Share

10 to Millionaire : Hanya modal RM 10 anda boleh jadi kaya raya!

Nota awal : Entry untuk lelaki sahaja. Anda perempuan? jangan lupa kongsikan dengan orang lelaki disekitar anda!


Sistem 10 to Millionaire adalah penemuan terbaru dari anak muda yang bakal jadi kaya raya. Penemuan ini sudah terbukti berkesan, dengan modal serendah RM 10 korang boleh jadi kaya raya. Tetapi harus diberitahu - KHUSUS KEPADA LELAKI sahaja! Waha!!!

Sistem ini bukan sahaja mampu menjana ekonomi - JUTAWAN tetapi juga memberi motivasi kepada semua yang mencubanya. Mereka yang telah mencuba bukan sahaja memperoleh ganjaran duit, malahan sikap dan personaliti mereka juga dilihat semakin mantap. Untung sesiapa yang menjadi lelaki!

Percaya atau tidak, sistem ini sudah terbukti berkesan diseluruh negara. Sudah ramai yang mencubanya dan hasilnya - MENAKJUBKAN! Cuba dengar testimoni-testimoni yang sudah mencubanya. Oh ya, identiti mereka dirahsiakan!

Pak cik jagarjek


Munsun Sesami - pemain bowling handalan


Student tanpa nama!



Siapa yang boleh joinT?

  • Student
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Kerja sendiri
  • Pengangur
  • SESIAPA SAHAJA YANG ADA MODAL RM 10!

dan sudah pasti anda seorang lelaki!!



Kenapa Modal RM 10?

Ya, hanya bermodalkan RM 10 sahaja! Ramai sebenarnya yang meragui sistem ini dengan keberkesanannya. Tetapi percayalah, anda nanti tidak akan rugi. Pulangan yang dijamin - UNBELIEVABLE!


Sistem yang melahirkan ramai jutawan!

Dijangkakan menjelang tahun 2020, sistem ini akan melahirkan ratusan jutawan baru di Malaysia. Hanya RM 10 - saya yakin semua pasti ada dan mampu mengikuti sistem yang hebat ini! Sertai kami sekarang!


Bagaimana sistem ini berfungsi

Dermakan RM 10 anda kepada masjid-masjid terdekat. Ikhlaskan hati dan pastikan tiada orang nampak. Hari Jumaat ini waktu sangat baik untuk memulakannya. Amalkan setiap minggu dan rasailah perubahannya!

Asyik taruk seringgit je, nanti taruk la spoloh ringgit plak eh =)

Waha - jom menderma!


pss : hari sabtu ni nak ke KL. jom jumpa-jumpa jom =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

43 ulasan:

Nabiel berkata...

miahahaha~
ingatkan ape tadi~
jum2 menderma=)
kdg2 owg nk kuarkan seringgit untuk mnderma pun susah..huhu

joegrimjow berkata...

@Nabiel

hehe =)

Azrul Hisham berkata...

ok...aku LIKE entri ni..hehe

joegrimjow berkata...

@Azrul Hisham

kenal sape kat atas tu? hehe

Qarl berkata...

Laaaa. Tgh blaja ni rm1-2 jelaaa. InshaAllah dh keje nnt kasik xtra. Apapun bbalik pd hati

joegrimjow berkata...

@Qarl

=)

Belalang hijau Perisik berkata...

entry santai yg mempunyai maksud yg sgt baik...hee...

dermalah seberapa yang termampu...

Anip berkata...

ingtkan program ape la tu, hehe, jom derma !

aQi + GenGkey berkata...

yup..
sangat efektif tuk para student..:D

Unknown berkata...

Derma dengan keikhlasan .. baru bermakna =)

anastasyea's latest post .. Terkedu dengan Tipu Muslihat Trafik Iframe ..

The Sharkox berkata...

last sekali aku sedekah kat mesjid bila entah... esok try la sedekah kat mesjid time semayang jumaat

Unknown berkata...

yg paling penting, esok jumaat! jangan monteng semayang

joegrimjow berkata...

@Cik Jari

banyak yg monteng tu

dayah berkata...

ohh ni ke entry laki pi solat jumaat. sedekah tu perlu niatnya ikhlas :) pi pasar tani ahad slalu bg singgit dua je kat org buta rasa sian

bardboo berkata...

masa sedekah kena ikhlas..xkisah la berapa pon nilainya..

Jom Lawat Blog Bardboo

suffer8zine berkata...

like sekali

Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

APi berkata...

suka..
yang jadi student tu macam kenal jek..^^

kenshiro berkata...

hahaha dasyat betul lah.. cuba kalo 10 ribu orang solat jumaat esok kat masjid shah alam semua kasi RM 10.. masjid yg kaya bukan nyer aku.. hehehe...

Majalah Masjid Kita berkata...

sukses untuk bisnis online nya... asal semua bisa kita dapat dengan halal.. tentu sangat menyenangkan bukan memiliki penghasilan sedemikian besarnya hanya dari online di depan komputer kita :)

SyahmiFikri berkata...

yea..

bagus2.. derma la asalkan ikhlas..

Unknown berkata...

LIKE THIS ENTRY!!! pelaburan RM10 seminggu, mmg la takkan kaya sekarang. tp akan kaya akhirat nnt.. tu yg penting. :)

papepon, nilai tu bergantung la pada kemampuan individu. seposen pon x pe, spuloh ringgit pon boleh, RM50 lagi bagus.. janji niat tu kena ikhlas.

Monyet Di Luar Tempurung berkata...

ingatkan MLM tadi. haha. investment yang tak akan rugi tapi untung berlipat ganda.. haha

Tanpa Nama berkata...

thumbs up to joe!

Naz berkata...

teringat crita pasal duit sringgit dgn duit 50 hengget tu... hehehe...
anyway, thanks bro!!

Nazz@Purple berkata...

terbaikk..

joegrimjow berkata...

@/Dayah/nurul/dayak

hoho
bagus2

joegrimjow berkata...

@bardboo

=)

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

thx u

joegrimjow berkata...

@kenshiro

barulah banyak program leh buat

joegrimjow berkata...

@Majalah Masjid Kita

bisnes onine mmg best

joegrimjow berkata...

@shatooman

rm 10tu kebanyakan kite boleh buat

joegrimjow berkata...

@Trafalgar D' Law

ada gaya MLM ek?
HEHE

joegrimjow berkata...

@Puan Capa

mekasih

Matjoe berkata...

sokonggggggggggg. kalau betul buat million, makin jauh dgn Allah ada laaa. nak tayang kete sport bagai

mmg best parodi nkgo ni.

zahidah dihaz berkata...

tak puas hati...kenapa lelaki je?? perempuan tak boleh ke?? huhuhu...



New entry: The handsome suit

joegrimjow berkata...

@zahidah dihaz

pompuan xp solat jumaat
tp leh kirim kot
hehe

syarifah radiah ibrahim berkata...

memang berbaloi-baloi!

DanieL AdiE berkata...

Yup2..betol tu..

Allah itu Maha Adil..

Ieqa Swetluv berkata...

konfom x rugi join bisnes ni..pulangannya tak nampak tapi hasilnya memang TERBAIK untuk masa depan =)

joegrimjow berkata...

@syarifah radiah ibrahim

SANGAT2 KAN
;)

joegrimjow berkata...

@DanieL AdiE


what u give u get back
;)

LiLohOnEy berkata...

aha!

besh ni bro.

baik ntuk bersihkan hati :)

mari beramal :)

chanz berkata...

nilai wang bukan ukuran..yang penting ikhlas! cewah~ ok ok saya akan cuba up kan ke RM10 once in a while. :)

nice entry btw, ada unsur sarcasm di situ. i like

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW