Share

entry bukan gay : housemate yang namanya zakwan


Happy Birthday .mp3


Found at bee mp3 search engine


pss: tekan play ;)


masa di BMI lebih kurang 2 tahun lepas, aku ada contact budak MICET yang akan juga fly kesana. sopi yang aku kenal bagi no ketua dieorang. katanya, baik berhubung dengan ketua dengan ketua, baru senang maklumat dapat 1st hand. ok, aku layan dan contact dia



'saya joe, ketua kat BMI' msg ringkas dan dia reply 'okok, zakwan ni' itulah bagaimana start hubungan kami ini



memang tak rapat masa mula mula datang ke UK ni. maklumlah, ada hal masing masing. aku elektrikal dan dia chemical. memamg dua jurusan yang beza. start baik dengan dia bila nak masuk rumah, bila aku tekad nak duduk dengan orang yang aku tak berapa kenal masa tahun ketiga dan kebetulan, aku dengan dia ditakdirkan satu rumah


bertiga dengan syeikh


memang mula mula kagum dengan zakwan ni. sebab utama kagum adalah dia sanggup penuhkan bilik dia dengan barang2 SMSA. haha. aku ingat lagi masa aku masuk bilik dia tanya 'ko ok ke banyak barang ni? kotor je ak tengok bilik ko' dengan slumber dia cakap 'takpe, aku dah biasa dengan hidup macam ni, bilik rumah aku pun dlu pun kotor' dalih itu aku tahu dia tak nak bebankan ahli lain. ye lah, mana sanggup bilik penuh dengan barang2 yang bukan milik kita. ishh, aku pun tak sanggup. last2 aku ambik separuh dan letak dalam bilik aku, tlong dia, kata nak jadi presiden yang bagus. kekeke




masak lemak cili api


satu lagi keistimewaan dia adalah masakan. hehe. lelaki kalau kat obe c ni tak reti masak, jangan duk berangan nak kawen la. zakwan ni aku rasa, lulus la. masakan dia walaupun selalu masak lemak cili api (2 hari lepas baru makan masak lemak) tapi masakan tu sentiasa sedap. masak dengan kasih sayang ye? hehe. bila dia masak, dia akan selalu masak lebih. biasa aku masak 5 chicken leg (1kilo lebih) tapi dia sekali masak, terus 2 kilo! bila tanya kenapa masak lebih, dia cakap 'ala, housemate aku jugak yang makan, ko kan ada herbalife, makan la banyak2 pun tak' sweet kan? bagi aku sweet walaupun ada sindiran pedas disitu. kekeke




korban untuk masak walaupun bukan turn


aku ni sentiasa sibuk. kat rumah pulak ada jadual masak. maklumlah, dulu aku kerja petang, tak kerja petang pun selalu ada meeting kat luar dan pulang lewat. kalau hari tu aku masak dan macam tak sempat je nak masak, terus aku msg dia suruh dia masak hari tu. reply dia kepada aku, tak pernah menolak. mesti sanggup je. tu yang buat sayang lebih tu. agagaga




gaya hidup mewah


sebab duit banyak, kami buat keputusan untuk lancarkan gaya hidup mewah. apa tu? beli barang yang mahal lah. idea bengong tu datang dalam satu malam je. duduk makan malam, aku cakap dengan dia 'wan, esok aku nak beli ps3, ko beli tv ek, ok' jawapan dia? memang tak mengecewakan. kadang2 sengal kiteorang ni terlebih. malam tu jugak dia tempah tv 38 inci bravia dan esoknya dia teman aku beli ps3. sengal kan kiteorang ni


sengal? hehe



anak kunci tak bawak... tulun....

aku ingat lagi masa aku balik dari bercuti, lebih kurang pukul 2 pagi akan sampai ke sheffield. kebetulan aku tak bawak anak kunci. serius cuak. dah la loceng flat kami rosak. jadi pukul 11 malam, aku call dia cakap aku tak bawak anak kunci. dia tak reply.... serius aku dah pk kena tido kat bawah dah. tapi dalam pukul 1 lebih, dia msg, 'wei, tak sampai lagi ke? aku ngantuk dah ni, penat nunggu ko' dapat msg tu, lega hati aku. dan... pukul 3 baru sampai dia masih belum tido tunggu bukakan pintu. serius sweet!




bincang soal kawen


bila aku cakap nak kawen, dia orang pertama runsing. haha. yang ko runsing tak tentu pasal tu kenapa? dah sah sah aku tipu. nak nak je setiap aku cakap, dia caye. caye bulat bulat plak tu! siap bagi tazkirah lagi. tazkirah dia pulak.... MENYOKONG! haha. 'walaupun aku tak caye ko dengan 'tutttttt' ada affair, aku izinkan, yang penting ko kena jaga agama bla bla bla bla' haa, aku rasa jarang ada kawan yang bagi nasihat panjang berjela2 ni pasal kawen. sebab nasihat dia tu la aku jadi semangat nak kawen ni. hehe.



lebih tua tapi sangat perangai sama umo


dia lagi tua dari aku. persediaan dia 2 tahun untuk ke obe c ni, aku setahun je. bukan sebab aku pandai ke ape, cuma aku nasib baik. walaupun umo jarak setahun, tapi bila datang bengong + jadi budak kecik, kami orang utama. aku maksudkan bila bersama dengan geng2 kamilah. entah nape die bile dengan budak2 junior, perangai jadi matang. haha, mungkin dia bukan anak bongsu kot. aku bongsu sebab tu perangai nak budak2 je sentiasa. kekadang bila aku terlebih, dialah yang cakap dan tego, 'joe, behave jo, behave...' hehe, at least ada orang menego kan




bil rumah.... semua satel!


aku ni jenis yang tak sistematik. serius, bab bab bayar sewa ni aku tolak ketepi. rumah pulak api air kena bayar pakai pos. nasib baik duduk sama dengan dia, jadi semua tu dia uruskan. aku ingat lagi masa mula mula datang sini, duit aku sangat kering, bayangkan ada 30 pound je dalam bank. suruh je dia guna duit dia dulu, tanpa sebarang mengungkit dia akan satelkan dulu. benda ni sampai sekarang aku ingat lagi....


aku dengan zakwan lagi



~~~~~


kawan - sanggup korbankan space bilik untuk kesenangan orang

kawan - bila kite sindir dia selalu masak benda sama, dia balas dengan senyum dan masak benda tuuu jugak

kawan - time kite sibuk nak tukar turn masak, dia selalu cakap ok

kawan - bila timbul idea sengal, dia akan jadi sengal sama

kawan - sanggup tak tido sampai pukul 3 pagi semata mata tunggu kita untuyk buka pintu

kawan - selalu bagi nasihat membina bila ada soal serius nak di bincangkan

kawan - bila kite lalai, dia akan berada untuk menegur dengan hikmah


~~~~



ok, tu je la dulu kisah aku dengan zakwan. hari ini besday dia. erkk, semalam, 28hb. aku plan nak tulis entry ni semalam, tapi sebab jadual terlampau pack, terpaksa tulis lewat skit. aku tau dia dah tido sekarang ni, so esoklah dia mungkin akan baca ni. so wan, happy belated besday. terima kasih sebab layan aku dengan baik dalam setahun ni. bagi aku nasihat, bagi aku makan ayam banyak ketul, tlong uruskan SMSA baik2 dan macam2 lagilah. ko cakap ko nak jadi pengapit aku masa aku kawen, tapi aku cam rasa ko je akan kawen dulu. kekkeke. kek epal?? kekeke. so, aku jadi pengapit ko dulu la kot. lalala~



ni blog dia, (link link) jom wish besday kat die ramai2. huhu ;-)



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

46 comments:

Zahratulhayat said...

happy belated birthday, zakwan :)

korang memang sweet sangat.haha :)))
susah nak cari kawan macam tu taw!


:)

annadzirah said...

hoho.
agak gay di situ ye.
hehe.
kawan yang baik susah nak cari.
so hargailah.
(:

FarhanaDr said...

Wahhhhh.. Zakwan!! Heehee.. :)

Selamat ari lahir ye abang zakwan.. Eh eh.. Sama umo kot.. Ahaks.. ;p

Semoga korang bersahabat sampai bila2 ye.. :)

Sharinginfoz said...

macam2 kisah kan... hmm lupa bawak kunci he he he

Hidup Tanpa Handphone??

joegrimjow said...

ok ok
lain kali xkan lupe
hehe

Adziim said...

uohh~
smart r gambar last skali tu.

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

bestkan bila ada kawan yang amat baik dan menjaga kiter.... kipitup... :D

joegrimjow said...

yupp
itulah kawan
;)

wHoSeNa said...

jrg dpt guys' friendship cm korg...
sgt sweet...keep it up...=)

Adziim said...

Share buttons tu aku tngok blog kapten ada.....so try godam2 sndiri last2 jadi.

Nnti aku buat entri cmne nk letak bnda tu.

Ok kan?

aishahumairah said...

hehe..
pengaruh bl0g dasyat..
haish!!!

anyway happy bufday:)

joegrimjow said...

adziim, ok, buat jagn xbuat

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

heheheheheheehehehehee.... :D

Ain Jemin D Sabah said...

sweet la kmu dua!hahaha
apapun.hpy bday utk dia k.:)

joegrimjow said...

hee, thx u
sweet je ek
bukan gay

iman said...

sweet sangat sangat...

kalian sweet

joe sweet sbb post ni

zakwan sweet sbb the friendship

-kek apple?hahahakan betoool ~

Matjoe said...

sama2 sukses tu yg penting. jgn sama2 terlingkup

Hazzy Ishak said...

bestnye dapat kawan macam ni
sweeettttt!

Clara Emily Cancer said...

wah syanag betul dia kat kawan dia nie.
siap wat entry pjg gila.
pape pun.
happy besday wan!!

[MizZue] said...

mcm best je zakuan nih...knl boleh? =p

luvly mya said...

ohohoh..sweet la bro.
untung ade kawan macam tu ;)

joegrimjow said...

heee
mmg sangat beruntung
;)

mIsH IeRA cIK irAh said...

joe..... sgt...sweet.siyes tak tipu..
kawan - bila kite sindir dia selalu masak benda sama, dia balas dengan senyum dan masak benda tuuu jugak

waa.... ni la paling sweet... ngeee....*sambil bawak mate bercahaya ,berair dan beriak terharu-over acting di situ!* kim salam kat kawan u :)

SyahmiFikri said...

huhu.. glad gile kalu dapat kawan cmnie.. tak berkira.. bgus la korg nie.. neway hepi bday mr zakwan

starsyeea said...

serius sweet...tersipu2 membace...ngeeee...

kawan sampai syurga tu namanya...insyaallah :)

Queen said...

itulah kawan yang baik....
nan ado manusia yang perfect...
tapi at least dia cuba jadi yang terbaik..

Ariff Shah said...

seronok dapat roomate satu kepala ni..tapi aku, macam susah sket nak serasi ngan orang yang tinggal ngan aku

Chem5007 said...

Joe, sekarang ni musim menulis blog menghargai kawan ker?...ke masuk peraduan?..bnyak blog camtu aku tgk..hehe

aduka said...

xpelah..
rmai dh ckp kite mmg gay..
hahaha..

Kapten said...

aku syak member ko menangis baca ni
confirm!




….KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG

green said...

hadiah birthday yg best ni..

.::WaNiE::. said...

cayalahhh .. bagus ada kawan canie

happy birthday zakwan!

Kamsiah said...

indahnya persahabatan yg bersulamkan keikhlasan,kejujuran....mereka adalah penganti saudara sendiri ketika diri diperantauan...

+akufobia+ said...

selamat..(sambungan kat blog zakwan.)

Adeqq said...

sweet nya.
InsyaAllah. Semoga persahabatan korang berdua sehingga ke akhirnya. Amiinn.

p/s: Happy Birthday mr.zakwan!
^______^

Shafie said...

baru je terjumpa mask ironman tu haritu..cam menarik jgk r..hehe.

btw..nice pic tu..
siap putih daun2ney. cewah.

joegrimjow said...

gambar tu ambik masa lepas AGM
dah satel semuanya
;)

rhapsody LiN said...

sweetnye dpt kwn cmtu....

IzzahFarhana said...

zakwan mmg sweet ;)
nk pi wish ni.joe dah tuka blog ;)

♥ Vee Violet ♥ said...

happy birthday incik zakwan!
(^^.)

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

oooooo, u can be sooo gila, and u can be soooo skema~
kekekee

zakwan87 said...

joe, ape yg mampu aku cakap ialah TERIMA KASIH banyak2. serius terharu dowh. ko siap buat entry utk aku lg. thanx for the frenship! :)

Ilidina.. said...

sgt sweet entry nih! =)

Eryati said...

suka dengan lelaki yang pandai masak..huhu..

iQBaL HaSBuLLaH said...

how i wish i have such a good friend like that..untung dan bersyukur..

farah said...

kawan yang sangat baik . untung ada kawan macam tuu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW