Dulu pernah aku buat entry pasal masa ni. Sebab diri sendiri pun dah macam blur dah jarang buat apa yang ditulis,nak tulis sekali lagi agar dapat ingatkan diri sendiri akan apa perkara perlu yang dibuat. Kata nak jadi orang cemerlang, kenalah sentiasa bermotivasi!
Imam Nawawi
'Life begins at 40' Ini merupakan ayat yang glamer bagi mat saleh. Ala, kita yang nak follow dieorang sombrono ni pun ambik istilah ni sama. Kan kan? Kalau tak, bagus la. Tapi kan, tadi fikir balik, umur aku sekarang dah 22 tahun, benda apa yang dah aku buat untuk diri sendiri yang boleh bagi manfaat kepada diri sendiri dan kepada orang lain...urmm, rasanya tak banyak!
Umur Imam Nawawi, antara imam yang tersohor dalam sejarah islam ketika dia meninggal adalah sekitar 40 tahun. Tapi kalau kita nak tengok hasil karya yang dia lakukan, subhanAllah, 4 mazhab guna dia punya karya. Orang tua yang otai dalam agama pun guna karya dia. Dia genius? Dia manusia terpilih? No, hanya manusia biasa tapi buat sesuatu yang luar biasa!
Apabila kita baca buku motivasi ni terutama baca kisah tokoh islam yang tersohor, rasa kecik sangat kita dengan dia. Tambahan lagi kalau compare dengan amalan2 wali dan ulama tersohor, memang sangat ketinggalan di belakanglah jawapannya. Walhal masa kita dengan dieorang adalah sama. Sighh, macam mana mahu lakukan ni??
Ahaaaa
Kali ni mahu share satu skill yang aku belajar dari orang yag agak hebat dalam soal pengurusan masa. Benda kecik dan tak pernah terlintas pun nak buat. Jadi dengan habis entry ini nanti, harap kita semua dapat lakukannya. Untuk siapa? Untuk diri kita juga! Aku akan bagi dua contoh, satu pasal solat dan satu lagi cara menulis entry (heh, bab blog ni aku sangat suka)
Planner
Planner ni sebenarnya diguna pakai oleh ahli bisnes yang berjaya. Maklumlah, bila dah berjuta juta duit ni, planner memang sangat penting. Planner yang dimaksudkan adalah seperti dibawah ni. Khas untuk effective hour sahaja (waktu tidur tak kira lah) tapi sebab ni blog aku, jadi contoh pun aku punya je la
1) Solat di masjid
Ok, macam apa yang aku tulis kat atas ni, aku akan ambil contoh yang part solat. Ambil contoh pukul 1 iaitu solat zohor. Cuba untuk solat di masjid kalau boleh sebab lelaki kan, memang perlu sentiasa solat di masjid. Jadi, sejam yag aku peruntukkan tu perlu detailkan, apa yang sepatutnya di lakukan supaya 'solat' aku lebih bermanfaat. Cara bagaimana kita mahu detailkan ini terpulang pada masing masing supaya ikut kita punya kesesuaian. Ini hanyalah contoh yang aku buat untuk diri sendiri
2) Masa berblog
Menulis blog ini 2 jam akan diperuntukkan. Sama seperti solat, perlu di detailkan apa yang patut dilakukan semasa 2 jam ni. Huh, 2 jam memang sangat lama sebenarnya, bazir masa ke? Sebab itu kita perlu buat perancangan yang betul walaupun dalam berblog, supaya kita tidak bazirkan masa. Yang penting, niat kita untuk sebarkan benda elok kepada pembaca di blog kita, agar manfaatnya dapat kita terima.
3) Bisnes
Biarlah rahsia. Hehehe
Visualize your life
Sebenarnya benda seperti ini teorinya dah lama ada. Cuma yang buat tu je cuma seciput dua yang buat. Sebab aku rasa benda ini penting, aku akan lakukan dalam cuti summer ni. Banyak perancangan dan kenapa tak berlaku, sebab kita tak catat apa yang kita rancangkan. Cuba kita catat, visualize kita punya aktiviti, barulah akan nampak apa yang patut kita lakukakan dengan lebih terperinci.
Sekarang ni banyak software pasal planner ni disediakan. Kalau ada iphone atau macbook, berlambak planner macam ni ada yang free untuk di download. Bagi yang takde apa2, jangan gunakan alasan teknologi sebabnya pen dan kertas masih ada. Dan kadang2 pen dan kertas lebih rasa 'feel'
Jom buat!
pss : download entry ini dalam pdf disini
3) Bisnes
Biarlah rahsia. Hehehe
Visualize your life
Sebenarnya benda seperti ini teorinya dah lama ada. Cuma yang buat tu je cuma seciput dua yang buat. Sebab aku rasa benda ini penting, aku akan lakukan dalam cuti summer ni. Banyak perancangan dan kenapa tak berlaku, sebab kita tak catat apa yang kita rancangkan. Cuba kita catat, visualize kita punya aktiviti, barulah akan nampak apa yang patut kita lakukakan dengan lebih terperinci.
