Share

Kekasih hati yang SUPER HEBAT

Ini entry besday lagi. Yup, hari ulang tahun kelahiran. Blog ni memang suka sangat buat entry wish happy bestday kat orang. Hari tu buat kat zack zukhairi besday ilustrasi cartoon gundam, lepas tu masuk contest besday alisya dari bro GTO, siap menang hadiah lagi tu! Entry kat cik lolly ni juga sempena besday dia - pon menang hadiah! Tak lupa juga entry sweet kepada housemate sempena besdaynya. Kepada keluarga pun ada, semua dibuatnya! Entry untuk mak ni paling sweet kot. 

Motif letak link? suruh korang baca lah =)

Esok besday dia!

Yup, kekasih hati yang seorang ni memang seorang yang super hebat! Tanpa dia, memang agama Islam takkan dikenali sehingga kini. Walaupun agamanya adalah Islam, tetapi tahun 1992 ada dikeluarkan buku (reprinted) senarai orang terpengaruh di dunia 1-100 dan namanya adalah di ranking teratas! 



Hebat kan?


All about story

Walaupun tak pernah jumpa secara personal mahupun dalam mimpi, dia aku kenal melalui cerita. Tak kiralah cerita buku ataupun mulut ke mulut. Semuanya sungguh hebat kisah bagaimana dia melalui detik-detik hidupnya sepanjang hayatnya yang tak lama tu. Sungguh memberi inspirasi!

Aku pasti, korang ada cerita pasal dia yang korang ingat sampai sekarang. Nak list sekarang memang tak tertulis sebab panjang sangat. Cerita yang paling aku ingati adalah semasa kewafatan dia. Ya, cerita itu sungguh sedih tetapi memberi inspirasi. Saat kematiannya pun dia masih ingatkan umatnya. Sungguh hebat!


20 April 571 masihi

Kalau diikutkan tarikh masihi, tarikh lahir dia sama dengan aku! Sangat kebetulan! 1417 tahun selepas dia dilahirkan, aku dilahirkan! Walaupun 1417 tahun membezakan aku dengan dia, seolah dia sangat dekat dengan hati dan jiwa. Tulah salah satu kehebatan dia yang tak dapat ditandingi oleh manusia lain. Ya, tak dapat nak ditandingi!

12 Rabiulawal 

Esok dalam kalender islam dah 12 Rabiulawal. Tarikh kelahiran seorang manusia yang Super hebat. Kalau zaman U, mesti banyak je program untuk mengingati dia diadakan. Dah habis belajar ni, kenalah cari sendiri ceramah-ceramah untuk refresh balik kecintaan kepada dia. Kat bawah ni ada satu video yang panjang, esok cuti bolehlah tengok video ni kat rumah. Memang inspiring!





Selamat hari lahir
Semoga kita sama-sama meneruskan sunnahnya!


pss : video to sangat berbaloi untuk ditonton!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Menjawab pertanyaan V day dari seorang bukan islam

Nota awal : ENTRY REPUBLISH tahun lepas


Kerja sebagai cleaner, sememangnya memenatkan. cara terbagus untuk hilangkan penat adalah, tiap hujung bulan, lihat di penyata bank, berapa duit yang dapat. itu satu sumber motivasi untuk hilangkan kepenatan. memang masalah duit, aku jarang ada, bukan nak kata kaya, tapi dengan duit mara dan juga herbalife bayar, bukan tujuan utama aku bekerja untuk mendapatkan duit semata mata


k a


die merupakan supervisor disini. baru aku tahu yang gadis comel ini adalah seusia dengan aku. 21 tahun, nak masuk 22 tahun ni. tapi sudah mempunyai anak 2 orang. single mother. tak kawin tapi sudah ada anak. biasalah tu budaya sana. kali ini bukan mahu ceritakan pasal single mother, tetapi cerita yang menyanyat hati....


k a tekun bekerja

semalam


sebab cuti sekolah, memang kerja untuk cleaner tak banyak. memangbsungguh seronok. banyak masa digunakan untuk berbual dengan dia. memang best berbual dengan dia, sebab dia punya accent sememangnya mantap dan sungguh pekat sekali. 'come again' selalu aku sebut untuk memastikan apa yang dia ingin sampaikan masuk dalam lubang telinga


'hows your valentine love?'


memang agak kaku untuk jawab pertanyaan macam ni. ye lah, takkan nak cakap, v day ni haram kat orang yang tak mempunyai agama. banyak lagilah dia akan tanya kenapa haram ini , itu, jadi untuk mengambil langkah selamat, aku bgtau


'valentine? i didnt celebrate it'

'why? still single'





'haha, for me, everyday is romantic day. so, no point to celebrate it'

k a hanya senyum. waah, gadis cleaner ini cukup manis kalau senyum ;-)




~~~~~



hubungan aku dengan ka semakin hari semakin rapat. pernah sekali itu, aku mencuci toilet, dia datang. ruangan toilet yang sempit itu sememangnya cukup cukup untuk kami bergerak. tergesel badan kami dan merasakan ada aura kemesraan. mata kami berpandangan, dan kemesraan menguntum


semakin rapat


dia menjemput ke rumahnya. memang anaknya masih kecil. kagum dengan k a yang tabah mencari rezeki untuk anak anaknya. aku tawarkan yang aku boleh bagi duit kepadanya, dia hanya membalas, tidak mahu menerima pertolongan dari lelaki. sudah serik katanya


'why u didnt find another guy?'

'say no to guy! enough for only once. better to be single'


memang kata kata yang membuat aku terharu. ye lah, gadis yang begitu comel itu dianaiya oleh lelaki kaparat yang merosakkan nama lelaki. hampagas untuk lelaki itu! aku rasakan ada chemistry antara aku denganya. ini membuat segala pergaulan kami berdua jadi begitu serasi. aku menyatakan hasrat untuk menjaganya dan hasrat itu disambut baik olehnya. walaupun susah untuk percaya dengan lelaki, nyata ada ruang untukku di hatinya


keluarga kaya


rupa rupanya k a adalah dari keluarga yang kaya. terkejut bila di bawa ke rumah ibubapanya di leicester, sememangnya besar. pelik juga kenapa keluarga kaya tetapi dia masih bekerja cleaner. dia cakap, dia kerja cleaner untuk lupakan segala masalahnya. memang hubungan aku dengan dia menjadi tegang setelah perjumpaan dengan ibu bapanya. ternyata, ibu bapa k a tidak merestui. huh, asian?? no no no. memang rasict sungguh! tapi ini tidak menghalang cintaku kepadanya


my dear k a,

i will finished my study and continue working at my country. i will work hard for u, for your son and we will build happy family ever after. give me only one year, i will come back to sheffield and we will get married. im very sure, your parent will realise that our love is true !


setelah hantar surat kepada k a, aku terus pulang ke malaysia untuk bekerja. sememangnya cabaran untuk berkahwin dengan anak orang kaya ini. aku terpaksa untuk menjadi kaya juga. lantas aku terus dengan bisnes herbalife aku. dari sebulan ke sebulan, aku bekerja bagai nak mati untuk menjadi kaya. aku pasti k a akan menjadi milikku.


hidup k a


malangnya, kehidupan manis k a tidak berkekalan. dia di diagnos dengan satu penyakit yang membuatkan saraf di mulutnya akan kaku seterusnya dia akan menjadi bisu. berita ini aku tahu dari seorang kawan di sheffield. memang sedih dan bila aku nyatakan bahawa aku tidak kisah, dia mahu hubungan aku dengannya terputus


cinta sejati


aku tahu dia merupakan yang terbaik untukku. aku tidak akan lepaskan begitu saja. baru 6 bulan, jika aku balik ke sheffield semula, sudah pasti aku akan di hambat keluar oleh ibu bapanya, sebab aku masih miskin. aku terus bekerja bersungguh sungguh. untuk buktikan cintaku padanya


ada satu ketika aku call dia, sememangnya dia angkat dan terdengar bunyi sedu sedan. nyata dia masih ada hati padaku, begitu juga aku, memang tidak dapat melupakannya. nyata dia sudah tidak dapat bercakap dengan sepenuhnya. dia telah jadi bisu dek penyakit aneh nya itu!


2 tahun kemudian


ketika k a dan ibu bapanya bercuti di prague, aku menghanar sepucuk surat kepadanya. surat perkahwinan. undangan perkahwinan aku. dari jauh aku melihat k a menangis. ibu bapanya memagang erat badan anaknya itu, sudah menduga yang cinta aku takkan sampai ke mana. ternyata mereka silap!!


k a melihat





walimatul urus
undangan ke majlis perkahwinan

joe n k a



dia menjadi blur, kerana kad kahwin itu tertera nama aku dengannya. dia seolah kaku. tatkala itu, aku keluar dari semak samun, lalu membuat bahasa tangan yang bermaksud



will

u

marry

me

;-)





air matanya menitis. sepanjang dua tahun ini, aku bekerja bersungguh sungguh untuk menjadi kaya dan malamnya aku pergi ke kelas untuk belajar bahasa isyarat. aku mahu komunikasi aku dengan k a akan berjalan lancar, walaupun dia sudah bisu, dialah cintaku!!


~~~~


pss : tulisan antara (~~~~) dengan (~~~~) adalah rekaan semata mata ;-) ada gaya entry true meaning of love tak ? jom join contest!!



nota kaki : masak ayam masak merah, dah lama rupanya tak memasak ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 to Millionaire : Hanya modal RM 10 anda boleh jadi kaya raya!

Nota awal : Entry untuk lelaki sahaja. Anda perempuan? jangan lupa kongsikan dengan orang lelaki disekitar anda!


Sistem 10 to Millionaire adalah penemuan terbaru dari anak muda yang bakal jadi kaya raya. Penemuan ini sudah terbukti berkesan, dengan modal serendah RM 10 korang boleh jadi kaya raya. Tetapi harus diberitahu - KHUSUS KEPADA LELAKI sahaja! Waha!!!

Sistem ini bukan sahaja mampu menjana ekonomi - JUTAWAN tetapi juga memberi motivasi kepada semua yang mencubanya. Mereka yang telah mencuba bukan sahaja memperoleh ganjaran duit, malahan sikap dan personaliti mereka juga dilihat semakin mantap. Untung sesiapa yang menjadi lelaki!

Percaya atau tidak, sistem ini sudah terbukti berkesan diseluruh negara. Sudah ramai yang mencubanya dan hasilnya - MENAKJUBKAN! Cuba dengar testimoni-testimoni yang sudah mencubanya. Oh ya, identiti mereka dirahsiakan!

Pak cik jagarjek


Munsun Sesami - pemain bowling handalan


Student tanpa nama!



Siapa yang boleh joinT?

  • Student
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Kerja sendiri
  • Pengangur
  • SESIAPA SAHAJA YANG ADA MODAL RM 10!

dan sudah pasti anda seorang lelaki!!



Kenapa Modal RM 10?

Ya, hanya bermodalkan RM 10 sahaja! Ramai sebenarnya yang meragui sistem ini dengan keberkesanannya. Tetapi percayalah, anda nanti tidak akan rugi. Pulangan yang dijamin - UNBELIEVABLE!


Sistem yang melahirkan ramai jutawan!

Dijangkakan menjelang tahun 2020, sistem ini akan melahirkan ratusan jutawan baru di Malaysia. Hanya RM 10 - saya yakin semua pasti ada dan mampu mengikuti sistem yang hebat ini! Sertai kami sekarang!


Bagaimana sistem ini berfungsi

Dermakan RM 10 anda kepada masjid-masjid terdekat. Ikhlaskan hati dan pastikan tiada orang nampak. Hari Jumaat ini waktu sangat baik untuk memulakannya. Amalkan setiap minggu dan rasailah perubahannya!

Asyik taruk seringgit je, nanti taruk la spoloh ringgit plak eh =)

Waha - jom menderma!


pss : hari sabtu ni nak ke KL. jom jumpa-jumpa jom =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW