bangun di awal pagi hari ini terkenangkan kisah lalu bersama arwah ayahku yang tersayang. entah mengapa begitu senang hati ini terkenang kisah lalu.
ku hembus keringkan air mataku..
bisa hilang bersama angan indah..
melayang pada awan..
begitu indah jika seseorang masih ada ayah untuk
dirasai.
dicintai.
dikucupi.
kasih ibu memang berlainan. kasih ayah juga berlainan.
masing-masing mempunyai kekuatan
terkenang kisah kembali bagaimana ayahku mendidik anak2nya berjaya.
cerita dari abangku
kisah dari kakakku
7 orang adik beradik. mereka ber5 memang diajar cukup2 akan erti kesusahan. cuma aku dan kakakku yang tua setahun dariku yang hanya diajar dengan cara KELEMBUTAN. mungkin disebabkan faktor umur.ayahku bukanlah seorang yang hebat dimata orang ramai. tapi cukup hebat dimata kami semua.
cerita abang sulungku
pernah dikurung didalam tandas selama sehari suntuk. ketika itu usianya hanyalah tidak sampai belasan tahun. hanya melakukan kesilapan kecil. baginya, jika ditafsir dengan fikiran yang kebudakan, pastilah kecil. ajaran mengurung selama sehari suntuk mengingatkan dirinya perihal betapa besarnya masalah yang dibuat, ingat sampai sekarang!
ku hembus keringkan air mataku..
bisa hilang bersama angan indah..
melayang pada awan..
begitu indah jika seseorang masih ada ayah untuk
dirasai.
dicintai.
dikucupi.
kasih ibu memang berlainan. kasih ayah juga berlainan.
masing-masing mempunyai kekuatan
terkenang kisah kembali bagaimana ayahku mendidik anak2nya berjaya.
cerita dari abangku
kisah dari kakakku
7 orang adik beradik. mereka ber5 memang diajar cukup2 akan erti kesusahan. cuma aku dan kakakku yang tua setahun dariku yang hanya diajar dengan cara KELEMBUTAN. mungkin disebabkan faktor umur.ayahku bukanlah seorang yang hebat dimata orang ramai. tapi cukup hebat dimata kami semua.
cerita abang sulungku
pernah dikurung didalam tandas selama sehari suntuk. ketika itu usianya hanyalah tidak sampai belasan tahun. hanya melakukan kesilapan kecil. baginya, jika ditafsir dengan fikiran yang kebudakan, pastilah kecil. ajaran mengurung selama sehari suntuk mengingatkan dirinya perihal betapa besarnya masalah yang dibuat, ingat sampai sekarang!
sekarang dia seorang doktor
kisah akak sulungku
dipulas telinga sampai merah. ayahku tidak kejam. juga tiada ilmu yang tinggi. tapi cukup tahu apa jenis pengajaran yang boleh diberi kepadanya. seorang anak perempuan kecil yang hanya mengambil barang kepunyaan kawannya, mungkin itu balasan yang patut diterima setelah berjumpa dengan kawan untuk meminta maaf
dia seorang lulusan peguam, bekerja sebagai PTD
cerita abang ke2
memang seorang yang nakal. apa yang dapat diajar oleh seorang ayah kepada anaknya yang hanya berumur setahun jagung yang nakal? pernah di ikat tangannya kedalam telaga buta, sehingga melibatkan atukku untuk membebaskannya. melastik kawannya, itulah kesilapan yang dilakukan. kejam? tidak, itulah sayang
sekarang memilik syarikat francais jepun sendiri
cerita kakak ke2
tidak elok untuk bercerita tentang kesilapan yang akakku buat. nescaya memang akan di gelak oleh koarang semua. lebih baik tidak diceritakan. memang memalukan...apa yang ayahku buat, menyuruh ibuku untuk menasihati. kadang2 naluri ibu lebih berkesan dalam menangani sesuatu situasi
sekarang juga seorang doktor
kisah abang ke3
manja menjadi bongsu selama 6 tahun sehingga kelahiran akak ke3 ku menjadikan die disayangi oleh ayahku. sayang untuk dirotan jika melakukan kesilapan. kasih untuk dimarah jika melakukan kekhilafan. inilah erti sayang. tiada alasan untuk terlepas walaupun anak bongsu. heret dirinya ke kelas tadika akibat lari masa hari pertama.
sekarang seorang akauntan
kami berdua memang tidak dilayan dengan agak keras. faktor umur? mungkin. tetapi cerita abang dan akak kami cukup membuat diri ini merasakan takut dengan ayah kami. takut inilah lahirnya perasaan hormat
setelah dirotan
disapunya ubat ketika sedang tidur
setelah dimarah
disuruhnya ibu memujuk kami
mereka ber5 telah lulus babak pertama dalam hidup. bagi diriku, inilah membuatkan diri ini untuk terus menelaah. menjadi secemerlang mereka semua. mungkin ada yang lebih hebat dari abang dan kakakku, itu bukan persoalannya. bagiku, bagaimana didikan itu menjadi agenda sesuai untuk didebat
ayah meninggalkan kami kerana pelbagai penyakit
bermula dari merokok
masa usianya lewat 30an
doktor menasihatkan dirinya berhenti merokok
dia berhenti
mungkin tidak mahu melihat
kami ber2 tiada ayah diusia setahun jagung
berkat ketabahannya
dia berjaya
awal 40an
kencing manis dikesan
bergantung akan ubat
penisilin
dan macam2 ubat lagi
darah tinggi pula menyerang
seterusnya masalah jantung
dibedah di ijn
berulang alik kami semua ke kuala lumpur
sedih ketika ayah meninggal wasiat
usia ini baru darjah 5
sedih
melihat ibuku menangis
melihat abang dan kakakku teresak
ku hanya mampu merintih
diusia itu?
itulah kufaham
allah panjangkan usia ayahku
syukur pembedahan berjaya
2 3 tahun kemudian
buah pinggan pula
banyak masalah
ayahku tabah
tidak mahu melihat diriku
berasa susah
terpaksa hemodialisis
3 kali seminggu
hingga 4 tahun
ayahku tidak tahan
tidak mampu lagi bertahan
sakit tersangat
kutahu kerana dia tidak pernah merintih
walaupun sesakit mana
glenmarie kami tuju
hospital terbaik orang katakan
tapi hanyalah buruk kami peroleh
ayahku kene strok
saat terakhir sebelum strok
kubersama dengannya
"jaga tanggungjawab tu"
ku hanya menganggap itu hanya kata2 informal
tapi itulah wasiat
ayat terakhir dari ayahku kupegang
mulut ayahku mula tidak betul
senget sebelah
doktor kami panggil
kepalanya dihantuk2
mungkin itu sakit
air mataku mula mengalir
oksigen dipasang
doktor cina mengalih tempat
ayahku kembali tenang
tapi dalam keaadaan koma
tidak sedarkan diri
buat seketika...
kata doktor, peluang untuk berjaya dalam pembedahan hanyalah 50-50. mungkin lagi teruk sebab ayahku bekas perokok tegar. ibu dan ahli keluarga yang lain tidak bersetuju untuk pembedahan. kami bawakan ke kelantan
hospital kubang kerian
hari pertama masuk ke hospital
cukup ramai yang melawat pada waktu petang
ibuku menjaga malam itu
hari ke2 di hospital
juga lagi ramai yang melawat
ku menjaganya pada petang itu
hanya bacaan yasin dapat kubuat
mengelap air matanya
tidak sedar
tapi ku pasti
ada sesuatu yang ingin dicakapnya
hari ke3 di hospital
bertambah2 ramai yang melawat
hanya kakakku yg ke3 menemaninya malam itu
kerana ada majlis bacaan yasin dirumah
9 malam
saat yasin untuk di baca
telefon berdering
dari pihak hospital
ku tidak tahu mengapa
hanya abangku menyuruh semua ke hospital
sesampai kami ke hospital
kakak ke3 menangis
dia cakap ayah dah tak da
aku berjalan sendiri
tabah dan sabar
tanpa disedari kakiku terkoyak batu
batu mungil tetapi tajam
menusuk kecil tetapi dalam
aku pasrah
tabah dan sabar
tanpa disedari kakiku terkoyak batu
batu mungil tetapi tajam
menusuk kecil tetapi dalam
aku pasrah
aku mahu menjadi si cinta penggali kubur
yang selalu mengingati didikan ayahku
coretan benar dibuat untuk beri pengajaran bagiku
agar lebih tabah untuk menghadapi hidup ini
nota kaki : tolong sedekahkan alfatihah kepada ayahku
yang selalu mengingati didikan ayahku
coretan benar dibuat untuk beri pengajaran bagiku
agar lebih tabah untuk menghadapi hidup ini
nota kaki : tolong sedekahkan alfatihah kepada ayahku
64 ulasan:
kasih yg xbisa d cari d mna2~
kasih ayah yg kekal abadi...
kalo dia masih ada, pasti dia berbangga melihat kejayaan anak2 dia....
Al-Fatihah
Al-Fatihah buat Ayah Long
.........................
Semoga rohnya dicucuri rahmat..AMINN..
awk...
sy da bce ur blog..
touchin owww...
n i rse awk n ur sibling tbah sgt...
n sy rspct kt sibling awk..
smue bjye...
financial da sah2 r stable..
besnye...
n i rse if i jd u..
msty i da gvup..
tp tgk mcm u n ur sibling...
mmg tbah r...
n dyrg da bjye...
ikot jjak lgkh ur sbling 2...
hehe...
ur mum sht??
=)
prove it abg joe..!
prve it dat u can b such a great engineer...!!
. betol2
. time kasey
. aminnn
. mak sihat. alhamdulillah
. yeah, akan dibuktikan
Al-Fatihah~~
sedih bila baca.
moga Allah cucuri roh ayah awak.
jangan lupa sentiasa doakan utk ayah.
jaga mak selalu...
belajar baik-baik yer..
nasihat senior kpd juniornya..
setiap kesusahan itu .................
akan ada kemanisan di hujungjika .............
dilalui dgn sabar..............
dan jangan lupe..
kadang2 kesusahan itu..........
juga pernah dirasa oleh........
org lenn...
walau tidak mampu membantu..........
cukup sekadar memahami............
kerna setiap org berbeza cubaannya,.......
bangga dan terharu baca kisah jo ni...Alahmdulillah ayah jo berjaya mendidik anak2 hingga semuanya berjaya dlm hidup...
saye bangga dengan joe dan
keluarga joe menghadapi banyak
dugaan, semuanya berjaya d sbabkn
oleh didikan yang baik oleh arwah
ayah joe..bersabarlah menghadapi
dugaan ni smua joe...hanya bsabar
shaja dapat membuatkan hati kita
tenang dan lbih bersemangat
menghadapi segala ujian yang d
hadapi...walaupun kadang2 mcm nak
berputus asa, joe ttap kena
kuatkan smangat, jng jadikan skap
pts asa tu satu penghalang kpd
joe...belajar lah sehingga
berjaya...arwah ayah joe seorang
yang tabah dan cekal, saya sangat2
kagum dengnnye....banyak2 sedekahkan
Al-fatihan untuk arwah ayah
ye...mudah-
mudahan rohnye dicucuri rahmat dan
di tempatkan dikalangan
orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang soleh di akhirat kelak...
Al-fatihan....
. thx ya senior
. semua ade kesusahan masing kan?
. doa spya arwah ayah ditempat digolongan org bertakwa
. time kasih bnyak2
masyaalah, you had a wonderful father.
Say thanks to Allah for the magnificent gift ever to your life. Even though he has gone, but indeed,i believe he is always praying for his children, the goodness fiddunia wal akhirah.
Again, say thanks to Allah..
joe,terharu aku baca entry ni.. semoga roh ayah ko ditempatkan di kalangan org2 yg soleh iA...
. thanks
. insyallah
Al-fatihah...
...semoga rohnya dicucuri rahmat..moga kita sebagai anak yg masih hidup di atas dunia yg fana ini ingtlah:sejahat2 mana seorang ayah,dia tetap ayah kita..darah daging kita....doa seorang anak mampu membuat kubur seorang ayah merasa tenang didalamnya dan dpt dikurangkan sgala azab yg diterimanya...amin~
sy dah baca!
sy taw awk sedih sgt tp byk2 la bersabar..
itu semua dugaan drpdNYA..
alhamdulilah, awk n adk bradk yg laen berjaya!!
skrg mak awk masih lg ade so hargailah die sebaik mungkin..
BEST ENTRY KALI NI
MM,,
DOA DARI SEORANG ANK 2 YG SNTIASA MENGALIR
SLALU SEDEKAHKAN UTK ARWAH AYAH
SEMOGA ARWAH BERSAMA DENGAN ORG2 YANG BERTAQWA
sesungguhnya cinta pada dunya itu tak pernah kekal...
cinta pada manusia itu terukir kekal dalm pahatn memori...
andai cinta pada manusia dipanggil bapa....
cinta itu kutahu...
bisa buat diri itu kuat...
seteguh karang di lautan gelora..
. amin....time kasih
. sama2 kita hargai
. amin...
. ....
salam...
semoga ayah ko dihimpunkan dikalangan orang2 yang soleh...teruskan berdoa untuknya...
lg satu, belajar rajin2...jangan jadi mcm aku...huhu...
dear fren,,
mila feel da same way tOo.. sedih sgt bila tgk org lain ada ayah,, dapat salam tgn ayah,, dpt cium ayah,, dapat kol dari ayah...
kehilangan menjadikan kita lebih tabah aite? tapi... ketabahan tu kekadang mcm x ikhlas dr hati tp penuh kepura-puraan.. yup,, mila do admit yg selalu sgt mila pura2 tabah esp depan my moMma.. but deep inside,, Tuhan saja yg tahu.. bila story dgn frenz,, x semua memahami.. org yg x rasa kehilangan x kan faham perasaan ni..
huuuh~ sorry teremo kat ur page pula.. =)
alfatihah buat ur father..
juga buat ayahndaku..
. doa seorang anak
. semoga sama2 tabahkan hati
nothing 2 say..
sume org2 atas da ckp..
siot ko xcite kat aku..
baru aku tau..
xpe2..
kite yg hidup kene teruskn idup..
all de best..
ko kalu sunyi, dtg r umah ktorang..
hehe..
ni komen pas ko komen kat fs aku..
^_^"
u make me cry!
al-fatihah~
. ni la kegunaan blog, cite sini suda
. time kaceyy
moga2 awk berjaya dunia akhirat
jangan lupa sentiasa doakan ayah awk n sedekahkan yassin tiap2 malam..
tanda cinta dan kasih seorang anak..
. yup, akan sentiasa diingati
sedihnya baca...huhu...
walau berbeza situasi, tp aku percaya perasaan yang dirasa itu sama...huhu
thanks for sharing this :)
1 lg, betul kata ko, kepayahan itu yg mengajar kita untuk belajar menjadi manusia..
alfatihah wat arwah ayah mu..
=)
sedekah al-fatihah bt arwah ayah....
Al-fatihah utk arwah ayah awak..
kalau arwah masih ada pasti dia bangga punya anak seperti kalian :)
hmm..i do agree that syg ayh n syg mak tu laen. but both are very pricious for me..
but i believe that pngalaman yg mcmtu buatkan kita lbh matang pkirkan bout our future and jadikan siapa kita sekarang nie..
al-fatihah untuk ayh abg joe..
jaga ur mom elok2..she's very tough woman..
hmm..i do agree that syg ayh n syg mak tu laen. but both are very pricious for me..
but i believe that pngalaman yg mcmtu buatkan kita lbh matang pkirkan bout our future and jadikan siapa kita sekarang nie..
al-fatihah untuk ayh abg joe..
jaga ur mom elok2..she's very tough woman..
subhanallah...besar sekali ujian kamu dan arwah ayah kamu..semoga di alam lainnya, dia terlepas dari pelbagai perhitungan..aminn~
dan, semoga kamu juga akan terusss tabah ya..cinta tak akan mati, kerana ia sentiasa di hati..
joe,
Ayah kamu pergi, bukan utk diratapi..bukan juga utk ditangisi..tp pergi menymbut panggilan Ilahi..
Sy yakin ayh kmu menunggu saat kmu brtemu di pintu syurga....
Saat itu, genggamlah tngn ayahmu sekuatnya...
Peluklah tubuh ayah, jgn lepaskan...
Berilah cahaya Fatihah buat bekalan ayahnya di alam Barzakh..
ayah kamu kini kesorangan..
Insyaallah, perjalann ayah kamu akan diterangi cahaya keberkatan itu.....Amin
Sayang ayah kamu tdk pernah padam...
Peluk ciumnya jg tak pernah usai di bawa angin kenangn..
Namun, derita tak akan selamanya berpanjangan.....
Relakan kepiluan itu pergi..
dan kamu teruskan perjuangan,k.chaiyok2!
salam takziah, al-fatihah^_^
Huhu..Cdih mbaca entry nie..
Semoga arwah ditempatkan bsama2 org soleh..
Al-fatihah...
sedinya baca
semoga dicucuri rahmat
mesti ayah ko bangga
kakak2 n abg2 ko sume berjaya
al-fatihah..
saya pun masih bersedih. saya masih ada ayah tapi ayah kepada ayah saya yang baru je meninggal dunia.
saya akan tulis pasal ayah saya masa father's day...
joe..salam takziah untuk ayah kamu..
mg arwah dicucuri rahmat Allah..
abg kakak kamu boleh..kamu pon mesti boleh juga..
Al-Fatihah....
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. AMINN..
Al-Fatihah.
Al-Fatihah
Al -Fatihah..
amat tersentuh hati ini ketika membaca entry ini..
aku juga amat merindui Arwah Papa..
dn aku amat memahami akn kerinduan yg x tertanggung itu..
same here..arwah ayah akak baru pergi 4 bln lepas..perginya sekejap sgt..sekarang yg penting, kena jaga family n tunaikan harapan arwah ayah kt..moga roh org yg telah pergi ditemankan dikalangn org yg soleh..amin
.i admit dat im crying
.al fatihah to arwah
alaaa..
sedih suda....
alfatihah utk arwah....
Nape ari nih baru kujumper blog kamu? Memang tak nyesal baca ... I really love what you r doin here. Ayahku juga dah tiada, yang tinggal hanya kenangan ... mungkin boleh buat entri masuk contest, ek?
al fatihah..
smuga di cucuri rahmat
itu la ayah!egonya tetap ada!dia syg tapi taknak tunjuk..dpn kita dia marah blkg kita dia syg!
weols pun anak bongsu so tak terasa sgt kegarangan bak (panggilan utk ayah weols)
tp abg2 weols kena teruk..sbb tak hafal sifir kena pukul dgn beluti..teringat kisah abg no dua..(mak yg cerita) masa tu bak beli kasut sekolah baru, dia taknak belajar dok cium kasut tu ape lagi satu mlm tu takleh tdo sbb bak paksa soh cium kasut pastu masa arwah tok dtg bwk kelapa dia sibuk nak angkat kelapa2 tu taknak hafal sifir..apelagi bak soh dia jinjing kelapa dua bijik sehari suntuk..smpai skang bengkok jari dia!ahaks
anyway, syok dgr citer all ur sis and bro berjaya..tentu bangga ayah kamu!alfatihah utk arwah!
sedih.
sy rindu ayah juga..
joe..koa ambik la adiah tu..touching jgk..stud ape erk kat uk tu?ape2 pon..hrp dpt mnjadi stabah u all...nice dude...keep it up...i xde ms nk tulis entry tu..huhu..bz lar..nti wat la lg..xpon bg je t-shirt free tu..hehehe
huwm.sedihnya...
xnk menangis,tp menitis jugak...
jd mengertilah ku mengapa ms kecik2 dlu slalu kena rotan dgn ayoh...
huhuhu
Opsss.lupe...
Al-Fatihah buat arwah ayah anda.
Moga arwah ditempatkan di antara org2 yg beriman...
Insyallah...amin...
time kaseh berkongsi
al-fatihah;)
..hanya anak yang soleh saja yang dapat membantu ayahnya selamat di akhirat.. itulah kejayaan..
tak sangka pulak orang engineering pandai bersajak.. berkesan kat hati pulak.. takziah diucapkan.. al-fatihah
baru sekarang berkesempatan bce entri nih.
clueless sbb sy xpernah membygkan keadaan bila ayah sy xde.
how can i survive it???
you made me cry.
incek joe, u guys memang sangat tabah.
terima kasih, incek dah mengajar sesuatu kepada kami.
all the best in your life.
Al-Fatihah.
alfatihah.
bergenang air mata baca...
Salam...
Kite senasib,
tp sygnya sy x satabah awak..
Arwah ayah pendorong sy yg paling kuat...
Perginya ayah seolah2 mmbawa bersama kekuatan & semangatnya utk sy selama ni..
Shingga kini, slpas 2 tahun sy masih begini..
mencari kekuatan & semangat yg hilang..kekuatan yg x mungkin diraih lg dr insan bergelar "AYAH"
Al-fatihah buat arwah ayah sy, kamu & semua ayah yg trlah pergi..
alfat
al-Fatihah..
Catat Ulasan