Share

menteri besar belanja makan

salam 1blogger (kekeke!)



dah balik dari london. fuh, penat tapi berbaloi. entry lepas ku dah cite yang ke london sebab jumpa dengan MB. semalam MB perak dan hari ini sepatutnya MB terengganu. hari ni tak pergi sebab ada komitmen lain. ok la tu tunjuk muka. satel la kan. dulu pernah pergi yang menteri sukan datang di manchester, agak bohsan sebab tiada perbualan face-to-face dengan dia. nak jugak fire fire (beranikah aku?) tapi sebab ramai sangat, niat tergendala. semalam dengan MB perak, wahh, sempat makan sekali lagi. hehe




IMG_0702


awat orang klantan datang jumpa aku ni? orang perak mana??



memang ku dah agak mesti tak banyak student dari sheffield yang nak pergi ke majlis macam ni. dieorang cakap, ala jumpa menteri, dengar dia cakap cakap, makan, balik, tak berbaloi. huhu, tak dinafikan betul, memang itulah rutinnya. memandangkan sheffield dengan london agak jauh, (naik train 40 pound) memang menyumbang kenapa tak ramai yang nak pergi. satu lagi, tak sayang kot kat MB dieorang. munasabah kan? kalau aku la, MB kelantan nak jumpa, sanggup lautan luas ku renangi. kenapa? sebab sayang tok guru. muuaahh. hei, warning yang duk ngutuk ngutuk to guru, jaga2 ya, nanti ditimpa sesuatu tak elok. orang kelantan ramai yang sayangkan tok guru ok!



bukan mahu berpolitik



jangan risau, ku takkan cite isu politik. memang pergi sana dapat dengar sendiri isu politik dari orang penting negara sendiri. erkk, memang agak pening dan kucar kacir sekarang, harap malaysia akan terus aman. aminnn. kali ni mahu cite talk yang disampaikan oleh MB perak yang tak berkaitan dengan politik. hehe, ok?



cinta



ahaa, korang jangan tak tahu, MB pun pandai cinta cinta jugak ok. ye lah, dieorang pun manusia kan? mestilah ada hati budi tu semua. MB perak cakap, cinta ada 2, satu cinta pada pandangan pertama dan satu lagi, cinta bukan pada pandangan pertama. yang cinta pada pandangan pertama tu selalunya betul dan buat ramai yang tergila gila. ramai yang hanyut dengan cinta yang ini. jenis kedua iaitu bukan pada pandangan pertama adalah bagi orang yang kecewa dengan cinta tak berbalas atau gagal dengan jenis pertama tadi. biasanya jenis ini akan lebih berkekalan disebabkan dia sudah berkira kira dalam hati untuk jatuh cinta lagi atau tidak. longer lasting kata MB perak



ape kobondo ni jang?



dia kecikkan lagi cinta pada negara. tak kira jenis apa, jenis 1 atau jenis 2, yang pasti perasaan tu kena wujud. sebab dengan negara, tertegaknya bangsa. pentingkan kita cinta dengan negara, benda ni yang akan buat kita peka dengan isu isu semasa yang berlaku di negara kita. kalau nilai ini wujud dalam diri kita, sudah pasti politik negara kita tidak ketepikan.



komen aku?



errk, betol3. stuju. kan best kalau MB perak cite cinta pasal laki dengan perempuan. haha. baru best dato'. ye la kan, penting sebenarnya kita tahu isu negara ni. jangan sempitkan sangat pemikiran kita dengan katakan politik itu kotor, jadi tak mahu libatkan diri dalam politik. aiyoyo machaa, jangan la macam tu. politik tak kotor, yang manusia dalam tu yang melakukan kekotoran yang jadikan politik tu jadi kotor, jangan la salahkan politik tu sendiri. sebagai pelajar pun, kena tahu juga benda benda macam ni, tak payah la dengar gosip gosip (erkk, kadang kadang ku pergi juga blog2 politik ni) dengar benda yang boleh 'boost' kita punya semangat sudah.





apa apa pun, terima kasih kat YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebab belanja makan semalam. hehe, dah lama tak makan masakan malaysia, baru 3 bulan, dah lama la tu kan. cafe kat MSD suka sangat charge mahal mahal. hampagas betol. tolong tolong la pelajar ni, jangan la charge mahal mahal! nasib baik dibelanja, kalau tak, memang tak makan la sebab mahal. gambar pinggan setelah kekenyangan disini



dah la kan



ok la. stakat tu saja la dulu. nak study. next entry ku cite pasal perbualan kopi dengan orang kuat perak. ahaa, menarik menarik.temasuklah pasal line internet. hooohoo. erkk, masa tengah menaip ni (sekarang kan kat ic) ada mat saleh yang cun kat depan guna pc lain. mata kami bertembung tadi, lantas ku ukir senyuman dan dia membalasnya. blusing blushing, ah fat, sila jangan jeles!



nota kaki : tengok la tv malam ni, kot kot ada gambar aku tersesat masuk. hakhak


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 ulasan:

Encik Mimpi berkata...

gile arr nak jugak beliau belanja makan huhuh

Tirana berkata...

Joe ada gaya jadi MB..hehehe..

MB perak ni my senior masa sekolah dulu...Dari zaman sekolah lagi, dia dah tunjukkan kehebatan dia.

Amir berkata...

wah bestnya... MB perak ni anak kawan kpd kawan aku kt UIA.. anak dia low profile je...

Amir berkata...

salah statement.. hahaha.. anak MB perak kawan kepada kawan aku kt UIA.

Adziim berkata...

Nampak gaya boleh jadi Menteri Besar Kelantan .
Apa lgi Joe..p masuk politik kelantan plak.
haha~

Hizami Li berkata...

boleh la jd mb lepas ni.
dah ada rupe tu.
ahha~

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Erk.. Joe.. Apesal entry ni mcm ku pernah baca jek dolu2? Hang penah publish kan kesah hang dgn dr. zambry ni?

rhapsody LiN berkata...

haha... tp kan org kata ahli politik yg plg last yg boleh dipercayai..
:p

Aduka berkata...

aku syg tok guru juge..
ulama terulung bg negara kita dan asia tenggara..
=)

Tanpa Nama berkata...

uiks..org kuat perak tu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW