banyak karangan yang berusur lucah mampu menarik minat pembaca. begitu juga dengan ucapan atau ceramah. ku suka satu orang ustaz ni, dia mesti masukkan unsur "blue" dalam ceramah dia untuk menarik minat orang ramai untuk mendengar. bagi otakku dan mindaku yang belasan tahun ketika mendengar ceramah dia, bukan lah selucah mana, cuma jadi lucu bila mendengar. cukup pandai dia mengolah sampai isi yang mahu disampaikannya ku ingat sampai sekarang.
itu dinamakan kreativiti dalam percakapan. tapi hal ini ada orang yang tidak senang. susah mahu menarik perhatian orang mendengar isi yang mahu kita sampaikan. kadang-kadang tak kesampaian. dan akhirnya mendapat surat layang. nasib badan. cuma jangan prioritikan lucah sebagai benda induk sudah. tapi rasanya ramai yang buat macam tuu kot. kan?
"napa manja-manja dengan abah ni?"
"nak manja sikit tak boleh ke?"
"bukan tak boleh, saja tanya. kot kot la nak mintak sesuatu"
"hehe, tak de lah bah, nak manja2 ngan abah ni"
"iye. boleh... rambut halimah ni dah panjang ya"
"haah. nak simpan rambut panjang la. sunnah!"
"betul sunnah, rambut belah tengah pun sunnah. tapi yang penting, kene jaga elok-elok. rambut panjang ni susah nak jaga"
"tahu tahu. boleh pakai syampu. abah boleh belikan kan?"
"iyeee. bolehh"
"abah dah lama tak cite pasal nabi. cite la, halimah nak dengar"
"abah sibuk layan cite ni. hindustan ni layann. amita bachan ni, tua-tua lagi bergetah!"
"ala, abah pun bergetah apa"
"wawah, pandai bodek yek"
"anak abah jugak kan? heeheee"
"nakal. hari ni abah nak cite pasal camna nabi handel isteri2nya "
"napa banyak isteri ek?"
"nabi kita kawin bukan dengan rupawan, semua ada kisah masing-masing. dan perkahwinan nabi tu merupakan jalan untuk meluaskan islam."
"agak2nya lah, isteri nabi kita tak cemburu ke ek? ye lah, di bagi-bagi kasih sayang...."
"kan dulu abah dah ajo. kasih sayang ni infiniti. infiniti bagi 100 dapat bape?"
"infiniti"
"haa, tau pun. tapi nabi kita ni bukan sahaja manusia yang hebat di arena agama, politik, ekonomi saja, romantik pun memang top class punya romantik"
"contoh?"
"pernah mandi sama2 ngan aisyah, isteri baginda"
"abah pernah ngan ibu"
"mesti lah pernah. bahagiaaa. hehe. dah dah, ni abah nak cite pasal camne nabi handel isteri baginda ni"
"ok ok, sambung cite"
"ada satu ketika, isteri-isteri nabi berkumpul. mereka bertanya kat baginda, siapa di kalangan mereka yang baginda paling sayang."
"wahh, susah tu soalan. kene jaga hati semua tu"
"haa, memang pun. baginda senyum. baginda akan menjawab kemudian hari. lepas tu, setiap isteri baginda diberi sebentuk cincin. macam cincin la katakan. baginda bagitau lagi, jangan bgtau kat sesiapapun pasal cincin ni. senyap sahaja"
"lepas tu?"
"selepas berkumpul balik, baginda menjawab yang isteri yang paling baginda sayang adalah isteri yang dapat cincin dari baginda. kesemua yang dapat cincin tu senyum sampai ke telinga la semuanya. satel masalah"
"wah, sweetnye!"
"memang sweet. romantik gitu. tu pasal nak kahwin lebih ni kene pandai. bukan saja ilmu kene cukup, teknik pun kene belajar lebih!"
"sebab tu abah tak kawin lebih kan?"
"ehhh, abah dah belajar dah teknik2 tu semua!"
"dah tu, napa tak kawen lagi satu?"
"ibu kamu tu, teknik dia lagi hebat! buat abah tak tengok kat pompuan lain dah, tengok ibu kamuuuu je. mana ada masa nak tengok pompuan lain abah ni, duk teringak kat ibu kamuu je"
"wahh, tak sangka ibu ni boleh tahan!"
mak belalang yang mendengar perbualan halimah dan pak belalang itu tersenyum. masuknya kedalam bilik mengambil hp. di tulis msg kepada pak belalang.
tekk tekk, tenettt
(bunyi msg masuk)
"ada msg la pulak"
"sapa bah?"
pak belalang tersenyum membaca msg dari mak belalang.
"abah nak masuk bilik jap, halimah tengok la cite ni sorang2 ek"
"aik, tak abis lagi ni. pelakon kegemaran abah belakon tuu"
"tak pe, cite boleh layan lain kali. ada benda tak boleh tunggu, nanti melepas"
"????"
nota kaki : tido awal malam ni!!