Elok je hari ni kita menyambut #Merdeka55, jiran kita Filipina sekarang ni tengah berdepan dengan ancaman tsunami! Jam 8.57 malam tadi (waktu kita) gempa bumi berukuran 7.9 skala ritcher (memang besar!) melanda perairan Filipina - sejauh 91batu dari daratan. Amaran tsunami terus dikeluarkan di Filipina, Jepun, Indonesia, Hawai dan Taiwan.
Setakat sekarang masih belum dilaporkan apa-apa lagi kemusnahan dan amaran tsunami ini masih belum ditarik. Dengan melihat jarak dengan Filipina dengan tempat gempa bumi yang berlaku tu agak dekat, memang peratusan untuk berlaku tsunami memang besar
amaran tsunami |
Kita di Malaysia sekarang ni sama-sama doakan agar dijauhkan bencana yang menimpa!
Untuk update, korang boleh ke website rasmi amaran tsunami ni atau follow aku di twitter (@joegrimjow) dan blog ni, aku akan update dari semasa ke semasa!
update :
- amaran di Jepun, Taiwan ditarik balik, Filipina dan Indonesia masih kekal (10.01pm)
- bacaan awal 7.9 revised menjadi 7.6 dan amaran tsunami di Hawai ditarik balik, Filipina, Indonesia masih kekal (10.13pm)
- kesemua amaran tsunami ditarik balik. Alhamdulillah(11.15)