Share

4 aktiviti di bazar ramadan yang perlu dielakkan

2 hari lepas 1st time aku ke bazar ramadan. Aku ni bukan macam kebanyakan diluar sana yang memang tak boleh kalau tak pergi ke bazar ramadan, apa yang terhidang di depan mata, itulah rezeki dan makan je lah. Lagipun sejak berpuasa dengan shake ni, nafsu nak makan mewah-mewah dah berkurangan dah. Lebih baik macam tu kot

Jadi entry ni hasil dari pemerhatian aku yang rasanya 10 minit di bazar ramadan di kampung aku, aktiviti atau benda yang boleh memakruhkan puasa kita. mintak2 dijauhi lah ya


1) Double parking, kadang-kadang triple parking pun ada

Memang parking adalah masalah utama untuk ke bazar ramadan. Rasanya jarang tempat bazar ramdan yang parking senang. Cara terbaik pergilah dua orang, sorang jaga kat kereta sorang pergi beli. Kalau pergi sensorang, fuhh, memang parking jauh lah jawabnya



Ada juga antara kita yang tak nampak benda ni, parking main somborono je. Ada yang park kereta belakang kereta lain dan buatkan kereta kat depan nak keluar tak boleh. kenalah tunggu dulu beberapa minit (kalau nasib baik) sampai kereta yang park kat belakang tu satel shopping baru boleh keluar. Hati-hatilah ya, jangan double park, ingat kalau orang buat kat kita macam tu macam mana. 


2) Baju adik yang dipakai oleh kakak-kakak



Ni lagi satu, tabiat ambil remeh pasal baju yang sexy-sexy ni. Seksa ok mata memandang. Terutamanya kaum hawa, pleaselah jaga pakaian tu elok-elok. Pakai pakaian yang tidak menjolok mata dan menutup aurat. Sia-sia puasa tu nanti jadikan. Si pemakai dapat dosa, si jantan yang melihat ni mana nak pandang sekali, mesti berkali-kali punya. wuhuuu


3) Makanan dua hari lepas dijual hari ini



Ada juga penjual yang menjual makanan yang tak elok di bazar. Banyak berlaku. Aku pernah kena. Nak basi pun ada. sakit perut fuh bayangkan tak boleh nak bertarawih. Kepada yang yang menjual, please jaga makanan korang yang nak diniaga tu. Jangan jual benda-benda yang dah basi atau tak elok. kesian tak pasal-pasal pembeli tu sumpah seranah masa berbuka nanti


4) Beli makanan sampai penuh 10 jari



Ada juga yang berbelanja makan sampai penuh 10 jari dengan plastik-plastik makanan. Huh, kalau ajak jiran 10 buah rumah makan ok lah, ni tak dia, isteri dia dan 2 orang anak dia je yang makan. Beli banyak-banyak dan sebab banyak sangat perut pun tak boleh nak terima, buang je. membazir dan sangat-sangat tidak disukai agama kita. 

Aku pernah baca, kalau kita tahu memang kita takkan habis makan tapi still beli, tu jadinya haram dah. fuhh, berpuasa dapat dosa bukan pahala, alangkah ruginya kan?


okeh, tu saja dulu. apa lagi aktiviti yang korang rasa perlu dielakkan, ce share skit :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6 ulasan:

Black berkata...

kat bazaar tu memang nampak sume makanan sedap . nafsu je tu . last-last tak di makan .

semoga puasa kita tahun ni berkualiti :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

AKu baru pergi sekali bazar Ramadhan semalam.

:D

lagi satu, orang suka berjual seawal jam 12. Ustaz kat tv kata berdosa. Macam tak hormat bulan puasa

joegrimjow berkata...

@|| amira ||

berkualiti itu jadi misi

joegrimjow berkata...

@♛ LORD ZARA 札拉 ♛

pukul 12?
mak oi awalnya

Unknown berkata...

aishh boleh bilang ngan jari berapa kali je x g bazar.. mklumlaa dop hostel xde tmpt msk2..wuuuu..:(

Kamsiah yusoff berkata...

Jo...lagi satu...yg bawak kereta sorong bayi..huhu...dah la jalan sempit...sesak...berasap2...
kesian bayi tu....

pastu...anak2 dara yg umur 13,14,15 tu...mesti kesana beramai2...belinya sikit ja...mengeletis lbh..pantang diusik peniaga...dgn t-shirt ketat...ketawa tergedik2...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW