari. Dengan yang besar dengan telatahnya, yang kecil dengan tangisannya, memang meriah!
Nak selit sedikit perbualan aku dengan 2 anak saudara aku yang paling sulong. Hanina Sofea (cha) umur 8 tahun dan Syamil Mifzal (abang) 7 tahun. Dah besar dah 2 orang ni, dulu rasa kecil lagi, dan dah mula bersekolah dah! si perempuan bangga dengan dapat no 1 dalam kelas disekolahnya dan si lelaki kuat auta tu dapat 30 dalam kelas. haiiyaaa!
cha
abang
aku : cha dapat no bape dalam kelas?
cha : no 1
aku : wow, dari?
cha : 44 orang. agama cha dapat no 2
aku : hebat2. pandai cha ni. abang dapat no berapa?
abg : hehe, no TIGA PULUHHHH
aku : ishhh, kenapa banyak sangat?
abg : orang kat kelas abg semua pandai-pandai. abang takleh kalahkan mereka...
aku : kak cha boleh je dapat no 1. laki mana boleh kalah dengan perempuan
abg : papa joe cakap hari tu lelaki kena mengalah dengan perempuan
erkk!!! Memang terkena balik. Memang hari tu masa dua orang ni bergaduh rebut alat tulis, aku cakap kat si lelaki kenalah mengalah dengan perempuan, baru macho. Tapi budak ni kalau dia pusing, memang terkena balik kita.
So, watch out your mouth pak pak sdare!!!
pss : lelaki memang kena mengalah dengan perempuan, tapi perempuan pun kadang2 kena mengalah dengan lelaki, terutama part tengok bola. hehehe
45 ulasan:
mengalah tu bermaksud bertolak ansur..hero memang kalah dulu..hehe
@ZACK ENTRY
ada logiknya
hahahakan dh kena..biase la bebudak.... zarien pun slalu kene gak balek ngan anak buah..sabo je la kan... so pas ni kene trangkan lebih mendlm maksud mengalah tu ye... hehehe
Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House
hehehe. women first tu. sapa ajar ekkk?
mengalah bukan kalah.. budak2 skang memang cerdik..tak boleh kelentong banyak2 kat diorg..haha~
hahaha..
kne balik!
tue lew bdak2
mdah sgt ingt ape yg p-nah kite ckap!
haha..
mmg terkono hang joe..
takpe joe..
ikut firasat saya, besar sok yang dapat no 30 tu la yang bijak pandai nanti.
kecik2 biasalah nakal.
haha...
kids' minds are soo innocent...
jg2 larr yerk...
hehe..up sikit lagi boleh buat modal masuk majalah kartun ujang
Perempuan...
insan yang lemah...
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
laki mengalah bru macho
hehe..orait la 2..=)
yg dapat no 1-29 sume girls la ek..hehe
HAHAHAHA..pakcik terkena balik..
Cepat betul otak si abang tu berfikir..
mengalah itu biasa terjadi
Terkini : Dialog terbaek lembu
@Khaizarien
mendalam kot2 lemas plak=)
@Tijah
papa joe die kot
@eiysya zasya's
nanti kena balik kan?
hehe
@Lelaki Ini
haah, stuju, mmg sangat mudha ingat
@noorafzan
papa joe die akan ajor sebaik2nya
hehe
@-ROCKprincess-
innocent dari segi kejujuran
@jaya jr
lol
kena up camne tu?
@Admiral Hafiz
haha
kaitan?
@cik jue
lol
yang tu xpasti
kena tanye
@Nadya
cepat auta
huhu
mak ai..bijak betul si abang memutar belit kan kata-kata papa joe die..terkedu kot kalau diri sendiri yg terkena mcm tu dengan anak sedara sndri..hehe..budak2 skrg ni bijak2 betul eh..
pakcik joe..jgn salah bagi ajaran..mengalah utk kebaikan..
ni mengalah utk mundur..hik2..
sabar2 yer mendidik..huhu..
hahaha pasni tak boleh auta dengan diaorang
hehehe
hoho~ terkedu.. terkedu.. :P
Orang kata mengalah baru gentleman.. HAHA. lol.
hahaha....abg uh kiut....
pandai tol bdak uh...
Bab budak2 petah bercakap nie mmglah tak boleh nak lawan...
hahaha, kelakar. anak buah joe ker dua orang tu?
selamat hari raya haji
hehe..tp biase nye..potensi org laki dalam stdy mmg lmbt sikit..nk naik form baru menyerlah...berdasarkan sejarah family lah...hehe
kerana mulut badan binasa. ngeh3..
:P
mengalah kerana kalah. bukan sbb simpati dan beri muka. terapkan itu.
budak2 ni kuat absorb apa je orang besar2 cakap..huhu..
mereka belum mumaiiz..huhu
budak2 biasala...ajar sekali dia terus ingat...so hati2 la yer..
pak-pak sedara kene sediakan jawapan counter la lepas ni.
bagos jugak kalo abang mengalah setiap menda demi pompuan.
ekekek.
tp dlm pelajaran jgn la mengalah sampai cmtu.
nt universiti khas ntok pompuan jer..huhu
"papa joe cakap hari tu lelaki kena mengalah dengan perempuan"
hahahaha.. serius lawak.. :D
hahaa.... klu tak ngalah kata ego. tp awatnye hang gi ckp kat anak sedara mcm tu.. kan dah salah tfsiran... hahaha...
comel lol ank sedara kau
erkk? part tengok bola tu, ley tak pmpuan join sekaki? pmpuan pn tengok bola laa.. teehee
Perempuan itu telah dikatakan oleh Allah S.W.T sebagai kaum yang lemah. Jadi kita (lelaki) sepatutnya membantu mereka.
Selain itu, pada pendapat aku, tak semestinya lelaki sahaja yang kena mengalah dengan perempuan. Kedua-dua kaum sepatutnya sentiasa bertolak ansur dalam apa-apa jua keadaan.
Entri terkini : Arak didalam kek
budak-budak cepat tangkap..cepat gk aplikasinya....harap2 bnyak lee yg baik d perturunkan oleh en.joe yee...
hikhik....
ayat standet = mengalah buka kerana takut..hormat jer...:) malas nak gaduh..heheh
Dato' Bendahara Buta Sejarah?
hahaa. pndai si abang tu auta balik eh ;D
Catat Ulasan