Sekarang ni banyak software pasal planner ni disediakan. Kalau ada iphone atau macbook, berlambak planner macam ni ada yang free untuk di download. Bagi yang takde apa2, jangan gunakan alasan teknologi sebabnya pen dan kertas masih ada. Dan kadang2 pen dan kertas lebih rasa 'feel'
Jom buat!
pss : download entry ini dalam pdf disini
29 ulasan:
hmm i had always be someone yg 'bijak' merancang tapi malas melaksanakan. ada tips?
bagus. rasanya nak buat satu la. :)
tengs.
merancang kena tulis
bila dah tulis, time malas tengok balik
selalu jer wat jadual tp nk ikut...mcm xtermotivasi...fuhh
dulu ku suka merancang
tp jadual tak pernah buat
yg ni baru berjinak2 mahu mencuba
okeh2.
dah kena buat ni.
tambah2 bila dah nak masuk alam uni ni lepas cuti yang terlebih santai.
masa cuti memang kena manfaat betul2
Umur 40 sgt penting di dalam Islam. Baca ayat al-quran ini @ http://almukjizat.blogspot.com/2008/01/surah-al-ahqaf-ayat-15.html
Semuga kita dijadi hamba Allah yg pandai menghargai masa dan usia demi kejayaan dunia dan lebih penting akhirat.
thx for the info
bagusnya. manfaat jadual bila dah ttulis tapi kalo sy ni ada jadual dah di tulis..tapi xrajin tuk diikut on time. masalah an? business herba life jo makin kaya laaa camtu betulx
owwhh satu benda yang buleh diguna pakai oleh saya yg kadang kadang reti tak reti nak urus masa.. ghhheeee ... tq joegrimjow
bt jadual.....agak payah la..sbb tk ikut....btw ade bisness herbal life.....jadik ejen, joe ???...income masyuk x??
salam. aku pun buat camtu jugak! untuk pmr laa dulula. sebab diri ni tak tahan nak ikut time table blajoo, so kirelaa akt sampingan lain ambik berapa jam, siap include tido petang segala.
last2 tolak tolak sme, dapatla dua jam setengah kot untuk blaja benda lain tak termasuk homework and prep.
wpun tak disiplin nak ikut time table betul2, tapi at least dapatla jugak gambaran sikit kan berapa lama aku patut blaja. hoho.
eh ni blog ke comment? heheh
aku rasa aku pon perlu buat jadual lah.. thx atas idea.. hehehe. seperti yg diharap dari joe.. =D
salam a. faridzul :)
silently, i keep being motivated since you were my school's head boy till now. =) hehehe. thankyou very much.
sebenarnya plan akan berjalan jika ade aim dan komitemen nak capai aim tu.. kalo setakat cakap je nak wat itu ini tapi x de komitmen n disiplin, x kan tercapai sumer tu.. =)
cool nye planner anda!! *merenung dan mengomel*, bagusnye die ni.
mmg byk kali plan..tp xcukup utk ikut apa yg dh plan....
nice entry tq
wow..
bgs la...
nak buat..
=D
joe~rasanya cikhel pon dah kene buat jadual.sebab macam semua dah tunggang langgang..hehe time kasih atas info nih!
berkongsi apa yang mampu
;)
joe dah sampai mesia ker belom??
tak suka plan, main terjah je
hehehehe
orang yang paling berjaya kat dunia adalah orang yang bijak menguruskan masa..
saya tak berjaya lagi..:-s
aleen, belom2
masih mengatur..
salam. hahhh benda ni. pernah buat dulu masa tahun akhir kat sekolah. tapiiii.. haha tak terikut pun. sebab sometimes ada benda lain yang datang lompat tibatiba. so apa yang dirancang jarang kena. huhahaha.
ingat masa dekat Uni nanti, nak try la buat planner ni. ;]
p/s; terima kasih.
SALAM PERKENALAN..
nape tang bisnes biarlah rahsia.. share la skali, nk jugak berbisnes sambil belajar ni, banyak benda nak tanggung..
SALAM PERKENALAN..
nape tang bisnes biarlah rahsia.. share la skali, nk jugak berbisnes sambil belajar ni, banyak benda nak tanggung..
Catat Ulasan