Share

Kisah solat berjemaah satu keluarga

cerita diambil dari facebook




Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.



Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.



Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.



Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.



Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “.
Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.



Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…



* Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???


* berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???


* Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???


* Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???



******


Terkesan juga baca nota ini di facebook tadi, share jelah dalam blog, harap bagi manfaat pada kita. Apa yang paling terkesan adalah cara didikan seumpama ini dalam satu keluarga! kita sibuk nak membina empayar islam, sibuk nak membina negara islam yang syumul tapi tak tahu apa perkara yang perlu dibuat! Cakap je lebih! Benda yang kecik boleh kita wujudkan tetapi mampu memberi impak yang begitu besar adalah memantapkan instituisi kekeluargaan! berapa ramai yang cakap berani buat?


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Rasanya kat Malaysia ni....umpama mencari berlian dalam kontena serpihan kaca la kot, kalau nak carik keluarga macam tu.

Dah xleh guna dah perumpamaan rambut dalam tepung ke, ape2 ke..sebab nak carik berlian dalam kontena serpihan kaca..lagi susah~

anymz berkata...

akak share ya joe..amat terkesan kerana akak mempunyai 4 org anak lelaki...

Tanpa Nama berkata...

if tengok semanis kurma masa jemputan adik Fahmi kot nama dia, yang hafiz Quran umur 11thn skrg. The father was stressing on didikan melalui solat jemaah. A lot of things cud get from the practise, tepati masa, patuh arahan ketua, menjadi ketua sdri.

Kalau dari rumah tak amalkan solat jemaah, how to expect anak2 utk jadi lebih baik dari kita?

Ramai sebut mahukan Baitul Muslim tapi amalannya itu yg menentukan it is or it is not.

wallahualam

Khaizarien berkata...

sgt2 terkesan dalam hati..... moga menjadi sebahagian keluarga yg begitu :)

Khaizarien @ atie Blog

fahmi ibrahim berkata...

Dulu masa baba masih ada selalu la kami solat sama2.. tapi bila dah baba tak de.. masing2 solat sendiri.. huhuhu...

mirachantek berkata...

aku salute kat mak bapak tuh.

boleh apply jadi anak tak agak2?

Mama Zharfan berkata...

thanks for sharing...
ni citer satu dlm seribu family ni..
my family kalau time2 berkumpul ramai2 memang kami solat jamaah sama2,tp jrg2 benar lah berkumpul ramai2 ni..

Amir Izzat berkata...

salam

boh..aku nak nangis sat..boleh?
sob..sob..aku menyesal..alangkah bagusnya aku kalau termasuk didalam orang begitu..dan alangkah bagusnya ketika aku berumur 8 tahun aku dah jadi macam budak itu..

betullah kata Nabi..

anak itu ditentukan oleh ibubapa sama ada beragama majusi,yahudi dan nasrani...(kalau salah sila betulkan).

kita boleh ubah perkara ini andai ia sudah diamalkan sejak dulu lagi..

kita{remaja) dah terdedah dengan perkara ini sejak kecil.mungkin ana-anak kita kelak akan jadi macam mereka yg kat atas itu..

hurm...bila dah besar sikit nie..susah nak solat berjemaaf dgn ahli keluarga..time kecil pun jarang..

kalau boleh,mak dan ayah memainkan peranan...

hurm...sayu

wallhualam

(kalau salah sila perbetulkan)

joegrimjow berkata...

karipap, perumpamaan yg menarik!

joegrimjow berkata...

fahmi, kena amalkan balik, kitelah yg meneruskannya

joegrimjow berkata...

amir, klu kite dah besar ni, xleh salahkan mak bapak dah, kena buat untuk anak2 nanti

Zinedine Zaiddin berkata...

Thanks for the compliment joe.

Aku ada soalan ni,

Aku kat rumah memegang status selaku anak sulung, Dan aku paham memandangkan abah aku sorang pemandu teksi jarang nak ada kat rumah utk pimpin solat berjemaah ataupun bawak anak2 jantan dia pegi surau.

So camne ye aku nak amalkan solat jemaah kat rumah ni? How can I convincing my brothers and sisters to join me in solat jemaah?

joegrimjow berkata...

suruh adik2 amek air sembahyang, solat sama2. abag iman

ku anak bngsu pon slumber je ajak abg2 solat jemaah, ok je. klu anak sulong, lagilah adik2 hormat

ISZA berkata...

sebak membaca entri ni.. terasa betapa kerdilnya diri..
masih banyak tanggungjawab utama yang belum terlaksana..

cikgu_aare berkata...

Bagus sangat kisah ni. Boleh jadi panduan untuk parents to be, parents wanna be..=)

Selalu cakap dengan hubby nak didik anak macamtu. Harap akan jadi kenyataan.Amin.

Btw, thanks for sharing!

joegrimjow berkata...

sama2,
amek kat fb jugak, rugi tak share

*∽ IZAN ∽* berkata...

betull tuu... nak cari sekarang macam cari berlian dalam kontena serpihan kaca... hu hu

joegrimjow berkata...

bleh jadi satu peribahasa dah
;)

Ann berkata...

perkongsian yg bgus..thanks

kene selalu baca kisah mereka bgaimana pdekatan digunakan dlm didik anak2...yg plg dekat ustaz hasrizal..

joegrimjow berkata...

yup, ustaz mmg cool dengan nasihat berguna die

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ berkata...

kagum gile....

Adziim berkata...

Thanks for the sharing. Cerita sebegini yang selalu ingatkan aku akan pentingnya solat berjemaah.

kyo_9 berkata...

bro.. terkesan ak tgk gambar tuh..
nice info~

faizalnizam berkata...

menjaga keluarga itu lebih utama kerana sebuah negara yang baek bermula daripada institusi kecil yang baek seperti keluarga.

Wahidah berkata...

bgs entry ne..tp nak cr family yg begini amat sukar rs nya id zaman ne..cara didikan anak2 plg nting esp dr kecik lagi..salam ziarah

En iLHAM berkata...

subhanallah
sangat kagumlah dengan keluarga ni
satu dalam seribu
semoga banyak lagi keluarga yg bkl menjejaki keluarga ini

Tanpa Nama berkata...

bagus

budakComot berkata...

Rindu time budak-budak dulu...Solat jemaah dengan family, time maghrib b4 pi solat terawih kat masjid, wajib solat jemaah kat umah dulu. Owhhh...skang dah jauh dgn family...sob-sob-sob

AJ berkata...

pernah rakan forward gambar ini..memang tersentuh hati...

joegrimjow berkata...

apa yg baik kita kongsi

loti mukhtar berkata...

udah lama tak solat jemaah dengan keluarga...huhuhu..miss that moment

young yasmin sarian berkata...

subhanallah,,, thanks sbb sharing ya,,,:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW