Minggu depan, hari yang sama, kita nanti baru pulang dari terawih. Macam mana terawih anda saudaraku? ok? Bagaimana pak imam di masjid atau surau anda? 20 atau 8 yang dibuatnya? Ahh, sudah 22 tahun saya hidup di dunia ini dan sudah 22 atau lebih saya sudah beramadhan. Dah pelbagai pahit manis dalam menghadapi bulan yang mulia ini.
Dari tahun ke tahun, usia semakin meningkat. Jika dahulu ada satu teka teki apakah yang selalu akan meningkat dan tidak akan turun-turun, agak pening untuk menjawabnya. Ego tak mahu katakan umur kita adalah jawapannya membuat diri sendiri tidak perasan akan perihal umur yang semakin lama semakin menghampiri kematian
Ramadhan terakhir
Jika ini merupakan Ramadhan terakhir saya, jika saya tahu ini merupakan Ramadhan terakhir saya, sudah pasti berlipat kali ganda usaha dan amal perlu saya lakukan. Bulan yang penuh dengan pengampunan, cukup rugi jika kita meninggalkannya walau sedetik. Seperti setiap minit kita jika kita bekerja kita dibayar rm 100, adakah kita mahu lepaskan walau seminit bekerja?
Bisikan ke telinga yang mengatakan ini merupakan Ramadhan terakhir saya kerap didengari. Entah ini bisikan syaitan atau sekadar mainan perasan dek tertekan sekarang ini saya pun tak tahu. Apa yang saya pasti, walau benar atau tidak bisikan ini, saya tidak mahu abaikan walau sesaat di bulan Ramadhan ini untuk meminta pengampunan darinya
Banyak dosa saya pada Dia
Banyak salah saya pada ibu bapa saya
Banyak tipu saya pada keluarga saya
Banyak helah saya pada kawan-kawan yang lain
Kepada semua, maaf kalau ada tulisan di dalam blog ini menyakiti atau membuat anda terasa. Sesungguhnya tangan yang digerakkan hasil dari paduan akal yang cetek ini berfikir tidak terelak untuk membuat kesilapan. Maaf adalah ungkapan yang paling sesuai dalam situasi saya sekarang
Bayangkan Ramadhan terakhir
Untuk membolehkan kita menghayati Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna, cuba bayangkan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir kita. Bisikan Ramadhan terakhir yang saya dengari itu kadang-kadang menakutkan tetapi saya yakin, itu merupakan pemangkin untuk saya lebihkan ibadah kepadaNya.
Ya Allah, jika engkau matikan aku, matikan aku dalam limpah hidayahMu tanpa tidak pernah lalai untuk sentiasa mengingatiMU
pss : Khamis terakhir syabaan, ibu cakap sangat elok untuk puasa
13 ulasan:
aku hrp ramadhan kali nie dapat mengubah aku nie~
untg dpt jgak bertemu Ramadhan sekali lagi~=)
untuk semua doa tu. aku sebut satu je.
" amiiin "
hehe.
hmmm....aku first eh? haha!
@Nabiel
ramadhan seminggu lagi
Jika ini merupakan Ramadhan terakhir saya..sayu je bunyinya...Moga mampu lakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini Joe :)
aku pun harap mudahan ramadan kali nie puasa aku tak ponteng lagi XD
@~kuyam~
kena tingkat yg mana mampu
moga Ramadhan kali in lebih baik dari yg lepas2, insya Allah..
moga kita di beri kesempatan untuk berpuasa lagi di tahun ini :)
nice entry, mmgu dpn dh nk puasa, harap2 kita berkesempatan untuk berpuasa lagi :)
terima kasih bro saling ingat mengingati...
@tengkorakemas
amin saja
@yanmie
yup. minggu depan dah kita ni
Ramadhan.. bertemu kembali...
Alhamdulillah.. :)
Catat Ulasan