Share

Kawan Blog yang Super Hebat!

Salam,



Sebut pasal kawan ni, aku tak banyak boleh senaraikan kawan yang betul2 kawan. maksud kawan yang betul2 kawan adalah bila kita memerlukan, mereka tanpa banyak soal dan berdalih, terus menolong sedaya yang mampu. Koleksi cerita pendek kali ini akan mengumpulkan beberapa blogger yang memang baik dan sesuai diangkat menjadi sahabat!


Ben

Jumpa dengan ben ni masa malam sebelum gathering. Agak segan sebenarnya nak jumpa orang berumur ni, maklumlah, wavelength lain kan? hehe, tapi bila jumpa je, perghh, dah macam kenal lama dah! Berbual malam tu memang agak lama, dari mengumpat hanis zalikha kepada mengumpat kon, semua jalan. hehe

Nak dijadikan cerita, kereta kancil pink purple aku ke'kong'an bateri. Sebab lampu kereta tak tutup. Memang agak cuak sebab aku di putrajaya ni takde pergi kemaman, nak suruh sape tolong ni. Ben tanpa perlu disuruh, offer pertolongan untuk jump kereta aku. Sebab jumper xde kat dalam kereta dia, terpaksa pergi balik ke rumah dia dulu (10km jugak rasanya) untuk ambik jumper

Gambar hiasan



Dah sampai sana, jumper tak panjang sebab kereta aku parking kedepan. Jadi dia menyuruh aku masuk dalam kereta dan dia MENOLAK kereta tu lebih kurang 300 meter. Bayangkan, korang baru jumpa tak sampai 5 jam, tapi boleh tolong sampai tolang kereta korang, dah la kena lalu kedai mamak pukul 12 malam(waktu paling ramai manusia) memang malu besar ben malam tu!


Hebat kan kuasa blog ni? mampu cetuskan persahabatan sebegitu rupa!




BroFramestone

Memang dah lama ku kenal BF ni, sejak awal berblog lagi. Tapi tak pernah berjumpa, macam biasalah kan? yang menarik pasal BF ni, dia merupakan MC bidang terjun untuk gathering hari tu. Aku dah plan untuk buat ice breaking versi aku sendiri, tapi disebabkan kalut pada pagi tu dengan beberapa AJK cancel xleh datang last minute (xleh bgtau sape, syuuuu) jadi ku minta BF untuk conduct

saya BF


Walaupun jarak umur sekali lagi memisahkan kami, BF dengan rela hati untuk menjadi MC pada hari tu. Terbaik la BroFramestone! Nanti kita lepak dengan 'anak2' 2 org yg super cute tu lagi nanti!




Ayie

Ayie merupakan blogger yang memang aku tak suka dulu. OPSSS. hehe, kata kak jie, bile tak suka jangan bgtau, tapi sekarang ni dah suka (auwww) dan dah jadi kawan pun, boleh la kutuk2 kan? hehe. AJK Gathering yang banyak menyumbang salah seorang dia adalah Ayie, dari proses buat baju sampailah ke hari kejadian, dia memang banyak menolong



Walaupun tak berapa sihat pada hari tu, dia masih lagi gagahkan badannya untuk menolong mana yang termampu. Thx a lot bro, xsempat nak blanje lagi ko, nanti datang klantan aku blanje makan budu. ok? huhu



Azrul

Azrul juga blogger yang lebih tua dari aku serta memiliki pengalaman yang sudah bertunang. erk?? hehe. Apa yang aku respek dengan Azrul ini adalah sentiasa mengingatkan aku bidang kerja dia. Apa perlu dia lakukan, apa yang aku tertinggal untuk suruh dia lakukan, dia sendiri yang ingatkan aku

Itulah AJK yang mantap!



Sampai pada hari kejadian pun, dia sibuk dengan kamera menangkap gambar walaupun hanya sekali suruh. Terbaik la bro, ku ni kalau nak suruh2 orang yang lebih tua dari ku ni, memang segan, dengan dia yang minta untuk buat kerja, memang jadi tak kekok!



Komen pasal kawan lelaki


Pendapat peribadi, kalau bab kawan baik ni, yang paling sesuai dijadikan kawan baik adalah yang sama jentina kita. Kalau kawan perempuan, boleh jadi setakat kawan je, nak jadi kawan baik, haiish, nanti jadi lain pulak. huhu.


pss : malam ni siapa menang? Aku rasa Spain 2-1 menang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

24 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

jumpa gak eh ngan saudara ben...
best ar kan..
tapi kalau die pi gathering semalam lagi best kan..

Mama Zharfan berkata...

can't agree more :)

vidadarisakura berkata...

spain!

SweetyMui2 berkata...

spain kalah 3-2 heheh..btw, tabikla bro ben :)

. berkata...

blogger yang hebat-hebat.

oranglidi berkata...

happening juga gatheringnya. best2.

Sharinginfoz berkata...

memang happening kan...... rugi tak join

Spain Juara Piala Dunia

joegrimjow berkata...

noor, haah, pernah jumpe?

joegrimjow berkata...

vidada, spain dah menang
;)

Hazzy Ishak berkata...

nak no fon ke? boleh je bagi sekarang.waka waka eh eh

attyfir berkata...

itu yang besh berblogging..dpt jumpa ramai kekawan ..

joegrimjow berkata...

hazzy, nak nak

Hazzy Ishak berkata...

nanti hazz msg kat fb lah, tengahari sikit eh.

Jard The Great berkata...

syukur gathering berjalan lancar.. =)

Tanpa Nama berkata...

yeah..
spain menang..

joegrimjow berkata...

yup jard, rugi xdatang

Aleen Afifi berkata...

rugi plak tak pegi...huhuhuuhuh

Crazee Lazzy berkata...

aku dtg tapi segan nak masuk... hahaha... pastu wat2 carik tandas.. hahahah

Kujie berkata...

jumpa ramai orang baik2 dari blogging...

Ibu Ammar berkata...

joe, bila plak turn gathering malam bestday mu? heheh. masa tu baru tau kawan pompuan best ke tak. ekeke

joegrimjow berkata...

sarah, tanya cik farhana bile die mau buat
hehe

theblabber berkata...

dari blog ni aku ramai jumpa kawan (dan juga hilang 2-3 orang kawan)

tsk tsk

hanis aleeya aka gadis sepi berkata...

sekarang noi kuasa blog memang dahsyat.. adh berapa ramai bebudak satu kampus yang nis jumpa.. tapi tak jumpa real la.. jumpa on internet ja..

piNky LuCiA berkata...

penat aku mencari kancil pink... rupanya gambar hiasan je.. eii... hahahaha.. gelak kan diri sendiri

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW