Share

Kekasih hati yang SUPER HEBAT

Ini entry besday lagi. Yup, hari ulang tahun kelahiran. Blog ni memang suka sangat buat entry wish happy bestday kat orang. Hari tu buat kat zack zukhairi besday ilustrasi cartoon gundam, lepas tu masuk contest besday alisya dari bro GTO, siap menang hadiah lagi tu! Entry kat cik lolly ni juga sempena besday dia - pon menang hadiah! Tak lupa juga entry sweet kepada housemate sempena besdaynya. Kepada keluarga pun ada, semua dibuatnya! Entry untuk mak ni paling sweet kot. 

Motif letak link? suruh korang baca lah =)

Esok besday dia!

Yup, kekasih hati yang seorang ni memang seorang yang super hebat! Tanpa dia, memang agama Islam takkan dikenali sehingga kini. Walaupun agamanya adalah Islam, tetapi tahun 1992 ada dikeluarkan buku (reprinted) senarai orang terpengaruh di dunia 1-100 dan namanya adalah di ranking teratas! 



Hebat kan?


All about story

Walaupun tak pernah jumpa secara personal mahupun dalam mimpi, dia aku kenal melalui cerita. Tak kiralah cerita buku ataupun mulut ke mulut. Semuanya sungguh hebat kisah bagaimana dia melalui detik-detik hidupnya sepanjang hayatnya yang tak lama tu. Sungguh memberi inspirasi!

Aku pasti, korang ada cerita pasal dia yang korang ingat sampai sekarang. Nak list sekarang memang tak tertulis sebab panjang sangat. Cerita yang paling aku ingati adalah semasa kewafatan dia. Ya, cerita itu sungguh sedih tetapi memberi inspirasi. Saat kematiannya pun dia masih ingatkan umatnya. Sungguh hebat!


20 April 571 masihi

Kalau diikutkan tarikh masihi, tarikh lahir dia sama dengan aku! Sangat kebetulan! 1417 tahun selepas dia dilahirkan, aku dilahirkan! Walaupun 1417 tahun membezakan aku dengan dia, seolah dia sangat dekat dengan hati dan jiwa. Tulah salah satu kehebatan dia yang tak dapat ditandingi oleh manusia lain. Ya, tak dapat nak ditandingi!

12 Rabiulawal 

Esok dalam kalender islam dah 12 Rabiulawal. Tarikh kelahiran seorang manusia yang Super hebat. Kalau zaman U, mesti banyak je program untuk mengingati dia diadakan. Dah habis belajar ni, kenalah cari sendiri ceramah-ceramah untuk refresh balik kecintaan kepada dia. Kat bawah ni ada satu video yang panjang, esok cuti bolehlah tengok video ni kat rumah. Memang inspiring!





Selamat hari lahir
Semoga kita sama-sama meneruskan sunnahnya!


pss : video to sangat berbaloi untuk ditonton!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 ulasan:

iManAzRaf berkata...

sentiasa berselawat ke atas nabi..
semoga kite semua jadi umatnya yang berjaya dunia akhirat.. =)

joegrimjow berkata...

@iManAzRaf

insyaAllah

Khairi berkata...

Lalu kita kena ingat Azam Rasulullah, dan kita sambung azam itu :)

APi berkata...

tiada baginda kita tak kenal Islam..








semoga baginda akui kita umatnya..

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir...

mari berselawat...bila berselawat..rasa macam sedih je..sbb Rasulullah bukan di zaman kita

joegrimjow berkata...

@Khairi

AZAM yg xkan hilang!

joegrimjow berkata...

@APi

kena tiru apa yg dia buat la kan

joegrimjow berkata...

@Puan Capa

semangat baginda masih ada

shu berkata...

kalau lah dia ada kat zaman sekarang..


saya nak mintak, tolong bawak saya keluar dari dunia ni.T_T..kalau kita cinta dia, allah mesti akan cinta kita juga.kan?

sedih,sbb tak berpeluang jumpa,nak bagi hadiah plg best...

so,esok puasa sunat~sempena mengingati baginda...

bday sekarang,makan kek besar2...pastu overweight....pastu suh diorg makan herbalife.hahaha

cintahati berkata...

nice....
Sentiasa berbangga menjadi umat nabi Muhammad...

bezday aku 15 rabiulawwal bro..ehehe

Wan Gerrard berkata...

banyak berselawat dan hayati pengorbanan beliau untuk umat nya terutama kita..^_^

Kempen Kami tak Sambut Hari Valentine
Meireles gol lagi
Kentut adalah saat paling melegakan

Anis izyan Abd Rahman berkata...

yaAllah ~ suke entry ini ~ sume entry maulid nabi pon sume anis suke ari nie ~

joegrimjow berkata...

@shu

makan skit xpe ;)

joegrimjow berkata...

@cintahati

ye ke?
kebetulan tu

joegrimjow berkata...

@Wan Gerrard

sama2 lah kite ye

joegrimjow berkata...

@Anis izyan Abd Rahman

thx u

::wan fadhilah:: berkata...

salam maulidur rasul

joegrimjow berkata...

@::wan fadhilah::

terima kasih

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW