Salam,
Khamis, dah separuh jalan Ramadhan kan. Memang sangat cepat berlalu. Baru rasa semalam dengar pengumuman puasa ni. Tup tup dah separuh dah menjalani ibadah puasa ni. Bulan Ramadhan ni sangat rugi kalau hanya puasa saja kita buat dan tinggalkan amalan lain, sebabnya bulan ini setiap amalan yang kita buat berganda-ganda pahalanya. Semoga saya dan kamu tak alpa akan hal ini
Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.Alhujarat ayat 12
Tiba-tiba copy paste ayat al-quran ni kenapa pula ni. hehe. ok, sebenarnya ayat ni berkaitan dengan entry ini yang mana aku minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa ke apa. Sesunguhnya entry ini adalah pesanan untuk diri sendiri dan juga kepada kita semua agar tidak terlalu over dengan budaya sharing-sharing di Facebook ni.
Print Screen
Sekarang ni budaya print screen memang dah menjadi-jadi. tak payah cakap orang, aku sendiri pun suka print screen ni. Semalam aku dah print screen beberapa benda menarik dan ada sesetengah tu dah post kat FB. tapi bila fikir balik, takut apa yang aku print screen tu melukakan hati orang, terus remove. Haa, inilah yang dikatakan terlajak update kat facebook boleh diremove. Sebelum aku buka kajian kes, kita tengok lagi budaya apa yang ada di facebook sekarang
Video dan status mengaibkan
Semalam aku kena tag dengan seseorang pasal status rakyat Indon yang ajak berperang dengan Malaysia. Heh, aku terus remove tag tu sebab takut 3000 lebih kawan aku di facebook tu akan ada antaranya yang panas baran seterusnya mengurangkan pahala di bulan mulia ni. Pasal video pula, kalau ada yang post video yang aibkan orang, kalau boleh tegur aku tegur, yang dah tak boleh tegur tu, memang tak boleh nak buat apa2 lah selain bersangka baik dia tak tahu dosa buka aib orang
Walau apa pun niat kita, membuka aib orang lain tidak ada dalam agama. Aku bukan ustaz ya, nanti takut orang macam Helyioz cakap kalau aku cakap pasal agama ni 'ko bukan tuhan aku nak cerita pasal agama' hanya aku dapat melalui ceramah2 agama, dosa kita dengan seseorang itu hanya boleh ditebus dengan meminta maaf dari orang tu. Huh, memang penat nak cari orang tu nak minta maaf. sendiri buat sendiri tanggung la ya
Ok, jom kita ke kajian kes. cet, bunyi macam skima
Kes 1 - Komik yang diremove
Kalau korang terbaca komik pasal 3 orang blogger yang aku buat dan 15 minit selepas tu aku remove balik. Komik ni terpaksa diremove sebab mengganggu privacy orang. Aku ingatkan semua orang sama seperti cik irene, boleh dijadikan komik semua tetapi ada yang tak suka gambar diceroboh. takpe, kita hormat privacy orang. jadi untuk hal ini, walaupun aku dah post kat blog dan dah tag di facebook dan memang dah masa tu lebih 100 lebih orang view, aku remove je lah. walaupun terlewat ke apa, better late than never =)
dah diremove
jangan segan-segan untuk remove apa yang dirasakan tak sesuai kat FB tu. sempat lagi dong
Kes 2 - Print Screen yang berguna
Ok, kajian kes ni bukannya buka aib orang, tetapi lebih kepada print screen status orang lain. Kalau korang ingat lagi entry pasal kasut crocs ni, ada aku print screen ustaz hasrizal punya status. memang menarik dan membuka mata ramai orang. Tetapi biasalah, sudah pasti ramai yang tidak bersetuju dan menuduh ustaz bukan-bukan. sampaikan ustaz pm aku bertanyakan isu ni, sebab serba salah, aku tanya sama ada mahu remove atau tidak pada dia dan dia pun macam ok je, jadi teruskan berada di situ.
Jangan anggap apa yang kita print screen tu semua hak milik kita. Tanyalah orang yang terbabit dahulu sebelum apa-apa untuk mengelak dari kemuslihatan dari timbul.
Ok, sampai situ saja dulu. Aku pun banyak jugak buat silap ni, jadi, sama-samalah kita tegur menegur satu sama lain. Barulah wujudnya budaya harmoni di dunia maya ini
pss : tengahari ni nak pergi main bowling kat kb mall dan lepas tu pergi beli dinar emas
38 ulasan:
betul, selagi kita xbukak aib org, allah swt akan tutup aib kita
selepas beberapa perkara yang berlaku, hazzy tak suka kacau orang lain dah. tak peduli apa pun pasal sekeliling (kebanyakannya lah)
lebih suka jaga tepi kain sendiri. lebih senang gitu, sebab kalau ada konflik kita tak akan terbabit sama
biarlah orang nak kata hazzy ni lebih pentingkan diri sendiri ke ape, sebab hazzy dah rasa pedihnya. takut nanti kebaikan kita disalahertikan
Tak baik kan amik hak orang tanpa kebenaran lebih-lebih lagi apa yang kita amik tu menjatuhkan airmuka orang lain.
dah macam cite pak belalang pula.
tapi huruf ta bukan t
huhu~
yup, saya skang ni dah kurangkan FB.
Banyak sangat fitnah dan keaiban tersebar melaluinya.
huhu~
dah remove ke?
aku nak gambar komik yg ada aku tu~
tu syok~
print screen benda penting je. betul. sebab bila print screen benda yg boleh buat gaduh, tak payah~
tak gemar bila di tag pd benda yg xde kaitan huhu~~
yep.. ku pon belajar benda yg sama.. experience makes us wiser
kekadang ada yang kita terlepas pandang & terlupa (lalai) kerana di sebabkan ketaksuban yang melampaui batas
setuju 200% ..n_n.. kalu kita lindungi aib org lain kat dunia ni,nnti Allah akan lindungi aib kita di akhirat kelak..
pengalaman mendewasakan kita.
sebab tu berulang kali orang pesan, sebelum tekan "POST" better fikir kejap kesannya nanti.
di facebook tu ramai sangat orang perhati, ada yang boleh terima, ada yang tidak. sebab tu aku customize setting photos aku..supaya tak dilihat sebarang orang
setuju sgt2..
manusia ni rambut je sama hitam tp hati lain2..
@Ann
sedangka buka aib sendiri pon xboleh kan
@Hazzy Ishak
haah, cara hazzy tu terbaik
@noor afzan
ku pon dah kena slow2 dah skrg
huhu
@LORD ZARA 札拉
xlagi, yg tu belom lagi sebab semua macam ok je
huhu
@Faizal The Newscaster
fikir kejap tu ramai yg tak praktikkan
aku takde fb..so just belajar dr pengalaman anda semua
mmg x elok nak besar2kan keburukan orng, taik sama jer busuknya....
sekarang ok lagi boleh mengelak (bagi si pembawa fitnah), tapi di akhirat nak lepas lagu mana, kan....
memang FB banyak membawa padah.tak dinafikan sebab ak pernah kena.
bab printscreen ni aku tak boleh komen. sebab sebahagiannya,aku setuju.
kadang2 manusia ni tulis merapu, lepas tu sifatnya hipokrit tak mengaku. dgn print screen sajalah kita dapat sedarkan dia.
tak caya tengok blog ak esok. ada post spesel Nuzul Quran besok. lihat dan fikir2kanlah...
bersama2 kita ingat-mengingat..yg kadang2 terlepas pandang dan x prasan pun benda2 ni boleh timbulkan aib pada sesetengah pihak..
@Mak Su
suka ayat 'taik sama busuk' tu
@The Poyo Me
esok kena terjah ni
well, D rasa bende ni banyak bergantung pada niat (mungkin) .. kadang2 kita bukan lah nak buka aib orang tapi kita nak bgtahu org lain wujudnya manusia macam itu. (yg di print screen, etc) .. kadang2 kita pun tak tahu ada juga manusia yg persenda agama, dsb. n bende tu juga supaya kita lebih berhati2 dan ambil serius dgn apa yg kita tulis di FB dsb. mungkin.... :)
Hi joe. lama x singgah blog joe. ha ha (baru nak cakap. :P)
dunia tanpa sempadan. what u type today might bring FBI agents to ur doorstep tomorrow. mungkin mcm lawak, tapi sesekali kene ambil serius.
dosa ngan org..kene minta maaf dgn org..kalo dia tak maaf kan..kita tetap berdosa ke?
betul lah tu joe..
kita tutup aib org,Allah tutup aib
kita
kita hormat org,org hormat kita cuma kadang
kita cinta org,orang tak cinta kita!!
uwaaaa!!
Untuk orang yang tidak mahu diaibkan, jangan dedahkan perkara yang tak sepatut didedahkan di internet. Internet ni memang pantas dan lain orang lain ragamnya. Jaga tingkah laku dari perbuatan, gambar, kata-kata dan sebagainya. Satu jer kita buat silap, memang orang akan jumpa. Kalo dah silap yang tak terjangka tu, lainlah, so berhati-hati bila berada online ni...kesimpulannya
Untuk orang yang suka / berniat nak mengaibkan orang, selidik dulu bende yang nak didedahkan tu patut didedahkan atau tidak. Elok juga kalo terus direct komen di blog dia kalo xberkenan (seeloknya utk komen, pastikan ada comment moderation). Jangan salah dedah, buruk padahnya, sekarang ni macam2 hal boleh jadi. Ingat, kalo mende yang salah, kita mungkin boleh kena saman, takpun kita pulak yang akan kena balik.
Untuk orang yang dah diaibkan, cuba bertoleransi dengan pihak tersebut, kalo ada teguran yang betul, terima, tak perlu menegakkan benang yang memang dah basah. Sebab kadang-kadang kita pun tak sedar apa yang kita dah buat.
Apapun, berfikir dan bertindak dengan rasional.
ayamak terasa plk print screen nie. hehe. tapi kalau kita print screen or copy paste benda yang betul atau membawa kebaikan x pe lah. kalau yang mengaibkan orang tuh berdosa. selagi kita tutup keaiban orang selagi tu juga Allah SWT akan tutup keaiban kita.
Tapi zaman sekarang dah canggih nie kesalahan yang kecik pon leh jadi besar. jadi nye kalau nak post entry/komen/wall or anything kena fikir2kan. sebabnya bukan sedikit golongan yang baca dan bukan satu fahaman yang ada.
mintak maap eh joe kalau ada terbuka aib kamu.
haha
ada ker?
T___T
Terasa pulak dgn entry ni, huhu.. semalam ade letak print screen gak, pastu ade org marah saya. huhu, pastu padam balik, minta maaf baik2~~ :)) tapi xde la sampai mengaibkan org, masih boleh dikawal, huhu~~
entry bagus ni..
thanks mengingatkan...
=)
nak main bowling kat kb mall?...
asal tak ajak...
hehehe
setuju.
ape2 emel jgn main forward je.
ape2 info jgn main heboh je.
silap langkah mungkin kita tgh sebarkan fitnah or aib org. klau kita dh mati pn benda2 yg kita tglkan tu akn terus berlegar2 di alam siber ni.
Salam Ramadan Joe... part inilah yang sangat² Kak Jie berjaya.
Nak LIKE atau COMMENTS topik2 hangat macam tu pun cuba dielakkan sebab khabar² angin di alam maya ini lebih bahaya - kita tak pasti punca dan sumbernya.
Berjaga = typo
jangan buka aib orang.. nnt orng buka aib kita plak.. huhu
.....
@DaHLia
sebab tu sekarang sangat berjaga-jaga letak sesuatu kat internet ni
suka sangat mencari kesalahan orang
yup, tak baik buka aib orang, tapi yang pesen suka buka aib sendiri tatau nak cakap apa, siap bangga2 lagi dop cite aib sendiri dan jugak dop cite berulang kali, naik loya (@_@)..huhu..semoga Allah melindungiku, aminn
Catat Ulasan