handphone adalah satu medium yang menjadi taraf WAJIB ada bagi setiap orang yang berkemampuan. tak dapat bayangkan hidup tanpa hp jadi macam mana, mungkin lebih teruk dari hidup tanpa blog? mungkin mungkin. sejarah hp ni bermula sejak tahun 1908 lagi, maknanya dah 100 tahun lebih dah hp ni wujud. memang cukup lama! kali ini mahu berkongsi jenis hp yang pernah aku miliki, mengikut turutan
1) handphone pertama yang romantis dikenang
jenis : nokia 6680
tarikh guna : december 2005
tarikh tak guna : february 2007
kenapa tak guna : dicuri jiran depan bilik
masa tu baru habis SPM. sebab di sekolah aku ni jenis skima, jadi memang tak guna hp. rampas hp budak2 banyakla. hehe. jadi, lepas tamat spm, terus beli hp ni di kota bharu. pasaraya billion. harga hp ni 1000 lebih dan hp pertama aku ni memang agak mewah dengan usia aku yang baru berumur 17 tahun masa tu. duit yang dibeli ni adalah hasil duit tabung sejak tingkatan 3 lagi. jadi memang sangat menghargainya
hp ni sebenarnya tahan setahun lebih sahaja. lepas tu dicuri oleh jiran depan rumah masa aku sembahyang jumaat, pelajaran yang dapat, bawak hp anda kemana saja berada, itu aset yang sangat penting!
hp ni sebenarnya tahan setahun lebih sahaja. lepas tu dicuri oleh jiran depan rumah masa aku sembahyang jumaat, pelajaran yang dapat, bawak hp anda kemana saja berada, itu aset yang sangat penting!
2) handphone kedua yang baling anjing pun mati
jenis : nokia 3310
tarikh guna : february 2007
tarikh tak guna : february 2008
kenapa tak guna : rosak masuk air
hp yang dibeli second hand dari kawan sematrx, lee zuo long ni ku bayar rm50 je. haha. memang murah. memang janggal guna hp dari yang ada gps, yg ada 3g kepada hp hitam putih ni. sebab tahan agak lama adalah ku dah nekad untuk tidak beli hp mahal lagi. nanti dicuri. tambahan pula permainan snake dalam hp ni begitu best!
sebab terpaksa beli hp baru adalah hp ni rosak masa ku sambung belajar di uitm. aduss, masuk hp ni dalam beg galas, ada air mineral, lepas tu entah macam mana air mineral tu tertanggal, jadi habis basah dan hp ini terus rosak. sedih2....

3) handphone ke 3 yang agak mahal
jenis : sony erickson p990i
tarikh guna : february 2008
tarikh tak guna : november 2008
kenapa tak guna : saje nak beli hp baru
hp ni memiliki funtion yang agak banyak. touch screen lagi. mungkin sebab tu bertahan agak lama dengan hp ni. sampai sekarang masih ada, cuma dah tak guna dah. beli hp ni sebelum fly dan bila sampai ke sini, nampak ada hp baru, angkat hp baru terus. lagipun, semakin lama hp ni semakin lembap. erkk, hp pun tua kan?
4) handphone ke 4 yang touch screen pakai tangan
jenis : samsung tocco
tarikh guna : november 2008
tarikh tak guna : february 2009
kenapa tak guna : bagi hadiah kat kakak
handphone ni ku beli sebab nak pakai line kat uk. 35 pound sebulan dan dapat line yang agak bagus dan harga hp ni, FREE. kat uk memang macam tu, nak pakai line, ada promosi dapat hp percuma. jadi, memang best la nak shopping
balik tahun lepas, akak aku yang duk sibuk heboh dapat dean list, suruh aku bagi sesuatu. haiyak, pk punya pk, bagi jelah handphone ni kat die. so, handphone ni dia yang pakai sekarang. rindu jugak kat tocco ni. banyak kenangan

5) handphone kelima yang terakhir dan terbaik
jenis : iphone 8gig
tarikh guna : february 2009
masih guna sampai sekarang
sebab terpengaruh dengan housemate yang semua pakai iphone, aku buat tindakan nekad untuk beli iphone juga! hoho. lagipun masa tu duit tengah masyuk dengan herbalife, angkut je lah satu. iphone ni memang terbaik! tapi sejak keluar yang versi 3gs ni, rasa nak tukar pulak kepada 3gs. laju katanya. tapi sebab sayang dengan iphone + kumpul duit nak kahwin, tangguh dulu la hajat tu. jadi, iphone ni sampai sekarang masih pakai. besttt ;-)
~~~~~
budak2 jangan bagi handphone
ada dapat satu email yang lucu. erkk, lucu ke lucah? hehe. tengok je la gambar kat bawah ni, kenapa, budak budak yang kecik, jangan bagi dieorang main dengan hp ni!
ada dapat satu email yang lucu. erkk, lucu ke lucah? hehe. tengok je la gambar kat bawah ni, kenapa, budak budak yang kecik, jangan bagi dieorang main dengan hp ni!
nota kaki : ada 1500 words lagi!