Aku ada satu game nak main dengan korang. Game ni sangat seronok sebab ia libatkan duit. Eh, sudah pasti bukan aku nak bagi duit, tapi game ni lebih menjurus kepada duit. Siapa yang tak mahu kan duit? Ok, game ini sangat mudah - Nak buat apa dengan RM 86 400?
RM 86 400
Korang kena buat bank akaun, terpulanglah nak buat akaun maybank ke, cimb bank ke (cina india melayu bank - 1malaysia betol!) bank rakyat ke, ataupun BSN. Terpulang kat korang. Lepas tu, no akaun bank tu korang bagi kat aku supaya TIAP-TIAP hari aku akan masukkan RM 86 400 ke dalam akaun korang. Ulang sekali lagi - tiap2 hari
Syarat
Bukan senang bodoh camtu je aku nak bagi kat korang, ada syarat dia. Syarat dia 2 je
- Pertama - dalam tiap-tiap hari, korang perlu habiskan RM 86 400 tu, jangan terlebih jangan terkurang!
- Kedua - Duit RM 86 400 tu anytime sahaja aku boleh hentikan pemberian dia. ANYTIME!
So, game ini sangat mudah kan? Walaupun mudah, sebelum korang proceed kepada ayat-ayat seterusnya, baik korang fikir dulu Nak buat apa dengan RM 86 400? Heh, macam best kan game ni. Korang kena fikir dulu, baru game ni akan jadi best. Jom sama-sama fikir =)
*******
Dah fikir dah?
Best kan kalau memang betul RM 86 400 akan masuk ke dalam akaun hari-hari! Best kalau benda ni jadi realiti!
*******
IANYANYA ADALAH REALITI!!!
yeahh, apa yang korang cuba bayangkan nak buat apa dengan RM 86 400 tu, memang ia adalah realiti. Sememangnya tiap-tiap hari korang bangun, memang akan ada 86 400 saat. Katakan korang bangun pada pukul 6.30 pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, esok korang bangun pada pukul 6.30 pagi jugak, memang jumlah waktunya RM 86 400!!
Game ini ada syarat dan memang syarat itu juga sama dengan realiti seharian korang ada 86 400 saat. Syarat pertama, korang kena habiskan. Yuppp, nak tak nak memang korang akan lalui 86 400 saat dalam seharian. Nak atau tidak, begitulah masa diperuntukkan kepada kita. SEMUA SAMA. tak kira PM ke, seorang artis ke, seorang blogger ke, pengayuh beca ke, penyanyi terkenal ke, SEMUA SAMA - PUNYAI 86 400 saat dalam sehari
Syarat kedua - ANYTIME sahaja akan habis. Begitu juga dengan kehidupan korang, anytime sahaja korang akan diberhentikan pemberian 86 400 saat itu. Bagaimana? Apabila korang dicabut nyawanya! yup, kita tidak tahu bila mana kita akan mati, bagaimana, bila - itu semua bukan ketentuan kita, itu adalah ketentuan dariNya
Kejar masa sekarang!
Allah dah bersumpah demi masa. Sememangnya kita tidak sedar, masa itu sangat berharga. Dari satu saat, ke satu saat. begitu sahaja masa berlalu. Contoh sekarang, korang baca entry ni, berapa saatkah masa diambil dan agak-agaknya berbaloikah untuk habiskan beberapa ratus saat tu untuk baca entry ini. Jika korang rasa berbaloi, jangn lupa untuk kongsi dengan orang tersayang =)
selamat tidak membazir masa!
pss : entry psyko. terkesan tak?

