Share

Tazkirah Ramadhan : Memang tak boleh jadi orang lain tapi boleh jadi orang yang lebih baik

Salam,



Tadi masa lepas sahur, duduk-duduk tengok Nur Kasih. Cerita ni pernah ditayangkan dulu dan biasalah cerita yang mendapat sambutan hangat ni pasti akan ditangkan semula. Cerita adamaya bila lagi? Tertarik dengan kata Adam pada isteri dia 'memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi boleh jadi orang yang lagi baik'


Perubahan


Kalau mahu belajar, mesti ada suara yang berkata 'belajar lah betul-betul, nanti boleh jadi macam anak jiran kita tu, pandai betul!' Kalau mahu mulakan perniagaan, mesti ada suara yang berkata 'buat bisnes betul betul, nanti baru boleh jadi kaya macam Mokhtar Bukhari' Meneliti suara-suara ini sememangnya membuatkan diri rasa mahu berubah jadi seperti orang lain dan wujudlah selepas itu suara-suara halus yang katakan, ko tak leh jadi macam orang lain yang akhirnya membawa kepada tidak melakukan perubahan!


Ada satu hadith mengenai kelebihan menjadi manusia yang Kuat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”


Dalam segala aspek, orang yang kuat adalah lebih baik di sisi Allah!
  1. Orang yang kuat beribadah, akan lebih baik disisi Allah.
  2. Orang yang lebih banyak bersedekah, akan lebih baik di sisi Allah
  3. Orang rajin dan selalu pertingkatkan dirinya dengan ilmu agama, akan lebih baik di sisi Allah

Solat tiang agama


Kuat yang dinyatakan dalam hal di atas adalah segala perbuatan baik. Tidak termasuk perbuatan jahat dilakukan. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya menjadi orang yang jahat dan ia dilarang sama sekali dalam agama kita


Berubah menjadi lebih kuat


Jika kita mengambil hadith di atas, sudah pasti ia akan membakar semangat untuk menjadi orang yang lebih kuat, lebih baik dari segala aspek. Dorongan ini jika disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaanNya sudah pasti kesannya akan di balas olehNya nanti. Jangan wujudkan dalam diri mahu menjadi lebih baik kerana mahu menjadi lebih hebat dari si A. Berbaliklah pada tujuan asal, berubah menjadi lebih kuat kerana mahu menjadi orang yang lebih baik disisi Allah!


pss : Hari ini akan lebih baik dari semalam, adakah kita berusaha untuk melakukannya?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jadual sepanjang Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ni, begitu banyak perkara yang perlu dilakukan. Dari hal diri sendiri, keluarga sampailah ke hal-hal orang lain. Hal blogger pun banyak yang kena satel! Jadi kena urus dengan baik supaya jadi tidak berterabur


Bazar Ramadhan





Kakak aku telah gatal tangan untuk buka gerai di Bazar Ramadhan di Kota Bharu! Walaupun aku dah warning dia awal-awal jangan libatkan aku, last-last sebab tiada orang yang nak tolong, terpaksa jugaklah adik bongsunya menolong. Petang tadi buka untuk kali pertama dan disebabkan ada aku sebagai pelaris (kekeke) 6.15 dah tutup gerai! Wow! esok buka lagi dan jemput-jemputlah datang ya di gerai 48 kat tepi stadium Sultan Muhammad ke4. Ada sup, ada kuih, joegrimjow pun ada =)



Weight Loss Challenge Kelantan



Musim kedua datang dengan pelbagai aksi menarik! Kalau dulu hanya 2 leader, sekarang kita sudah mempunyai 8 leader! (2 je Melayu, jalan je!) Kali ini juga datang dengan 3 batch dan 1st batch sahaja sudah ada 18 penyertaan. 2nd batch ini akan bermula pada sabtu ini dan sesiapa berminat untuk kurus dan menang cash, boleh hubungi aku di talian 0169640972. Yang best walaupun leader-leader disini semuanya lebih tua dari aku tapi mereka melantik aku jadi ketua. hoho, jom bekerjasama jadikan KELANTAN SIHAT!



Buka puasa Blogger

Mungkin akan keluar paper lagi?


Hujung minggu ni aku akan turun ke KL untuk berbincang dengan beberapa blogger secara face to face mengenai berbuka puasa Blogger. Kali ini plannya nak buat besar-besaran dan akan melibatkan banyak pihak. sebab itu terpaksa turun ke KL hujung minggu ni untuk berbincang. Harapnya lebih ramai yang akan join sama sebab benda ini untuk blogger juga. Nantikan update. Ahad ni plannya nak berbuka puasa sama-sama secara kecil-kecilan dan boleh terus bincang pasal ni, ada siapa mahu join sekali? roger2 la ya


Ok, ini semua merupakan sebahagian kecil perkara yang perlu dilakukan oleh aku. Fuhh, harap semuanya berjalan lancar. Doa2kan la ya =)

pss : pertama kali terasa bahang traffic dari surat khabar, memang hebat!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video : Tazkirah Ramadhan - Hadith Palsu Kelebihan Terawikh

Salam,





Selepas video Khusyuk dalam solat ini, tergerak sekali lagi mahu buat sati video sempena bulan Ramadhan ini. Bukan apa, waktu pagi ni selepas 'dating' dengan Dia, kita buatlah video daripada tidur je kan? At least dapat ingatkan diri sendiri. Maka, terhasilah video di atas


Penyebaran Hadith Palsu Kelebihan semasa Terawikh

Setelah ditag di dalam facebook mengenai penyebaran hadith palsu ini, tertarik pula untuk buat kajian serba sedikit memandangkan aku sendiri melalui pengalaman sudah banyak terjumpa risalah-risalah kehebatan terawikh ini. Selepas pertanyaan dengan ustaz dan juga pencarian di internet, memang hadith ini tidak wujud pun!

Jom kita tengok apa yang ditulisnya


Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah SWT akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Bunyi macam hebatkan?


Sememangnya dosa besar dengan mengadakan hadith seumpama ini walaupun niat untuk suruh orang bertarawikh. Sepeti dalam video atas, aku ada sertakan sabda nabi yang mana baginda melarang orang menokok tambah atau menggunakan namanya untuk menjadikan ia hadith.


Kita ketahui bahawasanya dengan bersolat terawikh dan pelbagai lagi amal ibadah di bulan puasa ini termasuklah bersedekah, baca alquran, tadarus, menolong orang dan pelbagai perbuatan baik lagi akan digandakan oleh Allah pahalanya. Cukup kita ketahui akan rugi jika kita tidak gandakan amal ibadah kita. Perumpaan seperti di atas ini hanyalah akan menjadi duri dalam daging kita!


Sempena Ramadhan


Marilah kita sebar-sebarkan ilmu yang betul. kena sangat berhati hati terutamanya bab-bab hadith ini kerana takut salah kita share dengan masyarakat, beban besar kita tanggung nanti. Buka dulu hadith 40 dan disitu semuanya sahih belaka. Jangan persiakan usaha orang terdahulu mengumpul hadith, kita dengan senangnya menyebarkan ilmu yang salah. Dah terlajak tu, undurlah balik selagi boleh undur


baca sini untuk lebih

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW